Friday, January 17, 2020

Serangan Terdesak Saat Akhir Kempen PRK Kkmanis, Seperti PRU 14, Warisan Mainkan Semula Isu Keturunan Anifah Aman


Tempoh berkempen untuk PRK Kimanis akan menutup tirai.


Warisan semakin terdesak bila melihat perhimpunan membantah PSS mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah.

Kalau PRK di Malaya, DS Najib menjadi sasaran Pakatan Harapan walau pun bukan DS Najib yang bertanding.

Tapi di Kimanis, mantan Ahli Parlimen Kimanis, DS Anifah Aman menjadi sasaran Warisan walau pun bukan Anifah Aman yang bertanding.

Strategi mengapi-apikan kebencian pada keturunan Anifah Aman yang berasal dari Pakistan berjaya menimbulkan gelombang menolak calin Barisan Nasional pada PRU 14 yang lepas, sekali lagi digunakan untuk
PRK Kimanis.


Malah sebagai penambah cerita, disebarkan pula kononnya sekiranya Barisan Nasional menang dalam PRK Kimanis, ianya akan memberi laluan kepada kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 15 nanti dan kalau ini berlaku, kononnya sudah ada perancangan yang Musa Aman akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sabah dan Anifah Aman pula akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah!!!

Macam manalah nak lantik Musa Aman yabg sedang sakit tu untuk jadi Tuan Yang Di Pertua Negeri Sabah!!!

Anak siapalah yang cipta fitnah mengarut nie?

Biarlah logik kalau pun nak buat fitnah sebagai senjata perang saraf di saat akhir nie.

Shafie Apdal Bukan Setakat Berketurunan Filipina, Malah Di Lahirkan Di Filipina


Sama ada Anifah Aman atau pun Musa Aman tak pernah menafikan dalam tubuh mereka mengalir darah Pakistan.

Bukan Anifah Aman dan Musa Aman saja pemimpin yang ada susur galur darah luar, banyak lagi.


Dr. Mahathir, Wan Azizah, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng malah Shafie Apdal sendiri bukan saja berketurunan Filipina malah dilahirkan di Pulau Tawi Tawi, Filipina.

Ini adalah fakta.

Berdarah kacukan seperti Anifah Aman bukanlah menjadi satu kesalahan kerana mereka sudah mendapat kewarganegaraan yang sah.

Malah mereka dilahirkan di Sabah tetapi yang lebih penting, Anifah Aman berjiwa Sabah.

Berbeza dengan Shafie Apdal, walau pun menjadi Ketua Menteri Sabah tetapi beliau berjiwa Filipina dan Malaya.


Kedua-dua isteri beliau bukan berasal dari Sabah dan ini adalah fakta bukannya fitnah.


Paling menyedihkan kepada rakyat Sabah, sewaktu menjadi Menteri KKLW, berbilion-bilion peruntukan diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional bawah pimpinan DS Najib kepada Kementerian KKLW yang diterajui oleh Shafie waktu itu, tapi pembangunan negeri dan rakyat Sabah sangat-sangat menyedihkan.

Shafie Apdal sibuk kononnya memperjuangkan hak negeri dan rakyat Sabah dalam perjanjian MA63 terutamanya dalam royalti minyak, tetapi sewaktu diberi peruntukan berbilion ringgit untuk memajukan Sabah, apa pembangunan untuk rakyat dan negeri Sabah yang Shafie Apdal buat? (BACA DI SINI).

Calon Warisan untuk PRK Kimanis serta Shafie Apdal cuba menipu rakyat Sabah dengan mengatakan keputusan untuk melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) sudah ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu.


Hakikatnya, yang beriya-iya mahu supaya PSS segera dilaksanakan ialah Shafie Apdal sendiri dan keputusan untuk melaksanakannya dibuat
atas persetujuan antara Shafie Apdal sebagai wakil kerajaan Sabah dengan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin sebagai wakil kerajaan persekutuan.

Kenapa Shqfie Apdal beriya-iya mahu melaksanakan PSS di Sabah?


PSS akan menggantikan 3 kad yang pernah dikeluarkan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah, iaitu Kad Burung Burung, Kad Bancian dan Kad IMM13.

Ketiga-tiga kad itu bukanlah satu dokumen pengenalan diri PTI yang boleh digunakan oleh PTI untuk memohon warganegara.

Tetapi PTI yang mempunyai PSS boleh menggunakan PSS sebagai dokumen sokongan untuk memohon warganegara yang sah.

Seperti yang admin beritahu, Shafie Apdal dilahirkan di Pulau Tawi Tawi, Filipina, maka pasti ramai kenalan dan saudara mara rapat Shafie Apdal, sama ada yang masih berada di Pulau Tawi  Tawi atau yang sudah dibawa masuk ke Sabah sedang menunggu untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui PSS!!!

Tanpa memikirkan kesan buruk kepada rakyat Sabah, Shafie telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat asing untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia melalui PSS!!!


Tanpa PSS, Shafie Apdal telah sewenang-wenangnya memberikan kerakyatan kepada warga asing, bayangkan kebanjiran rakyat asing di Sabah bila PSS dilaksanakan nanti.


Apakah rakyat Sabah khasnya pengundi Kimanis masih lagi mahu berikan undi kepada parti yang diterajui oleh pemimpin yang dilahirkan diluar Sabah dan mengutamakan PTI serta tidak langsung mempunyai hati dan jiwa di Sabah?

Undi mesti diberikan kepada calon Barisan Nasional yang disokong oleh pemimpin yang mempunyai darah kacukan luar tetapi jiwanya adalah untuk rakyat Sabah kerana terbukti selama menjadi Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman sudah banyak membawa pembangunan dan membantu rakyat serta negeri Sabah terutamanya di Kimanis.

Satu undi untuk Warisan bererti satu sokongan untuk PSS dan satu undi untuk Barisan Nasional bererti satu undi untuk kemajuan Kimanis dan Sabah!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.