Friday, December 20, 2019

Suara Hati Pengundi Atas Pagar : PRU 14 Kami Mengundi Pakatan Harapan Bukan Kerana Pakatan Harapan


Dalam PRU 14, kami mengundi Pakatan Harapan bukan kerana keyakinan kami terhadap Pakatan Harapan...

Kami juga tidak mengundi untuk Dr. Mahathir atau untuk Anwar Ibrahim atau untuk Mat Sabu, apa lagi untuk Lim Kit Siang dan DAP...

Hakikatnya rakyat waktu itu rakyat termakan dengan hasutan dan fitnah yang ditaburkan pemimpin Pakatan Harapan, ditambah pula dengan kesombongan segelintir pemimpin UMNO maka wujudlah gelombang kemarahan rakyat kepada Barisan Nasional, khususnya UMNO...

Tetapi majoriti rakyat kini sedar, keputusan rakyat untuk menghukum Barisan Nasional khususnya UMNO telah memakan diri kami sendiri...


Pemimpin UMNO mula menunjukkan kesombongan mereka setelah rakyat meminjamkan kuasa pemerintahan kepada mereka selama 6 abad tetapi pemimpin Pakatan Harapan telah menunjukkan kesombongan hanya selepas satu tahun setengah mendapat kuasa pemerintahan dari rakyat...


Keangkuhan pemimpin Pakatan Harapan adalah jauh lebih teruk dari keangkuhan pemimpin UMNO dahulu...

Pemimpin Pakatan Harapan kini benar-benar sudah menjadi beraja di mata ddan bersultan di hati...

Mereka langsung tidak boleh dinasihati apa lagi ditegur atau dikritik...

Bukan saja tidak boleh ditegur, malah rakyat melihat pemimpin Pakatan Harapan semakin tamak dengan kuasa hingga bercakaran sesama sendiri...

Sikap pemimpin Pakatan Harapan kini benar-benar membuatkan rakyat semakin mual dan menyampah dengan mereka...

Rakyat menuntut perubahan dan menifesto PRU 14 seperti yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Harapan semasa berkempen sebelum PRU 14 dahulu...


Tetapi rakyat disindir, diperlekeh dan dihina seolah-olah rakyat Malaysia pemalas dan terlalu mengharapkan bantuan dan ihsan dari kerajaan Pakatan Harapan...

Apakah pemimpin Pakatan Harapan lupa, rakyat TIDAK PERNAH memaksa perubahan dan manifesto yang mereka janjikan itu, ianya datang dari mulut mereka sendiri tanpa ada sesiapa yang paksa mereka dan yang paling penting, rakyatlah yang membawa mereka ke Putrajaya...

Rakyat benar-benar kecewa dengan sifat munafik pemimpin Pakatan Harapan...


Gagal mengotakan janji yang mereka sendiri ucapkan, rakyat pula dipersalahkan dan dikatakan rakyat terlalu mengemis kepada kerajaan Pakatan Harapan...

Itu belum lagi termasuk penyalahgunaan kuasa dan undang-undang oleh pemimpin Pakatan Harapan...

Malaysia dijadikan seperti kerajaan di rimba...

Yang berkuasa bebas untuk melakukan apa saja yang mereka suka...


Di zaman Pakatan Harapan memerintah ini, apakah masih relevan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, bila Allah SWT dan Rasulullah SAW dipersendakan oleh manusia-manusia biadab?

Mengapakah pemimpin-pemimpin utama dalam Pakatan Harapan menunjukkan sikap yang tegas dalam isu ini?


Apakah institusi Raja Raja Melayu dan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara masih lagi dipertahankan dalam kerajaan Pakatan Harapan...

Kalau masih dipertahankan, mengapakah manusia yang bersikap biadab kepada Raja Raja Melayu dipertahankan dan kenapakah manusia yang menjual kewarganegaraan negara kepada rakyat asing mahu dibela oleh ahli politik kerajaan Pakatan Harapan?


Mana perginya prinsip Kedaulatan Undang-Undang dalam kes banglo Lim Guan Eng, pembunuhan Allahyarham Mohd. Adib, penglibatan dalam aktiviti pengganas LTTE, kes rogol Exco Perak, kes Semburit Azmin dan banyak lagi?


Benarkah prinsip Keluhuran Perlembagaan dipertahankan oleh kerajaan Pakatan Harapan?


Tidakkah kerajaan Pakatan Harapan nampak pelajar Universiti Malaya meletakkan prinsip kesopanan dan Kesusilaan di tapak kaki beliau apabila berlaku biadab di hadapan Tuanku Chaunselor Universiti Malaya sewaktu
Majlis Konvokesyen baru-baru ini?

Rakyat sudah benar-benar marah dan meluat dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan...


Referendum kemarahan rakyat sudah dizahirkan dalam PRK Cameron Highland, PRK Semenyih, PRK Rantau dan PRK Tg. Piai...


Namun pemimpin kerajaan Pakatan Harapan benar-benar sudah buta mata dan hati perut mereka bila berterusan dengan kesombongan mereka...

Maka rakyat akan sabar menunggu hingga ke PRU 15 untuk merampas kembali kuasa yang rakyat pinjamkan kepada mereka dahulu...


Mana-mana pemimpin Pakatan Harapan yang bobrok, pasti akan rakyat seret ke muka pengadilan...

Ingat, yang berkuasa secara mutlak di dunia ini hanyalah Allah SWT dan Allah SWT meminjamkan kuasa memilih kerajaan itu kepada rakyat, maka dengan izin Allah SWT, rakyatlah yang mempunyai kuasa penentu dalam Malaysia, bukannya Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim atau DAP!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.