Saturday, February 29, 2020

Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk PM Ke 8, Bila Tommy Thomas Letak Jawatan, Apa Petandanya?


Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan Istana Negara lewat petang semalam jelas menunjukkan kemelut politik tanah air masih belum dapat diselesaikan.

SPB YDP Agong masih lagi belum lagi dapat memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8.

Menurut kenyataan tersebut, dalam masa yang terdekat, SPB YDP Agong akan memanggil semua ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk kemukakan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 8.


Percaturan sekarang hanyalah antara Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim.

Percaturan Blok Muafakat Nasional Dan PPBM


Satu kenyataan media secara bersama oleh UMNO dan PAS telah dikeluarkan sebagai blok Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional secara rasminya mengumumkan kesemua Ahli Parlimen Muafakat Nasional (UMNO : 42, PAS : 18  PBRS : 1) seramai 61 orang akan mencalonkan TS Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke 8.


Ini bermakna, setakat ini yang sudah pasti Muhyiddin Yassin mempunyai pencalonan seramai 97 orang Ahli Parlimen (Muafakat Nasional : 61, PPBM : 36).

Dengan andaian Azmin dan kumpulan serpihan PKR yang mempunyai 11 orang Ahli Parlimen setuju mencalonkan Muhyiddin (mengambil kira Azmin sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan Anwar), maka Muhyiddin akan mempunyai 97 pencalonan dari Ahli Parlimen.

Ini bermakna Muhyiddin masih lagi memerlukan sekurang-kurangnya 15 pencalonan dari Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri ke 8.

Tiada cara lain, kem Muhyiddin mesti mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen Sabah atau Ahli Parlimen Sarawak.

Sekiranya kem Muhyiddin gagal mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak maka pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri ke 8 dari kem PKR, DAP dan PAN akan berjaya.

Salah satu dari dua kemungkinan ini yang akan berlaku :


》Sekiranya Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke 8, maka gabungan Muafakat Nasional, PPBM, kem Azmin Ali dan gabungan Sabah dan Sarawak akan memerintah Malaysia hingga akhir penggal.

Satu kerajaan gabungan Melayu Islam dan Bumiputera tanpa mengenepikan kepentingan kaum minoriti yang lain akan terbentuk.

In Sya Allah keadaan akan pulih seperti sebelumnya.

Ini berdasarkan rekod pemerintahan Barisan Nasional di peringkat pusat dan pemerintahan PAS di peringkat negeri.


》Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri ke 8, satu kerajaan yabg didominasi oleh DAP akan terbentuk.

Tanpa PPBM dan dengan cuma segelintir Ahli Parlimen Melayu Islam di PKR, kemusnahan akan terus berlaku pada negara.

Keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia akan terus jatuh kerana tidak banyak perubahan pada barisan menteri kabinet yang sebelum ini telah menghancurkan ekonomi negara.


Dalam satu perkembangan lain, portal The Edge melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas, telah meletak jawatan (BACA DI SINI).

Apakah ini satu petanda bahawa Muhyiddin Yassin sudah mendapatkan bilangan yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri ke 8?

Andaian ini dibuat kerana seperti yang kita sedia maklum, perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah atas kehendak DAP dan DAP berada dalam pakatan Anwar!!!

Semuga Allah SWT akan mentakdirkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan negara tercinta ini.

Segala-galanya kami serahkan padaMu Ya Allah.

Friday, February 28, 2020

Apakah Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Dr. Mahathir Bentangkan Sah?


Istilah Perdana Menteri Interim tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, definisi, fungsi dan bidang kuasa Perdana Menteri Interim perlu merujuk kepada beberapa peruntukan berkaitan kuasa SPB YDP Agong.


Selepas SPB YDP Agong memperkenankan surat perletakan jawatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan kenyataan media bahawa semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik telah terbatal pada tarikh Perdana Menteri meletak jawatan.

Dalam ertikata lain, kerajaan yang dianggotai oleh anggota pentadbiran tersebut sudah terbatal.


Ianya selaras dengan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, walau pun tiada kabinet, urusan pentadbiran kerajaan mesti dijalankan seperti biasa.


Berdasarkan kenyataan media dari Ketua Setiausaha Negara, "Baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu".

Dinyatakan juga bahawa, "selaku Perdana Menteri Interim, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan Ahli Kabinet yang baharu dibentuk".

Perkataan interim bermaksud sementara.

Oleh itu, ianya tertakluk kepada skop kuasa yang dihadkan dan tertakluk kepada arahan baginda dari masa ke semasa.

Maka, fungsi Perdana Menteri Interim hanya terhad kepada 2 perkara :

》Menguruskan pentadbiran negara.
Dalam hal ini skop kuasa PM interim hampir serupa dengan skop kuasa kerajaan sementara (caretaker government) yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan.

》Membantu bagi melancarkan proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Perdana Menteri Interim tidak ada kuasa eksekutif sebagai Perdana Menteri.


Persoalannya sekarang :

》Apakah peruntukan berjuta-juta ringgit seperti mempercepatkan dan menambah pemberian Bantuan Sara Hidup yang diumumkan oleh Dr. Mahathir sebagai pakej rangsangan ekonomi itu sah?

Bukankah selama ini Dr. Mahathir menentang pemberian duit kepada rakyat?

》Apakah dengan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang menjangkau masa yang panjang seperti pemotongan kadar caruman KWSP berarti Dr. Mahathir telah menyalahgunakan kedudukan beliau yang kini hanya sebagai Perdana Menteri Interim?

》Sekiranya sebagai Perdana Menteri Interim, Dr. Mahathir tidak layak mengumumkan pakej rangsangan ekonomi, apakah tujuan pengumuman itu dilakukan?

Apakah ianya bertujuan politik kerana dikatakan Dr. Mahathir mendapat sokongan yang paling sedikit dari Ahli Parlimen yang mengadap SPB YDP Agong?


Majlis Raja Raja Melayu akan bersidang pada hari Jumaat (28 Februari 2020) untuk memuktamadkan tindakan yang perlu diambil bagi mengakhiri kemelut politik tanah air yang dimulakan oleh Dr. Mahathir sendiri.

Jadi tidak perlulah Dr. Mahathir membayangkan bahawa kononnya Dewan Rakyat akan dipanggil bersidang pada 2 Mac 2020 untuk menentukan siapakah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri melalui undian Ahli Dewan Rakyat, janganlah mendahului Majlis Raja Raja Melayu.

Belajarlah menghormati orang lain, lebih lagi Majlis Raja Raja Melayu.

Tidak perlu lagi menggunakan alasan rakyat dan negara untuk menyembunyikan niat peribadi yang tamakkan kuasa kerana kebanyakan rakyat sudah tahu helah jijik itu.

Apa keperluannya tergesa-gesa mengumumkan pelan rangsangan ekonomi tersebut sedangkan keputusan Majlis Raja Raja Melayu pada 26 Februari nanti akan menamatkan kemelut politik yang beliau sendiri mulakan?

Bukankah sekiranya benar Dewan Rakyat akan dipanggil bersidang pada hari Isnin (2 Mac 2020) untuk menentukan siapa yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri, bukan Dr. Mahathir yang dilantik atau Dewan Rakyat tidak dapat buat keputusan dan pilihanraya umum diadakan maka pelan rangsangan ekonomi itu sudah tidak relevan lagi?

Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat selama 22+2 tahun, kerana sebarang usaha untuk terus memperbodohkan rakyat hanya akan menampakkan sifat tamak kuasa dan kebodohan Dr. Mahathir sendiri!!!

Thursday, February 27, 2020

Langkah Gagal, Dr. Mahathir Jumpa SPB YDP Agong Minta Tempoh 3 Tahun PM Interim


"If you check mate Mahathir, he will bring out another king from his pocket".

Tapi malangnya kali ini, poket Dr. Mahathir bocor dan buah 'king' yang Dr. Mahathir simpan dalam poket sudah tercicir.


Berlakon sedih, menunjukkan sikap yang kononnya prihatin pada rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam dan negara adalah tektik lapok Dr. Mahathir untuk cuba perdaya dan mempengaruhi rakyat.

Kali ini, semua perancangan Dr. Mahathir gagal.

Bermula dari meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7, meletak jawatan sebagai Pengerusi PPBM, dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, menggunakan Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen yang beliau yakin sudah mencukupi adalah strategi politik Dr. Mahathir yang pada awalnya mengikut perancangan beliau.

Tetapi bila Ahli Parlimen dari Muafakat Nasional yang terdiri dari UMNO, PAS, MCA dan MIC mempersembahkan kepada SPB YDP Agong bahawa SD Ahli Parlimen Muafakat Nasional yang menyokong Dr. Mahathir hanya sah sekiranya kerajaan gabungan tidak melibatkan DAP.

Sekiranya kerajaam campuran yang bakal dibentuk melibatkan DAP, maka dengan sendirinya sokongan Ahli Parlimen Muafakat Nasional kepada Dr. Mahathir batal.

Selepas mengadap SPB YDP Agong, pemimpin Muafakat Nasional membuat sidang dan menyatakan pendirian tegas mereka bahawa sokongan kepada Dr. Mahathir telah ditarik balik dan sebulat suara telah meminta perkenan dari SPB YDP Agong supaya membubarkan parlimen supaya rakyat boleh kembali memilih dalam PRU 15.

Hingga ke tahap ini Dr. Mahathir tahu bahawa perancangan beliau akan gagal lalu Dr. Mahathir cuba dapatkan sokongan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dr. Mahathir berjaya dapatkan sokongan dari GPS tetapi kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Dr. Mahathir melalui jalan sukar untuk berkuasa.


Hampir lewat petang selepas kesemua 221 Ahli Parlimen selesai mengadap SPB YDP Agong, Dr. Mahathir mendapat perkhabaran yang lebih mengejutkan.

Dari jangkaan mendapat sokongan seramai 138 Ahli Parlimen, Dr. Mahathir cuma mendapat sokongan dari 54 orang Ahli Parlimen.

Manakala Anwar Ibrahim yang pada mulanya konon menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Dr. Mahathir mendapat 92 sokongan dari Ahli Parlimen.

Manakala 61 Ahli Parlimen yang bernaung di bawah Muafakat Nasional yang terdiri dari 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional, 18 Ahli Parlimen PAS dan 1 Ahli Parlimen PBRS minta supaya parlimen dibubarkan.

Dan baki 14 Ahli Parlimen dikatakan sama ada menyokong Muhyiddin Yassin atau Tengku Razaleigh Hamzah.

Ironinya, tidak ada satu pun dari 4 orang yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti dan tidak ada satu pun gabungan parti politik yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Dr. Mahathir Merayu Kepada SPB YDP Agong Supaya Memanjangkan Tempoh Perdana Menteri Interim Selama 3 Tahun


Selepas kesemua 221 Ahli Parlimen selesai mengadap SPB YDP Agong, dikhabarkan Majlis Raja Raja akan mengadakan mesyuarat khas untuk menamatkan kemelut politik tanah air.

Pada sebelah petangnya, selepas membuat pengumuman khas sebagai Perdana Menteri dengan muka dan nada emosi tapi tidak berapa nak menjadi, Dr. Mahathir telah memohon mengadap SPB YDP Agong dan merayu supaya tempoh lantikan beliau sebagai Perdana Menteri Interim dilanjutkan hingga 3 tahun.

Satu langkah terdesak Dr. Mahathir untuk kekalkan kuasa!!!

Apakah Perdana Menteri Interim Sah Mengikut Perlembagaan Persekutuan?


Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan membenarkan SPB YDP Agong untuk membubarkan parlimen atas budi bicara baginda sendiri, sama ada dengan atau tanpa nasihat dari Perdana Menteri.

Memandangkan tiada Perdana Menteri ketika ini dan tiada siapa pun Ahli Parlimen pada pandangan SPB YDP Agong mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen yang lain, maka SPB YDP Agong boleh membubarkan parlimen dan menitahkan supaya pilihanraya umum di adakan.

Perlantikan Perdana Menteri Interim bukan sahaja tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan malah bertentangan dengan Undang Undang Malaysia (BACA DI SINI).

Tujuan Perdana Menteri Interim adalah sebagai 'care taker' kepada kerajaan tetapi dalam keadaan sekarang, Malaysia sudah tidak lagi mempunyai kerajaan dan Perdana Menteri Interim yang tiada sebarang kuasa eksekutif adalah bersendirian dalam mentadbir Malaysia yang sudah tidak ada kerajaan.

Adalah amat mustahil untuk melanjutkan tempoh waktu sah Perdana Menteri Interim walau pun selama sebulan, apa lagi kalau hendak dilanjutkan selama 3 tahun!!!

Ampun Tuanku, rakyat Malaysia percaya, hasil mesyuarat Tuanku dengan Majlis Raja Raja akan membuat keputusan yang terbaik serta mengikut kemahuan rakyat dan tidak mengikut nafsu serakah seorang dua ahli politik yang terlalu tamak pada kuasa.

Kemahuan kami rakyat jelata ialah supaya parlimen dibubarkan dan kami boleh memilih kerajaan yang baru kerana rakyat sudah bosan dengan pemimpin dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang terlalu banyak berpoltik hingga mengabaikan rakyat yang sedang kesusahan.

Ampun Tuanku.

Wednesday, February 26, 2020

Pakatan Harapan Di Landa Kifarah Allah SWT Akibat Sumpah Laknat DS Najib


20 Disember 2019, selepas solat fardu Jumaat, DS  Najib melafazkan sumpah laknat atau sumpah mubahalah di Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan disaksikan dan diaminkan oleh ribuan umat Islam (BACA DI SINI).

Untuk rekod, sumpah laknat yang dilakukan oleh DS Najib adalah sebagai respon terhadap Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh Azilah pada 16 Disember dan beliau kini berada di penjara.


Dalam Akuan Bersumpah (SD) Azilah, beliau telah mendakwa bahawa arahan untuk membunuh mendiang Altantuya telah beliau terima sendiri dari DS Najib (BACA DI SINI).

Admin tidak mahu kupas tentang SD Azilah atau tentang sumpah mubahalah DS Najib.

Perpecahan Dan Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan


Berpecahnya Pakatan Harapan yang membawa tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri adalah berpunca dari krisis dalaman parti-parti komponen Pakatan Harapan itu sendiri.

Walau pun dalam sidang media DAP, yang dibuat selepas mesyuarat khas kepimpinan DAP, Lim Guan Eng cuba untuk spin punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan dengan menuduh  UMNO sebagai punca perpecahan (BACA DI SINI), namun apa yang terbentang dihadapan mata rakyat membuktikan sebaliknya.

Perpecahan Dalaman PKR


Bermula dari krisis dalaman PKR antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, telah membawa kepada perpecahan dalam PKR, di mana akhirnya Azmin dan Zuraidah dipecat.

Rentetan dari itu, Azmin dan 10 orang Ahli Parlimen PKR telah mengisytiharkan keluar dari PKR.

Ini menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan 11 kerusi di Dewan Rakyat (BACA DI SINI).


Dan harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke 8 dilihat semakin sukar.

Perpecahan Dalam PPBM


Ramai yang ternanti-nanti kehadiran Dr. Mahathir di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, tempoh hari (BACA DI SINI).

Ramai yang tidak sedar mengenai pergolakan yang berlaku dalam PPBM.

Dari sumber dalaman, ketegangan hubungan antara Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin bermula dari krisis memilih Menteri Besar Johor.

Hubungan yang ibarat retak menanti belah tiba pada kemuncaknya bila 13 dari 16 Ahli Parlimen PPBM dikatakan tidak bersetuju dengan rancangan pembentukan Pakatan Nasional yang melibatkan kerjasama dengan UMNO.

Alasannya ialah kerana kebanyakan mereka adalah Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM dan kerusi yang mereka menangi waktu PRU 14 adalah atas tiket UMNO dan kawasan itu merupakan antara kubu kuat UMNO.

Sekiranya PPBM berkerjasama dengan UMNO, sudah pasti di PRU 15 nanti, UMNO akan tuntut supaya calon UMNO yang bertanding di kawasan itu.

13 Ahli Parlimen PPBM ini dikatakan mendapat restu dari Muhyiddin Yassin.

Kalau mengikut perancangan awal, memang Dr. Mahathir dijangka hadir pada malam itu.

Tetapi disebabkan Muhyiddin Yassin juga hadir pada perjumpaan malam itu, maka Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk tidak hadirkan diri.

Sebab itu kesemua pemimpin politik yang hadir pada malam itu bersikap mengunci mulut.

Lebih mengejutkan pada hari berikutnya Dr. Mahathir mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PPBM.

Doa Orang Yang Teraniaya Tiada Hijab


Janji Allah SWT itu pasti.

Doa orang yang teraniaya tiada hijab dengan Allah SWT.

Apa lagi bila sumpah mubahalah dilakukan dengan lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi, di dalam Rumah Allah SWT serta diaminkan oleh ribuan umat Islam yang baru menyelesaikan fardu Jumaat, maka sudah PASTI laknat Allah SWT akan turun.

Siapakah yang menjadi perancang utama kepada fitnah penglibatan DS Najib terhadap rancangan pembunuhan Altantuya?


Mengapakah segala perpecahan Pakatan Harapan menjadi tidak terbendung hingga menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan selepas DS Najib melakukan sumpah mubahalah?

Benar, di mahkamah dunia, sumpah mubahalah tidak mempunyai nilai dan Akuan Bersumpah (SD) mempunyai nilai untuk dibuka kembali siasatan, namun di sisi Allah SWT, Akuan Bersumpah (SD) langsung tidak mempunyai nilai tetapi sumpah mubahalah mempunyai nilai yang tinggi hingga disegerakan laknatNya di dunia lagi, belum lagi diambil kira laknat Allah SWT di akhirat nanti.


Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak berlaku perpecahan dalam DAP dan PAN?

Bala akibat dari laknat Allah SWT datang dalam berbagai bentuk.

Bukankah kehilangan kuasa dan jawatan juga adalah merupakan bala dari Allah SWT juga.

Fikir-fikirkanlah dengan akal yang waras serta berlandaskan keimanan.

Janganlah kerana berbeza ideologi politik boleh menyebabkan kita masih lagi mahu bersekutu dengan perkara yang bathil.

Hakikatnya, rakyat Malaysia juga sudah ditimpa laknat dari Allah SWT.

Ketidaktentuan politik di Malaysia adalah bencana yang sedang menimpa keseluruhan rakyat Malaysia dan kesannya tidak akan habis dalam masa satu hari.

Rakyat Malaysia mesti belajar dari kesilapan yang telah dilakukan.

Janji Allah SWT adalah janji yang pasti.

22 bulan Allah SWT menguji dan menghukum rakyat Malaysia kerana mengangkat fitnah untuk menzalimi insan yang tidak berdosa.

Apakah kita masih lagi tidak mahu berfikir?

Yang Allah, kami berlindung padaMu dari kemurkaanMu.

Amin.

Tuesday, February 25, 2020

Dr. Mahathir Letak Jawatan, DAP Melatah, Perdamaian Dr. Mahathir & Anwar Cuma Drama


23 Februari 2020, politik tanah air sekali lagi menjadi tumpuan bukan saja pada rakyat Malaysia tapi juga kepada dunia.

Bermula dengan mesyuarat tergempar 5 parti politik UMNO, PAS, GPS, PPBM dan PKR di awal pagi.

Kemudian dikejutkan dengan kehadiran beberapa Ahli Parlimen ke Istana Negara, dipercayai mengadap SPB YDP Agong (BACA DI SINI).

Memanaskan lagi keadaan bila didapati beberapa orang menteri dari DAP, PAN dan PKR dikatakan telah mengemas dan mengosongkan pejabat di kementerian masing-masing (BACA DI SINI).


Antara yang dikesan mengosongkan pejabat ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didapati keluar dari pejabat melalui pintu belakang.


Hotel Sheraton Petaling Jaya yang menjadi lokasi mesyuarat beberapa pemimpin PKR yang diketuai oleh Azmin Ali pula menjadi tumpuan wartawan bila dikejutkan dengan kehadiran beberapa pemimpin dari parti kerajaan dan pembangkang seperti UMNO, PAS, MCA, MIC dan PPBM.

Hakikatnya, pembentukan kerajaan baru ini bukanlah satu proses yang mudah.

Semalam, 24 Februari 2020, Anwar Ibrahim mohon untuk mengadap SPB YDP Agong untuk membuktikan sokongan Ahli Parlimen kepada beliau.

Keputusan akhir adalah atas budi bicara SPB YDP Agong (BACA DI SINI).

Penyokong Anwar Sudah Bersedia Kembali Ke Jalanraya Untuk Perhimpunan Reformasi 2.0


Sebagai tindakbalas pada perkembangan yang berlaku, penyokong-penyokong Anwar telah mula beekumpul di kediaman beliau pada hari Ahad, 23 Februari 2020.


Antara Ahli Parlimen yang dilihat berada di kediaman Anwar ialah Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani yang kelihatan begitu marah dengan Azmin Ali.


Dalam satu ucapan Anwar di hadapan penyokong beliau, Anwar mengakui adanya usaha untuk membentuk kerajaan baru dan mengakui ianya berkemungkinan besar akan berjaya.


Dalam ucapan yang sama juga, Anwar telah memberikan mesej yang cukup jelas kepada penyokong beliau gendang perang dipalu.

Apakah kumpulan reformasi akan kembali ke jalanraya?

Perdamaian Dr. Mahathir Dan Anwar Cuma Satu Lakunan


Di awal pembebasan Anwar dari penjara, ramai pemerhati politik yang masih ragu-ragu dengan 'perdamaian' antara Dr. Mahathir dan Anwar.

Keraguan mereka berasas kerana Dr. Mahathir dilihat tidak bersungguh-sungguh dengan perdamaian itu dan Anwar pula masih dengan sikap gelojoh untuk menjadi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir dilihat beberapa kali mengeluarkan kenyataan berdolak dalih dengan perjanjian peralihan kuasa.

Ada pemerhati politik mengatakan, itu adalah strategi Dr. Mahathir untuk membangkitkan kemarahan Anwar dan mahu menunjukkan kepada rakyat sifat gelojoh Anwar.

Manakala Anwar pula dilihat sering keluarkan kenyataan mengenai rancangan peralihan kuasa seolah-olah itulah saja matlamat perjuangan politik beliau.


Dr. Mahathir yang menyumbatkan Anwar ke dalam penjara.

Dr. Mahathir jugalah yang keluarkan Anwar dari penjara.

Dan hari ini, Dr. Mahathir sekali lagi mengenakan Anwar.

Dan hari ini sekali lagi terbukti perdamaian antara Dr. Mahathir dan Anwar cuma satu lakunan dan matlamat utama mereka ialah kerusi Perdana Menteri.

Yang dipermainkan dan diperbodohkan sebenarnya ialah rakyat Malaysia.

Yang menangguk di air yang keruh ialah DAP.

Tapi yang DAP salahkan adalah UMNO!!!

Sekira tertubuhnya kerajaan baru tanpa DAP nanti, satu saja harapan dari rakyat, pulihkan kembali kemusnahan berskala besar yang telah dilakukan oleh DAP terhadap ekonomi Malaysia dan kehidupan rakyat.

Kalau tidak, kedua-duanya akan rakyat jadikan sejarah dalam dunia politik tanah air.

Rakyat sudah bosan dengan drama ahli politik!!!

Monday, February 24, 2020

Jangan Pelik Bila Tommy Thomas Gugurkan Kes LTTE, Bukankah Dia Dahulu Peguam Chin Peng!!!


Tommy Thomas tarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan kumpulan pengganas LTTE berkuat kuasa serta merta.

Hal ini sekaligus melepaskan segala pertuduhan terhadap Exco Melaka, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran iaitu pemimpin DAP yang menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Alasan Tommy Thomas mudah, adalah tidak menjadi kesalahan untuk individu mempunyai idola yang diagungkan.

Lebih mengejutkan Tommy Thomas telah mengarahkan kerajaan untuk kaji semula gazet kumpulan pengganas LTTE yang dibuat pada tahun 2012!!!

Dahsyat Tommy Thomas nie, dah betul-betul besar kepala!!!

Persoalannya, apakah menganggungkan Osama bin Laden dan Abu Bakr al-Baghdadi juga tidak menjadi kesalahan di Malaysia?


Apakah kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, yang mengatakan salah seorang suspek yang ditangkap terlibat dalam perancangan serangan di Bangunan Kedutaan Sri Lanka, Kuala Lumpur masih lagi asas untuk melakukan pendakwaan?

Mana-mana tokoh yang terlibat dengan aktiviti keganasan tidak sepatutnya dijadikan idola kerana ianya akan mendorong ideologi terrorisme berkembang subur di Malaysia.

Kestabilan politik dan ketenteraman awam adalah keutamaan pihak PDRM dan kerajaan.

Tindakan ini adalah berbahaya kepada negara dan juga rakyat Malaysia kerana selama ini kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melepaskan mana-mana individu yang disabitkan dengan kumpulan pengganas.

Maruah Malaysia juga telah dicalarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan kerana negara luar seperti India, Amerika Syarikat, Sri Lanka dan Kesatuan Eropah mengklasifikasikan LTTE sebagai kumpulan pengganas yang diharamkan di negara mereka.

Tapi di Malaysia, atas nama Malaysia Baru, Tommy Thomas si Peguam Negara telah 'menghalalkan' sokongan pada pengganas LTTE dan bukan menjadi satu kesalahan.

Jelas Kerajaan Pakatan Harapan dan Peguam Negara bukan sahaja telah mencabul kedaulatan undang-undang negara tetapi juga telah menongkah arus ketetapan antarabangsa semata-mata kerana tunduk dengan kepentingan politik DAP.

Tidak mustahil, sekiranya Pakatan Harapan terus memerintah dan Tommy Thomas terus menjadi Peguam Negara, satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara tumpuan pengganas seperti DAESH, Abu Sayaf dan juga LTTE.

Menjadikan tanah air kita sebagai tapak yang cukup subur sebagai pusat operasi pengganas kerana kerajaan yang memerintah negara mengiktiraf kehadiran mereka.

Respon Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan


Dalam pada itu, mantan Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan berkata, keputusan itu seolah-olah menunjukkan LTTE, yang masih disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Kesatuan Eropah (EU) sehingga kini, seolah-olah istimewa berbanding kumpulan pengganas lain.


Menurutnya, sekiranya pihak yang mengagungkan atau bersimpati dengan mana-mana individu atau kumpulan pengganas tidak menjadi kesalahan, mengapa bekas pelajar Universiti Malaya (UM), Aishah Atan dipenjarakan atas dakwaan memiliki 12 buku mempromosi fahaman militan tiga tahun lalu? (BACA DI SINI).

"Bagi saya, keputusan dibuat (Peguam Negara) adalah berat sebelah".

"Mengapa LTTE dilayan sebagai sebuah kumpulan berbeza berbanding kumpulan pengganas atau militan lain?"

"Dalam satu laporan akhbar antarabangsa, Daily Mirror semalam, LTTE terus disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam senarai terkini individu dan organisasi yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh Kesatuan Eropah".

"Kalau tindakan menyimpan gambar pemimpin pengganas tidak termasuk dalam elemen-elemen 'perbuatan pengganas', kerajaan kena bebaskan juga Aishah dan orang lain dikaitkan pengganas," katanya.

Keputusan Tommy Thomas bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia malah mengejutkan masyarakat antarabangsa tapi bukan satu perkara yang pelik kerana Tommy Thomas adalah peguam yang mewakili Chin Peng dalam usaha beliau masuk semula ke Malaysia!!!



Kredit :

Fb Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Fb Unit Media Wangsa Maju


Sunday, February 23, 2020

Pendedahan Audio Oleh Latheefa Koya Akan Mendedahkan Konspirasi Mengenakan DS Najib Bila TS Dzulkifli Di Dakwa Bawah Akta Rahsia Rasmi


Polis sudah pun merakam percakapan mantan Perdana Menteri, DS Najib dan DS Rosmah berkenaan pendedahan audio yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Bibi Koya Kuti.

Polis juga memaklumkan akan merakam percakapan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Dzulkifli Ahmad pada hari Isnin 24 Februari 2020.

Dzulkifli dipanggil PDRM untuk beri keterangan kerana terdapat dalam rakaman audio yang didedahkan Latheefa Koya dipercayai adalah rakaman audio Dzulkifli, ketika itu adalah pegawai di Jabatan Peguam Negara yang memaklumkan DS Najib (Perdana Menteri ketika itu) hasil siasatan mengenai kes SRC...



Latheefa berkata, perbincangan antara individu dalam rakaman terbabit menunjukkan wujud elemen konspirasi jenayah, pecah amanah, salah guna kuasa, pendedahan maklumat sulit kerajaan, cubaan memalsukan bukti, dokumen dan ancaman keselamatan negara.

Tindakan Latheefa itu dilihat sebagai membuka pekong di dada namun itulah ketentuan dari Allah SWT.

Dengan rakaman audio yang didedahkan, kesahihan dakwaan terhadap DS Najib dalam kes SRC dan 1MDB akan teebongkar dengan sendirinya.

Dalam rakaman audio tersebut, Dzulkifli dikatakan telah mendedahkan hasil siasatan SPRM (TS Abu Kassim adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu) jelas menunjukkan bahawa DS Najib tidak bersalah.

Dzulkifli akan disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan, iaitu penjawat awam mendedahkan siasatan rasmi kepada pihak tidak sepatutnya dan Seksyen 218 Kanun Keseksaan pula ialah penjawat awam membentuk rekod atau tulisan yang tidak betul untuk selamatkan seseorang daripada hukuman (BACA DI SINI).

Seksyen 203(A) Kanun Keseksaan



Akta 203(A) adalah mengenai kesalahan membocorkan rahsia kepada pihak yang tidak berkenaan.

Mungkin benar, Dzulkifli tidak sepatutnya mendedahkan hasil maklumat kertas siasatan SPRM mengenai kes SRC dan 1MDB kepada DS Najib kerana DS Najib adalah suspek dalam siasatan tersebut.

Tapi PDRM mesri membuat siasatan ke atas keseluruhan rakaman audio tersebut.

Dalam rakaman audio tersebut, Dzulkifli telah memberitahu DS Najib, walau pun SPRM telah memaklumkan kepada DS Najib bahawa beliau didapati tiada kaitan dengan kes SRC dan 1MDB tetapi dalam kertas siasatan (IP), SPRM telah mencadangkan pihak Peguam Negara untuk mendakwa DS Najib.


Persoalannya, kenapakah Abu Kassim, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu yang maklumkan kepada DS Najib bahawa beliau tiada kaitan dengan kes SRC dan 1MDB tidak disiasat dibawah akta yang sama?

Bukankah Abu Kassim juga telah mendedahkan maklumat rahsia SPRM kepada suspek siasatan iaitu DS Najib?

Dzulkifli juga memaklumkan kepada DS Najib ada konspirasi untuk mengenakan beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Ini adalah satu dakwaan yang berat, PDRM mesti siasat kesahihan apa yang Dzulkifli maklumkan pada DS Najib ketika itu.

Sekiranya benar, siapa yang melakukan konspirasi tersebut dan siapa yang menjadi dalang serta siapa perancang konspirasi tersebut.

Menjatuhkan Perdana Menteri, apatah lagi kerajaan yang memerintah dengan mandat rakyat serta sah di sisi Perlembagaan Persekutuan adalah satu kesalahan jenayah yang sangat berat dan tidak boleh dibiarkan kerana telah beberapa orang Perdana Menteri  dikatakan telah dijatuhkan dengan perancangan konspirasi dan mengenepikan mandat yang rakyat beri dalam pilihanraya.

Dan apakah perbuatan Latheefa Koya tidak boleh didakwa di bawah akta yang sama, kalau tidak boleh, apa alasannya?

Seksyen 218 Kanun Keseksaan


Seksyen 218 Kanun Keseksaan pula ialah mengenai kesalahan penjawat awam yang membentuk rekod atau tulisan yang tidak betul untuk selamatkan seseorang daripada hukuman.

Pihak Peguam Negara akan membuat keputusan berdasarkan bukti dan kertas siasatan (IP) dari SPRM.

SPRM mencadangkan supaya DS Najib didakwa bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan adalah mengenai menyalahguna atau melesapkan harta.

Persoalannya, apakah SPRM mempunyai bukti yang kukuh bahawa DS Najib tahu serta maklum mengenai kemasukan wang ke atas akaun yang menggunakan nama peribadi beliau kerana menjadi amalan seorang Perdana Menteri mempunyai beberapa akaun atas nama peribadi serta diuruskan oleh pihak ketiga yang diberi amanah bagi tujuan politik dan pentadbiran.

Persoalan kedua ialah apakah SPRM mempunyai bukti yang kukuh bahawa kemasukan wang ke dalam akaun DS Najib adalah atas arahan beliau sendiri dan bukan dari arahan pihak ketiga yang diberi amanah?



Persoalan ketiga ialah adakah Gabenor BNM ketika itu, TS Zeti telah diambil keterangannya dan apa pula tindakan yang diambil oleh Zeti ketika itu sebagai Gabenor BNM sekiranya terdapat keraguan dalam transaksi kemasukan wang dalam jumlah yang besar dari luar negara ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri?

Kalau Zeti ada maklumkan kepada DS Najib, apa respon DS Najib dan kalau Zeti tidak maklumkan pada DS Najib, mengapa?

Bukankah kemasukan dana yang besar memerlukan kelulusan dari BNM?

Sarawak Report pernah mendedahkan, SPRM menyediakan pertuduhan ke atas DS Najib tanpa mengambil apa-apa keterangan dari DS Najib dan beberapa orang saksi utama.

Dakwaan Sarawak Repot terbukti benar bila TS Shukri Abdul mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, beliau terpaksa memanggil beberapa orang saksi dan mengambil keterangan mereka berkaitan siasatan kes SRC dan 1MDB.

Bagaimana kertas siasatan (IP) boleh dianggap lengkap malah cadangan dakwaan sudah pun dibuat kepada Peguam Negara tetapi suspek utama dan beberapa saksi penting tidak diambil keterangannya?

Jadi tidak hairan kalau pemerhati luarnegara yang mengikuti perbicaraan kes SRC dan 1MDB DS Najib mengatakan proses keadilan di Malaysia sudah dicabuli dengan parah sekali.

Gambar Hiasan

Pendedahan rakaman audio Latheefa Koya sebenarnya bukan sahaja telah memeranjatkan rakyat Malaysia tetapi juga telah memeranjatkan tok dalang serta semua yang terlibat dalam konspirasi tersebut.

Lebih penting lagi, sekiranya pihak SPRM yang membuat 'wire tapping', apakah SPRM mempunyai kuasa untuk melakukannya ke atas Perdana Menteri?

Kalau tidak, atas alasan apa dan arahan siapa SPRM melakukan 'wire tapping'.

Kali ini admin setuju dengan apa yang Daim katakan, kita mahu tahu kebenaran.

Kita mahu tahu kebenaran yang sebenarnya dan kebenaran yang sebenarnya akan terbongkar dalam mahkamah apabila Dzulkifli didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Dan pendakwaan mestilah dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana tidak ada alasan untuk melakukan perbicaraan tertutup.

Dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Bibi Koya Kutti sendiri telah membuka jalan yang begitu luas untuk rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa melihat kebenaran yang selama ini disembunyikan.

Begitu hebat rahsia dan perancangan Allah SWT!!!


Kredit :

Laman Blog Another Brick In Wall

Saturday, February 22, 2020

Keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Apakah Ada Kesan Pada Rakyat Dan Negara Atau Sekadar Mesyuarat Biasa?


Ramai yang berkata keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam adalah sangat penting.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dikatakan akan memuktamadkan isu mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri ke 7, Dr. Mahathir kepada bakal Perdana Menteri ke 8, Anwar Ibrahim.

Dikatakan juga ketidaktentuan politik dan ekonomi Malaysia juga adalah berkaitan rapat dengan kemelut peralihan kuasa tersebut.

Ada juga yang mengeluarkan teori kononnya pelabur luar merasa ragu untuk membuat pelaburan di Malaysia kerana bimbang apabila peralihan kuasa berlaku, maka akan berlaku perubahan dasar.


Dr. Mohd. Yusri Ibrahim, Ketua Penyelidik Ilham Centre yang pro Pakatan Harapan pula kata, populariti Pakatan Harapan semakin merudum kerana rakyat sudah bosan dengan isu peralihan kuasa dan rakyat mahu ianya dimuktamadkan segera, maksudnya kalau Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dapat muktamadkan isu peralihan kuasa, maka sokongan rakyat pada Pakatan Harapan akan pulih.

Persoalannya, benarkah begitu?

Dr. Mahathir Dah Bagi Signal Tapi Keadaan Ekonomi Tak Berubah Pun Malah Rakyat Makin Menyampah


Sebenarnya jawapan yang dikatakan oleh penganalisis pro Pakatan Harapan kononnya ditunggu-tunggu bukan sahaja rakyat Malaysia malah seantaro dunia, sudah secara jelas dinyatakan oleh Dr. Mahathir sebelum Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

2 mesej yang sangat jelas dari Dr. Mahathir :

Saya Cuma Janji Akan Letak Jawatan


Saya janji saya akan letak jawatan, saya akan letak jawatan.

Betul, Dr. Mahathir janji akan letak jawatan dan beliau janji akan tunaikannya pada November 2020 selepas Sidang APEC nanti.

Tapi sejarah membuktikan, pada tahun 1998, 48 jam selepas Dr. Mahathir buat kenyataan Anwar akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri, Anwar telah dipecat dari kabinet dan juga dari UMNO...😉😉😉

Kali ini kenyataan yang hampir sama Dr. Mahathir keluarkan tapi Dr. Mahathir tidak menamakan siapa yang akan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri.


Tidak semestinya perkataan 'letak jawatan' itu bermaksud Anwar akan menggantikan Dr. Mahathir, berkemungkinan ianya bermaksud Dr. Mahathir akan membubarkan parlimen atau itulah masanya nanti Dr. Mahathir akan meminta PAS melakukan undi percaya di Dewan Rakyat dan itulah masanya Dr. Mahathir akan gunakan 138 Akuan Bersumpah Ahli Dewan Rakyat yang dikatakan sudah menyatakan sokongan pada Dr. Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sampai akhir penggal.

Ingat Dr. Mahathir pernah keluarkan kenyataan, keputusan akhir sama ada beliau kena letak jawatan adalah bergantung pada sokongan Ahli Dewan Rakyat (BACA DI SINI).

Apa Pun Keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Saya Akan Letak Jawatan Selepas Sidang APEC


Kalau masih lagi tidak faham dan tidak jelas, admin tidak tahu nak cakap apa.

Sudah jelas apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir, apa pun keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau cuma akan meletak jawatan pada bulan November 2020 selepas Sidang APEC (BACA DI SINI).

Itulah sifat Dr. Mahathir yang kita kenal.

Keras kepala dan tidak akan tunduk pada sebarang tekanan yang bertentangan dengan kehendak beliau.


Anwar sendiri terpaksa 'rela dalam paksa' menunggu sampai Persidangan APEC bulan November 2020 sebab Anwar tahu apa boleh berlaku kalau beliau bertindak melulu...😉😉😉

Rakyat Bukan Bosan Dengan Isu Peralihan Kuasa Tapi Rakyat Bosan Dengan Pakatan Harapan


Hakikatnya rakyat bukan bosan dengan isu peralihan kuasa yang seakan tidak ada kesudahan tapi rakyat bosan dengan Pakatan Harapan yang banyak menipu dan menyusahkan kehidupan seharian rakyat.

Lima Pilihanraya Kecil yang lepas jelas menunjukkan kemarahan rakyat pada Kerajaan Pakatan Harapan.

Kelima-lima kempen pilihanraya kecil tersebut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Sekiranya benar rakyat mahu dan kesah dengan isu peralihan kuasa, sudah tentu kehadiran Anwar dalam kempen pilihanraya kesil tersebut memberikan impak positif pada calon Pakatan Harapan.

Atau sekiranya rakyat mahu Dr. Mahathir dikekalkan, sudah tentu kehadiran Dr. Mahathir dalam kempen pilihanraya kecil tersebut memberikan impak positif pada calon Pakatan Harapan.

Rakyat bosan dengan perebutan kuasa antara Dr. Mahathir dan Anwar.


Rakyat bosan melihat perebutan kuasa dalam pemilihan jawatan setiap parti komponen Pakatan Harapan.

Jelas bagi rakyat, sedangkan parti sendiri pun bermasaalah dan tidak mampu diurus tadbir dengan baik, tidak pelik kalau keadaan rakyat dan negara semakin tenat dari hari ke hari di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.

Rakyat bosan melihat menteri kabinet Melayu dan ahli politik Melayu Pakatan Harapan yang membisu bila DAP permainkan berbagai isu yang berkaitan sensitiviti masyarakat Melayu Islam.

Benar, rakyat mahu Dr. Mahathir berundur segera tapi bukan setakat Dr. Mahathir yang berundur tapi Kerajaan Pakatan Harapan juga berundur dan PRU 15 diadakan.

Dan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan menetapkan tempoh waktu peralihan kuasa diserahkan sepenuhnya pada Dr. Mahathir untuk menentukannya.

Ini bermakna Anwar akan kekal sebagai PM TEPI kerana dijangkakan Dr. Mahathir akan bubarkan parlimen sebelum pilihanraya negeri Sarawak kerana Dr. Mahathir tahu peluang Pakatan Harapan untuk menang di Pilihanraya Negeri Sarawak hampir tiada dan kita akan hadapi Pilihanraya Umum ke 15 serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun hadapan.

Friday, February 21, 2020

Kerajaan PH, Dari Kerajaan Kaki Kencing Dah Bertukar Jadi Scammer Ker)


Dalam sejarah politik Malaysia, belum ada kerajaan yang dapat gelaran yang begitu banyak macam Kerajaan Pakatan Harapan.

Kerajaan Kaki Kencing, Kerajaan PHancing, Kerajaan U-Turn, Kerajaan Manifesto Bukan Kitab Suci, Kerajaan Sepenggal dan bermacam-macam gelaran yang diberi oleh rakyat Malaysia yang jelas marah, kecewa dan meluat dengan kerenah Kerajaan Pakatan Harapan.


Kerajaan Pakatan Harapan mungkir janji!!!

Itu perkara biasa.

Tak ada apa-apa yang hendak dihairankan.

Tapi kali ini Kerajaan Pakatan Harapan melangkah setapak ke hadapan.

Daripada menipu rakyat, kini Kerajaan Pakatan Harapan dah 'upgrade' skil kepada menipu kerajaan negeri pula!!!

Apa yang Kerajaan Pakatan Harapan lakukan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh 'scammer' online.

Lazimnya modus operandi 'scammer' ialah memberikan janji, kemudian suruh buat bayaran, lepas tu menghilangkan diri.

Kerajaan Negeri Sarawak Kena 'Scam' Dengan Kerajaan Pakatan Harapan


Zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, DS Najib yang menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, sudah meluluskan peruntukkan RM1 bilion dalam bajet 2018 untuk baiki sekolah daif di Sarawak (BACA DI SINI).

Selepas PRU14, Pakatan Harapan batalkan peruntukkan itu.


Alasan diberi ialah cerita dongeng hutang RM1 trilion.

Sekolah adalah di bawah kuasa kerajaan pusat.

Kerajaan Negeri Sarawak tak ada hak masuk ke sekolah untuk baiki sendiri.

Sebab itu, Kerajaan Negeri Sarawak kena tunduk kepada kerajaan persekutuan jika mahu sekolah diperbaiki.

Selepas Sarawak merayu kerana keperluan membaiki sekolah-sekolah ini sangat mendesak, PH kata boleh, tetapi dengan syarat.

Pada akhir tahun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan pun mengenakan syarat bahawa Kerajaan Negeri Sarawak kena bayar dahulu hutang RM1 bilion kepada kerajaan pusat yang belum sampai tempohnya.

Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju, tapi Kerajaan Pakatan Harapan masih tak buat lagi.

Bila Kerajaan Negeri Sarawak tanya sekali lagi bila mahu mulakan usaha baiki sekolah usang ini, Kerajaan Pakatan Harapan kata:


"Bayar RM350 juta dahulu".

"Lepas kerajaan persekutuan terima duit, kita akan baiki sekolah di Sarawak", janji Menteri Kewangan, Lim Guan Eng masa itu (BACA DI SINI).

Berpegang pada janji Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri Sarawak bayar RM350 juta pada kerajaan persekutuan pada Ogos 2019.

Tapi Kerajaan Pakatan Harapan masih tidak tunaikan janji.

Lalu Kerajaan Negeri Sarawak bayar lagi RM350 juta seperti yang dijanji.

Jumlah RM700 juta sudah dibayar sehingga kini.


Sekarang sudah bulan Februari 2020, ,namun tiada sebarang tindakan dibuat terhadap 1,454 sekolah usang Sarawak yang memerlukan pembaikan.

Wang RM700 juta sudah angkat, satu sekolah usang Sarawak pun tidak diperbaiki.

Baki RM300 juta untuk RM1 bilion itu sepatutnya dibayar dalam tempoh tiga bulan akan datang tetapi Kerajaan Negeri Sarawak kata mereka dah tak mahu bayar.

"Sekiranya mereka tidak melakukannya, mengapa nak buat bayaran?", tanya Ketua Menteri Sarawak.

RM700 juta sudah dibayar oleh Kerajaan Negeri Sarawak tapi keadaan 1,454 sekolah yang daif di Sarawak masih lagi sama.

Ini baru dikatakan 'scammer' tahap dewa!!!


Kredit :

Fb DS Najib Razak