Bekas calon Presiden Indonesia, Probowo, mengesahkan beliau menerima tawaran Presiden Indonesia, Jokowi, sebagai Menteri Kabinetnya...
Kemungkinan besar, Probowo akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan Indonesia yang baru...
Mungkin ramai tidak tahu bahawa agak berat untuk Jokowi mengambil keputusan tersebut, namun demi memastikan keamanan Indonesia dan tekanan yang semakin memuncak dapat dikurangkan, Jokowi melihat itu antara solusi terbaik yang boleh membawa kepada penyatuan bangsa Indonesia...
Perkara yang hampir serupa juga melanda Perdana Menteri Malaysia yang kini, Dr. Mahathir, terlalu lemah dan serabut bagai mandi tak basah, tidur tidak lena...
Dengan jadual pembedahan tukar baterinya yang terpaksa ditangguh dari September ke November atau Disember, dengan kesihatan Dr. Siti Hasmah yang semakin meruncing, dengan mimpi ngeri anak-anaknya bakal ke penjara sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri, kekusutan Mahathir sudah pasti 10 kali ganda lebih parah berbanding Jokowi...
Itu sebabnya Mahathir yang hanya mempunyai 13 kerusi mengorak langkah untuk meramaikan sokongan beliau di kalangan MP dengan mencuri MP-MP dari UMNO sejak beliau mula diangkat menjadi Perdana Menteri sementara...
Diperingkat awal, beliau mengunakan khidmat beberapa orang tokoh dalam UMNO termasuk Hamzah Zainuddin untuk menarik MP UMNO menjadi MP Bebas dan kemudiannya menyertai PPBM...
Namun, setelah kemenangan BN di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau, tokoh-tokoh yang beliau gunakan sudahpun menyedari bahawa tindakan meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM adalah tindakan bodoh dan boleh dianggap seperti tindakan membunuh riwayat politik sendiri...
Apa taknya, sudahlah diludah dan dihalau pengundi sendiri, kerusi menteri yang ditawarkan hingga kini belum dimiliki...
Yang sudah terbabas ke PPBM kini bukan sahaja menyesal, malah ada yang sudah mula memaki si penghasut yang menarik 'hand brake' dari melompat sambil melaungkan slogan 'kekal setia bersama parti'...
Maklumlah, siapa yang hendak meninggalkan UMNO di kala gelombang kebangkitan rakyat menentang Pakatan Harapan makim mula mengukuhkan kedudukan BN dan PAS...
Kegagalan 'Hamzah Zainuddin And The Gang' menarik MP UMNO dan menjadikan PPBM parti terbesar didalam Pakatan Harapan bagi mengelakkan Anwar menjadi Perdana Menteri, memaksa Mahathir meminta nyawa kepada UMNO dan PAS yang telah beliau sumpah seranah selama ini...
Ahli politik lama negara ini tidak akan nampak ianya sesuatu yang pelik mahupun janggal...
Tidak ada tokoh lain mampu menyaingi kehebatan Dr. Mahathir dalam bab ini...
Beliau bisa membunuh semua rakan rapat yang pernah menolongnya, namun beliau juga mampu menebalkan muka berkerjasama dengan seteru politiknya, demi kuasa...
Selepas Kongres Maruah Mahathir, bak kata Anwar, Mahathir bagai mempunyai semangat baru dengan oksigen yang beliau fikir bakal diperolehi daripada UMNO dan PAS...
Realiti sebenarnya, Dr. Mahathir hanya cuba memujuk diri sendiri setelah kecewa dengan kegagalan cucu Dato' Onn membawa 30 kerusi dari UMNO...
Apa yang menyebabkan Dr. Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja...
Menteri Besar yang merupakan 'anak Azmin' sendiri pun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti...
Apa yang menjadikan menjadi kemusykilan, kenapa Dr. Mahathir masih tidak mahu menerima hakikat bahawa sungguhpun cucu Dato' Onn berjaya mempengaruhi kesemua MP UMNO untuk bersama Dr. Mahathir dan PAS juga bersetuju dengan idea kerajaan tanpa DAP, Sarawak tetap tidak boleh melupakan Dasar Kabotaj dan segala bentuk penganiayaan yang Dr. Mahathir lakukan keatas rakyat Borneo...
Maka, di mana datangnya logik untuk beliau berjaya memperolehi 112 kerusi?
Puas juga kita cuba memahami kenapa begitu susah sesetengah pihak mahu memahami perangai Dr. Mahathir dan masih membiarkan diri mereka dipergunakan oleh Dr. Mahathir untuk beliau kekal berkuasa...
Padahal, pengalaman Tunku Abd Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita bagaimana Dr. Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi...
Namun, Dr. Mahathir yang dulu bukan lagi Dr. Mahathir sekarang...
Dr. Mahathir kini terlalu lemah dan tidak bermaya...
Beliau kini bertarung menggunakan masa kecederaan, bila-bila masa sahaja beliau boleh dijemput Sakaratul Maut...
Di saat-saat akhir karier dan kehidupannya, hanya 3 perkara yang perlu Dr. Mahathir lakukan :
Pertama, ambil masa dan renungkan sejenak, adakah amalan sudah mencukupi sebagai bekalan di hari kenudian...
Selain beramal, detik-detik akhir ini gunakanlah untuk memohon maaf kepada semua pihak yang pernah Dr. Mahathir aniaya...
Mampukah Dr. Mahathir membuang egonya dan mengadap DS Najib yang teruk difitnahnya...
Kedua, pastikan anak-anak boleh teruskan kehidupan mereka tanpa sebarang ancaman dan kebarangkalian menjadi mangsa balas dendam musuh politik...
Sebagai seorang yang berhati kering dan banyak menindas musuh politiknya, Dr. Mahathir perlu memastikan bahawa pengganti beliau tidak mempunyai sifat pendendam dan sedia memaafkan apa yang beliau pernah lakukan... Sifat ini juga, hanya boleh Dr. Mahathir perolehi daripada insan yang rancak beliau hina dan keji sebagai pencuri dan perompak 1MDB...
Ketiga, sebagai seorang Negarawan, sudah pasti Dr. Mahathir mahu kematian beliau ditangisi rakyat terbanyak dan jasa-jasa beliau dikenang sepanjang zaman...
Namun, segala jasa beliau ketika 22 tahun beliau memerintah, sudah lama dikebumi dan dilupakan...
Apa yang segar dalam ingatan rakyat Malaysia kini hanyalah pengalaman pahit 17 bulan yang sangat memeritkan dibawah pemerintahan pemimpin Melayu yang bertuankan DAP...
Pengalaman ditipu dengan 60 janji palsu, pemberian Najib yang dirampas satu persatu, penghinaan dan penafian hak Islam, Melayu, Bahasa dan Raja-raja yang diinjak-injak semasa kamu mengepalai kerajaan hari ini...
Ini semua bakal mengangkat kamu sebagai Perdana Menteri Pertama yang KEMATIANNYA DISYUKURI RAKYAT!!!
Jokowi, kalau tidak teruk kena tekanpun, pasti beliau tidak mengharapkan Probowo...
Bezanya cuma, Jokowi cari Probowo ketika beliau masih boleh kekal Presiden Republik Indonesia...
Namun, jika Dr. Mahathir cari Hisham, Hj
Hadi dan Azmin Ali, beliau belum cukup kerusi untuk kekal sebagai Perdana Menteri...
Apapun orang cakap, hakikatnya, Jokowi lebih hebat dari Dr. Mahathir...
Dia mampu membuang egonya dan boleh menerima musuh ketatnya...
Malah, beliau ambil musuh ketatnya dalam kabinet...
Namun Dr. Mahathir tidak akan mampu membuang egonya dan memulihkan hubungan beliau dengan DS Najib...
Hanya yang berjiwa besar dapat melakukannya...
Jokowi berjaya mematikan ancaman dan menukar kritikan kepada penghormatan atas jiwa besar beliau...
Sayangnya, Dr. Mahathir bukan Jokowi...
Tulisan Asal :
Dato’ Lokman Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
21hb Oktober, 2019
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.