Friday, September 20, 2019

Dasar Kerajaan Pakatan Harapan Terus-Terusan Menekan Bangsa Melayu


Sudah melebihi satu tahun, kuasa berpindah kepada kerajaan Pakatan Harapan...

Admin dah muak nak menulis tentang Manifesto Pilihanraya PRU 14 Pakatan Harapan!!!

Apa yang nak ditulis kali ini supaya dapat jadi renungan bersama ialah kegagalan kerajaan Pakatan Harapan untuk menyediakan peluang bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan B40 yang majoritinya adalah Bumiputera...

Lebih memualkan lagi, kerajaan Pakatan Harapan bukan setakat gagal mengurangkan jurang ekonomi penduduk Malaysia tapi tanpa rasa malu mencipta berbagai-bagai alasan bodoh untuk menutup kegagalan mereka...

Jabatan Statistik melaporkan, negara kita mempunyai 32.6 juta penduduk...


69.3% adalah Bumiputera manakala kaum Cina berjumlah 22.6%, India 6.9% dan lain-lain adalah 1%...

Dari jumlah ini jelas kaum Bumiputera adalah kaum majoriti di negara kita...


Dalam 'Pemberitahuan Pertanyaan Lisan Dewan Negara-Mesyuarat Kedua 2019, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas' yang merujuk kepada pertanyaan lisan YB Tuan Ismail Bin Yusop pada 24 Julai 2019, berkenaan perancangan kerajaan untuk membantu golongan B40 yang majoritinya adalah Bumiputera berdasarkan kajian dari Institut Masa Depan Malaysia, Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberikan jawapan :

"Kerajaan komited untuk terus membantu golongan B40 terutamanya isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di seluruh negara di mana 71.3% adalah di kalangan Bumiputera"...

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik dan juga jawapan balas Azmin Ali kepada pertanyaan lisan YB Tuan Ismail bin Yusop, kaum Bumiputera adalah kaum yang terbesar jumlahnya di Malaysia dengan jumlah 69.3% dan dari jumlah ini kaum Bumiputera juga adalah golongan yang paling ramai iaitu seramai 71.3% didalam kategori B40 (B40 adalah golongan berpendapatan isirumah bawah RM3050 dan jumlahnya dalah 40% dari rakyat Malaysia)...


Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof aka Pak Wan Kereta Terbang pula berkata :

"Kebanyakan usahawan yang memohon bantuan kerajaan dikatakan tidak mempunyai daya tahan dan ilmu untuk memasuki dunia perniagaan" (BACA DI SINI)...

Apa maksud Pak Wan Kereta Terbang?

Apakah beliau ingin menghentikan semua bantuan @ geran keusahawanan yang selama ini dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan kepada golongan Bumiputera?

Di satu pihak, Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengatakan kerajaan komited membantu golongan B40 manakala di satu pihak yang lain, Menteri Pembangunan Usahawan pula mengatakan kerajaan bercadang menghapuskan geran untuk golongan Bumiputera!!!

Atau apakah Azmin dan Pak Wan Kereta Terbang berpendapat dengan menghapuskan geran untuk golongan Bumiputera adalah salah satu agenda membantu golongan Bumiputera?

Adakah dengan memberikan alasan bahawa kerana ada segelintir golongan Bumiputera yang berniaga berkonsepkan Ali Baba maka semua golongan Bumiputera perlu dihukum dengan menghentikan bantuan...

Dan apakah langsung tidak ada kes di mana geran yang dikeluarkan kepada bangsa Cina, India atau lain-lain bangsa pernah atau telah disalahgunakan?

Pak Wan Kereta Terbang dengan dangkalnya mengatakan usahawan yang memohon bantuan kerajaan tidak mempunyai daya tahan dan ilmu untuk memasuki dunia perniagaan...

Jadi adakah kerana mereka ini tidak mempunyi ilmu maka bantuan perlu dihentikan?

Bukankan sepatunya kerajaan bertanggungjawab untuk mencari jalan memberikan mereka ini ilmu atau membimbing dan bukannya mengambil langkah menghukum...

Sangat jelas pada kita Pak Wan Kereta Terbang tidak mendapat gambaran yang jelas tentang status ushawan Bumiputera di akar umbi...

Kita tolong 'update' Pak Wan Kereta Terbang, usahawan-ushawan yang mendapat bantuan telah pun menjalini saringan yang sepatutnya dan ada juga yang dibimbing selama beberapa bulah sebelum bantuan dana diberikan...

Sekiranya berlaku juga isu usahawan tidak dilatih, ini adalah isu 'disbursment' oleh agensi yang tidak mengikut prosedur dan usahawan tidak perlu dihukum dengan menghentikan bantuan...

Kita merasa sangat pelik dengan kebanyakan dasar-dasar kerajaan yang kebelakangain ini dilihat sangat tidak mesra kepada kaum Bumiputera...

Sebelum ini isu Amanah Ikhtiar hendak dihentikan hanya kerana isu teknikal tetapi apabila rakyat mula bising, Amanah Ikhtiar dibenarkan beroperasi seperti biasa...

Sekarang isu 'memberhentikan geran kepada Bumiputera' pula dibangkitkan dengan alasan 'Ali Baba' dan golongan Bumiputera tidak berilmu...

Kita maklum, sebenarnya ini adalah strategi kerajaan Pakatan mahu mendapat 'political mileage'...

Mula-mula isytihar mahu dihapuskan atau diberhentikan, lepas tu 'U-Turn' untuk tunjukkan pada Bumiputera bahawa sebenarnya kerajaan Pakatan Harapan sangat prihatin dengan rakyat khususnya Bumiputera...

Macam pencuri yang sengaja mencuri tapi lepas tu buat-buat terjumpa barang yang dicuri dan dipulangkan pada pemilik barang tersebut, dengan harapan supaya orang mengatakan bahawa pencuri itu adalah seorang yang jujur...

Kalau betul-betul ikhlas dan jujur dan terbukti bahawa berlaku isu Ali Baba dan ushawan Bumiputer tidak berilmu maka pergiatkanlah usaha membimbing ushawan-ushawan ini dan sekiranya isu Ali Baba yang menjadi topik utama maka perkukuhkanlah proses pemberian projek atau tendar dan bukannya dengan menghentikan bantuan kepada kaum Bumiputera...

Janganlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar...

Itu bangang namanya!!!

Dan adakah dengan menghapuskan bantuan geran kepada Bumiputera maka akan meningkatkan sumbangan GDP dari golongan bumiputera?

Sekali lagi kerajaan Pakatan Harapan tidak melihat masalah dari sudut yang tepat dan dengan mudahnya menawarkan 'solution' yang tidak menyelesaikan masalah utama...


Data yang dikeluarkan mengatakan bahawa golongan ushawan Bumiputera hanya menyumbang di bawah 10% dari GDP sedangkan pada tahun 2018 SME dikatakan menyumbang 37% daripada GDP (BACA DI SINI)...

Bukankah golongan majoriti yang berada dalam SME itu adalah dari golongan usahawan Bumiputera?

Kerajaan Pakatan Harapan mesti lebih ikhlas dan komited untuk perkasakan ekonomi bumiputera dengan agenda yang lebih jelas...

Kerajaan juga sepatutnya mengambil sikap membantu dan mempergiatkan bantuan dan bukannya menyekat pertumbuhan ini...

Nasib golongan usahawan Bumiputera janganlah lagi dipolitikkan!!!

Bukan kita berniat untuk menidakkan hak kaum-kaum lain tetapi keistimewaan hak kaum Bumiputera sewajarnya terus diperkasa seperti yang terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan...







Kredit :

Megat Zainurul Anwar

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.