Thursday, November 7, 2019

#ApaMauTipuLagi : Parti Muafakat Nasional Atau Parti Pakatan Harapan Yang Rasis?


Memang dah tertulis di Loh Mahfuz, bulan 16 November 2019, PRK Tg. Piai akan diadakan...

Dan setiap yang Allah SWT izinkan untuk berlaku, pasti ada sebab dan asbabnya...

Ianya tidak berlaku tanpa sebarang alasan dan tanpa sebarang pengajaran...

Sebab berlakunya PRK Tg. Piai adalah kerana kematian penyandang kerusi Parlimen Tg. Piai, Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik pada 21 September 2019...

Asbab berlakunya PRK Tg. Piai?

Inilah yang admin nak bincangkan...

Pakatan Harapan Tuduh Gabungan UMNO Dan PAS Dalam Muafakat Nasional Sebagai Rasis Dan Membahayakan Rakyat Bukan Islam


Pada peringkat awal usaha nak gerakkan Muafakat Nasional, UMNO dan PAS diserang dari pelbagai sudut oleh Pakatan Harapan terutamanya DAP...

DAP dengan sengaja dan sedar membakar api perkauman masyarakat bukan Melayu Islam, bahawa kononnya kerjasama antara UMNO dan PAS akan menyebabkan hak dan keselamatan masyarakat bukan Melayu Islam terancam...

"Kerjasama antara UMNO dan PAS adalah pengisytiharan PERANG terhadap bukan Melayu", kata Guan Eng...


"Kerjasama UMNO dan PAS akan menjadikan Malaysia sebagai negara Taliban", kata Nga Kor Meng...

MCA dan MIC yang ada dalam gabungan parti Barisan Nasional hampir melatah dengan dakyah rasis DAP...

Dan kini isu perkauman sekali lagi dimainkan oleh pemimpin DAP dalam kempen PRK Tg. Piai...


Dalam kempen PRK Tg. Piai, yang dibuat oleh Lim Guan Eng, seperti yang dilapurkan RoketKini jelas menunjukkan kepada kita semua, DAP sedang menghasut dan meniupkan api perkauman dan kebencian di kalangan masyarakat bukan Melayu terhadap masyarakat Melayu Islam...

Dalam teks ucapan Lim Guan Eng, jelas sekali beliau boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghasut dan menyemaikan kebencian masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam terhadap masyarakat Melayu Islam...

Sudah jelas lagi bersuloh, apa yang dikatakan Lim Guan Eng sebenarnya panah-panah fitnah yang berniat buruk dan sengaja ditujukan kepada parti UMNO dan PAS...

Antara intipati ucapan Guan Eng ialah :

Kemenangan calon MCA di PRK Tg. Piai akan mengiktiraf falsafah perkauman yang didokong oleh UMNO dan PAS di mana :

》Bukan Melayu dan bukan Islam tidak akan diberikan tempat sebagai menteri dalam kabinet...


61 tahun Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO memerintah negara, apakah tidak ada menteri kabinet dari kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam?

Kalau Guan Eng masih mahu pertahankan kenyataan beliau, sila nyatakan, dibawah pemerintahan Perdana Menteri yang mana dan dalam penggal parlimen yang mana tidak ada menteri dari kalangan masyarakat bukan Melayu dan Islam?

Malah kerajaan Perikatan (Barisan Nasional), mengisytiharkan darurat pada 13 Mei 1969, semata-mata mahu menyelamatkan nyawa Lim Kit Siang yang menjadi punca rusuhan kaum kerana meniupkan api perkauman dari dibunuh oleh orang Melayu yang sedang marah dan memang mencari beliau!!!

》Pendidikan vernakular akan dihapuskan...


Sila nyatakan, SJK(C) atau SJK(T) mana yang telah ditutup sepanjang pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sejak merdeka pada tahun 1957 hingga kerajaan Barisan Nasional kehilangan kuasa akibat fitnah Pakatan Harapan terutamanya DAP pada 9 Mei 2018?

Malah tidak ada satu SJK(C) atau SJK(T) yang ditutup atau tidak mendapat bantuan (BACA DI SINI) dalam setiap Belanjawan Tahunan kerajaan Barisan Nasional kerana ianya tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan...

SJK(C) dan SJK(T) persendirian memang tidak diberi bantuan kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan...

Bukan SJK(C) dan SJK(T) persendirian saja yang tidak mendapat bantuan, sekolah berbahasa Melayu persendirian juga tidak mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan, seperti PASTI (Pusat Asuhan Tadika Islam), SRITI (Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam) dan SMITI (Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Ilmuan) juga TIDAK PERNAH menerima apa-apa dana dari kerajaan, walau pun Islam adalah ugama rasmi Malaysia...

Jadi apa masaalahnya?

》Produk bukan Islam akan diboikot...


TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN ADA gerakan untuk boikot produk bukan Islam dari kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

'Buy Muslim First' adalah mengutamakan produk orang Islam...

Produk orang Islam, tidak kira ianya Melayu Islam atau Cina Islam atau India Islam tetap akan di beri keutamaan dan sekiranya tiada barulah masyarakat Islam akan beli produk dari peniaga bukan Islam...

Boikot bermaksud memulaukan, admin rasa, Guan Eng ada masaalah bahasa...

》Masyarakat bukan Melayu akan dilabel sebagai pengganas atau komunis...

Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh adalah berbangsa Melayu dan masyarakat Melayu Islam tetap menganggap mereka sebagai pengganas komunis walau pun mereka berbangsa Melayu...

Realitinya, masyarakat Melayu Islam akan melabelkan seseorang itu pengganas berdasarkan pada individu dan bukannya berdasarkan kepada kaum atau ugama...

Masyarakat Melayu Islam TIDAK PERNAH bersetuju atau menyokong dengan apa saja kegiatan atau pergerakan yang membabitkan pengganas...


Cuma DAP satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyokong dan mempertahankan aktiviti dan kumpulan pengganas termasuk gangsterisme...


BACA DI SINI, DI SINI, dan DI SINI...

Bukan DAP Saja Yang Suka Menghasut Dan Membakar Api Perkauman, PAN Parti Tajaan DAP Juga Berperangai Sama


PAN sebagai parti perisai DAP, juga tak nak ketinggalan dari menghasut dan membakar api perkauman demi untuk menjaga hati DAP...

Dalam satu perjumpaan tertutup Menteri Pertanian, Salahuddin Ayob (PAN), di SJK (C) Pei Chio, Kukup Laut, jelas beliau telah menghasut dan membakar api perkauman dan kebencian kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam terhadap masyarakat Melayu Islam...


Kalau masih ragu-ragu, sila tenguk video klip di atas...


Tahniah kepada PDRM yang telah bertindak pantas dengan membuka kertas siasatan (BACA DI SINI)...

Tapi jangan pula nanti Tommy Thomas keluarkan arahan supaya tiada pendakwaan dilakukan, macam kes ADUN DAP yang disyaki terlibat dengan pengganas LTTE yer...

Untuk pengundi PRK Tg. Piai, hati-hatilah...

Majoriti rakyat Malaysia sudah tertipu dengan fitnah dan api perkauman yang dimainkan oleh Pakatan Harapan terutamanya DAP...

Kini mereka sedang melakukannya sekali lagi di Tg. Piai!!!

Pakatan Harapan sanggup ldkukan apa saja termasuk memperjudikan keselamatan dan keharmornian hidup berbilang bangsa di Malaysia...

Selama PAS memerintah di Kelantan, tidak ada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam yang dizalimi...

Sepanjang Barisan Malaysia memerintah negara selama 61 tahun, negara kita aman, maju dan makmur...

Kini baru satu tahun setengah Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP memerintah, bukan saja rakyat menderita akibat ekonomi negara hancur, malah ketegangan kaum semakin memuncak akibat dari hasutan Pakatan Harapan/DAP, semata-mata kerana mahu mengekalkan kuasa...

Kenapa mereka bertindak dengan tindakan terdesak begitu?

Kerana mereka menyedari, rakyat semakin menolak dan membenci mereka...


Buatlah pilihan yang bijak dengan memilih calon Barisan Nasional yang sudah banyak berjasa pada rakyat Tg. Piai...


Jangan tertipu lagi kerana sekarang ini hari-hari kita ditipu, untuk itu, admin payung satu lagu wajib PRK Tg. Piai...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.