PRK Tg. Piai dah hampir sampai ke kemuncak...
Dari corak respon dan sambutan pengundi Tg. Piai terhadap kempen PRK Tg. Piai yang dilakukan oleh kedua-dua pihak, jelas Barisan Nasional mempunyai peluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Tg. Piai daripada penyandangnya, Pakatan Harapan/PPBM...
Sambutan yang diberikan pada Dr. Mahathir dalam ceramah perdana anjuran parti PPBM yang menghantar calon mereka, Wak Karmaine, boleh dianggap hanya suam-suam kuku...
Nampaknya 'aura' Dr. Mahathir yang diharapkan oleh Wak Karmaine, tidak menjadi...
Yang datang hanya sekitar lima ribu orang, termasuk mereka yang telah di'impot' dari kawasan-kawasan lain...
Termasuk yang diimpot ialah janda dan balu skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)...
Dikatakan, sekiranya mereka TIDAK MAHU hadirkan diri di dalam kempen PKR Tg. Piai, maka pinjaman AIM mereka akan dibekukan (BACA DI SINI)...
Sambutan terhadap ceramah yang hanya disampaikan oleh Pemuda Barisan Nasional dikatakan sama dengan sambutan yang diberi pada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan...
Takkan Dr. Mahathir hendak dikatakan setaraf dengan Pemuda Barisan Nasional kottt!!!
Tulis Surat 'Cinta' Pada Pengundi Adalah Ikhtiar Terakhir Yang Terdesak Dr. Mahathir Untuk Dapatkan Undi
Menulis surat dan diedarkan pada pengundi adalah senjata terakhir Dr. Mahathir untuk menagih simpati...
Beliau pernah melakukannya pada Al Marhum Tunku Abdul Rahman ketika mahu menjatuhkan Al Marhum Tunku Abdul Rahman...
Beliau berjaya menjatuhkan Tunku Abdul Rahman!!!
Beliau mengulanginya ketika mahu menjatuhkan DS Najib dan kerajaan Barisan Nasional ketika PRU 14...
Sekali lagi beliau berjaya!!!
Kini, dengan keadaan makin terdesak dan kemenangan calon PH/PPBM di PRK Tg. Piai menjadi 'WAJIB' dalam menentukan hidup mati PPBM dalam Pakatan Harapan, Dr. Mahathir mengulanginya sekali lagi di Tg. Piai...
Bagi Dr. Mahathir, bukan nasib penduduk Tg. Piai yang menjadi keutamaan beliau, siapa Wak Karmaine, apa latar belakang kehidupannya, apa latar belakang pendidikannya, sama ada penduduk Tg. Piai suka atau tidak pada Wak Karmaine, bukanlah isu yang penting bagi Dr. Mahathir...
Kemenangan calon PPBM di PRK Tg. Piai yang menjadi keutamaan beliau...
Mengapa?
Dengan desakan Anwar Ibrahim dan DAP supaya Dr. Mahathir tidak lagi berdolak dalih dalam peralihan kuasa, dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Perak, Peja, dalam 'walk about' di Tg. Piai membuatkan Dr. Mahathir semakin terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan dalam arena politik negara...
PPBM tewas di Semenyih, Dr. Mahathir gagal untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO ke dalam Pakatan Harapan, Kongres Melayu gagal mengimbangi gelombang Muafakat Nasional gerakan UMNO dan PAS, akibatnya, kredibiliti Dr. Mahathir sebagai 'TOP DOG' Pakatan Harapan semakin dipandang sinis, Anwar Ibrahim secara terang-terang dan berdepan berani memBARUAHkan Kongres Melayu yang digerakkan oleh PPBM dan hanya kemenangan PH/PPBM di Tg. Piai saja dapat menaikkan imej Dr. Mahathir...
Kalah di PRK Tg. Piai, adalah signal yang cukup jelas kepada Dr. Mahathir, sama ada mengosongkan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya atau membubarkan parlimen, dan itulah yang paling tidak dikehendaki oleh Dr. Mahathir!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.