PENDUDUK Puchong Utama terkejut apabila mengetahui kerajaan cuba membina sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) di satu tanah rizab yang dikhaskan bagi sekolah kebangsaan di situ.
Wakil penduduk, Salihin Hajah memberitahu The Malaysian Insight, mereka mula mengesyaki pembinaan SJKC itu bakal dimulakan apabila tanah lapang itu dibersihkan kontraktor minggu lalu.
"Saya tanya orang sekeliling, hendak bina apa, mereka jawab SJKC".
"Saya terkejutlah," katanya yang memulakan gerakan bantahan penduduk.
Salihin, 55, berkata wakil penduduk seterusnya mengunjungi pejabat pemaju kawasan Puchong Utama 4 pada Isnin lalu bagi melihat pelan induk asal bagi pembangunan kawasan tersebut.
Jelasnya, semakan itu mendapati tanah rizab itu sememangnya dikhaskan sebagai tapak untuk Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 4.
Seterusnya, semakan wakil penduduk di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling pula mendapati tapak tersebut diwartakan untuk pembinaan sekolah rendah agama (SRA), katanya.
"Memang (dinyatakan) tapak sekolah kebangsaan di pelan induk".
"Selepas itu pergi ke pejabat tanah, kita terperanjat kerana tapak tersebut digazetkan untuk sekolah rendah agama".
"Persoalan sekarang ini bagaimana tapak Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama hendak dibina SJKC?" soalnya.
Beliau seterusnya menghubungi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada Selasa bagi memeriksa status kelulusan kerja pembersihan yang dijalankan.
Ini kerana, beliau melihat kerja pembersihan itu masih dijalankan oleh kontraktor lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada waktu itu, katanya.
Susulan daripada itu, MPSJ bertindak menyita kawasan berkenaan dan mereka dikunjungi Adun Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud pada Rabu lalu bagi membincangkan isu tersebut, kata Salihin.
Dalam pertemuan itu, Adun Amanah itu antara lain memberitahu mereka, KPM meluluskan pemindahan SJKC Poi Min, dari Gopeng, Perak ke kawasan tersebut, katanya.
SRJKC yang dilaporkan mengalami masalah kekurangan murid serius difahamkan sudahpun ditutup.
Kata Salihin, Siti Mariah juga memberitahu mereka, peruntukan itu diluluskan dalam bajet 2020.
Adun itu juga memberitahu mereka, tapak tersebut sudah memang tanah rizab untuk sekolah kebangsaan yang kemudiannya ditukar menjadi tapak SRA, katanya.
Seorang lagi penduduk, Taufiq Ilhami ketika ditemui The Malaysian Insight berkata permohonan untuk membina SJKC di tapak tersebut dibuat Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok pada 2010.
Bagaimanapun penduduk membantah permohonan Kok, yang merupakan Exco Selangor ketika itu, kerana melihat keperluan lebih mendesak adalah membina Sekolaha Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan, katanya.
"Sekolah Menengah Puchong Utama 1 sekarang ini jumlah pelajar hampir mencecah 4,000 murid".
"Kalau tidak dibina Sekolah Kebangsaan sekalipun, penduduk minta dibina sekolah menengah," katanya.
Tambahnya SRJK(C) Poi Min sepatutnya dipindah ke Puchong Perdana, yang didakwanya sudah mempunyai tanah rizab untuk sekolah vernakular.
"Kalau dibina di (Puchong Perdana), tidak menjadi masalah".
"Sekarang ini isunya kenapa hendak dibina SJK(C) di atas tanah rizab sekolah kebangsaan," katanya.
Sementara itu, Mariah ketika dihubungi The Malaysian Insight mengesahkan bahawa tanah tersebut memang asalnya diwartakan untuk tapak sekolah bawah KPM sejak 1997.
Tambahnya, KPM bagaimanapun gagal membayar premium tanah menyebabkan permohonan untuk guna tanah tersebut sering ditolak sebelum ini.
Bagaimanapun, Kementerian mampu membayar premium untuk membina SRJK(C) Poi Min di tapak tersebut selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan," katanya.
Namun jelasnya, proses itu seterusnya tidak dapat diteruskan.
"Sehinggalah pada 2019, ada surat daripada KPM kepada MPSJ, tanah itu dipohon untuk tapak sekolah SJK(C) Poi Min".
"Mereka memohon dengan membayar premium, mengikut prosedur".
“Tetapi lepas PDT buka fail, baru tahu tanah itu telah diwarta untuk SRA,” katanya yang menjelaskan ia diwarta pada 2017 untuk SRA bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Tambah Mariah, Jais membuat permohonan itu pada 2014 manakala KPM memohon untuk pembinaan SJKC tahun lalu tanpa mengetahui tapak tersebut telah diberikan kepada jabatan itu.
“Maknanya memang ada kesilapan komunikasi antara PDT dan KPM.
KPM tidak tahu tanah itu telah dianugerahkan kepada Jais.
Bila sudah warta, tidak boleh buat apa-apa. Kes tutuplah.
"Di Selangor, permohonan KPM tidak akan diproses selagi tidak tunjuk hak milik".
"Jadi tanah itu belum menjadi hak milik KPM," katanya.
Sementara itu, sumber PDT Petaling memberitahu The Malaysian Insight, tiga lagi tanah rizab sekolah kebangsaan di Selangor dipohon oleh KPM untuk ditukar status menjadi SJK(C).
Dalam surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight, empat tanah rizab Sekolah Kebangsaan itu melibatkan dua tanah terletak di Puchong, satu di Kuala Selangor dan satu lagi di Sepang.
Kalau kita masih ingat, ada gerakan untuk mengiktiraf perjuangan pengganas komunis dengan menulis semula sejarah di buku teks pelajar sekolah (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Sekarang apa yang mereka perjuangkan sudah menjadi kenyataan.
Dalam buku teks pelajar sekolah menengah tingkatan 4, terdapat unsur-unsur yang mengiktiraf perjuangan pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara.
Benar, tidak tercatat dalam buku teks tersebut mengenai Parti Komunis Malaya tetapi tidak dijelaskan kepada murid sekolah, siapakah sebenarnya yang berada di belakang AMCJA.
Apakah hubungan sebenar AMCJA dan MPAJA.
Dan apakah hubungan antara AMCJA, MPAJA dan Parti Komunis Malaya [BACA DI SINI (Rujuk Mukasurat 45~48)]
Begitulah halus dan liciknya strategi komunis.
Tanah yang telah direzabkan untuk Sekolah Kebangsaan telah 'dirampas' untuk dibina Sekolah Jenis Kebangsaan (C).
Doktrin perjuangan pengganas komunis ditanam dalam jiwa dan pemikiran generasi pelapis Malaysia seawal usia 16 tahun.
Remaja 16 tahun tidak pernah tahu tentang keganasan pengganas komunis.
Respon dari mereka bila ditanya tentang sejarah kemerdekaan yang terdapat di buku teks baru ialah, tiada yang pelik, ia adalah sejarah pejuang kemerdekaan Malaysia!!!
Shamsiah Fakeh, Rashid Maiden sudah tiada, namun semangat mereka masih subur dijiwa manusia seperti Jamaliah Jamaluddin dan Fadiah Nadwa Fikri.
Chin Peng sudah mati tapi semangat Chin Peng masih subur meresapi manusia seperti Nga Kor Meng, Ronnie Liu.
Kini sejarah negara sudah pun diubah, maka tidak hairanlah nanti apabila di Malaysia akan lahir generasi yang menghalalkan perjuangan pengganas komunis dan mengutuk perjuangan pejuang bangsa.
Apakah yang akan dilakukan oleh Dr. Mahathir yang kononnya digelar ultra Melayu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan akan lakukan!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.