Monday, October 21, 2019

Norhizam Hassan Baktee, YB Kereta Berlogo Yang Poyo!!!


Mula-mula tular dengan cerita bersikap kssar dengan orang kampung (BACA DI SINI)...


Tak nak cakap dengan orang yang tak sekolah konon, pada hal yang YB Berlogo sound tu pensyarah, sedangkan YB Berlogo sendiri tak habis belajar...🤭🤭🤭


Lepas tu tular pula kisah serbu stor baja petani kampung waktu malam (BACA DI SINI)...

Dah lah ceroboh tanah persendirian tanpa kebenaran waktu malam, bila bertengkar, wirid 'kau kenal aku siapa, aku YB tau' tak pernah lekang dari mulut YB Berlogo...


Lepas satu, satu, kecoh pula cerita YB Berlogo hina penarik beca di Melaka...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️


Baru nak sejuk, keluar pula cerita teori migrasi babi dari Sumatera ke pantai negeri Melaka...

Kita akui, memang orang-orang tua ada beritahu babi memang boleh berenang dan merentas sungai, tapi yang buat kita geleng kepala, begitu panjang pantai barat kat Semenanjung Malaysia nie, dari Perlis sampai ke Johor, boleh pula babi tu tahu kat mana nak landing...

Pandai pula babi tu pilih untuk landing hanya kat pantai di Melaka, semata-mata sebab nak tunjukkan YB Berlogo nie satu-satunya saja YB dan Exco dalam Malaysia yang buat kerja...

Kira babi-babi tu nak kasi 'up' nama YB Berlogo supaya CNN dapat buat lapuran tentang prestasi dan kejayaan YB Berlogo buat tesis tentang babi...

Mungkin lepas nie wartawan dari National Geographic atau Discovery Channel boleh buat liputan tentang kejayaan YB Berlogo membuat kajian tentang migrasi babi...

Sebab mesti dunia nak tahu, macam mana babi tu boleh pilih destinasi dengan tepat, apa panduan yang babi-babi tu gunakan, ada Waze ke atau kompas ke yang babi-babi tu gunakan!!!


Atas jasa YB Berlogo mempopularkan frasa 'Kau kenal aku siapa, aku YB tau' dan kejayaan YB Berlogo membuat kajian tentang migrasi babi, maka kerajaan negeri Melaka mengurniakan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk...

Masa terima anugerah DMSM pun jadi hal jugak...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Katanya masa rehearsel tak datang, lepas tu masa Majlis Penganugerahan, tak tahu apa nak buat, sampaikan TYT Melaka, Tun Khalil Yaakub yang dah beribu kali bagi anugerah, pening kepala...


Berbelit-belit kain selempang pingat darjah kebesaran tu...😒😒😒


Dan terkini, YB Berlogo nie buat kecoh kat IPK Kuala Lumpur pulak...😏😏😏

Dah kawasan tu kawasan larangan, tak payahlah nak main sondol macam 'beliau'...


Kalau YB Berlogo nak orang lain hormat logo yang ada pada kereta YB Berlogo tu, YB Berlogo kenalah juga hormat uniform PDRM, sebab logo yang dijunjung oleh anggota Sang Saka Biru ada tertulis nama Allah SWT dan nama Nabi Muhammad SAW...

Kata sama-sama penjawat awam...


Lagi pun, ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya...

Cuba YB Berlogo baca, nombor 13 tu, nama siapa yang tertulis kat daftar senarai masuk tu...

Kalau YB Berlogo tak tahu, admin beritahu yer, tu nama DYMM SPB Raja Permaisuri Agong...

Kereta yang baginda naik, bukan saja berlogo, malah ada 'out rider escort' lagi, tapi she's very humble queen...😊😊😊

Takkan bila dah jadi Naib Pengerusi DAP Melaka, YB Berlogo dah lupa nasihat orang tua-tua Melayu...


Harap YB Berlogo nie dapat muhasabah diri...

Apa yang YB Berlogo nie nak buktikan sebenarnya...

Ingat YB Berlogo yer, asal perkataan YB tu pada mulanya ialah Yang Berkhidmat dan bukannya Yang Berhormat atau Yang Berlogo...

Tak salah kalau ditukar pada Yang Berhormat tapi orang Jawa kata, respect is honoured not given...

Ingatlah YB Berlogo, menang kat DUN Pengkalan Batu masa PRU 14 hari tu pun sebab kekuatan fitnah yang Pakatan Harapan sebarkan secara tag team mainkan sampai rakyat tertipu...

Buat kata orang, masa tu siapa atau apa saja yang bertanding, kalau tak pakai lambang dacing, mesti menang...

Tiang letrik kalau disarungkan dengan lambang PKR pun boleh menang!!!

Penggal ke 14, nie pun, dah nak masuk pertengahan, rasanya eloklah YB Berlogo mula hantar van kilang tu ke bengkel...


Bukan apa, sebagai persediaan awal, apa orang tua-tua kata, sediakan payung sebelum hujan...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.