Wednesday, September 4, 2019

NGO Desak Kerajaan Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pembeli Yang Boikot Peniaga Bukan Islam, Sejak Bila Ada Undang Undang Macam Tu?


Kempen 'Buy Muslim Product First' makin hebat dijalankan oleh pembeli dari masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Kesannya makin dirasakan oleh peniaga-peniaga Cina DAP...

Walau pun sebahagian ahli politik DAP cuba memperlekehkan kempen yang dijalankan tapi kenyataannya ahli politik DAP semakin hari semakin ditekan oleh peniaga-peniaga Cina DAP...

Lebih merisaukan peniaga-peniaga Cina DAP dan ahli politik DAP, bila kempen 'Buy Muslim Product First' bukan saja mendapat sambutan dari masyarakat marhaen Melayu Muslim tapi juga mendapat galakan dari ulamak-ulamak dan juga ahli politik Melayu Muslim...

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata, tindakan memboikot produk bukan Muslim berpunca dari tindak-tanduk pihak tertentu mengguris perasaan umat Islam kebelakangan ini...

"Itu bukan bererti satu peperangan kepada syarikat lain"... 

"Ia satu usaha untuk melariskan produk demi pengukuhan ekonomi mereka," kata Mohd Asri yang menggesa umat Islam menggunakan kempen memperkasa ekonomi umat Islam, daripada kempen memboikot...

DAP Gunakan NGO Untuk Mendesak Kerajaan Pakatan Ambil Tindakan Untuk Menyekat Kempen 'Buy Muslim Product First'


Melucukan, itu respon pertama admin bila dapat tahu ada NGO yang mendesak supaya kerajaan Pakatan mengenakan hukuman keras pada mereka yang boikot peniaga bukan Muslim (BACA DI SINI)...

Sebuah persatuan pengguna mendesak kerajaan mengambil tindakan segera dengan menggunakan undang-undang yang ada terhadap pihak yang melancarkan kempen boikot barangan bukan Islam...

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr. Jacob George menegaskan, tindakan segera perlu diambil bagi meredakan keadaan masyarakat yang sebelum ini ternyata harmoni selama 62 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan...

"Tindakan yang diambil golongan tertentu ini adalah suara minoriti, sedangkan suara majoriti masih rasional"...

"Ia mempunyai agenda politik yang bertujuan memecah belahkan masyarakat dalam negara kita" tambah Jacob... 

"Ini bukan 'penyakit' Malaysia"... 

"Ini hanya di Semenanjung, bukan Sabah dan Sarawak," katanya lagi...

Jacob menyarankan semua pihak supaya mengambil maklum nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum adalah asas kukuh bagi perpaduan negara...

Ayoyo Tamby...

Pertamanya, sejak bila pula ada undang-undang atau tercatit dalam Perlembagaan Malaysia bahawa membeli barangan dari pihak Cina DAP adalah 'WAJIB' dan sekiranya engkar, maka hukuman keras akan dikenakan?

Kedua, kalau kempen 'Buy Muslim Product First' hanyalah tindakan pihak minoriti, tak payah risaulah sebab masih ada pihak majoriti yang akan beli produk dari peniaga bukan Melayu Islam...

Ketiga, kenapa baru sekarang nak dengar nasihat Raja Raja Melayu, banyak lagi isu-isu panas yang mendapat perhatian dan ulasan dari Raja Raja Melayu, macam isu keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib, jangan menyentuh sensitiviti keagamaan, kedaulatan Raja Raja Melayu dan ketuanan bangsa Melayu, kenapa kau orang tak nak dengar nasihat Raja Raja Melayu?

Keempat, bukan ker puak DAP dan sekutunya yang selalu melaungkan tentang kebebasan dan hak asasi manusia, jadi suka hati kamilah nak beli dari siapa pun...

Kelima, Malaysiakan mengamalkan sistem ekonomi pasaran terbuka, pembeli berhak menentukan dengan siapa mereka mahu berurusniaga...

Keenam, barangan adalah hak penjual dan duit adalah hak pembeli, jadi penjual bebas menentukan dengan pembeli mana yang mereka nak jual dan pembeli bebas menentukan barangan siapa mereka nak beli, jadi apa masaalahnya?

Bila NGO Gagal Memberikan Kesan, DAP Perkudakan Pemimpin Politik


Gagal menggunakan NGO untuk menyekat kempen 'Buy Muslim Product First', DAP terpaksa perkudakan pemimpin politik 'Melayu Islam' pula untuk menggagalkan kempen 'Buy Muslim Product First' yang sedang hebat dijalankan  (BACA DI SINI)...

Alahai Anwar Ibrahim, seorang yang pernah 'digelar' Pak Syeikh, seorang yang pernah 'membaca khutbah Jumaat'...

Kalau yer pun terdesak nak dapatkan sokongan DAP supaya tak jadi 'PM tepi' untuk selama-lamanya, janganlah jadi pengkhianat ugama dan bangsa...

Mempromosikan barangan halal adalah bagus tetapi memboikot produk bukan Islam adalah amalan tak sihat...

Maksud Anwar, kalau halal, belilah produk dari bukan Islam...

Kami bukan nak promosikan barangan halal tapi kami nak merampas kuasa ekonomi dari bangsa Cina DAP yang semakin hari semakin biadab...

Pengguna Melayu Islam adalah kelompok pengguna terbesar di Malaysia, jadi apa masaalahnya kalau kami menjadi kelompok majoriti dalam ekonomi Malaysia?

Ini bukan kempen yang digerakkan oleh mana-mana parti politik tapi ini adalah kempen kesedaran umat Melayu Islam yang telah dicabar kesabaran mereka dengan hinaan dan kata-kata memperlekehkan dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk ulamak dan pemimpin-pemimpin politik...

Melayu Islam diam, bukan bererti kami bodoh dan dungu, tapi kami diam sebab kami kaum yang tidak suka berbalah tapi bila semakin kami berdiam, bangsa Cina DAP semakin biadab hingga berani menghina ugama, raja dan bangsa kami, maka kami bangkit untuk menunjukkan apa yang mampu kami lakukan kepada bangsa Cina DAP yang biadab ini...


Yang mempolitikkan isu ini, ialah DAP (BACA DI SINI)...

Sebagaimana dalam politik, lebih 60 tahun masyarakat Melayu Islam memegang kuasa, maka sampai masanya berlaku pertukaran walau pun hanya sementara, begitu jugalah dalam bidang ekonomi, lebih 60 tahun kami biarkan kuasa ekonomi dipegang oleh bangsa Cina DAP, maka sudah sampai masanya untuk kami ambil kembali...

Any problem with that?

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.