Sunday, August 18, 2019

Dr. Zakir Rasis Dan Lupa Diri?


Minggu nie, panas isu tentang ucapan yang dibuat oleh Dr. Zakir Naik, seorang penceramah bebas dari India di Stadium Sultan Muhammad IV pada 9 Ogos yang lepas...

Semuanya bermula bila portal yang terkenal dengan sikap dan sifat rasis, Malaysiakini membuat lapuran yang salah dengan memetik ucapan Dr. Zakir Naik dari konteks yang salah...


Tajuk pada berita yang disiarkan oleh Malaysiakini jelas berniat menimbulkan provokatif dan ianya menunjukkan kepada kita wajah sebenar portal Malaysiakini...

'SURUH TETAMU LAMA CINA BALIK DULU' menjadi tajuk kepada artikel yabg disiarkan oleh Malaysiakini...

Cukup dengan membaca tajuk tanpa membaca kandungan penuh artikel yang ditulis telah menimbulkan kemarahan pembaca kepada Dr. Zakir Naik...

Seterusnya, kesimpulan yang beremosi akan mempengaruhi pembaca ekoran dari persepsi awal ketika membaca tajuk artikel tersebut...


Menyebarkan berita palsu, memutarbelitkan kenyataan pemimpin dah memang sinonim dengan portal berita Malaysiakini (BACA DI SINI)...

Malaysiakini Spin 360° Kenyataan Dr. Zakir Naik


Sebelum kita membuat rumusan kenyataan Dr. Zakir Naik bersifat menghasut dan boleh menimbulkan ketegangan kaum, kita dengar duku apa sebenarnya yang dusampaikan oleh Dr. Zakir Maik dan dalam konteks apa ucapan beliau...

Dr. Zakir memberikan ceramah yang bertajuk 'Misconception About Islam'...

(Ceramah penuh Dr. Zakir Naik boleh diikuti di sini)...

Jelas Dr. Zakir Naik memberikan hujah yang mengatakan bahawa Islam adalah agama keganasan dengan memberikan contoh Islam tidak disebarkan secara kekerasan atau menggunakan senjata...

Memang benar, Dr. Zakir Naik ada mengatakan bahawa beliau 'dianggap sebagai tetamu di negara ini dan sekiranya ada pihak yang mahu beliau keluar dari negara ini, maka seharusnya tetamu yang lebih lama berada di sini kena keluar dulu'...

Gambar Hiasan
😜😜😜

Dr. Zakir Naik juga cuba menerangkan, alasan kenapa beliau dianggap sebagai tetamu di negara ini adalah kerana beliau tidak dilahirkan di Malaysia, jadi apa beza antara beliau dengan mereka yang tinggal di sini tetapi tidak dilahirkan di Malaysia?

Tidak dapat kita nafikan, ada antara pendatang yang datang ke Malaysia sewaktu sebelum merdeka dan masih lagi hidup hingga ke hari ini TIDAK DILAHIRKAN atau cuba sembunyikan tempat kelahiran mereka yang sebenar...

Golongan ini, ada yang masih belum mendapat kerakyatan dan masih memegang taraf pendudukan sebagai penduduk tetap (BACA DI SINI)...

Jadi golongan inilah dimaksudkan oleh Dr. Zakir naik sebagai tetamu di negara ini yang patut keluar dulu sebelum mahu beliau keluar...


Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Dr. Zakir Naik, kalau hendak suruh dia keluar, suruhlah tetamu yang dah berpuluh tahun tu keluar dulu...

Namun Dr. Zakir Naik ada menjelaskan, tetamu yanh mendatangkan kebaikan kepada tuan rumah, amat dialu-alukan kehadiran mereka cuma tetamu yang tak mendatangkan faedah dipersilakan keluar...

Dr. Zakir Naik tak tujukan kata-kata dia kepada semua masyarakat Cina Malaysia, apa lagi berniat mahu menghalau masyarakat Cina Malaysia yang dah mendapat kerakyatan Malaysia...

Sebagai seorang yang bijak, Dr. Zakir Naik pasti sedar siapa diri dia di negara ini dan amatlah tidak waras kalau beliau berniat demikian...

Jadi, celah mana yang boleh dikatakan Dr. Zakir Naik bersikap rasis dan mahu kerajaan menghalau masyarakat Cina Malaysia supaya balik ke negara asal mereka di China?

Lagipun, salah seorang anak murid Dr. Zakir di Malaysia ini ialah seorang mualaf berbangsa Cina!!!

Kenapa ada pihak-pihak tertentu yang terasa?


Kalau diimbas balik, kata-kata Dr. Zakir Naik, kalau nak dianggap sebagai kesalahan, ada kesalahan yang lebih besar dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri, terutamanya pemimpin-pemimpin DAP dan penyokong-penyokong DAP...

Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia) dan Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) menuduh bahawa bangsa Melayu adalah pendatang dan bangsa India adalah peribumi sebenar di Tanah Melayu...

Ahli perniagaan, Koon Yiew Yin, keluarkan kenyataan menghina Angkatan Tentera Malaysis yang sudah terlalu banyak menaburkan jasa dan pengorbanan...

Isu penolakan Tulisan Jawi oleh Zong Dong yang jelas menunjukkan sikap ultra kiasu mereka!!!

Kenapa mereka berdiam tapi dalam isu Dr. Zakir Naik yang sebenarnya bukan satu isu, tiba-tiba puak-puak ini melenting!!!

Adakah kerana Dr. Zakir Naik seorang yang beragama Islam?

Atau adakah kerana mereka menyimpan dendam kerana gagal dan tidak mampu menangkis atau mematahkan hujah-hujah serta fakta-fakta Dr. Zakir Naik mengenai Islam?

Siapa sebenarnya yang bersifat rasis tetapi berselindung disebalik topeng kuasa?

Apa yang admin nampak, cuma 3 kelompok ultra kiasu Malaysia yang cuba timbulkan ketegangan kaum dengan cuba menyalakan api perkauman...

Portal Malaysiakini, DAP dan Dong Zong!!!

Tapi sangat memalukan, bila ada golongan Melayu Islam yang sama terikut-ikut untuk mengusir seorang pendakwah Islam yang telah berjaya mensyahadahkan orang bukan Islam dari bumi Malaysia...

Untuk golongan Melayu Islam ini, hadamkan kata-kata di bawah :

Bila orang Melayu pertahankan hak bangsanya... Maka Melayu itu dipanggil rasis...

Bila Muslim pertahankan akidahnya...
Maka Muslim itu dipanggil teroris...

Untuk membunuh pokok, racun akarnya...
Untuk membunuh bangsa, racun sejarahnya...
Untuk membunuh agama, racun akidahnya...
Untuk membunuh negara, racun anak mudanya...

Hayati dan berwaspadalah...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.