Saturday, August 31, 2019

Suara Hati Rakyat Marhaen Kepada Tun Sempena Kemerdekaan


Betul lah Tun, kita sama-sama silap...

Rakyat pula tak tau manifesto PH dalam PRU14 dulu rupanya manifesto bersyarat...

Kami mati-mati ingatkan dalam 24 jam harga minyak turun...


Kami ingatkan dalam 100 hari tol hapus...

Harga barang murah...

Gaji naik...

Sebab tak der pun Tun bagi tau janji manifesto tu bersyarat, tertakluk kepada kedudukan kewangan negara...

Tak per lah Tun...

Kita sama-sama dah buat silap...

Kerajaan Tun pun bukan kerajaan yang baik sangat...

Menteri bodoh, tipu sijil, memburit dan merogol jer tau...


Memang benar kata Tun, "Merdeka Tahun Ini Tak Segembira Tahun Lalu"...


Kami tak mau dah Kerajaan Tun nie...

Bubar kan Parlimen segera yer Tun...

Bagi kami mandat pilih kerajaan baru...





Yang ikhlas...

Rakyat Marhaen Malaysia

Friday, August 30, 2019

Hantu Raya Dr. Mahathir Dah Mula Makan Tuan


Orang tua-tua dah pesan, jangan sekali-kali kita bela hantu raya...

Sebabnya, walau pun hantu raya tu boleh tolong kuta buat kerja tapi akhirnya hantu raya tu pasti akan makan tuan dia balik...

Mungkin Dr. Mahathir tak pernah dengar nasihat orang-orang tua tentang hantu raya, sebab tu sebelum PRU 14, Dr. Mahathir sanggup bela 'hantu raya betina' untuk tolong Dr. Mahathir dalam kempen 'Road To Putrajaya'...

Tapi 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir nie, diimpot dari obersee...

Memang sebelum PRU 14, 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir telah berkhidmat dengan cukup cemerlang, seantero dunia tahu tentang perkara tu, tapi tak tahu mana silapnya, 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir dah mula makan tuan, mungkin tak cukup makan kut...

Mukhriz Dapat 1,000 Ekar Tanah Balak Sarawak Pada Tahun 1994



Pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown tentang pembabitan Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan Menteri Besar Kedah dalam perolehan 1000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994 menerusi syarikatnya, Tanjung Tiara Sdn. Bhd betul-betul ibarat bom jangka untuk Dr. Mahathir dan anak kesayangannya Mukhriz aka Boboi....




Ketika menerima keistimewaan tersebut, Mukhriz hanya berusia 30 tahun tetapi bapanya adalah Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia...

Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu pula adalah Taib Mahmud...



Untuk rekod, projek Empangan Bakun yang dirancang pada tahun 1960-an, disemak semula pada September 1993 oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad dan pada 1 Januari 1994, projek berkenaan diserahkan kepada Ekran Berhad, yang dimiliki oleh Ting Pek King...

Pembinaan Empangan Bakun dimulakan oleh sebuah Bakun Hydroelectric Corporation yang mengandungi Ekran Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC)...

Projek di bawah Ekran itu akhirnya tersangkut pada tahun 1997 dan terpaksa bail-out...

Hanya pada pentadbiran Dato' Seri Najib Abdul Razak, Empangan Bakun berjaya disiapkan dan 100% kepentingannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 8 Mac 2017 berbanding matlamat asal, Empangan Bakun dimiliki syarikat kroni (BACA DI SINI)...


Apa Kaitan Bakun Dengan Projek Tanjung Tiara?


BALAK!!! 

Dan kalau dipanjangkan isu balak yang membabitkan Dr. Mahathir, akan panjanglah ceritanya...

Akan buruklah Dr. Mahathir dan pentadbirannya.

Dr. Mahathir amat sedar tentang kaitan tersebut yang boleh menyebabkan kerjaya politik anaknya, Mukhriz yang kini sedang bercuti bersama-sama keluarganya di Shanghai bakal terjejas dan reputasinya akan dipersoalkan...

Persoalannya sekarang, kenapakah baru sekarang Clare dedahkan perkara ini?


Adakah 'Clare si hantu raya betina' dah dapat tuan yang baru?

Siapa pula tuan 'Clare si hantu raya betina'?



Adakah DAP, supaya Dr. Mahathir terus tunduk dengan kehendak DAP, seperti membatalkan perlaksanaan memperkenalkan Tulisan Jawi, meluluskan dengan segera permohonan kewarganegaraan Malaysia terhadap 50,000 orang warganegara China atau mengusir segera Dr. Zakir Naik dari Malaysia...

DAP menerima tekanan yang hebat dari Dong Zong dan Sin Qiu mengenai isu-isu tersebut...



Atau mungkinkah Anwar Ibrahim dah jadi tuan baru pada 'Clare si hantu raya betina', tujuannya supaya memberi tekanan pada Dr. Mahathir agar menyegerakan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar...

Pada rakyat Malaysia yang masih setia dengan Pakatan Harapan, terutamanya Dr. Mahathir, fikir-fikirkanlah...

Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan menuduh Dato' Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional terdahulu sebagai perompak dan kerajaan kleptokrasi...

Apa yang didedahkan oleh 'Clare si hantu raya betina' hanya sebahagian kecil dari amalan rompakan harta negara untuk diagihkan kepada anak-anak dan kroni...

Yang mendedahkan isu ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka atau untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri...

Yang 'kena telanjang' pula, tak habis-habis dan tak kenyang-kenyang merompak hasil masygul negara...

Di manakah letaknya kepentingan rakyat pada mereka?

Fikir-fikirkanlah...





Kredit

Blogger The Flying Kick

Thursday, August 29, 2019

Bapa Nak Jaga Maruah Negara, Anak Nak Jaga Sister In Sesat, Akai Adakah!!!


Nak Jaga Maruah Negara Konon

Cakap tak serupa bikin, sembang bikin rakyat bimbang...

Dr. Mahathir dalam satu kenyataan mengatakan, selagi dia hidup, dia akan cuba jaga maruah negara (BACA DI SINI)...


Pilih menteri yang langsung tak ada kelayakan malah langsung tak ada kewibawaan...


Mempertahankan menteri yang satu dunia dah tahu amalkan hidup songsang aka Semburit...


Dalam setahun, mengemis 3 kali pada Jepun untuk dapatkan Bon Samurai (BACA DI SINI)...


Perkenalkan projek Kereta Terbang yang jadi bahan lawak dan sindiran dunia (BACA DI SINI)...

Itulah definasi menjaga maruah negara bagi manusia yang bernama Dr. Mahathir!!!

Jagalah Maruah Keluarga Sebelum Berangan Nak Jaga Maruah Negara


Anak cucu Dr. Mahathir sendiri sering menjadi kecaman pelbagai pihak...

Ada antara cucu Dr. Mahathir adalah penyokong kuat LGBT yang memperjuangkan amalan hidup manusia yang songsang...

Malah Marina Mahathir, anak perempuan sulong Dr. Mahathir adalah pejuang LGBT dan pendokong utama SIS (Baca sebagai Sister In SESAT)...


Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pertubuhan SIS (Sister In SESAT) untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas fatwa dikeluaran pihak berkuasa Islam Selangor...


Semasa menyampaikan keputusan berkenaan hakim Nordin Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Selangor mematuhi semua prosedur yang ditetapkan semasa mengeluarkan fatwa tersebut...

"Justeru permohonan semakan kehakiman ini ditolak dengan kos RM10,000" katanya...

Fatwa yang dipertikaikan SIS itu dikeluarkan pada awal 2014 (BACA DI SINI)...


Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan SIS sebagai SESAT berdasarkan pendirian pertubuhan berkenaan dalam beberapa isu...

Fatwa tersebut kemudian diwartakan oleh kerajaan negeri pada Julai tahun yang sama...

Ekoran itu SIS memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman atas fatwa tersebut pada kira-kira tiga bulan kemudian bagi mengisytiharkannya sebagai tidak terpakai ke atas sesebuah pertubuhan...

Menurut Nordin, beliau mendapati fatwa dikeluarkan terhadap SIS tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah dan ia dihadkan oleh perlembagaan...

"Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal ehwal berkaitan Undang Undang Syariah berada bawah undang-undang negeri" katanya...


Ditemui media selepas itu, peguam yang mewakili SIS (Sister In SESAT), A. Surendra, berkata ada lima atau enam isu dibangkitkan di depan hakim, termasuk sama ada mahkamah sivil berhak mengkaji semula sesebuah fatwa atau sebaliknya...


Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa, pula berkata pihaknya sangat kecewa dengan keputusan berkenaan namun ia tidak akan menjejaskan usaha yang mereka lakukan...

"Sudah tentu kami sangat kecewa dengan keputusan berkenaan, tetapi saya tak boleh kata saya terkejut" katanya...

Kesesatan SIS (Sister In Sesat)


Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism"


Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...

Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun (sejak 2005)...

Ia hanya diharamkan pada tahun 2008...

Menteri Dalam Negeri membayar kos kepada SIS (Sister In SESAT)... 

Pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan...

Koleksi esei itu telah disunting oleh Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia... 

Buku itu tentang undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah syariah...

Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam...

Isu Poligami



Pada 8 Januari 2002, SIS (Sister In SESAT) telah buat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami...

Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum Al Quran di wahyukan...

SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam...

Hukuman Rotan Kepada Pesalah Wanita 


Pada 17 Februari 2010, SIS telah mengeluarkan kenyataan mengecam pihak-pihak seperti MAIS kerana melakukan hukuman rotan ke atas 3 pesalah wanita...

Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah...

Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut...

SIS Mengkritik Polis Menghalang Seksualiti Merdeka


Pada 4 november 2011, SIS telah mengkritik polis yang telah menghalang seksualiti merdeka...

Mereka menyifatkan tindakan polis itu sebagai menapis dan menghalang kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia...

"Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan"... 

"Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival?" 

"Bagaimana pihak polis hendak kuatkuasakan pengharaman ini?" (satu keterangan mereka)...
Mereka menegaskan sebagai pertubuhan yang membela kaum wanita, idea untuk menolak kepelbagaian gender dan seksual adalah tidak boleh diterima"...

"Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa"...

Itu cuma sebahagian dari tindakan dan kenyataan SIS yang bertentangan dengan hukum hakam ugama Islam dan menjadi penyebab kenapa Majlis Agama Islam Selangor memfatwakan SIS sebagai sesat...


Atas nama hak asasi, mereka mencabol hukum hakam ugama Islam...

Atas nama hak sama rata, SIS (Sister In SESAT) memperlekehkan hudud Allah SWT...

Sedangkan golongan yang mempertahankan kesucian ugama Islam, mereka labelkan sebagai ekstremis atau pelampau ugama!!!

Dan siapakah selama ini yang berjuang bermati-matian mempertahankan SIS aka Sisters In SESAT...

Tidak lain dan tidak bukan Marina Mahathir...

Dan siapakah Marina Mahathir, sudah tentulah anak perempuan sulong Dr. Mahathir...

Kepada Dr. Mahathir, sementara Allah SWT meminjamkan umur, jaga dan perbetulkanlah akidah dan maruah diri sendiri dan anak bini dulu sebelum mahu menjaga maruah negara!!!

Wednesday, August 28, 2019

Mungkinkah DAP Akan Cuba Gagalkan PRU 15 Supaya Malaysia Menjadi Republik?


DAP takkan benarkan PRU 15 dijalankan kerana mereka sedar Kerajaan Malaysia sekarang sangat lemah dalam Urus Tadbir Negara...

Lebih menakutkan DAP adalah Penyatuan Ummah di antara PAS dan UMNO akan menyebabkan umat Islam khususnya bangsa Melayu bersatu kembali...

Jadi mereka akan cipta konspirasi untuk gagal kan PRU 15 dengan cara meRepublikkan Malaysia mengikut acuan mereka...


Game line mereka, selepas ini adalah untuk memastikan Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri...

Dr. Mahathir akan dipaksa mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri jika agenda Malaysian Malaysia mereka gagal disebabkan oleh puak-puak PPBM...

Dalam PPBM masih ada Ultra Malay, jadi Anwar Ibrahim mesti diangkat sebelum Dr. Mahathir membubarkan Parlimen Malaysia sebagai laluan ke PRU 15...

Apa yang pasti berlaku ialah, akan berlaku sekali lagi Konspirasi Ala 13 Mei dan Rusuhan di Kuil Hindu Mariamman, Seafield hanya untuk mencetuskan huru hara di Malaysia bagi mengheret Raja Raja Melayu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa...


Jika Raja Raja Melayu khususnya Duli Yang Maha Mulia Di Pertuan Agong disabitkan bersalah, maka Yang Di Pertuan Agong akan dikenakan tindakan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa...

Perkara ini akan menjadi realiti setelah Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke 8 dan DAP sebagai parti dominan dan telah mengangkat Anwar Ibrahim akan menggunakan kuasa dan pengaruh mereka bagi memastikan Malaysia supaya menandatangani Statut Rom...

Maka Malaysia akan bertukar status menjadi sebuah Negara Republik sama seperti Singapura dan Indonesia...

Kita bukan lagi tuan kepada Tanah Melayu ini...

Hak sama rata dan sama rasa akan diberikan kepada semua orang tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum...

LGBT juga akan diberikan Hak Kebebasan dan hak berhak bersuara...

Tidak mustahil sekiranya ada antara menteri kabinet yang mentadbir Malaysia akan terdiri dari penyokong dan pendokong kuat LGBT...

Apa sebabnya Malaysia yang aman damai dan harmoni ni boleh jadi huru hara?


Rupanya kita lupa belajar dari sejarah di mana negara kita pernah berhadapan dengan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969...

Kalau dulu hanya Cina cari pasal dgn Melayu, tapi kini semua agama dan etnik akan bergabung untuk hapuskan Melayu dan Islam...

Sebab itulah PAS yang memperjuangkan Islam kena bergabung dengan UMNO yang perjuangkan Melayu...

Sama-sama kena berdamai dan bersatu hati dalam menghadapi Huru Hara Akhir Zaman...

Bukan kita yang nak berperang tetapi mereka yang nak hapuskan cahaya Allah SWT dari bumi Nusantara ini dengan cara gabungkan semua agama selain Islam dan semua etnik selain Melayu yang pro Islam untuk mereka sama-sama berjuang menghapuskan Agama Allah SWT dari Persekutuan Tanah Melayu ini...

Apa Agenda Sebenar DAP Di Malaysia?


Kalau kita imbas kembali sejarah dan latar belakang pemimpin-pemimpin DAP, sebenarnya mereka ini bukanlah termasuk dalam golongan yang 'super genius' dalam mengatur strategi...

Cuba kita tenguk latar belakang Lim Kit Siang, beliau bukanlah seorang yang bijak...

Ijazah Perundangan beliau pun diragui ketulenannya, malah dakwaan palsu bahawa beliau memiliki ijazah perundangan pun telah terbongkar (BACA DI SINI)...

Menilai anak lelaki Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, yang menerajui parti DAP, ternyata beliau tidaklah sebijak yang kita sangkakan atau lebih teruk lagi, sebijak yang beliau sangkakan...

Kalau pun kedua beranak ini adalah pakar strategi, parti DAP bukanlah satu parti yang mempunyai dana yang cukup kukuh untuk merealisasikan satu misi yang besar...

Tapi seperti yang kita semua maklum, DAP hari ini mempunyai dana yang cukup kukuh, mempunyai strategi yang cukup halus dan licik...

Siapa di belakang mereka?


Segala-galanya terbongkar, bila bekas Pengarah Strategi DAP, Mohamed Razali Abd. Rahman, membuka rahsia, DAP sebenarnya ditunjangi oleh Israel dari sudut kewangan dan juga taktikal dalam politik...

Malah, kerana terlalu lama bersekutu dengan DAP dan disebabkan terlalu obses dengan cita-cita peribadi untuk menjadi Perdana Menteri, DAP telah berjaya 'meYahudikan' Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu terkenal dengan sikap nasionalis dan cintakan bangsa Melayu...

Maka terbentuklah Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin Melayu yang berwajahkan Melayu tetapi berhatikan Yahudi...

Apa yang kita risaukan sangat adalah :

》Kenapa Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Port Dickson?

Berdasarkan kepada maklumat Encik Razali yang pernah join DAP suatu ketika dahulu, DAP pernah menjanjikan kepada Israel jika DAP dan Pakatan mereka menang dalam PRU 13 tempoh hari, DAP akan serahkan Port Dickson kepada Israel sebagai Based Tentera Israel di Bumi Malaysia...

Apa maknanya ini?

Adakah Israel akan masuk ke dalam Malaysia?

Beraninya mereka...

Sebenarnya mereka tentera Israel tu penakut juga...

Tapi mereka berani sebab apa?

Ada lagi satu rahsia terbongkar, khabarnya dulu sebelum PRU Ke13, Anwar Ibrahim juga pernah menjanjikan Pulau Pinang akan diserahkan kepada Tentera Amerika Syarikat sebagai Pengkalan Tentera Amerika di Malaysia...

Apa bendanya ini?

Di utara ada Pangkalan Tentera Amerika dan di Port Dickson ada Pangkalan Tentera Israel...

Itu semua akan berlaku setelah Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Perdana Menteri Ke 8 nanti...

Nak tengok benda ni berlaku?

Tunggu Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri...

Masa tu Game Over ke atas umat Islam yang akan diperangi atas dan bawah oleh Bala Tentera Dajjal Laknatullah...

Sejarah Kehancuran Bangsa Melayu Di Indonesia Sedang Berlaku Di Malaysia


Kemenangan Jokowi dalam Pemilihan Presiden Indonesia dulu khabarnya disokong China...

Apa agenda mereka?

Jika benar kata-kata ulamak Indonesia itu, maka besar kemungkinan China akan tawan Indonesia dengan cara beli sebanyak mungkin tanah Indonesia dan diwujudkan projek mega yang hanya mampu tinggal disitu adalah kaum mereka yang kaya raya...

Sama seperti di Malaysia...

Berapa banyak rumah mahal dibina umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan...

Siapa yang tinggal disitu?

Depan rumah tu pula ada tempat sembahan mereka...

Kalau bukan Cina Malaysia yang beli, mungkin Cina Singapura atau Cina dari China yang beli...

Akhirnya apa jadi pada bangsa pribumi Melayu di Tanah Air?

Mereka tawan secara halus dan kita dihalau secara halus...

Selagi jawatan tertinggi bukan orang Cina yang pegang, kita mungkin berasa selamat lagi sedangkan dalam senyap mereka dah atur strategi nak halau kita, jika undang-undang mereka, kita tidak mahu ikuti...

Mahu tak mahu pasti satu per satu Hak Keistimewaan Melayu dan Bangsa Pribumi akan terhapus dan ini membuka ruang kepada mereka yang sedia mampu untuk miliki hak-hak kita...

Akhir kalam kita kena kembali BERJUANG DAN BERJIHAD SEPERTI SEBELUM MERDEKA DAHULU...

KALAU KITA TERUS LEKA DAN BERTELAGAH SESAMA SENDIRI, TIDAK MUSTAHIL KEHIDUPAN KITA SELEPAS INI SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DI BUMI SYAM IAITU PALESTIN DAN SYRIA...

Tuesday, August 27, 2019

Nak Satukan Ummah Tapi Dr. Mahathir Kowtim Dengan Kit Siang?


Pada 13 dan 14 September 2019, In Sya Allah akan tercatat sejarah politik masyarakat Melayu Islam di Malaysia dengan termeterainya perjanjian kerjasama dan persefahaman antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam, UMNO dan PAS dalam Himpunan Penyatuan Ummah...

Desas desus Hamzah Zainuddin dan Flamimgo pun nak adakan majlis perpaduan ummah, pada hari yang sama Dr. Mahathir akan umumkan kabinet baru...

Boleh ker dalam masa yang pendik?

Dr. Mahathir kononnya nak ummah bersatu tapi di bawah parti Bersatu...

Tapi, dalam dok suruh ummah bersatu, rrrupa2nya, Dr. Mahathir dah kowtim dengan Kit Siang untuk Guan Eng kekal MOF...


Nampaknya, Anwar dikencing tua2 dua orang (BACA DI SINI)...

UMNO yang haus H20 dan mahu selamatkan Dr. Mahathir dari DAP dikencing sekali...

Hakikatnya, masyarakat Melayu Islam akan terus dibiar sengsara oleh Dr. Mahathir dan akhirnya seluruh ummah akan ditundukkan pada DAP...

Kita nak kembalikan Malaysia balik kepada majoriti, bukan majoriti dipecahkan untuk minoriti memerintah!!!


Cuba fikir, lojikkah Dr. Mahathir nak satukan ummah jika seumur hidup membenci PAS melampau sangat?

Ada personaliti korporat kata Dr. Mahathir nak betulkan balik hala tuju agenda untuk majukan orang Melayu...

Dah kaya tak nampak kesusahan dan masaalah rakyat...


Tun Razak buat dah elok-elok...

Semua dia hentikan program dan usaha orang yang bawa dia balik ke dalam UMNO...

Anak Tun Razak nak utamakan rakyat tapi dia jatuhkan dan mahu sumbat ke penjara...

Tak ker celaka orang tua nie...


Ikutkan hati Tun Dr. Ismail, dah lama dia sumbat troublemaker ini ke penjara...

Sampai sekarang Tawfiq Ismail tak percaya pada Dr. Mahathir...

Masyarakat Melayu Islam, janganlah sampai kena tipu lagi dengan Dr. Mahathir...

Anda fikir Dr. Mahathir ada masa untuk fikirkan tentang masyarakat Melayu Islam?

Tak pernah ada dalam agenda Dr. Mahathir untuk bangunkan masyarakat Melayu Islam...

Yang ada cuma kuasa, kuasa dan kuasa...

Macam tu lah keadaan bila manusia hidup bertuhankan nafsu, terus hanyut dibuai nafsu yang tak pernah lesu...

Biarlah Dr. Mahathir hanyut dengan nafsu dia sendiri, jangan kita hanyut sama!!!

Monday, August 26, 2019

Jangan Tertipu Dengan Nga Kor Meng, Kiyai Salleh Adalah Antara Pejuang Sebenar


Sebelum ini, laman blog ini ada mengeluarkan tulisan bertajuk Menyangkal Dakwaan Nga Kor Meng Bahawa Datuk Beliau Dan Hannah Yeoh Adalah Pejuang (BACA DI SINI)...

Kali ini admin akan terbitkan pula kisah perjuangan sebenar pejuang-pejuang Melayu yang benar-benar layak dipanggil pejuang malah mendapat pengiktirafan dari istana...

Kalau pembaca yang sama generasi dengan admin, rasanya rata-rata pernah dan tahu mengenai seorang aulia' yang digelar Kiyai Salleh...

Cuma yang admin bimbang, generasi muda hari ini, agak kurang pengetahuan mengenai sejarah perjuangan bangsa Melayu yang telah berkorban darah dan airmata dalam mempertahankan maruah ugama dan bangsa...

Apabila generasi muda kurang mengetahui tentang sejarah perjuangan mempertahankan ugama dan bangsa, admin bimbang, semangat cintakan ugama, tanahair dan bangsa semakin menipis dan terhakis di kalangan generasi muda...

Bila ini berlaku, maka akan hilanglah jati diri bangsa Melayu...

Akan mudahlah bangsa Melayu ditipu dengan berbagai-bagai penipuan yang dilakukan oleh pengkhianat ugama, tanah air dan bangsa...

Ini adalah sejarah perjuangan datuk nenek kita dalam mempertahankan ugama, tanah air dan bangsa di bumi Malaysia...

Kepada anak muda, kenalilah pejuang-pejuang bangsa kita...

Keamanan, kesenangan, kedaulatan ugama Islam dan ketuanan bangsa Melayu yang masih tersisa yang kita nikmati hari ini, adalah hasil perjuangan dan pengorbanan mereka semua...

Al Allamah Kiyai Salleh Selempang Merah (1916-1959)


Pendekar sufi yang mahsyur di Johor ini lahir di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor...


Nama penuhnya ialah Kiyai Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim...

Kiyai Salleh mendirikan rumahtangga dengan suri pilihannya Esah binti Abdul Rashid...


Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru...

Di antaranya ialah :

》Tuan Guru Haji Hussein - Belajar agama dan Al Quran

》Tuan Guru Haji Alias

》Tuan Guru Haji Adam

》Tuan Guru Haji Ahmad

》Tuan Guru Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Benten - Wirid Khaujakan

Beliau merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II...


Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Kiyai Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga...

Pernah diriwayatkan beberapa kisah karomah Kiyai Salleh...


Di antara yang mahsyur ialah pada suatu hari, pihak Komunis Bintang Tiga pernah melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menghala menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukannya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja...


Kegagahan dan keberanian, Kiyai Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu...

Sejak itu Kiyai Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima...

Beliau meninggal dunia ketika berusia 43 tahun di Hospital Johor Bahru...

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya...


Bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat dikenali dengan budi pekerti yang tinggi dan toleransi...

Namun bangsa Melayu boleh berubah wajah menjadi bangsa yang digeruni bila maruah ugama, tanah air dan bangsanya dicaci...

Namun, tidak kita nafikan, ada juga antara kalangan bangsa Melayu yang sudah hilang jatidiri...

Di zaman penjajahan, ada segelintir Melayu yang kerana berkepentingan peribadi telah menjadi Melayu yang berwajah Melayu tetapi berhati penjajah...

Dan mutakhir ini, sifat pengkhianatan itu meresap kembali ke jiwa anak bangsa bila rela menjadi Melayu yang berwajah Melayu tetapi berhati hamba abdi kepada DAP...


Mereka inilah pengkhianat ugama, tanah air dan bangsa...

Mereka inilah yang sering mereka-reka cerita, memutar belitkan fakta, menabur fitnah untuk meracuni fikiran anak muda bangsa Melayu supaya merasa jijik dengan bangsa sendiri...

Kepada anak muda Melayu, selamilah sejarah bangsa, hayatilah perjuangan pejuang-pejuang bangsa, amalkanlah budaya bangsa...

Rosak pokok kerana akarnya, musnah bangsa kerana anak muda yang diracuni pemikirannya...

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang yang telah mempertahankan ugama Islam, tanah air dan bangsa tercinta...

Sunday, August 25, 2019

Mahathir Buat Deal Dengan Kit Siang, Anwar Kena Kencing

Updated : 8.37 pm


1. Pada 30 Ogos akan ada mesyuarat PH...

3hb September akan diumumkan kabinet baru...

Dr. Mahathir kata tak ada reshuffle tapi tukar potfolio jer...



Namun macam-macam cerita tersebar, Tok Pa dikatakan akan kembali ke kabinet dan mereka seperti Rina Range Rover akan kena drop...


Lim Guan Eng pula kata, tak ada reshuffle kabinet dan tiada yang akan digugurkan seolah-olah dialah Perdana Menteri...

Ini hanya menguatkan desas desus bahawa Dr. Mahathir sedang bergaduh dengan DAP!!!

Malah kononnya, Dr. Mahathir pun dilihat ditekan dengan Anwar Ibrahim yang boikot mesyuarat PH minggu lepas untuk bincangkan rombakan kabinet...

2. Sementara itu, Dinasti Lim dan kroni dalam DAP pun turut tertekan hingga Lim Kit Siang, Tony Pus di boo ketika majlis Hungry Ghost...

Sementara Lim Guan Eng, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeoh Bee Yin dan lain-lain berhadapan kritikan bertubi-tubi dari dalam dan luar DAP...

Dinasti Lim berhadapan prospek diserang pelapis dan pemimpin-pemimpin yang lebih berpotensi dalam DAP...

3. Mahathir diketahui terdesak dengan nombor tidak memihak kepadanya dengan Warisan dan puak tertentu dalam PPBM pun sedia berhijrah ke Anwar...

Permainan psikologi Anwar kelihatan seolah dia lebih berpengaruh untuk hentikan demonstrasi kaum India di Brickfields...

Ketika ini, Mahathir berharap untuk hijack Perpaduan Ummah untuk selamatkan dirinya dan digambarkan dirinya terdesak oleh DAP...

Ada pihak dalam UMNO sedia menyokong Dr. Mahathir kononnya demi tidak membiarkan DAP bermaharajalela...

Nampaknya semua pihak telah ditipu hidup-hidup oleh Dr. Mahathir kerana Dr. Mahathir dan Kit Siang telah bersekongkol untuk selamatkan kepentingan masing-masing...

4. Dr. Mahathir bersetuju untuk Lim Guan Eng kekal sebagai Menteri Kewangan...

Sekali lagi, Dr. Mahathir tidak mempedulikan serta mengecewakan penyokong dan mereka yang memberi harapan kepadanya untuk selamatkan orang Melayu...

Dengan persekongkolan Dr. Mahathir-Kit Siang ini, ia memberi signal faction Kit Siang telah membakulsampahkan Anwar Ibrahim untuk menyokong Mahathir...

Turut sama, Kit Siang sedia membakul sampahkan faction penentangnya yang menyokong Anwar...

Mereka seperti Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng dan lain-lain yang dipercayai telah bertemu Dr. Mahathir untuk menyokongnya pun tertipu dengan memberi kepercayaan kepadanya...


Psywar anwar tak menjadi...

Mahathir sedia lakukan apa saja untuk kekal...

5. Ini hanya membuktikan Dr. Mahathir tidak peduli dengan orang Melayu dan hanya perguna dan mempermainkan sentimen, harapan dan kesusahan orang Melayu...

6. Namun begitu, Dr. Mahathir tidak cukup nombor kerana kerusi DAP pun dah pecah...

Anwar pun tidak cukup juga kerana faction Lim Kit Siang telah memberi pertambahan sokongan kepadanya...

7. Keadaan masih tidak stabil...

Opsyen terbaik adalah Perpaduan Ummah UMNO dan PAS...

8. Sementara itu, pelbagai pemimpin dalam PAN satu demi satu tumbang di Bahagian kepada wave yang dibawa NGO Ikram...


9. Gerakan ini diketuai Khalid Samad dan bertujuan untuk tumbangkan Mat Sabu...

Ketua Pemuda AMANAH, Timbalan Menteri dan terbaru bekas MB Perak pun turut tumbang...

Keadaan ini menimbulkan persoalan ke mana kumpulan baru ini akan sokong...


Mahathir atau Anwar?