Thursday, January 23, 2020

Auta Dr. Mahathir Dan Pakatan Harapan Dalam Isu Lanjutan Konsesi TOL


Ingat lagi tak mamat kat atas nie?


Masa kempen PRU 14 lepas, dalam satu video klip berdurasi 2 minit 19 saat, beriya-iya mamat nie tuduh DS Najib dan kerajaan Barisan Nasional dahulu sengaja tak nak hapuskan tol sebab nak kayakan kroni.

Mamat nie juga dengan muka tak bersalah san dengan muka konfiden kata bila Pakatan Harapan memerintah, rakyat Malaysia akan nikmati lebuhraya tanpa TOL sepenuhnya.


Tak cukup satu, admin payung lagi satu video klip masa kempen PRU 14 dari Wakanda pulak.

Cuma ada beberapa fakta yang ditukar menjadi auta oleh Wakanda :

》Perkataan yang betul ialah konsesi dan bukannya konsensi yer Wakanda...😂😂😂

》PLUS sudah dibeli balik oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2011.

》Ianya 51% dimilik Khazanah Nasional dan 49% oleh KWSP.

Bukan lagi di bawah tangan swasta sejak 9 tahun dahulu.

》Perjanjian konsesi TOL PLUS bukan di bawah OSA kerana semua perjanjian tol didedahkan kepada orang awam adalah antara langkah pertama yang DS Najib ambil selepas saya mula menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008.

Sekarang Apa Sudah Jadi?


TOL PLUS dilanjutkan 20 tahun lagi dari tahun 2038 hingga 2058 tapi kadar tol diturun 18%

TOL PLUS patut mansuh 18 tahun lagi.

Tapi ditambah 20 tahun menjadi 38 tahun iaitu 111% lebih panjang tempoh.

Walaupun harga TOL turun 18%, rakyat perlu bayar tempoh 111% lebih lama lagi.

Ini bermakna ianya bukan pengurangan 18% tapi kenaikan jumlah kutipan TOL sebanyak 73%.

Dengan bangganya, Pakatan Harapan juga kata kerajaan tak perlu lagi bayar apa-apa pampasan kepada PLUS selepas lanjutkan tempoh TOL.

Kerajaan jimat RM42 bilion sepanjang tempoh, kata mereka.

Sebenarnya, kerajaan Pakatan Harapan tahu tak, kalau pampasan itu dibayar, siapa yang akan dapat munafaatnya?

PLUS 51% milik kerajaan melalui Khazanah dan 49% milik KWSP.

Oleh itu, segala pampasan yang dibayar mengalir 51% ke kerajaan sendiri dan 49% kepada KWSP.

Adakah kerajaan Pakatan Harapan kata kerajaan Pakatan Harapan merupakan beban ataupun pencarum KWSP iaitu rakyat ialah beban?

Selepas Perdana Menteri ke-4 bersara kali pertama, segala TOL lebuhraya milik PLUS tidak pernah naik selama 15 tahun sejak tahun 2004.

Kerajaan Barisan Nasional masa DS Najib menjadi Perdana Menteri ke 6  tidak ada masalah untuk membayar pampasan setiap tahun kepada PLUS.

Kerana ianya beri manfaat kepada pencarum KWSP setelah diambil balik PLUS dari tangan swasta pada tahun 2011.

Kerajaan Barisan Nasional tak rasa pencarum KWSP adalah beban kerana Rakyat memang kroni kerajaan Barisan Nasional.

Dengan diskaun 18% tanpa pampasan kerajaan, pendapatan tahunan KWSP dari PLUS juga akan turun 18%.

Lagipun, sudah 14 tahun pampasan dibayar, cuma ada lagi 18 tahun perlu dibayar.

Itu bukan masalah.

Kerajaan Barisan Nasional bina aset dan ianya boleh menjana pendapatan.

Kerajaan Barisan Nasional tak jual aset yang memberi pulangan baik.

Dan apabila kerajaan Barisan Nasional ada lebihan dana dalam bajet, plaza TOL akan dimansuhkan satu persatu mengikut kemampuan.


Contohnya Plaza TOL Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam milik PLUS dan Lebuhraya EDL di Johor yang sudah dimansuhkan.

Lagipun, jika mahu beri diskaun cuma 18%, tiada keperluan untuk lanjutkan tempoh konsesi TOL.

Misalnya, skim Rebat TOL Pengguna Kerap 1Malaysia yang diumukan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 100 hari DS Najib menjadi Perdana Menteri dan berjalan selama 5 tahun hingga tahun 2014.

Ia memberi diskaun 20% kepada pengguna kerap TOL untuk semua lebuhraya - bukan untuk PLUS sahaja.


Kalau kita masih ingat, selepas 100 hari DS Najib menjadi Perdana Menteri ke 6, beliau juga ada 11 hadiah untuk rakyat (BACA DI SINI) dan sudah ditunaikan bukannya dicapatikan macam 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan.

Mungkin Pakatan Harapan terlupa @ terkeliru bahawa janji manifesto mereka ialah untuk HAPUSKAN TOL, bukan untuk beri diskaun 18%.

Aps lagi untuk gandakan tempoh tol 111% lebih lama lagi sehingga tahun 2058.

Elak bayar pampasan kepada KWSP sebenarnya MATLAMAT UTAMA dalam pengumuman Pakatan Harapan itu.

Dan siapakah yang akan menanggung bebanan lanjutan selama 20 tahun itu?

Jawapannya ialah anak-anak dan cucu cicit kita yang sepatutnya tidak perlu bayar TOL selepas tahun 2038.

Dihadiahkan beban untuk membayar TOL sebanyak 20 tahun lagi.

Dulu kerajaan Barisan Nasional amat rela membayar pampasan setiap tahun kepada pencarum KWSP untuk tidak menaikkan TOL serta tidak menyambung konsesi TOL dan membebankan rakyat masa depan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.