Monday, October 14, 2019

Bajet Defisit 2020 Akan Merealisasikan Hutang Luar Malaysia RM1 Trilion Dan Mempercepatkan Malaysia Muflis


11 Oktober 2020, Lim Guan Eng, satu-satunya Menteri Kewangan yang pernah kantoi menipu Dewan Rakyat dengan memfitnah kerajaan Barisan Nasional terdahulu mencuri lebih RM19 bilion duit kutipan GST, telah membentangkan Bajet 2020 dengan tema Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di dalam Dewan Rakyat yang sama...

Bajet Defisit Yang Akan Mempercepatkan Malaysia Menjadi Negara Muflis


Kalau dalam Bajet 2019, kerajaan terpaksa menambah hutang hingga lebih RM100 bilion kerana kesilapan Guan Eng dalam meramalkan harga minyak dunia akan kekal pada paras USD70 setong sedangkan purata harga minyak bagi tahun 2019 hanya sekitar USD55 ke USD60 setong, dalam Bajet 2020, sekali lagi Guan Eng mengulangi kesilapan dan kebodohan yang sama dengan menganggarkan pendapatan kerajaan bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM244 bilion dengan mengandaikan harga minyak dunia pada kadar USD62 setong sedangkan harga minyak dunia tertinggi dicatitkan hanualah pada kadar USD60 setong...


Sangat jelas Bajet 2020 yang dibentangkan adalah bajet defisit sebanyak RM55 bilion, dengan jangkaan pendapatan kerajaan sebanyak RM244 bilion (kalau purata harga minyak dunia adalah USD62 setong) dan perbelanjaan sebanyak RM297 bilion menjadi petanda yang jelas bahawa kerajaan akan terus menambah hutang luar negara sekurang-kurangnya RM55 bilion pada tahun ini dan ianya akan bertambah sekiranya harga minyak dunia jatuh lagi...


Persoalannya, apakah persediaan kerajaan Malaysia, sekiranya nilai matawang Jepun (¥) dan China (CNY) naik kerana kedua-dua matawang tersebut mengalami pengukuhan di pasaran matawang dunia...


Disamping itu, kita menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan akan menjual lebih banyak lagi aset strategik negara berbanding apa yang telah mereka lakukan pada tahun 2019 untuk menampung ruang pada bajet defisit 2020...

Memetik kenyataan Berita Harian Online dalam laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, Kerajaan Persekutuan dijangka membuat pinjaman kasar, pada tahun ini, sebanyak RM135.2 bilion atau 8.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

Daripada jumlah itu sebanyak RM83.3 bilion digunakan untuk membayar semula hutang sedia ada, manakala bakinya untuk pembiayaan defisit sebanyak RM51.8 bilion...

Dalam ertikata yang lain, kerajaan Pakatan Harapan akan menggali lubang yang lebih besar untuk menutup lubang yabg sedia ada...

Kelemahan Tadbir Urus Negara Akan Membuatkan Generasi Akan Datang Mewarisi Hutang Negara Yang Tinggi


Sudah menjangkau 1 tahun setengah kerajaan Pakatan Harapan memerintah, Bajet 2019 Guan Eng membentangkan bajet defisit dan memburukkan keadaan Guan Eng juga tersalah atau lebih tepat terlebih anggar pendapatan negara...


Keadaan yang sama akan berulang sekali lagi untuk tahun fiskal kewangan 2020...

Hutang luar negara pasti akan melebihi RM1 trilion di penghujung tahun fiskal kewangan 2020...

Kini pendapatan negara hanya bergantung kepada 4 sumber, cukai, minyak, penjualan aset negara dan penambahan hutang luar negara yang baru...

Keangkuhan pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan harga komoditi sawit dan getah terus menjunam sedangkan di masa yang sama, negara jiran Indonesia telah menjadikan komoditi sawit dan getah sebagai sumber ekspot utama...

Belum ada langkah proaktif yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk stabilkan harga komoditi...

Perlaksanaan SST pula menyaksikan negara kehilangan lebih RM30 bilion yang sebelum ini dapat dikawal dengan sistem cukai GST...

Lebih menakutkan lagi, sehingga ke hari ini, kerajaan Pakatan masih belum berjaya membawa walau satu pun pelaburan asing masuk ke dalam negara...


Kalau keadaan ini berterusan, Malaysia akan terjebak ke dalam krisis ekonomi yang sangat menakutkan yang dikenali sebagai 'Economic Depression' yang lebih teruk dari 'Economic Resession'...

Sepatutnya Guan Eng membentangkan bajet yang lebih berhemah dan bukannya bajet defisit!!!

Bajet defisit hanya akan merealisasikan hutang luar Malaysia RM1 trilion dan Malaysia cuma selangkah lagi untuk diisytiharkan sebagai negara muflis!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.