Sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan, berbagai perkara kontroversi yang menimbulkan ketegangan berlaku...
Bermula dari kematian Allahyarham Mohd. Adib, ratifikasi ICERD dan Statut Rom, pengiktirafan LGBT dan terkini penyeludupan 'abu mayat Chin Peng' dan Pertandingan Tattoo...
Persoalannya, apakah benar abu mayat yang dikatakan diseludup masuk itu adalah benar abu mayat Chin Peng...
Tidak ada siapa pun yang dapat mengesahkan ianya adalah abu mayat Chin Peng...
Malah dari maklumat yang datangnya dari mereka yang rapat dengan Liew Chin Tong, pakar strategi DAP, abu mayat yang dikatakan diseludup masuk itu sebenarnya BUKAN abu Chin Peng...
Apa Strategi DAP Sengaja Memanaskan Isu 'Penyeludupan Abu Mayat Chin Peng'
Apa tujuan DAP sebenarnya?
Idea untuk memanaskan isu penyeludupan abu mayat Chin Peng sebenarnya adalah idea Liew Chin Tong sebelum PRK Tg. Piai lagi...
DAP, malah Dr. Mahathir sendiri sudah menjangkakan Pakatan Harapan akan tumbang kepada Barisan Nasional di PRK Tg. Piai...
Cuma mereka tidak menjangkakan, kekalahan yang mereka alami di Tg. Piai merupakan kekalahan yang akan mencalarkan keegoan mereka...
Jangkaan awal mereka ialah kekalahan dengan majoriti antara 3 ribu ke 5 ribu undi...
Kekalahan dengan majoriti 15,086 merupakan satu kekalahan yang sangat mengejutkan dan sangat sukar mereka terima...
Lebih memeritkan Pakatan Harapan, apabila mendapati DAP gagal mendapatkan 97% undi Cina sebagaimana yang mereka perolehi dalam PRU 14 yang lalu...
DAP memerlukan satu isu yang besar untuk kembalikan sokongan masyarakat Cina kepada mereka...
DAP melihat, penghebahan mengenai penyeludupan abu mayat Chin Peng merupakan
isu yang mampu mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada mereka...
Sebenarnya bagi DAP, penyeludupan abu mayat Chin Peng bukanlah isu utama tetapi mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat Cina ialah DAP masih lagi parti dominan di dalam Pakatan Harapan...
Mereka mahu memberitahu, walau pun abu mayat Chin Peng telah berjaya diseludup masuk tetapi kerajaan tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana yang berada dibelakang perancangan penyeludupan masuk abu mayat Chin Peng ialah DAP...
Jangan ada siapa yang berani pertikaikan atau persoalkan apa yang DAP lakukan!!!
Strategi mereka dilihat berjaya kerana selain dari telah berjaya mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Cina, DAP juga telah berjaya memaksa Dr. Mahathir 'merestui' penyeludupan abu mayat Chin Peng ke Malaysia, walau pun sebelum ini Dr. Mahathir dilihat sebagai seorang yang konsisten menentang usaha membawa balik abu mayat Chin Peng...
Sebenarnya Dr. Mahathir terperangkap dan diperbodohkan oleh DAP kerana bila diberitahu abu yang diseludup masuk itu bukannya abu mayat Chin Peng...
Dr. Mahathir tidak mempunyai asas untuk bertindak kerana abu mayat yang dikatakan sebagai abu mayat Chin Peng adalah palsu...
Dan bila Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan, "cuma abu yang dibawa masuk, bukan boleh buat apa", ini akan membuka ruang yang seluas-luasnya kalau di masa akan datang DAP benar-benar mahu menggerakkan usaha membawa abu mayat Chin Peng yang asli masuk ke Malaysia...
Itulah wajah sebenar DAP, sanggup melakukan apa saja, sekuranya mereka perlu menggadaikan keharmornian hidup dan keselamatan rakyat demi untuk terus berkuasa, mereka tidak akan teragak-agak untuk melakukannya!!!
Dan begitulah kelemahan dan ketidakupayaan Dr. Mahathir di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, hanya mampu melihat DAP yang semakin beraja di mata dan bersultan di hati, dan apabila diarah untuk membuat kenyataan maka Dr. Mahathir terpaksa akur dan akan membuat kenyataan yang pastinya menyebelahi DAP...
Dalam ertikata lain, tiada bezanya fungsi Dr. Mahathir dengan Mat Sabu, Mujahid dan Khalid Samad dalam PAN...
Perkara yang sama PASTI akan berlaku pada Anwar Ibrahim sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri ke 8...
Dengan keadaan PKR yang sudah berpecah, sokongan DAP adalah WAJIB bagi Anwar sekiranya mahu menjadi atau kekal menjadi PM ke 8...
DAP sudah menguasai PAN, kini menguasai PPBM dan hampir pasti menguasai PKR pula...
Memang kerajaan Pakatan Harapan adalah gabungan 4 parti politik tetapi hakikatnya siapa yang memerintah Malaysia sekarang?
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.