Thursday, October 31, 2019

Dr. Mahathir Kecewa, Dahlah Calon Pakatan Harapan Kantoi Menipu, Barisan Nasional Pula Letak Datuk Wee Jeck Seng Sebagai Calon PRK Tg. Piai


Kehangatan PRK P165 Tanjung Piai makin dirasakan...

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan saling mengatur strategi untuk memerangkap pihak lawan...

Dalam mengumumkan calon PRK Tg. Piai, Pakatan Harapan telah terperangkap dengan kegelojohan strategi mereka sendiri...

28 Oktober yang lepas, pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti tersebut berkampung di Tg. Piai...


Menyangkakan Barisan Nasional akan mengumumkan calon untuk PRK Tg. Piai pada hari tersebut, Pakatan Harapan yang pada awalnya mahu mengumumkan calon mereka,  pada 30 Oktober telah mengumumkannya pada 28 Oktober...

Sedangkan di pihak Barisan Nasional dan Muafakat Nasional hanya melancarkan jentera pilihanraya pada hari itu...😂😂😂

Ini sudah pastinya memberikan kelebihan pada Barisan Nasional untuk memilih calon yang lebih berkualiti dari calon Pakatan Harapan dan membiarkan mereka terpinga-pinga...🤭🤭🤭

Dr. Mahathir Mahu Barisan Nasional Letakkan UMNO Sebagai Calon Di PRK Tg. Piai, Tapi Kecewa


Ramai yang tertanya-tanya, kenapa Dr. Mahathir berharap supaya Barisan Nasional meletakkan calon dari UMNO dalam PRK Tg. Piai...

Sebenarnya Dr. Mahathir mempunyai muslihat yang cukup busuk di sebalik provokasi beliau tersebut...

Barisan Nasional hanya mempunyai 3 sahaja kompenan yang tinggal...

Sekiranya kita melatah dengan provokasi Dr. Mahathir dan letakkan calon dari UMNO untuk PRK Tg. Piai, dikhuatiri MCA dan MIC akan keluar dari Barisan Nasional...

Kalau ini berlaku, maka Barisan Nasional secara otomatik akan terbubar...

Dalam syarat Pendaftar Pertubuhan Barisan Nasional, mesti ada sekurang-kurangnya 3 komponen dan kalau MCA keluar maka Barisan Nasional telah melanggar syarat Pendaftar Pertubuhan Barisan Nasional, maka akan terbubarlah Barisan Nasional secara otomatik...

Implikasinya ialah, semua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah menang sebelum ini akan bertukar menjadi ahli parti bebas...

Lebih teruk lagi, 2 negeri yang dikuasai Barisan Nasional, iaitu Pahang dan Perlis akan jatuh kepada Pakatan Harapan kerana secara otomatik, Pakatan Hatapan akan mempunyai majoriti yang paling besar dalam Dewan Undangan Negeri...

Inilah sebabnya Dr. Mahathir mahu supaya UMNO letak calon di PRK Tg. Piai...

Dr. Mahathir pasang perangkap dan tanam periuk api melalui provokasi beliau...

Andai Barisan Nasional bubar, maka semua Ahli Parlimen dan ADUN BN tidak lagi boleh dianggap sebagai Ahli Parlimen atau ADUN Barisan Nasional dan tentunya menggembirakan Dr. Mahathir serta parti PPBM kerana itulah yang mereka hajati selama ini...

Apakah PRK Tanjung Piai merupakan noktah akhir Barisan Nasional?

Jika begitu natijahnya macam mana kita mahu meghadapi PRU 15 nanti?

Perlu diingat ROS sedang mengintai untuk mencari punca dan sebab agar UMNO boleh diharamkan?

Tapi kita bersyukur kerana kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO telah berjaya menghidu niat jahat Dr. Mahathir...

Walau pun kita merasa agak terkilan dengan sikap MCA dan MIC yang dilihat seperti mengugut dan mengambil kesempatan dari situasi tersebut, namun atas semangat Muafakat Nasional, marilah kita ketepikan rasa tidak puas hati kerana kita mempunyai agenda yang lebih besar dalam PRU 15...


Bersama-sama kita memberikan sokongan tak berbelah bagi pada calon BN, Datuk Wee Jeck Seng, dalam PRK Tg. Piai...

Cuma apa yang kita harapkan adalah supaya MCA dan MIC lebih mengutamakan kepentingan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional...

Jerat Tak Mengena, Calon PPBM Pula Kantoi Menipu


Tak habis lagi kecewa dengan jerat yang tak mengena, Dr. Maathir dilanda kekecewaan berganda bila calon PPBM untuk PRK Tg. Piai, Karmaine Sardini, didapati MENIPU status pekerjaannya (BACA DI SINI)...


Dalam digital poster yang dikeluarkan oleh PPBM, jelas tercatit Karmaine adalah bekas arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Arkitek ialah satu profesion profesional...

Untuk melayakkan seseorang bergelar arkitek, mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Senibina DAN lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/ Persatuan Arkitek Malaysia (BACA DI SINI)...

Tetapi, Karmaine hanya mempunyai kelayakan setakat Diploma Lanjutan Senibina dan tidak tercatit sama ada beliau telah lilus Peperiksaan Badan Ikhtisas anjuran Lembaga Arkitek Malaysia...

Jelas sekali, Karmaine telah menipu dalam ruangan pengalaman pekerjaan beliau...

Kalau Lim Guan Eng kantoi menipu kerana mengaku sebagai Akauntan bertauluah sedangkan cuma mempunyai Ijazah Perakaunan, calon PPBM PRK Semenyih, Aiman, kantoi menipu kerana memiliki Ijazah Doktor Falsafah, kini Karmaine pula kantoi menipu kerana mengaku sebagai arkitek!!!

Pada pengundi di Parlimen Tg. Piai, tolak calon Pakatan Harapan...

Belum lagi dipilih jadi Ahli Parlimen, dah menipu pengundi-pengundi di Tg. Piai, kalau dah jadi Ahli Parlimen, tentu lenjun rakyat Tg. Piai dikencingnya!!!

Wednesday, October 30, 2019

Peralihan Kuasa TIDAK Akan Berlaku Sehingga Parlimen Dibubarkan


Portal ini pernah menyiarkan artikel mengenai kuasa politik semuanya bergantung kepada angka (BACA DI SINI)...

Untuk jadi Perdana Menteri Malaysia, perlu ada 112 Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang menyokong calon Perdana Menteri tersebut...

Akhbar berbahasa Cina, SIN CHEW DAILY membuat analisa berikut :


Dr. Mahathir setakat hari ini mempunyai sokongan 100 Ahli Parlimen tidak termasuk sokongan Ahli Parlimen dari GPS Sarawak dan Warisan Sabah :

GPS Sarawak : 18 Ahli Parlimen
Warisan Sabah : 9 Ahli Parlimen

Bermakna :

Anwar Ibrahim sokongan dari 95 Ahli Parlimen (Semenanjung)...

Sekiranya Warisan (Sabah) bersama Anwar maka :

95 (Semenanjung)+ 9 (Warisan) = 104 Ahli Parlimen...

Bermakna :

Anwar hanya ada sokongan 104 Ahli Parlimen...
Belum cukup sokongan 112 Ahli Parlimen, inj bermakna Anwar perlukan lagi sokongan dari 8 Ahli Parlimen...


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, merangkap Prrsiden PEMANTAU Malaysia Baru, Dato' Lokman Adam membuat analisa :

Dr. Mahathir mempunyai sokongan daripada 48 Ahli Parlimen...

Manakala Anwar Ibrahim mempunyai sokongan dari 113 Ahli Parlimen...

Ahli Parlimen yang belum pasti ada lagi seramai 61 orang...

Cukup untuk Anwar merampas kerusi Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir...

Kedudukan Sokongan Terkini


Dr. Mahathir mempunyai sokongan seramai 65 Ahli Parlimen :

Bersatu : 26 Ahli Parlimen
PAS : 18 Ahli Parlimen
Azmin (PKR) : 15 Ahli Parlimen
UMNO (team angkat keris) : 6 Ahli Parlimen

Manakala DS Zahid Hamidi pula :


Jumlah asal Ahli Parlimen Penyatuan Ummah ada seramai 91 Ahli Parlimen, ditolak dengan 18 Ahli Parlimen PAS, yang telah memberikan pendirian akan menyokong Dr. Mahathir, maka DS Zahid Hamidi ada sokongan dari 73 Ahli Parlimen...

Ini bermakna, berkemungkinan besar Ahli Parlimen yang benar-benar sokong Anwar ada seramai 84 sahaja...

Dr. Mahathir cuma ada sokongan dari 65 Ahli Parlimen dan DS Zahid ada sokongan dari 73 Ahli Parlimen...

222 - (65+73) =  84 Ahli Parlimen...

Tidak sampai pun 112 Ahli Parlimen lagi...

Maka tiada satu kumpulan pun mempunyai sokongan Majoriti 112 untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir...

Dua sahaja kemungkinan yang akan berlaku :


》Anwar akan terus kempunan untuk merasa jadi Perdana Menteri...

Atau

》Kalau Anwar merasa pun, hanya pada tahun 2023 sejurus sebelum PRU 15...

Apa yang PASTI adalah, tiada satu pun angka-angka sokongan Ahli Parlimen ini tepat kerana sokongan kepada Dr. Mahathir dan Anwar alan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan tawaran yang diberi dari hari ke sehari...

Dan yang paling jelas ialah, tiada satu kumpulan pun mempunyai sokongan yang mencukupi dari 112 Ahli Parlimen setakat ini...

Persoalan yang bermain di minda admin ialah, mengapa sekarang, secara tiba-tiba, perkara ini menjadi cukup hangat diperkatakan, seolah-olah ianya sengaja diviralkan...

Sedangkan kalau mengikut persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan, peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Mei 2020 dan secara dasarnya, Anwar bersetuju untuk melanjutkan tarikh itu ke Mei 2021!!!

Apa sebenarnya yang  disembunyikan atau dialihkan perhatian oleh pemimpin Pakatan Harapan?

Jangan lupa, 'politics is the art of possible and anything is possible in politics!!!'

Bila admin renung dalam mangkuk peninggalan Nujum Pak Belalang, ada 2 kemungkinan :


》Ianya adalah arahan @ perancangan DAP kerana hendak mengalihkan perhatian dari isu 2 ADUN DAP yang ditangkap atas penglibatan mereka dengan kumpulan pengganas LTTE...


Dan jangan lupa, ada 2 lagi pemimpin kanan DAP, Kulasegaran dan Ramasamy, yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE...

Menimbulkan isu sensasi yang baru (sebenarnya tak berapa nak baru) tapi sentiasa hangat diperkatakan, akan memberikan mereka masa dan ruang yang secukupnya untuk merancang sesuatu supaya bukan saja 2 ADUN itu dibebas dan dilepaskan serta 2 pemimpin kanan DAP itu diselamatkan dari dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE, malah yang lebih penting, membersihkan nama DAP dari sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas, walau pun hakikatnya DAP MEMANG ada kaitan dengan kumpulan pengganas, malah juga dengan Israel (BACA DI SINI)...

Kenapa penting bagi DAP?


Bukan sahaja untuk mengekalkan sokongan masyarakat pada DAP, tapi yang lebih penting, untuk menyelamatkan DAP dari tekanan supaya dibatalkan pendaftarannya oleh ROS kerana setiap pertubuhan atau organisasi yang terbukti terlibat dengan kumpulan pengganas, ajan dibatalkan pendaftarannya oleh ROS...


》Ianya sengaja diviralkan dengan penambah perisa ialah skrip 6 Jahanam menyatakan sokongan terhadap Dr. Mahathir supaya perhatian dan tumpuan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional pada PRK Tg. Piai akan terganggu...


Sokongan 6 Jahanam yang didalangi H2O sudah cukup membuatkan UMNO bergolak di saat sokongan dan keyakinan rakyat sudah kembali pada UMNO...

Kita juga jangan lupa, 18 Ahli Parlimen PAS yang sudah menyatakan sokongan terhadap Dr. Mahathir juga mampu bukan saja mengganggu gugat persediaan Gabungan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional dalam menghadapi PRK Tg. Piai, malah kalau tak ditangani dengan bijak dan tiada muafakat yang baik, ianya mampu meletakkan kerjasama antara Barisan Nasional dan PAS dalam Muafakat Nasional menjadi indah khabar dari rupa...

Kita harap pemimpin dan akar umbi Gabungan Muafakat Nasional tidak terus melatah dengan permainan Pakatan Harapan...


'One stone kill two birds', kedua-dua sebab di atas adalah penyebab utama Pakatan Harapan mensensasikan semula isu peralihan kuasa...

Jangan lupa, penting bagi Lim Kit Siang menyelamatkan DAP dan penting bagi Dr. Mahathir menang dalam PRK Tg. Piai atau paling tidak, PPBM tidak kalah dengan majoriti yang besar...

Dan kedua-duanya adalah 'Malaysia Political Gods' yang dah berpuluh dekad dalam dunia politik!!!

Jadi, jangan kita melatah dan melupakan perkara pokok dan terus melayan isu ciptaan Pakatan Harapan...

Untuk Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri dan untuk Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, hakikatnya mereka saling memerlukan sokongan antara satu sama lain dan mereka sedar tentang perkara itu, berbalah bukan sahaja akan menyebabkan jawatan Perdana Menteri terlepas dari genggaman tapi juga akan mengakibatkan Pakatan Harapan tersingkir dari Putrajaya...

Apa yang perlu kita buat ialah pastikan kemenangan Barisan Nasional di PRK Tg. Piai dan perkukuhkan lagi cengkaman dan tekanan Muafakat Nasional ke atas kerajaan Pakatan Harapan supaya dipercepatkan PRU 15...

Tuesday, October 29, 2019

Politik Team Angkat Keris, Dah Tua Pun BODOH!!!



Nak cerita sikit pasal SENI POLITIK Team Angkat Keris...

Kata pemakan dedak, "Sokongan 6 MP telah menyebabkan Pakatan huru hara"...

Ye ker...

Pakatan serupa tu jer...

DAP dan PAN dah tak berubah jumlah kerusi mereka...

Jumlah penyokong Anwar bertambah, jumlah penyokong Azmin berkurang selepas kes video semburit...

Jumlah kerusi PPBM juga berkurang sebab team Muhyiddin pun dah bagi sokongan kepada Anwar...

Dr. Mahathir sedang 'desperate' untuk dapat sokongan sebab sokongan orang Melayu kepada dia dah tinggal tak sampai 20%...

Dia pula tak dapat sokongan Ahli Parlimen Pakatan...


Dalam keadaan Dr. Mahathir 'desperate' hendakkan sokongan, tafsiran SENI POLITIK bagi Team Angkat Keris adalah untuk mendapatkan 'the best bargain dari desperation Dr. Mahathir'...

Azmin bagi sokongan kepada Dr. Mahathir sebab dia tahu, dia takkan hidup lama jika Anwar memerintah atau Muafakat Nasional memerintah...

Dia dah memang tak der nilai dah...

SENI POLITIK yang sebenarnya adalah apabila Dr. Mahathir terpaksa datang menyembah kamu dan merayu sokongan kamu, dan sebelum kamu berikan sokongan kamu, kamu akan 'strike the best deal' untuk parti kamu, perjuangan kamu, rakan perjuangan kamu yang dianiayai oleh Dr. Mahathir dan akhir sekali baru kepentingan diri kamu dan kepentingan diri boss kamu...


SENI POLITIK apa kejadahnya bila kamu pergi 'offer' sokongan kepada Dr. Mahathir tanpa rujuk parti...

Siap buat PC sendiri, dan selepas PC apa 'deal' yang kamu 'strike' untuk parti, perjuangan dan rakan-rakan kamu yang dianiayai Dr. Mahathir?

Tak der...

Kamu tak bincang pun dengan parti...

Sokongan yang kamu berikan, selepas Azmin berikan, hanya kerana nak menunjukkan yang boss kamu ada nilai di mata Dr. Mahathir sebab boleh suruh kamu ke depan nyatakan sokongan kepada dia...

Kenapa?

Kononnya Dr. Mahathir ada janjikan jawatan TPM atau Dr. Mahathir ada perjanjian dengan Anwar untuk jadikan dia PM...


Sampai sekarang Anwar hanya PM tepi jer...

Rakyat yang kena tipu dengan Dr. Mahathir pun dah sedar dan tak percaya dengan Dr. Mahathir...

Yang kamu pula percaya dengan Dr. Mahathir pasal apa?

Tak serik-serik kena tipu?

Ada perjanjian bertulis ke nak jadikan boss kamu TPM ni?

Dah mati setem? 🤣🤣🤣

Kenapa Mahathir boleh enjoy sakan jalan sana sini?


Sebab dia tahu, walaupun dia kat luar negara, ada mangkuk-mangkuk hayun yang akan bagi sokongan kepada dia untuk terus jadi PM sebab TAKUT ANWAR jadi PM...

'Game' takut-takutkan pemimpin-pemimpin UMNO dengan Anwar nie Dr. Mahathir dah guna berpuluh tahun...

Dengan cara itulah dia terus berkuasa...

Hari nie nak kena tipu dengan cara yg sama lagi?

'Wake up' lah wahai 6 jahanam...

Kalau benar Dr. Mahathir benar-benar tak mahu Anwar jadi PM, dia takkan suka suki jalan sana sini...

Dia akan fokus untuk bentuk kerajaan dengan PAS dan UMNO...

Atau bubarkan Parlimen segera supaya rakyat boleh buat pilihan semula...

Tapi dia tak buat perkara itu...

Dia tolak saranan Tok Mat Hassan untuk bentuk kerajaan bersama UMNO dan PAS...

Bila-bila masa saja Dr. Mahathir boleh meninggal...

Jika dia meninggal esok atau lusa, siapa akan jadi PM?

Siapa lagi kalau bukan Anwar, Wan Azizah bukan Presiden PKR...

Kalau Dr. Mahathir takut Anwar jadi PM dan sedar nyawa dia boleh hilang 'anytime' jer, esok lusa, bukankah patut dia serah kuasa kepada UMNO dan PAS...

Atau bubar Parlimen sesegera mungkin sebelum ajalnya tiba?

Tapi Dr. Mahathir tak buat begitu, sebab dia bukan peduli sangat pun pasal tu...

SENI POLITIK apa yang korang sembang kalau yang kena tipu tu tetap korang juga? 🤣🤣🤣

Patutnya dengan SENI POLITIK korang tu, Dr. Mahathir dah melutut kat korang sekarang nie!!!

Tapi apasal nampak macam korang pulak yang melutut pada Mahathir?

SENI la sangat...


Setakat boss korang julang keris, cium keris masa PAU dulu, kira korang dah martabatkan dia sebagai pejuang Melayu sejatilah yer...

Budak tadika pun boleh buat camtu!!!


Nie yang P. Ramlee kata, "DAH TUA PUN BODOH"...






Petikan dari :

Fb Salahuddin Hisham

Monday, October 28, 2019

Jelas 8 Mati, DPP Kasi Kalah Ker???


Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan Sam Ka Ting dari tuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan lapan kematian...

Namun dalam berita tidak terperinci Majistret membuat keputusan untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh atas sebab apa?

Sama ada DPP gagal untuk membuktikan Sam Ka Ting memandu melulu?

ATAU...

Sam Ka Ting terbukti tidak memandu secara melulu sebaliknya budak-budak itu berada di tengah jalan raya pada tengah malam?

Mahkamah mengambil kira pemandu guna jalan tengah malam dan jalan berselekoh tak jangka ada basikal lajak...

Kalau tak melulu dan laju takkan lapan mati?

Apa nir?

Siapa Majistret???

Inikah maruah bangsa yang dibela oleh PPBM?

Atau apakah Kongres Melayu PPBM adalah menang sorak tapi kampung tergadai?

Biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan...

Cuma jangan masyarakat Melayu terjun sekali dengan Si Luncai sudahlah yer...



Kredit :

Fb Yuseri Yusoff

6 MP Barisan Nasional Sokong Kepimpinan Dr. Mahathir Hingga Akhir Penggal, Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya, Biarkan Biarkannn...


Dr. Mahathir dah tau, Pakatan dah tak suka dia, rakyat pun tak suka dia, 'the only thing' yang sebabkan dia boleh terus memerintah dan jalan sana sini adalah sebab adanya pemimpin UMNO yang digula-gulakan dengan dedak, jawatan, harapan dan ditakut-takutkan dengan Anwar Ibrahim...

Ini 'game' bodoh dan Dr. Mahathir suka bila pemimpin-pemimpin kita terperangkap dalam game ni sebab dia boleh terus memperbodohkan mereka...

Dah berpuluh tahun Dr. Mahathir main 'game' menakut-nakutkan rakyat dan pemimpin-pemimpin UMNO dengan Anwar untuk kekal berkuasa, sekarang dia main 'game' yang sama, yang bodoh akan kena tipu kali kedua...


Bodohnya sesetengah pemimpin Umno ini, sebab mereka nak juga beri sokongan kepada Dr. Mahathir, sedangkan mereka sepatutnya bagi tekanan kepada Dr. Mahathir, sebab Pakatan dah tak nak Dr. Mahathir dan rakyat pun dah tak nak Dr. Mahathir...

Apa yang susah sangat Dr. Mahathir nak bubarkan Parlimen dan buang DAP kalau betul-betul dia 'concern' tentang nasib agama dan bangsa?

Patutnya 6 MP BN nie beri tekanan supaya Dr. Mahathir jumpa SPB YDP Agong jer, bukan bagi sokongan kepada dia...

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang...

Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen...

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang...


Siapa yang masih percaya dengan Dr. Mahathir, memang kena perbodoh dengan Mahakutty jer lah...

Harap ahli-ahli UMNO di kawasan 6 Ahli Parlimen ini akan balun mereka cukup-cukup kerana buat kerja bodoh macam nie dan melanggar disiplin parti...

Rasanya di Kuala Kangsar, memang ahli-ahli UMNO di sana dah naik angin dengan Ahli Parlimen mereka...

Bila Perdana Menteri sudah tidak lagi mendapat sokongan di dalam Parlimen, perkara yang paling bermaruah untuk dilakukannya adalah BUBAR PARLIMEN...

Peliknya, perkara yang sebaliknya berlakau...

Ada pula Ahli Parlimen pembangkang yang nak Dr. Mahathir terus pegang jawatan dan tak mahu bubar Parlimen!!!

Antara sebabnya :

》Mereka berkepentingan diri...

》Menerima dedak...

》Dijanjikan jawatan atau projek atau bayaran projek yang belum dilunaskan...

》Ada kes dalam siasatan atau diugut dengan isu-isu berkaitan diri masing-masing...

》Bekas boss mereka ada kes tapi mereka masih selamat kerana sokong Dr. Mahathir...

》Boss mereka tiada jawatan dalam parti jadi pembubaran Parlimen akan merugikan boss mereka dan orang2nya, jadi lebih baik bubar hanya selepas pemilihan parti...

Di atas, di senaraikan 6 sebab kenapa 6 Ahli Parlimen Barisan Nasional menongkah arus...

Mungkin setiap dari mereka mempunyai satu dari enam sebab di atas atau pun mungkin kesemua sebab di atas yang menyebabkan mereka bertindak sebagai PELACUR POLITIK yang menggadaikan maruah diri dan parti untuk kepentingan sendiri...


Sepatutnya, mereka mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada Hamzah Zainuddin And The Gang dan yang lebih awal dari itu Mas Emeriati yang rela melacurkan maruah diri dan parti semata-mata kerana berkepentingan peribadi tetapi menggunakan alasan kepentingan pengundi untuk menghalalkan sifat jalang politik mereka!!!

Mesej yang cukup terang dan jelas dari ahli UMNO kepada jalang politik, UMNO ialah sebuah parti keramat, perjuangan UMNO bukanlah berpaksikan kepentingan peribadi tetapi nasib ugama dan bangsa adalah paksi utamanya, jesteru itu, kami bersyukur kerana Allah SWT permudahkan proses pemutihan UMNO dari terus dikotori oleh jalang politik...

Sekali kamu semua meninggalkan kami, ahli-ahli UMNO di belakang, maka selamanya kami akan berpaling dari kamu!!!


Mana H2O, tiba-tiba admin mimpikan H2O sebab dalam senarai 6 jalang politik tak tercatat pun nama H2O, tapi tak ada apa yang nak diherankan sebab biasanya BAPAK AYAM akan terselamat kalau jalang-jalang belaannya tertangkap, tapi satu hari nanti, pasti BAPAK AYAM akan tertangkap, masa tu tunggulah ahlu UMNO kemirikan BAPAK AYAM tu yer, jadi, berlakonlah selagi termampu, bersandiwaralah selagi Allah SWT belum buka hijabnya lagi!!!






Petikan dari :

Fb Salahuddin Hisham

Sunday, October 27, 2019

Politic Is About Number, Antara Dr. Mahathir Dan Anwar, Siapa Yang Ada?


Peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dah nak sampai kemuncak...

Walau apa pun yang akan terjadi, Dr. Mahathir jelas masih tak nak serahkan jawatan Perdana Menteri pada Anwar...

Dr. Mahathir akan cipta alasan demi alasan, strategi demi strategi untuk menidakkan Anwar sebagai Perdana Menteri, buat kata orang Jawa, kali nie Dr. Mahathir akan 'all out', sekurang-kurangnya untuk menangguhkan peralihan kuasa pada Anwar, paling tidak pun sampai akhir penggal...

Persoalannya, siapa yang ada dalam kepala Dr. Mahathir untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke 8?

Sekali fikir, macam Malaysia nie mak bapak dia orang punya!!!

Bukan orang politik jer yang sibuk buat percaturan, tapi penyokong pemimpin tertentu pun rancak buat percaturan...

Nie salah satu antaranya...


Kalau Anwar gerakkan undi tak percaya pada Dr. Mahathir dan singkirkan PPBM dari Pakatan Harapan :

Kerusi Parlimen Pakatan Harapan = 129

Kerusi Parlimen Warisan = 9

Kerusi Parlimen Pembangkang = 83

Kerusi PPBM = 26

Kalau PH buang PPBM , jumlah kerusi PH akan jadi 129-26 = 103

Katakan PPBM berjaya tarik MP Warisan, 26+9 = 35

Kedudukan akan jadi :

Pakatan Harapan = 103

Pembangkang = 83

PPBM + Warisan = 35


Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadi sangat lemah kalau pun Anwar Ibrahim jadi PM...

Tapi, kalau PPBM + Warisan join Pembangkang, adakah Pembangkang bersetuju Dr. Mahathir kekal sebagai PM?

Dan apakah Dr. Mahathir setuju untuk bergabung dengan pembangkang kalau terpaksa lepaskan jawatan Perdana Menteri?


Dari satu sudut yang lain, jangan lupa GPS ada 18 MP...

Mana mereka nanti?

Pastikah semua MP PPBM sepakat?


Apa pendirian team Muhyiddin dan puak2 IKRAM?

Pastikah semua katak-katak masih bersama Dr. Mahathir?

Adakah Warisan akan bersetuju untuk bersama dalam blok PPBM?

Kenapa PPBM masuk Sabah?

Dan berapa ramai lagi MP PKR yang masih bersama-sama Azmin?

20 atau 1?

Macam mana pula dengan PAN?

Apakah benar MP PAN solid bersama DAP untuk sokong Anwar?

Ada yang bertahun makan tapak tangan Dr. Mahathir...

Pastikah DAP solid untuk Anwar?


Apa yang tersirat di sebalik tindakan Anthony Loke?

Konflik dalaman pun dah mula di Perak!!!

Apa sebab yang sebenar PAS beri sokongan 18 kerusi untuk Dr. Mahathir?

Adakah MP lain dalam UMNO tak sokong mana-mana?

Kalau Anwar pujuk, adakah yang akan goncang iman?

Dan jangan dilupakan ada beberapa MP bebas...

Kedua-dua puak, Dr. Mahathir dan Anwar hanya drama Tamil...

Kemungkinan terbesar ialah dua-dua tak cukup kerusi...

Sesama kita, raikan perbezaan pandangan dengan keriangan...

Kebanyakan ahli-ahli politik berjawatan, berkerusi, ada peel haram jadah...

Adakala kita pun sama berpeel haram jadah...

Tak guna kita kelahi sesama kita...

Tak perlu hingga masam muka...

Tunggulah kita episod seterusnya lepas APEC Chile...

Saturday, October 26, 2019

Peringatan Kepada Bangsa DAP, Belajarlah Dari Sejarah Dan Bukannya Cuba Memutarbelit Sejarah!!!


DAP perlu beringat, sehingga ke hari ini di Tanah Melayu, orang Melayu tidak pernah bertindak menggila ala pengganas membunuh hatta orang luar yang datang ke tanah mereka sendiri...

Betapa beradabnya orang Melayu melayan hatta tetamu yang datang walau tidak diundang...

Sejarah mencatatkan bagaimana imigran Cina yang datang membuat 'kerajaan' sendiri...

Tidak bernaung di bawah sultan...

Tapi tunduk setia bersama kongsi gelap mereka yang di gelar kapitan...


Lihatlah sejarah bagaimana kongsi gelap Gee Hin dan Hai San, merampas tanah-tanah orang Melayu, dan membakar kampung mereka...

Masih segar dalam ingatan bagaimana dalam kes di Lukut...

Fakta menunjukkan dari tahun 1891-190,  imigran Cina telah menjadi dua kali ganda di Perak, menjadikan Melayu minoriti di sana...

Tanah dan lombong orang Melayu dirampas...

Adakah orang Melayu menggila?

Tidak...

Yang menggila siapa?


Pada 1834 seperti ditulis Isabella Bird di dalam bukunya The Golden Chersonese...

Beliau mengatakan ratusan rumah orang Melayu dibakar kongsi gelap Cina...

Tengku Busu, isteri dan anaknya dibakar hidup-hidup...

Kongsi gelap Cina berjaya mengambil semua emas dan permata bernilai 3500 pound lari ke Melaka dan mendapat naungan British...

Ini fakta sejarah!!!

Sejarah juga mencatatkan bagaimana keganasan militia komunis di tanah Melayu membakar kampung dan membunuh pendudukan orang Melayu...

Model yang sama seperti apa yang terjadi di Lukut...

Ini adalah fakta sejarah!!!

Cari dan bacalah sendiri buku-buku yang menulis fakta ini...

Apa yang DAP katakan tiada catatan sejarah, menuduh orang Melayu yang terlalu baik sehingga kini...

Dipijak beribu kali masih lagi tidak mengapa...

Kerana orang Melayu sejak beribu tahun lalu, bukan bangsa gasar dan penganas...

Anda bayangkan imigran boleh buat begini di tanah orang?

Jika tanah mereka diduduki dan dirampas sebegini, apa yang mereka akan lakukan?

Fikir-fikirkan wahai ahli DAP yang buta sejarah!!!


Patutlah sibuk hendak memadamkan sejarah dalam buku teks!!!

Anda berterusan membawa legasi kongsi gelap, dan menabur sentimen perkauman...

Dan fakta juga menunjukkan...

Kes Arwah Adib, orang Melayu sekali lagi menjadi mangsa 'pengganas' di bumi sendiri...

Sampai Bila Melayu Mahu Beralah, Jangan Tunggu Sampai Tergadai Maruah


Masuk kampung pakai songkok...
Tersengih-sengih, terbongkok-terbongkok...
Orang kampung mula seronok...
Akhirnya 'kencing' yang ditogok...

Belajarlah dari sejarah yang lalu...
Bagaimana Temasik 'hilang' Melayu...
Lantaran percaya janji nan palsu...
Negara tergadai maruah dimalu...

Kini taktik sama diulang...
Bermulut manis akan petualang...
Nasib Melayu bertambah malang...
Tanah sendiri semakin hilang...

Bangkitlah anak bangsa Melayu...

Tercatit dalam sejarah, kita bukan bangsa yang lemah...

Pun begitu, kita bukanlah bangsa penjarah...

Di saat bangsa tamadun lain, di timur dan di barat, masih merangkak dalam ilmu pelayaran, bangsa Melayu telah gagah menguasai lautan...

Di saat bangsa lain, di timur dan di barat, masih tercari-cari tapak penguasaan, bangsa Melayu sudah mempunyai empayer di atas daratan...

Tunduk kita penuh beradat...
Diam kita menimbang firasat...
Jangan diganggu Sang Belang yang beristirehat...
Kelak, jasad binasa, jiwa melarat!!!

Friday, October 25, 2019

Mahathir Perlu Belajar Dari Jokowi


Bekas calon Presiden Indonesia, Probowo, mengesahkan beliau menerima tawaran Presiden Indonesia, Jokowi, sebagai Menteri Kabinetnya...

Kemungkinan besar, Probowo akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan Indonesia yang baru...

Mungkin ramai tidak tahu bahawa agak berat untuk Jokowi mengambil keputusan tersebut, namun demi memastikan keamanan Indonesia dan tekanan yang semakin memuncak dapat dikurangkan, Jokowi melihat itu antara solusi terbaik yang boleh membawa kepada penyatuan bangsa Indonesia...


Perkara yang hampir serupa juga melanda Perdana Menteri Malaysia yang kini, Dr. Mahathir, terlalu lemah dan serabut bagai mandi tak basah, tidur tidak lena...


Dengan jadual pembedahan tukar baterinya yang terpaksa ditangguh dari September ke November atau Disember, dengan kesihatan Dr. Siti Hasmah yang semakin meruncing, dengan mimpi ngeri anak-anaknya bakal ke penjara sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri, kekusutan Mahathir sudah pasti 10 kali ganda lebih parah berbanding Jokowi...

Itu sebabnya Mahathir yang hanya mempunyai 13 kerusi mengorak langkah untuk meramaikan sokongan beliau di kalangan MP dengan mencuri MP-MP dari UMNO sejak beliau mula diangkat menjadi Perdana Menteri sementara...


Diperingkat awal, beliau mengunakan khidmat beberapa orang tokoh dalam UMNO termasuk Hamzah Zainuddin untuk menarik MP UMNO menjadi MP Bebas dan kemudiannya menyertai PPBM...

Namun,  setelah kemenangan BN di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau, tokoh-tokoh yang beliau gunakan sudahpun menyedari bahawa tindakan meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM adalah tindakan bodoh dan boleh dianggap seperti tindakan membunuh riwayat politik sendiri...

Apa taknya, sudahlah diludah dan dihalau pengundi sendiri, kerusi menteri yang ditawarkan hingga kini belum dimiliki...


Yang sudah terbabas ke PPBM kini bukan sahaja menyesal, malah ada yang sudah mula memaki si penghasut yang menarik 'hand brake' dari melompat sambil melaungkan slogan 'kekal setia bersama parti'... 

Maklumlah, siapa yang hendak meninggalkan UMNO di kala gelombang kebangkitan rakyat menentang Pakatan Harapan makim mula mengukuhkan kedudukan BN dan PAS...

Kegagalan 'Hamzah Zainuddin And The Gang' menarik MP UMNO dan menjadikan PPBM parti terbesar didalam Pakatan Harapan bagi mengelakkan Anwar menjadi Perdana Menteri,  memaksa Mahathir meminta nyawa kepada UMNO dan PAS yang telah beliau sumpah seranah selama ini...

Ahli politik lama negara ini tidak akan nampak ianya sesuatu yang pelik mahupun janggal...

Tidak ada tokoh lain mampu menyaingi kehebatan Dr. Mahathir dalam bab ini...

Beliau bisa membunuh semua rakan rapat yang pernah menolongnya, namun beliau juga mampu menebalkan muka berkerjasama dengan seteru politiknya, demi kuasa...

Selepas Kongres Maruah Mahathir, bak kata Anwar, Mahathir bagai mempunyai semangat baru dengan oksigen yang beliau fikir bakal diperolehi daripada UMNO dan PAS...

Realiti sebenarnya, Dr. Mahathir hanya cuba memujuk diri sendiri setelah kecewa dengan kegagalan cucu Dato' Onn membawa 30 kerusi dari UMNO...

Apa yang menyebabkan Dr. Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja...

Menteri Besar yang merupakan 'anak Azmin'  sendiri pun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti...

Apa yang menjadikan menjadi kemusykilan, kenapa Dr. Mahathir masih tidak mahu menerima hakikat bahawa sungguhpun cucu Dato' Onn berjaya mempengaruhi kesemua MP UMNO untuk bersama Dr. Mahathir dan PAS juga bersetuju dengan idea kerajaan tanpa DAP, Sarawak tetap tidak boleh melupakan Dasar Kabotaj dan segala bentuk penganiayaan yang Dr. Mahathir lakukan keatas rakyat Borneo...

Maka, di mana datangnya logik untuk beliau berjaya memperolehi 112 kerusi?

Puas juga kita cuba memahami kenapa begitu susah sesetengah pihak mahu memahami perangai Dr. Mahathir dan masih membiarkan diri mereka dipergunakan oleh Dr. Mahathir untuk beliau kekal berkuasa...

Padahal, pengalaman Tunku Abd Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita bagaimana Dr. Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi...

Namun, Dr. Mahathir yang dulu bukan lagi Dr. Mahathir sekarang...

Dr. Mahathir kini terlalu lemah dan tidak bermaya...

Beliau kini bertarung menggunakan masa kecederaan, bila-bila masa sahaja beliau boleh dijemput Sakaratul Maut...

Di saat-saat akhir karier dan kehidupannya, hanya 3 perkara yang perlu Dr. Mahathir lakukan :


Pertama, ambil masa dan renungkan sejenak, adakah amalan sudah mencukupi sebagai bekalan di hari kenudian...
Selain beramal, detik-detik akhir ini gunakanlah untuk memohon maaf kepada semua pihak yang pernah Dr. Mahathir aniaya...
Mampukah Dr. Mahathir membuang egonya dan mengadap DS Najib yang teruk difitnahnya...


Kedua,  pastikan anak-anak boleh teruskan kehidupan mereka tanpa sebarang ancaman dan kebarangkalian menjadi mangsa balas dendam musuh politik...
Sebagai seorang yang berhati kering dan banyak menindas musuh politiknya, Dr. Mahathir perlu memastikan bahawa pengganti beliau tidak mempunyai sifat pendendam dan sedia memaafkan apa yang beliau pernah lakukan... Sifat ini juga, hanya boleh Dr. Mahathir perolehi daripada insan yang rancak beliau hina dan keji sebagai pencuri dan perompak 1MDB...


Ketiga, sebagai seorang Negarawan, sudah pasti Dr. Mahathir mahu kematian beliau ditangisi rakyat terbanyak dan jasa-jasa beliau dikenang sepanjang zaman...
Namun, segala jasa beliau ketika 22 tahun beliau memerintah, sudah lama dikebumi dan dilupakan...
Apa yang segar dalam ingatan rakyat Malaysia kini hanyalah pengalaman pahit 17 bulan yang sangat memeritkan dibawah pemerintahan pemimpin Melayu yang bertuankan DAP...
Pengalaman ditipu dengan 60 janji palsu, pemberian Najib yang dirampas satu persatu, penghinaan dan penafian hak Islam, Melayu, Bahasa dan Raja-raja yang diinjak-injak semasa kamu mengepalai kerajaan hari ini...
Ini semua bakal mengangkat kamu sebagai Perdana Menteri Pertama yang KEMATIANNYA DISYUKURI RAKYAT!!!

Jokowi, kalau tidak teruk kena tekanpun, pasti beliau tidak mengharapkan Probowo...

Bezanya cuma, Jokowi cari Probowo ketika beliau masih boleh kekal Presiden Republik Indonesia...

Namun, jika Dr. Mahathir cari Hisham, Hj
Hadi dan Azmin Ali, beliau belum cukup kerusi untuk kekal sebagai Perdana Menteri...

Apapun orang cakap, hakikatnya, Jokowi lebih hebat dari Dr. Mahathir...

Dia mampu membuang egonya dan boleh menerima musuh ketatnya...

Malah, beliau ambil musuh ketatnya dalam kabinet...

Namun Dr. Mahathir tidak akan mampu membuang egonya dan memulihkan hubungan beliau dengan DS Najib...

Hanya yang berjiwa besar dapat melakukannya...

Jokowi berjaya mematikan ancaman dan menukar kritikan kepada penghormatan atas jiwa besar beliau...

Sayangnya, Dr. Mahathir bukan Jokowi...



Tulisan Asal :

Dato’ Lokman Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
21hb Oktober, 2019
Kuala Lumpur

Thursday, October 24, 2019

DAP Ugut Dr. Mahathir, Mana Pergi Suara Pemimpin Melayu Bersatu


Setelah berterusan mengkritik Dr. Mahathir, hari ini AJK Pusat DAP, merangkap Setiausaha DAP, Ronnie Liu, mula memberi amaran untuk menendang keluar Bersatu dari Pakatan Harapan...

Dengan tajuk 'Mahathir: Harimau Kertas' yang memperlekehkan Dr. Mahathir dengan menggambarkan bahawa Dr. Mahathir kini seolah-olah sudah tidak bertaring, Ronnie Liu mengkritik pedas Dr. Mahathir...

Semua isu disalahkan Dr. Mahathir, termasuklah kedegilan Dr. Mahathir mempertahankan penerusan dasar Bumiputera yang didakwa bercanggah dengan pendirian Pakatan, isu Khat, isu Zakir Naik dan sebagainya...

Amarannya pula adalah kononnya, walaupun BERSATU ada 26 MP, DAP, PKR, AMANAH, WARISAN dan UPKO pula ada 113 MP yang didakwa cukup untuk membentuk kerajaan tanpa BERSATU...

Kononnya juga, walaupun mungkin akan ada kem serpihan dari PKR, tetapi ini akan diimbangi oleh kem serpihan dari BERSATU yang akan menyokong DAP, PKR, AMANAH, WARISAN dan UPKO...

Kononnya juga, jika ia berakhir dengan pilihanraya mengejut, BERSATU adalah pihak yang paling rugi kerana tidak akan ada mana-mana parti, baik dari PH mahupun PAS-BN, yang mahu berpakat dengannya...

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah benar Dr. Mahathir adalah harimau kertas yang sudah tidak bertaring ataupun tidak...

Slot Drama Sangat Dari DAP


Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, pantas memberi respon...

"Kenyataan yang sangat-sangat tidak patut dikeluarkan"...

Wow, tu antara kata-kata Anthony Loke...

"Kenyataan Ronnie satu sabotaj, saya akan merujuk neliau kepada Jawatankuasa Displin", tambah Anthony lagi...

Boleh percaya ker kenyataan dari dua-dua apek DAP nie?

DAP memang licik dalam strategi...

Biasanya, setiap buah hang DAP keluarkan PASTI ada 2 mata...

Lawan membalas kena, lawan pertahankan diri juga kena...

Portal ini pernah dedahkan bagaimana liciknya DAP menggunakan Kongres Melayu untuk meraih 'political mileage'...

Walau apa pun respon masyarakat Melayu pada kongres tersebut, yang untung pasti DAP, sebab tu sanggup bagi dana untuk kongres tu (BACA DI SINI)...

Kita sangat-sangat mengenali kedua-dua apek DAP nie, baik Anyhony Loke mahu pun Ronnie Liew...

Jadi rmtak perlulah nak mainkan watak 'good police' dengan 'bad police'...

Muntahlah nak tengok drama skema nie...

Apa pun, bagi admin, isu nie hanya mendedahkan satu perkara, iaitu, Pakatan Harapan berada di ambang kehancuran...

Inilah kifarah dari Allah SWT akibat terlalu angkuh...

Pada semua rakyat Malaysia, tak ada gunanya lagi menaruh harapan pada pakatan yang dah tak ada harapan...

Rakyat bagi mandat untuk tadbir negara dengan baik, bukan untuk berdrama...

Kalau ahli politik suka sangat berdrama, admin cadangkan supaya jadi pelakon dan bukannya pemimpin politik...

Dah tua pun bodoh!!!

Kenapa Tak Beritahu 'Hospital Semenyih' Dah Sampai Tg. Piai...🤭🤭🤭


Rupa-rupanya replika hospital yang Pakatan Harapan usong dari Semenyih hari tu dah sampai ke Tg. Piai...

Admin tak tahu ler bila sampai, tapi khabarnya ada kejadian menarik sebaik saja replika hospital tu diletakkan kat bumi Tg. Piai...😂😂😂

RM4 Juta Tu Mat Tisu Nak Kira Amanat Atau Wasiat...🤔🤔🤔


Mula-mula, ramai yang sangka, replika hospital tu tak ada apa-apa kat dalamnya...

Tapi bila diletakkan jer atas tanah, tiba-tiba terdengar suara makhluk yang dah lama tak kedengaran suaranya...

Terdengar suara Mat Tisu yang menangis terseak-esak nak keluar dari replika hospital tu...

Keluar jer dari replika hospital tu, Mat Tisu terus beritahu yang dia ada perkara penting nak beritahu...

Kata Mat Tisu lagi, beliau datang bukan dengan tangan kosong tapi dengan dana RM4 juta yang dah DILULUSKAN untuk menaik taraf dan pembangunan kemudahan sukan dan rekreasi di Tg. Piai (BACA DI SINI)...

Tambah Mat Tisu lagi, RM4 juta nie hanya sebahagian dari RM14.6 juta yang mantan Ahli Parlimen Tg. Piai, Allahyarham Dr. Md. Farid minta...

Perghhh, kalau tak betul-betul, luruh kesetiaan pada Muafakat Nasional derrr...

Kesian juga admin tengok Mat Tisu nie...

Bukan apa, suka benar cari publisiti murahan yang tak sepatutnya seorang bertaraf menteri buat...

Bukan sebab kereta berLOGO macam 'beliau', tapi mungkin Mat Tisu nie anggap jawatan Menteri Belia dan Sukan yang dia sandang sekarang nie hanya mimpi...


Awal bulan hari tu, Mat Tisu nie dah kencing rider Pandafood yang boleh kita katakan seratus peratus anak muda...

Beriya-iya panggil rider Pandafood datang ke rumah dia, konon nak dengar sendiri apa masaalah sebenarnya rider Pandafood...


Siap ambil nota bagai dan berjanji akan bawa masaalah tu untuk dibincangkan dalam mesorat kabinet...

Beriya-iya rider Pandafood luahkan masaalah dia orang dengan harapan Mat Tisu nie akan perjuangkan nasib mereka...

Lepas tu, Mat Tisu cakap isu tu dah dibincangkan dalam mesorat kabinet...


Tiba-tiba Dr. Mahathir buat kenyataan, tak ada siapa pun yang bawa isu rider Pandafood tu ke mesorat kabinet...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Terus keluar tanduk rider-rider Pandafood bila tersedar dah diperbodoh dan dikencing Mat Tisu hingusan nie...😂😂😂


Bila Mat Tisu janji nak bangunkan dan naik taraf kemudahan sukan dan rekreasi kat Tg. Piai, admin terus teringat janji sama yang Mat Tisu buat kat Semenyih sebelum PRK Semenyih dulu (BACA DI SINI)...

Pembangunan pelancongan berbasikal dah buat ker belum...

Kata nak buat track bagai, dah siap ker belum?

Pada Mat Tisu, berhentilah buat kerja-kerja bodoh tu, simpanlah sikit bodoh tu sebab banyak lagi tempat nak digunakan, ker terlampau banyak sangat stok bodoh Mat Tisu tu...

Pengundi bukannya bodoh, sekarang nie bukan zaman media cetak, tapi zaman media sosial...

Apa yang Hitler cakap masa Perang Dunia II pun kita boleh recall balik, inikan pula apa yang Mat Tisu cakap dan janji dalam masa setahun dua nie...

Satu jer admin nak tanya, harap Mat Tisu jawab dengan jujur, sejak menang PRU 14 hari tu, berapa kali Mat Tisu balik Johor?