Isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang kerajaan Pakatan Harapan jadikan sebagai dasar kononnya untuk membantu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi duri dalam daging bukan saja di PRK Kimanis malah bakal meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah.
Rakyat Sabah menolak sepenuhnya perlaksanaan PSS pada Jun 2020 ini kerana bimbang ianya akan menyebabkan kebanjiran warga asing terutamanya dari Filipina ke Sabah (BACA DI SINI).
Di samping itu, rakyat Sabah juga bimbang, warga asing akan menjadikan PSS sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan taraf Permastautin Tetap (PR) atau pun warganegara Malaysia.
Satu demonstrasi besar-besaran akan di adakan di Membakut pada 15 Januari 2020 oleh rakyat Sabah untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah yang terus berkeras mahu melaksanakan PSS dan mengenepikan kebimbangan rakyat Sabah (BACA DI SINI).
Panik dengan kemarahan rakyat Sabah, Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal cuba memutarbelitkan isu dengan mendakwa PSS sebenarnya adalah kehendak kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu.
Tetapi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan Shafie dengan mengatakan di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, PSS hanyalah di peringkat cadangan dan bukannya satu dasar yang telah ditetapkan (BACA DI SINI).
Hanya selepas Warisan menubuhkan kerajaan negeri Sabah, PSS telah ditetapkan untuk menjadi satu dasar pemerintahan kerajaan negeri Sabah.
Tidak ada sebab kenapa Shafie mahu menuding jari kepada Barisan Nasional apabila pentadbirannya sendiri yang melaksanakan PSS di Sabah.
Portal Sabahkini2.com pula mendedahkan, Shafie sendiri antara pemimpin yang memberi sokongan kuat sewaktu RCI memberikan cadangan memperkenalkan PSS semasa beliau menjadi Menteri KKLW di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
Selepas dapat menubuhkan kerajaan negeri Sabah melalui pintu belakang, Shafie menggesa supaya cadangan PSS diteruskan selepas terbongkar skandal 'Projek IC 2' (BACA DI SINI).
Pengumuman untuk memperkenalkan PSS diadakan selepas mesyuarat antara Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin yang mewakili kerajaan Pakatan Harapan dan Shafie Apdal yang mewakili kerajaan negeri Sabah (BACA DI SINI).
Apakah semata-mata demi kuasa, Shafie sanggup menggadaikan maruah dan kedaulatan negeri Sabah kepada warga asing terutamanya dari Filipina?
Apakah benar perlaksanaan PSS akan dilakukan dengan telus dan tiada perjanjian antara parti Warisan dengan Pendatang Tanpa Izin memandangkan 'Sultan Sulu', Dr. Datu Akjan Datu Ali Muhammad adalah penyokong kuat Shafie dan beliaulah yang kuat menggesa supaya Pendatang Tanpa Izin (PTI) diberikan PSS dengan segera, terutamanya yang datang dari Sulu.
Apakah Shafie sudah lupa siapakah yang menyebabkan tragedi berdarah di Lahad Datu pada tahun 2013? (BACA DI SINI).
Di peringkat kerajaan pusat, Pakatan Harapan aktif menggadaikan aset-aset masyarakat Melatu dan Bumiputera dan di peringkat negeri Sabah, Warisan pula begitu ghairah menggadaikan kedaulatan rakyat dan negeri Sabah kepada oengganas Sulu yang menyebabkan tragedi berdarah Lahad Datu!!!
Kepada rakyat Kimanis, tumbangkan Warisan di Sabah dan In Sya Allah, kami di Malaya akan tumbangkan Pakatan Harapan di Putrajaya!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.