Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dah umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai...
Seperti yang diduga sebelum ini, SPR pasti pilih tarikh 16 November sebagai hari membuang undi dan 12 November merupakan tarikh mengundi awal...
Kenapa 16 November?
Sebab Persidangan Agong UMNO akan diadakan pada hari dan tarikh yang sama...
Tapi kalau ditanya pada 'penghulu' Bani Pakatan Harapan, jawapannya ialah, saya tak tahu, itu urusan SPR, kena tanya SPR...
Kalau ditanya pada SPR, jawapannya ialah, tak ada kena mengena dengan PAU, cuma kebetulan saja kot...
Tak apalah, kita layankan jer lah selagi kuasa kat tangan dia orang...
Apa yang admin nak ketengahkan kali nie, ialah sekali lagi kita akan saksikan kehebatan pemimpin Pakatan Harapan dalam menabur janji pilihanraya...
Kalau kat PRK Semenyih, bina hospital yang indah jadi gula-gula pilihanraya Pakatan Harapan...
Masa PRK Rantau, Balai Bomba pula jadi gula-gula pilihanraya Pakatan Harapan...
Jadi kat PRK Tanjung Piai nie, apa pula yang bakak dijadikan gula-gula pilihanraya oleh Pakatan Harapan...🤔🤔🤔
Pakatan Harapan awal-awal lagi dah hantar Menteri Pertanian, Salahuddin Ayob untuk berkampung kat Tg. Piai...
Persoalannya, kenapa Salahuddin?
Bolehkah Salahuddin berikan impak positif pada Pakatan Harapan dalam PRK Tg. Piai?
Jawapannya mudah, daerah Pontian merupakan daerah pertanian...
Pontian dikenali sebagai daerah nenas...
Kukup pula dikenali dengan kawasan paya bakau yang pernah digazetkan sebagai Taman Negara...
Kebanyakan penduduk atau lebih tepat lagi pengundi di Tg. Piai melibatkan diri dalam sektor pertanian dan sebahagiannya pula menjadi nelayan...
Jadi Salahuddinlah orang yang tepat untuk menaburkan gula-gula pilihanraya pada pengundi Tg. Piai sempena PRK Tg. Piai...
Awal-awal lagi Salahuddin dah bercakap mengenai Belanjawan 2020...
Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau telah membuat pertemuan dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini dan akan memastikan ada peruntukan untuk meningkatkan sektor penanaman padi, perikanan dan agro makanan...
"Saya telah jumpa Menteri Kewangan, kita (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) telah nyatakan bidang-bidang tertentu, sektor yang perlu kepada penambahan bajet"...
Wow, ini bukan sebarang gula-gula untuk pengundi Tg. Piai...😉😉😉
Tapi admin yakin pengundi Tg. Piai dah terlalu bijak untuk diperbodohkan oleh menteri seperti Salahuddin...
Ayuh pengundi Tg. Piai, biarkan Pakatan Harapan rasa syok sendiri dengan gula-gula palsu mereka...
Nanti bolehlah satu Malaysia tenguk ulang tayang Salahuddin menangis atas pentas lagi...
Tentu bestkan...😂😂😂
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.