Sayang sungguh Dr. Mahathir pada Lim Kit Siang...
Dr. Mahathir nafikan Lim Kit Siang yang mencadangkan penubuhan BERSATU untuk mencuri sepuluh peratus undi orang UMNO...
Orang yang buat tuduhan itu boleh pergi ke Tanjung Rambutan kata Dr. Mahathir (BACA DI SINI)...
Lim Kit Siang pula nafikan dia pernah tuduh Dr. Mahathir sebagai bapa rasuah (BACA DI SINI)...
Hebat setiakawan antara Dr. Mahathir dengan Lim Kit Siang, dah melebihi tahap cium molot dah nie...
Tapi hubungan Dr. Mahathir dengan Lim Kit Siang nie, 'suci' tau...
Tak ada aksi atau babak 18SX macam telenovela Semburit tu...
Jadi jangan fikir yang bukan-bukan...😉😉😉
Kenyataan Akhbar Dato' Hamidah Osman
Begitu pantas Dr. Mahathir membalas kenyataan dan pengakuan saya berkenaan penubuhan PPBM adalah berasal dari cadangan Lim Kit Siang...
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10% undi UMNO...
Nampak nya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Lim Kit siang yang sudah lupa...
Walaubagaimana pun, saya agak heran kenapa setelah mengakui, Dr. Mahathir mencadangkan supaya saya dan Dato Seri Najib masuk ke Tanjung Rambutan...
Namun saya berpendapat biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara...
Saya tak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa saya untuk kepentingan sendiri...
Di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain...
Ini semua kita terpaksa jawab di akhirat nanti...
Dr. Mahathir Berdepan Jalan Mati
Apa yang diluahkan Dr. Mahathir sebenarnya adalah ekspresi perasaan marah yang meluap-luap dengan pelbagai tekanan yang datang dari segenap sudut...
Kredibiliti orang harapan Dr. Mahathir, Azmin Ali, tercalar teruk kredibilitinya bila polis mengesahkan video telenovela Semburit adalah tulen (BACA DI SINI)...
Rancangan Dr. Mahathir untuk menarik seberapa ramai MP UMNO ke PPBM untuk mengelakkan usaha kerjasama UMNO dengan PAS menemui jalan buntu bila Tok Mat Hassan berjaya menyekat penghijrahan MP UMNO dan keadaan bertambah runcing bagi Dr. Mahathir bila DS Zahid umumkan kembali aktif...
Rancangan untuk memujuk MP PAS ke dalam PPBM juga gagal bila Presiden PAS, TG Hj. Hadi secara terang-terang memberikan respon dingin...
Di tambah dengan pendedahan Hamidah, pastinya sokongan orang Melayu pada Dr. Mahathir dan pada PPBM akan jatuh merudum dengan teruk sekali...
Sedangkan sokongan orang Melayu adalah insuran pada jawatan Perdana Menteri dan keberadaan PPBM dalam Pakatan Harapan...
Seandainya berlaku perpecahan dalam PKR akibat dari video telenovela Semburit dan Anwar berjaya mengekalkan sekurang-kurangnya 80% MP PKR Melayu, Anwar akan kelihatan lebih meyakinkan DAP dalam meraih sokongan orang Melayu...
Kalau ini berlaku, Dr. Mahathir dan PPBM akan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan tiada lagi alasan untuk Dr. Mahathir mengekalkan jawatan Perdana Menteri dan sudah pasti PPBM akan dilihat sebagai melukut di tepi gantang dalam Pakatan Harapan...
Kerana itu, Dr. Mahathir 'WAJIB' menafikan kewujudan PPBM adalah atas kehendak Lim Kit Siang, bukan kerana mahu pertahankan Lim Kit Siang, tapi kerana mahu pertahankan jawatan Perdana Menteri dan kewujudan PPBM dalam Pakatan Harapan...
Tak hairan kalau Dr. Mahathir akan melkukan apa saja dalam keadaan yang sangat-sangat genting begini, walau pun ianya akan membuka jalan ke neraka buat dirinya...
Satu pantun kanak-kanak sebagai nasihat pada Dr. Mahathir :
Tipu Berdosa...
Mati Sengsara...
Dalam Kubur Kena Siksa...
Mati Nanti, Masuk Neraka...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.