Monday, September 23, 2019

Amaran Untuk Rakyat Dan Negeri Sarawak, Kepala Perompak Dah Nampak Harta Karun Di Sarawak


Sejak jadi Perdana Menteri yang ke 7 hingga September lalu, rasanya jumlah lawatan Dr. Maharhir ke Sarawak sudah sama banyak semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun...

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke 4, sangat sukar untuk melihat Dr. Mahathir meluangkan masa ke Sarawak...

Kalau ada pun, jumlahnya boleh dihitung dengan jari tanpa perlu melibatkan jari kaki...

Malah, lawatan Dr. Mahathir tidak pernah lebih dari 2 hari ke Bumi Kenyalang...

Kali ini senarionya berbeza... 

Boleh dikatakan selang 2 bulan, Dr. Mahathir pasti akan ke Sarawak...

Pelbagai alasan diberikan namun paling menarik, masih belum ada apa-apa pembangunan yang dibawa untuk rakyat dan negeri Sarawak...


Balik-balik ucapan retorik memburukkan DS Najib dan kerajaan Barisan Nasional yang dahulu...

Terbaru, kunjungannya kali ini perlu diberi perhatian dan difahami sedalam-dalamnya oleh rakyat, khususnya kepimpinan tertinggi negeri Sarawak...

Manakan tidak, dengan tiba-tiba, Dr. Mahathur secara terbuka menyatakan, Sarawak adalah negeri terkaya di Malaysia...


Laksana ketua perompak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok nampak harta...

Sememangnya Sarawak adalah antara negeri terkaya di Malaysia...

Dengan limpahan hasil bumi seperti minyak, balak, emas, arang batu dan sebagainya, sepatutnya Sarawak dengan mudah mengecapi kemajuan jika bersandar pada hasil buminya saja...

Namun, atas semangat rakan kongsi, kekayaan hasil bumi ini dikongsi bersama dengan kerajaan pusat...


Akan tetapi, sepanjang Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4, hasil yang sepatutnya diraih oleh Sarawak telah dinafikan...

Sarawak dibiarkan begitu sahaja dengan segala pembangunan infrastruktur diserahkan bulat2 kepada PBB dan rakan politiknya...

Mujur juga PBB tidak pernah mengabaikan hak kemajuan infrastruktur yang sepatutunya diraih oleh rakyat...

Namun, kemajuan berkenaan disifatkan agak rendah kerana tidak mendapat bantuan khusus dari kerajaan pusat...

Perubahan drastik kemajuan Sarawak hanya dinikmati semasa pentadbiran Allahyarham Tok Nan dan kepimpinan pusat di bawah DS Najib...

Maka terbinalah Pan Borneo Highway tanpa tol serta perancangan jangka panjang untuk membina sistem keretapi komuter Kuching - Lundu serta jaringan LRT Kuching - Serian...

Malah beberapa bandar utama di Sarawak seperti Miri dan Bintulu turut menerima impak kemajuan...

Semua ini berlaku apabila kerajaan pusat era Barisan Nasional di zaman DS Najib sedaya upaya mengembalikan semula hak yang sepatutnya diterima oleh Sarawak tanpa prejudis dan dakwa dakwi...

Namun hari ini segala yang dirancang terbantut...

Malah rancangan pembinaan keretapi komuter, LRT dan Pan Borneo tidak dapat diteruskan kerana kekangan peruntukan dari kerajaan pusat...


Pembangunan lebih difokuskan kepada Semenanjung dengan Kedah (ditadbir oleh anaknya, Mukhriz) menerima impak besar apabila bakal mempunyai lapangan terbang baru...

Ajaibnya, di kala Dr. Mahathir mendakwa Sarawak adalah negeri terkaya, hasil buminya kembali dikaut tanpa ada imbalan yang sepatutnya...

Seumpama, kaut di Sarawak, dilonggokkan di Putrajaya dan diagihkan ke serata Semenanjung... 

Persoalannya, di mana keadilan hak rakyat dan negeri Sarawak?

Tak payahlah nak berangan untuk laksanakan MA 63 dengan meraih semula beberapa hak yang sengaja telah diambil oleh kerajaan pusat...

Hak menguruskan hasil bumi serta hak untuk mendapatkan royalti sendiri pun entah bila akan ditunaikan...

Tidak perlu memandang jauh...

Lihat sahaja bagaimana Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng, berdolak dalik dalam urusan menaik taraf ratusan sekolah daif di seluruh Sarawak...

Kenapa perlu main tarik tali dengan GPS sedangkan menurut manifesto Pakatan Harapan, keutamaan akan diberi kepada menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak!!!


Nampaknya, kerajaan GPS di bawah pentabiran Abg Joe perlu berhati2 dalam mainan kata-kata Harimau tua Asia yang bernafsu muda nie...

Kesilapan percaturan, bakal memungkinkan hasil bumi Sarawak bakal dikaut semahunya dan sekali lagi rakyat Sarawak akan ketinggalan dalam aspek kemajuan walaupun hasil bumi Sarawak mampu membangunkan negeri ini jauh lebih maju berbanding Selangor...

Kepada rakyat dan negeri Sarawak, kami doakan yang terbaik buat kalian, muga tak tertipu lagi dengan lakonan simpati dan airmata Dr. Mahathir...










Kredit :

Abam JMK

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.