Jawapan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa dia tak tahu mengenai dana yang kononnya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang di salurkan ke akaun UMNO Kedah masa menjadi Pengerusi Badan Perhubungan parti itu adalah perkara biasa apabila ia berlaku di luar pengetahuan individu terbabit...
Tapi menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli, Dr. Mahathir pernah menolak, bila bekas Perdana Menteri, DS Najib buat kenyataan tak tahu mengenai dana yang di dakwa masuk ke akaunnya dalam isu SRC International Sdn. Bhd...
Persoalannya sekarang, adakah kali ini dalam isu yang sama, Mahathir boleh terima jawapan Mukhriz tuu???
"Sama seperti kes SRC, Mukhriz juga masih perlu tandatangan untuk menggunakan wang itu (dana didakwa dari 1MDB) sebagai pengerusi ketika itu"...
"Jika kenyataan Mukhriz boleh di terima (oleh Dr. Mahathir) maka kenyataan DS Najib juga sepatutnya di terima jika menggunakan logik yang sama," kata Fadzil...
Semalam Mukhriz yang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum ini, mengakui tidak tahu mengenai dana 1MDB yang di salurkan ke akaun UMNO Kedah (BACA DI SINI)...
Kata Mukhriz, segala urusan berkaitan dana ketika itu di serahkan sepenuhnya kepada Bendahari UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim...
Sebelum itu, Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengumumkan agensi itu telah memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1MDB...
Pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi reponden kepada permohonan tersebut...
Menerusi tuntutan tersebut agensi itu mahu menuntut semula wang sebanyak RM270 juta yang di katakan telah di berikan kepada pelbagai pihak termasuk Badan Perhubungan UMNO Kedah...
Untuk rekod, Mukhriz pernah di lantik sebagai Menteri Besar pada tahun 2013 dan turut memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri selepas Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)...
Bagaimanapun beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada Februari 2016 setelah majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu memutuskan hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya sekali gus melepaskan jawatan sebagai Pengerusi UMNO Kedah...
Apakah kali ini Dr. Mahathir akan terjerat dengan kata-kata beliau sendiri atau Dr. Mahathir akan menggunakan helah demi untuk menyelamatkan anak bongsu kesayangan beliau, Mukhriz aka Boboi...
Selain dari pendakwaan terpilih SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mahathir), bawah pimpinan Latheefa Koya (senarai nama asal di khabarkan mencecah angka 100 tapi telah di senarai pendekkan oleh pihak tertentu), tindakan SPRM juga di lihat mendahului mahkamah (BACA DI SINI)...
Ini adalah kerana proses perbicaraan kes 1MDB BELUM lagi berjalan di mahkamah tapi pihak SPRM telah menetapkan adanya salah laku dalam tadbir urus dana 1MDB!!!
Apakah motif sebenar tindakan SPRM?
Apakah SPRM telah di jadikan alat tunggangan pihak tertentu untuk menyerang dan menjatuhkan musuh politik mereka?
Di manakah integriti dan maruah SPRM bila hanya mampu tunduk dan patuh, walau pun menyedari telah di perlakukan ibarat kerbau yang di cucuk hidung?
Nilai dana yang di tuduh di selewengkan dalam 1MDB cuma bernilai RM200 juta lebih tetapi nilai rasuah yang melibatkan salah laku dan rasuah Lim Guan Eng dalam isu banglo dan terowong mencecah puluhan bilion ringgit...
Mengapakah kes-kes yang berprofil tinggi seperti itu tidak di buka semula sedangkan pengguguran kes itu sewaktu sedang di bicarakan di mahkamah bukan saja mendapat kecaman dari dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa...
Rakyat Malaysia hanya mampu menelan aib di tertawakan dunia bila kerajaan yang di pilih oleh rakyat Malaysia sendiri melaungkan kedaulatan Rule Of The Law tetapi sebenarnya berpaksi dan berkiblatkan Rule of The Jungle!!!
🎶🎶🎶 In the darkness of the jungle 🎶🎶🎶
🎶🎶🎶 In the merian jungle people 🎶🎶🎶
🎶🎶🎶 Oh jungle people 🎶🎶🎶
🎶🎶🎶 We are happy people 🎶🎶🎶
Sumber :
Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.