Thursday, August 29, 2019

Bapa Nak Jaga Maruah Negara, Anak Nak Jaga Sister In Sesat, Akai Adakah!!!


Nak Jaga Maruah Negara Konon

Cakap tak serupa bikin, sembang bikin rakyat bimbang...

Dr. Mahathir dalam satu kenyataan mengatakan, selagi dia hidup, dia akan cuba jaga maruah negara (BACA DI SINI)...


Pilih menteri yang langsung tak ada kelayakan malah langsung tak ada kewibawaan...


Mempertahankan menteri yang satu dunia dah tahu amalkan hidup songsang aka Semburit...


Dalam setahun, mengemis 3 kali pada Jepun untuk dapatkan Bon Samurai (BACA DI SINI)...


Perkenalkan projek Kereta Terbang yang jadi bahan lawak dan sindiran dunia (BACA DI SINI)...

Itulah definasi menjaga maruah negara bagi manusia yang bernama Dr. Mahathir!!!

Jagalah Maruah Keluarga Sebelum Berangan Nak Jaga Maruah Negara


Anak cucu Dr. Mahathir sendiri sering menjadi kecaman pelbagai pihak...

Ada antara cucu Dr. Mahathir adalah penyokong kuat LGBT yang memperjuangkan amalan hidup manusia yang songsang...

Malah Marina Mahathir, anak perempuan sulong Dr. Mahathir adalah pejuang LGBT dan pendokong utama SIS (Baca sebagai Sister In SESAT)...


Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pertubuhan SIS (Sister In SESAT) untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas fatwa dikeluaran pihak berkuasa Islam Selangor...


Semasa menyampaikan keputusan berkenaan hakim Nordin Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Selangor mematuhi semua prosedur yang ditetapkan semasa mengeluarkan fatwa tersebut...

"Justeru permohonan semakan kehakiman ini ditolak dengan kos RM10,000" katanya...

Fatwa yang dipertikaikan SIS itu dikeluarkan pada awal 2014 (BACA DI SINI)...


Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan SIS sebagai SESAT berdasarkan pendirian pertubuhan berkenaan dalam beberapa isu...

Fatwa tersebut kemudian diwartakan oleh kerajaan negeri pada Julai tahun yang sama...

Ekoran itu SIS memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman atas fatwa tersebut pada kira-kira tiga bulan kemudian bagi mengisytiharkannya sebagai tidak terpakai ke atas sesebuah pertubuhan...

Menurut Nordin, beliau mendapati fatwa dikeluarkan terhadap SIS tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah dan ia dihadkan oleh perlembagaan...

"Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal ehwal berkaitan Undang Undang Syariah berada bawah undang-undang negeri" katanya...


Ditemui media selepas itu, peguam yang mewakili SIS (Sister In SESAT), A. Surendra, berkata ada lima atau enam isu dibangkitkan di depan hakim, termasuk sama ada mahkamah sivil berhak mengkaji semula sesebuah fatwa atau sebaliknya...


Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa, pula berkata pihaknya sangat kecewa dengan keputusan berkenaan namun ia tidak akan menjejaskan usaha yang mereka lakukan...

"Sudah tentu kami sangat kecewa dengan keputusan berkenaan, tetapi saya tak boleh kata saya terkejut" katanya...

Kesesatan SIS (Sister In Sesat)


Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism"


Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...

Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun (sejak 2005)...

Ia hanya diharamkan pada tahun 2008...

Menteri Dalam Negeri membayar kos kepada SIS (Sister In SESAT)... 

Pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan...

Koleksi esei itu telah disunting oleh Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia... 

Buku itu tentang undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah syariah...

Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam...

Isu Poligami



Pada 8 Januari 2002, SIS (Sister In SESAT) telah buat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami...

Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum Al Quran di wahyukan...

SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam...

Hukuman Rotan Kepada Pesalah Wanita 


Pada 17 Februari 2010, SIS telah mengeluarkan kenyataan mengecam pihak-pihak seperti MAIS kerana melakukan hukuman rotan ke atas 3 pesalah wanita...

Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah...

Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut...

SIS Mengkritik Polis Menghalang Seksualiti Merdeka


Pada 4 november 2011, SIS telah mengkritik polis yang telah menghalang seksualiti merdeka...

Mereka menyifatkan tindakan polis itu sebagai menapis dan menghalang kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia...

"Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan"... 

"Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival?" 

"Bagaimana pihak polis hendak kuatkuasakan pengharaman ini?" (satu keterangan mereka)...
Mereka menegaskan sebagai pertubuhan yang membela kaum wanita, idea untuk menolak kepelbagaian gender dan seksual adalah tidak boleh diterima"...

"Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa"...

Itu cuma sebahagian dari tindakan dan kenyataan SIS yang bertentangan dengan hukum hakam ugama Islam dan menjadi penyebab kenapa Majlis Agama Islam Selangor memfatwakan SIS sebagai sesat...


Atas nama hak asasi, mereka mencabol hukum hakam ugama Islam...

Atas nama hak sama rata, SIS (Sister In SESAT) memperlekehkan hudud Allah SWT...

Sedangkan golongan yang mempertahankan kesucian ugama Islam, mereka labelkan sebagai ekstremis atau pelampau ugama!!!

Dan siapakah selama ini yang berjuang bermati-matian mempertahankan SIS aka Sisters In SESAT...

Tidak lain dan tidak bukan Marina Mahathir...

Dan siapakah Marina Mahathir, sudah tentulah anak perempuan sulong Dr. Mahathir...

Kepada Dr. Mahathir, sementara Allah SWT meminjamkan umur, jaga dan perbetulkanlah akidah dan maruah diri sendiri dan anak bini dulu sebelum mahu menjaga maruah negara!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.