Pakar ekonomi tak jumpa formula cara nak turunkan harga barang di Malaysia...
Menteri Kawayangan, Lim Guan Eng, pula pening kepala sebab katanya harga degil tak nak turun...
Rupanya kempen 'Buy Muslim Bumiputera First' itulah formulanya...
Ramai terkejut minyak masak RM24 boleh turun sampai RM14...
Penangan kempen 'Buy Muslim Bumiputera First' (BMBF)...
Bukan setakat minyak masak, banyak barang tiba-tiba secara magik turun harga...
Mereka bermati-matian membantah penggunaan subjek Tulisan Jawi di sekolah mereka...
Mereka membuat bantahan, pasang banner besar-besar dan buat demontrasi...
Mereka terbalikkan bendera Malaysia sebagai mesej...
Tetapi...
90% produk keluaran mereka mengunakan Tulisan Jawi untuk menarik 68% kuasa membeli rakyat Malaysia yang beragama Islam...
Mereka inilah yang mengawal harga pasaran barangan mentah...
Terbukti sekarang, bila harga-harga minyak masak boleh diturunkan hingga RM14 ~ RM15 sebotol sewenang-wenangnya tanpa kelulusan KPDNKK...
Hapuskan Monopoli!!!
Dan akibat rasa tertipu dan dan puas bersabar, maka beberapa gerakan pengguna Muslim, NGO Muslim dan pengguna Muslim yang mempunyai keahlian lebih sejuta orang di Malaysia telah melancarkan kempen 'promosi beli barangan keluaran bumiputera' @ Buy Muslim Bumiputera First (BMBF)...
Tapi mereka kata kita boikot barangan mereka...
Kita tak penah boikot, tapi kita cuma utamakan barangan buatan Muslim...
Terima kasih kepada mereka, kerana wujudnya gerakan ini dan In Sya Allah, ini adalah perjuangan kita...
Jihad ekonomi, bersama membangunkan ekonomi ummah...
Kita yakin, kalau diteruskan, bukan saja Seri Murni dan Buruh turunkan harga, lama-lama mereka kasi percuma, serta Melayu tak lagi didiskriminasi berniaga, bekerja dan masuk barang di supermarket...
Cuba kita renungkan sejenak, kalau cuma dengan sedikit tekanan dari kuasa pembeli Melayu, dengan mudah mereka boleh menurunkan harga minyak masak sehingga RM14 ~ RM15 sebotol, berapa margin keuntungan yang mereka kaup dari bangsa Melayu selama ini...
Patutlah peniaga-peniaga mereka boleh bermewah-mewah...
Rupa-rupanya, dari pengilang, pengedar hingga ke peruncit, mereka menikmati margin keuntungan yang begitu tinggi selama 60 tahun...
Tetapi yang menghairankan, kelompok mereka bukanlah kelompok pembayar cukai yang tertinggi seperti yang mereka gembar-gemburkan...
Alangkah baiknya kalau keuntungan yang begitu besar dapat ke tangan peniaga Muslim...
Sudah tentu nilai pungutan cukai akan menjadi berlipat kalu ganda dan yang paling penting, jumlah kutipan zakat juga akan naik secara mendadak...
Tidaklah lagi kita dengar Mahad Tahfiz akan ditutup kerana kekurangan dana...
Tidaklah lagi kita dengar rancangan pengubahsuaian masjid atau pembinaan masjid akan tergendala sebab tiada peruntukan dari kerajaan...
Tidaklah lagi kita lihat anak-anak kita yang belajar di Sekolah Agama Rakyat terpaksa menuntut ilmu agama dalam keadaan yang cukup daif...
Dapatlah kita bantu asnaf-asnaf zakat yang lain seperti menyediakan latihan kemahiran vokeysional dan bantuan perniagaan kepada keluarga mereka...
Masyarakat Melayu Islam di Malaysia hanya akan dipandang mulia sekiranya menguasai ekonomi di Malaysia...
Untuk menguasai ekonomi Malaysia, kita mesti menguasai rantaian perniagaan bermula dari pengeluar bahan mentah kepada pengilang, dari pengilang kepada pemborong dan dari pemborong kepada peruncit dan dari peruncit kepada pembeli...
Selama ini kita hanya menguasai rantaian pengeluar bahan mentah dan pembeli...
Entah di mana silapnya, rantaian yang cukup penting, iaitu pengilang dan pemborong kita biarkan mereka menguasai...
Sedangkan dalam rantaian ekonomi, peranan dua pihak inilah yang akan menentukan harga pasaran dan menguasai ekonomi...
Mari kita sama-sama menyokong kempen 'Buy Muslim Bumiputera First' atau BMBF sebagai langkah permulaan transformasi ekonomi masyarakat Melayu Islam di Malaysia...
Bukankah ada tuntutan fardu kifayah dalam bidang ekonomi dalam masyarakat Islam!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.