Friday, January 3, 2020

DAP Atau PPBM Yang Desak Maszlee Malik Letak Jawatan?


Akhirnya terjawab khabar angin yang mengatakan ada tsunami yang akan berlaku di Kementerian Pendidikan pada awal tahun 2020...

Pengumuman perletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebenarnya bukanlah satu kejutan tetapi merupakan sesuatu yang sudah dijangka...

Persoalannya kenapa atau lebih tepat siapa yang beri tekanan supaya Maszlee letak jawatan?

DAP Atau PPBM Yang Mahu Maszlee Letak Jawatan?


Yang tersurat ialah adanya tekanan dari pihak tertentu yang mahukan Maszlee letak jawatan.

Yang tersirat ialah siapa?

Cuba kita selam kata-kata Maszlee waktu mengumumkan perletakan jawatan :

"Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, Internet sekolah dan isu sarapan percuma"

Dan 3 isu yang diberi secara spesifik oleh Maszlee kenapa dia 'dipaksa' letak jawatan selepas mengadakan pertemuan atau mungkin lebih tepat dipanggil mengadap Perdana Menteri, Dr. Mahathir.

Isu Tulisan Jawi


Tak perlu dihuraikan dengan lebih lanjut, yang kuat menentang secara konsisten dalam isu Tulisan Jawi ialah DAP.

Sedangkan Tulisan Jawi yang ditulis di papan tanda jalan pun ditentang oleh DAP, inikan pula bila Kementerian Pendidikan mengumumkan akan memperkenalkan Tulisan Jawi di sekolah vernakular!

Melalui Dong Jiao Zong, DAP suarakan kebencian mereka.

Walau pun akhirnya Kementerian Pendidikan dilihat akur dengan tekanan DAP, tapi mungkin itu masih belum mencukupi bagi mereka.

Populariti DAP di kalangan masyarakat Cina jatuh akibat isu Tulisan Jawi.

Bagi DAP, kemarahan masyarakat Cina pada mereka berpunca dari isu Tulisan Jawi, walau pun hakikatnya itu bukanlah punca utama kemarahan masyarakat Cina pada mereka.

Kegagalan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam membangunkan ekonomi menyebabkan majoriti masyarakat Cina yang menjalankan perniagaan terjejas perniagaan mereka adalah punca utama kemarahan masyarakat Cina pada DAP.

Memburukkan keadaan, sikap rasis keterlaluan DAP telah menggerakkan masyarakat Melayu Islam menggerakkan kempen 'Buy Muslim First' atau BMF, benar-benar telah membuatkan perniagaan masyarakat Cina terjejas, itulah punca utama yang sebenarnya.

Isu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah Kebangsaan


Semalam adalah hari pertama persekolahan...

RMT bukanlah isu sebenarnya, malah di dalam media sosial, netizen kurang membincangkan isu RMT.

Walau pun Maszlee cuba ambil kredit dari RMT yang sebenarnya sudah pun dimulakan seawal tahun 1979 oleh kerajaan Barisan Nasional, namun ianya bukanlah satu isu yang boleh memberikan tekanan supaya Maszlee Malik letak jawatan.

Isu Internet Sekolah


Isu internet sekolah ini yang menjadi tanda tanya besar.

Projek BestariNet diperkenalkan pada tahun 2011 sewaktu Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.

Kontrak bernilai bernilai RM4.465 bilion diberikan kepada YTL juga atas arahan Muhyiddin atas kapasiti beliau sebagai Menteri Pendidikan ketika itu.

Walau pun siasatan PAC telah mengesahkan BestariNet gagal dan sebut harga yang diberikan kepada YTL adalah terlalu tinggi, namun ianya tetap diteruskan (BACA DI SINI).

Adakah ini ada kaitan dengan penamatan projek internet YTL-Bestarinet di bawah Maszlee? (BACA DI SINI).

Seperti yang kita ketahui, Muhyiddin Yassin berada dibelakang Bestarinet.

Keputusan Kementerian Pendidikan menamatkan projek BestariNet sudah pasti menyebabkan kemarahan YTL, kroni belaan Muhyiddin Yassin.

Jelas, DAP dan PPBM mempunyai sebab kenapa mereka mahu Maszlee letak jawatan, tapi siapakah sebenarnya yang mendesak supaya Maszlee letak jawatan...

Adakah DAP atau Muhyiddin (PPBM) atau kedua-duanya.


Apa pun penyebabnya, sama ada DAP atau Muhyiddin (PPBM) atau kedua-duanya yang mahukan Maszlee letak jawatan, namun ianya hanyalah penyebab kepada berlakunya kifarah Allah SWT ke atas Maszlee Malik...

Pernah satu ketika dulu, dengan angkuhnya Maszlee Malik mengatakan tujuan beliau masuk politik hanyalah semata-mata kerana mahu melihat DS Najib jatuh!

Dan kini, kifarah Allah SWT menimpa ke atas Maszlee sendiri, apabila beliau bukan saja mencipta rekod sebagai menteri kanan utama dalam kabinet Pakatan Harapan hang meletak jawatan tapi juga memegang rekod sebagai Menteri Pendidikan pertama di Malaysia yang hanya memegang jawatan tersebut dalam jangkamasa hanya 20 bulan.

Tahniah Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.