Sunday, August 11, 2019

Apakah MB Selangor Akan Tunduk Pada Allah Dan RasulNya Serta Sultan Selangor Atau Kepada DAP?


Laman blog nie ada siarkan tulisan mengenai tindakan Speaker DUN Selangor, Ng Sue Limm, yang menangguhkan persidangan DUN Selangor yang baru saja bersidang selama 2 hari tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah (BACA DI SINI)...

Sumber mengatakan, tindakan Speaker DUN Selangor menangguhkan persidangan DUN Selangor adalah sebagai usaha untuk menggagalkan usul meminda Undang-Undang Syariah Negeri Selangor...


Walau pun penyokong tegar Pakatan cuba menafikannya, namun tindakan 4 orang ADUN DAP bukan Islam dititahkan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan segala-galanya...


Bagi admin, titah DYMM Sultan Sharafuddin supaya 4 orang exco DAP bukan Islam, Datuk Teng Chang Kim (Bandar Baru Klang-DAP), Ng Sze Han (Kinrara-DAP), V Ganabatirau (Kota Kemuning-DAP) dan Hee Loy Sian (Kajang-PKR), mengadap baginda sudah jelas melambangkan kemurkaan baginda terhadap DAP yang jelas mahu mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Selangor...

Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan, bagi negeri-negeri persekutuan yang mempunyai raja, segala hal ehwal agama Islam dan adat istiadat bangsa Melayu adalah sepenuhnya di bawah kuasa mutlak raja bagi negeri tersebut...

Cadangan pindaan Undang-Undang Syariah negeri Selangor adalah sepenuhnya urusan masyarakat yang beragama Islam dan langsung tiada kaitan dengan yang bukan Islam...

Cadangan yang dimaksudkan hanyalah untuk memperkasa dan memartabatkan penguatkuasaan dan hukuman atas kesalahan yang dilakukan dibawah bidang kuasa Undang-Undang Islam sahaja dan sekiranya ia dilakukan oleh orang Islam sahaja...

Sebenarnya, tujuan DAP bersungguh-sungguh menghalang pindaan itu dilakukan adalah berkenaan enakmen negeri yang berkaitan pertukaran agama bagi kanak-kanak di bawah umur...


Seksyen 117 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003  mensyaratkan keizinan ibu dan bapa atau penjaga dalam pemelukan Islam kanak-kanak bawah 18 tahun...

Manakala bagi Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak tidak mensyaratkan persetujuan ibu dan bapa atau penjaga...

Cukup dengan persetujuan salah satu dari ibu  atau bapa atau penjaga dalam perkara ini...

Ini dapat dilihat dalam Seksyen 95 Akta  Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993, Seksyen  80  Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam  Kedah 2008 dan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004...

Pada masa ini, enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor itu berbunyi :

'Individu di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibu DAN bapa sebelum memeluk Islam"... 

Pindaan ini bertujuan untuk menukar perkataan tersebut kepada ibu ATAU bapa...

Rang undang-undang berkenaan dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...

Perlembagaan Persekutuan juga merujuk 'ibu atau bapa' berkenaan persetujuan untuk penukaran agama, tetapi mahkamah tertinggi tahun lepas membuat keputusan penting dalam kes M Indira Gandhi bahawa perlembagaan tidak boleh ditafsirkan secara literal dan kebenaran kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk penukaran agama di bawah umur.

Isu penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam diputuskan terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan (BACA DI SINI)...

Pindaan Undang-Undang Syariah Selangor Telah Mendapat Perkenan DYMM Sultan Selangor


Malaysiakini melaporkan, cadangan pindaan kepada Undang-Undang Syariah Selangor datangnya dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan telah pun mendapat perkenan dari DYMM Sultan Selangor...

Persoalannya sekarang, apakah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, akan taat kepada perintah Sultan Selangor serta menuruti kehendak MAIS atau ketaatan Amirudin kepada DAP melebihi ketaatan beliau pada Sultan Selangor dan kecintaan beliau terhadap ugama Allah SWT dan RasulNya...

Apakah Amirudin masih lagi beriman bahawa rezeki setiap makhluk berada di tangan Allah SWT dan bukan di tangan DAP!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.