Dalam ucapan Dr. Mahathir di perasmian KL SUMMIT 2019, beliau mengeluh dengan keadaan negara negara Islam di seluruh dunia di masa kini...
Mungkin Dr. Mahathir kecewa dengan kehadiran Ketua Negara Negara Islam yang sangat sedikit...
Dari lebih 50 Negara Islam yang diundang hanya 3 negara diwakili oleh Ketua Negara masing masing...
Paling ketara adalah tetamu utama iaitu King Salman tidak hadir malah dimaklumkan King Salman menghubungi beberapa Ketua Ketua Negara Islam meminta agar mereka tidak hadir...
Kenapa Jadi Begini
Jelas, maruah Malaysia telah jatuh ke tahap yang paling rendah sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan...
Dunia Islam luar bukan buta untuk melihat apa yang sedang berlaku di Malaysia...
Mereka melihat bagaimana Islam dihina, Rasulullah SAW dihina, kitab suci Al Quran dipermainkan di negara ini, bagaimana umat Islam ditindas di tanah air mereka sendiri!!!
Tetapi hari ini Dr. Mahathir kononnya mahu mengajar Ketua Ketua Negara Islam bagaimana mahu menjadi sebuah Negara Islam contoh!!!
Adakah Dr. Mahathir Layak Mengajar Dunia Islam
Ironinya, ketika Dr. Mahathir sedang bercakap kepada Ketua Ketua Negara Islam di Summit Kuala Lumpur mengenai nasib saudara kita di Palestine, dalam masa yang sama di Langkawi, kawasan parlimen Dr. Mahathir sendiri, rumah rakyat yang memberikan undi kepada beliau dalam PRU 14 yang lepas sedang dirobohkan tanpa belas kasihan...
Apakah Dr. Mahathir mahu jadi juara dunia Islam sedangkan dalam masa yang rakyatnya dizalimi tanpa sebarang pembelaan?
Janganlah jadi seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor sendiri bergelumang tahi...
Kalau di zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4, mungkin segala pekong beliau boleh disembunyikan...
Segala kekotoran yang beliau lakukan boleh disorok di bawah karpet tetapi di zaman teknologi maklumat, di mana segala maklumat berada di hujung jari, segala-galanya akan terdedah ke seluruh dunia...
Benar, rumah rakyat yang dirobohkan di Langkawi itu dibina di atas tanah rezab laut...
Tetapi mengapakah mereka tidak diberi penempatan sementara sekurang-kurangnya?
Mengapakah tidak ada perancangan untuk membina rumah kos rendah untuk mereka supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa...
Kalau pemaju yang memiliki tanah kuil di Seafield boleh menangguhkan pemindahan kuil walau pun setelah di beri duit pampasan dan tanah untuk tapak kuil yang baru, apakah kerajaan tidak mampu melakukan perkara yang sama kepada penduduk kampung tersebut?
Atau adakah kerana mereka Melayu dan Islam, maka kerajaan merasakan mereka memang layak diperlakukan begitu?
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana serta Maha Halus perancanganNya...
Selepas anak Dr. Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah membiarkan kezaliman berlaku di parlimen Langkawi yang dimenangi oleh Dr. Mahathir, ayah kandung beliau, maka Allah SWT memberikan aib yang cukup besar kepada Dr. Mahathir apabila KL SUMMIT yang beliau sendiri usahakan hanya dihadiri oleh 3 orang Ketua Negara Islam dari lebih 50 orang yang dijemput...
Dan kini dunia Islam memandang Dr. Mahathir sebagai BAPA PERPECAHAN umat Islam dunia!!!
Sesungguhnya, Dr. Mahathir TIDAK LAYAK bercakap tentang nasib umat Islam dan negara Islam di dunia kerana di tangan beliau sendiri dilumuri dengan airmata rakyat yang beliau zalimi tanpa sedikit pun rasa belas kasihan!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.