Lim Kit Siang bukanlah orang baru dalam kancah politik tanahair...
Beliau telah berkecimpung dalam dunia ini sejak lebih 50 tahun dahulu, menjadi ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP sejak 1969, menjadikan beliau pada usia 78 tahun kini sebagai pemimpin tokoh kanan DAP yang paling tua...
Mewarisi perjuangan PAP yang diasasakan mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew, DAP memperjuangkan idealisma politik yang sama, mewujudkan sebuah negara demokratik yang sekular berteraskan gagasan 'Malaysian Malaysia'...
Kit Siang telah melalui jatuh bangun dalam politik, keluar masuk penjara sehingga terlalu mahir dengan sepak terajang politik Malaysia...
Kit Siang bijak mengeksploitasi kedudukan kaum-kaum dalam negara untuk meletakkan DAP dipuncak kuasa setelah berkali-kali mencuba dengan syarat punya kuda-kuda tunggangan yang sedia untuk ditunggangi...
Jika puluhan tahun dahulu Kit Siang terpaksa berpuas hati sebagai tokoh pembangkang, tapi selepas memenangi Pulau Pinang sejak 2008, dan sejak setahun lepas beliau sudah menjadi orang penting dalam kerajaan hasil perancangan dan kolabrasi politiknya dengan pihak ketiga...
Kini Kit Siang bukan lagi 'Mr Opposition' tetapi beliau mengetuai parti yang memiliki satu pertiga suara dalam kerajaan Pakatan Harapan yang kini memerintah di Putrajaya...
Tidak cukup dengan itu, parti beliau juga selain menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang dengan 51% suara perwakilan, DAP juga dominan di Perak (60%), Negeri Sembilan (55%) dan Melaka (53%). Ini bermakna DAP punya suara majoriti dalam kerajaan negeri-negeri berkenaan (BACA DI SINI)...
Memecahkan parti-parti Melayu yang tidak sealiran dengannya khasnya PAS dan Umno selain mencaturkan PKR, PAN dan Bersatu di bawah Dr. Mahathir untuk ikut telunjuknya dan menceduk saki-baki undi dan sokongan Melayu, akhirnya dalam PRU ke 14 lalu, DAP di bawah Kit Siang berjaya mencipta 'upset'...
Apabila dengan sokongan padu lebih 90% pengundi bukan Melayu dan sekitar 25% undi Melayu kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri berjaya diruntuhkan...
Selain kelicikkan Kit Siang, runtuhan berkenaan turut berjaya apabila PH juga dengan sumbangan beliau mengemukan janji-janji pilihanraya 'bulan dan bintang' yang sangat diyakini oleh rakyat kebanyakkan yang ketika itu sungguh tertekan dan terdesak...
Dengan sumbangan besar DAP pada kemenangan kerajaan PH Putrajaya selain kerajaaan negeri-negeri yang PH menangi, bermakna DAP begitu berkuasa dan dominan dalam kerajaan PH...
Melalui kekuatan suara inilah DAP layak untuk melonjakkan dasar dan perjuangannya menjadi sebahagian dari dasar dan polisi kerajaan...
Dengan pengalaman luas, dan penat jerih yang ditempuhinya untuk naik ke mercu kuasa, Kit Siang perlu sentiasa bersikap licik dan penuh muslihat...
Walaupun umum mengetahui bahawa beliau dan DAP lah hari ini merupakan tulang belakang kerajaan PH, namun Kit Siang lebih rela merendah diri dan menafikannya...
Dalam temuramah eksklusif di akhbar The New Sunday Times 14 Julai lalu, Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya bahawa orang-orang Melayu dan agama Islam terancam di bawah kerajaan PH kerana kononnya kehadiran besar DAP dalam kerajaan...
Beliau menyalahkan Umno dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat dengan tuduhan yang didakwanya tidak berasas...
Sebenarnya bukan UMNO dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat, tetapi sikap DAP yang anti-Islam sangat-sangat membimbangkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia...
Sewaktu DAP berada di kerusi pembangkang lagi, DAP telah melakukan apa saja untuk memastikan Islam tidak didaulatkan di Malaysia walau pun mereka sedar termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah ugama rasmi Malaysia...
Sebelum pembentangan pindaan RUU 355 di dalam Dewan Rakyat, DAP mengenakan tekanan kepada PAS yang membawa usul agar pindaan RUU 355 dilakukan, walau pun pada ketika itu PAS dan DAP sama-sama berada dalam Pakatan Rakyat di blok pembangkang...
Ketika usul hendak dibentangkan, DAP sekali lagi bertindak menghalang agar usul pindaan RUU 355 dibentangkan...
Walau pun pada hakikatnya, penganut ugama lain TIDAK TERLIBAT dan TIDAK AKAN TERJEJAS dengan pindaan yang dicadangkan...
Tapi bagi DAP, sebutlah apa saja penambahbaikan undang-undang atau kedaulatan Islam di Malaysia, DAP dengan pantas akan menjadi batu penghalang...
Kalau diblok pembangkang lagi DAP sudah berani menghalang kedaulatan Islam di Malaysia, apatah lagi kini DAP sudah menjadi kerajaan!!!
Dengan kuasa dan pengaruh DAP yang dominan dan berkuasa dalam kerajaan Pakatan, apakah ianya bukan satu ancaman buat nasib dan masa depan orang-orang Melayu serta agama Islam dalam negara?
Sebagaimana dijelaskan di atas melalui kemenangan dan penguasaan besar mereka dalam kerajaan, sudah pasti DAP mahu menyuntik masuk fahaman dan idelogi mereka dalam kerajaan...
2 perkara besar yang menjadi asas perjuangan DAP adalah mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara sekular selain memastikan negara ini mengamalkan gagasan Malaysian Malaysia, sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew di Republik berkenaan...
DAP bertekad mahu memastikan Malaysia tidak menjadi 'Negara Islam'...
Sekularisma bermakna mendakap fahaman liberal dimana agama bukan penentu dasar dan keputusan tetapi sekadar 'ritual' atau amalan persendirian yang tiada kaitan dengan kerajaan dan pemerintah...
Tidakkah ini satu ancaman terhadap amalan dan 'status quo' yang ada?
Jika Malaysia benar-benar dijadikan sebuah negara sekular, maka janganlah bercita-cita atau mengimpikan melihat sebarang usaha untuk memperkasakan pentadbiran mahkamah Syariah...
Malah kewujudan sistem keadilan Islam itu sendiri pasti akan dipertikaikan...
Keduanya adalah perlaksanaan gagasan 'Malaysian Malaysia'...
Gagasan ini menidakkan sejarah dan kontrak sosial yang diusahakan oleh para pejuang kemerdekaan kita...
Pada gagasan ini, rakyat Malaysia semuanya setaraf dan sama haknya...
Mempertahan atau mewujudkan sebarang keistimewaan untuk satu-satu kaum contohnya Melayu dan Bumiputera dianggap sebagai satu diskriminasi dan mengancam kedudukan kaum-kaum lain...
Segala hak dan kesitimewaan tiada tempat dalam Malaysian Malaysia...
Inya akan digantikan dengan amalan atau dasar meritokrasi sebagaimana di Singapura...
Jika pencapaian akademik anak bukan Melayu yang paling cemerlang contohnya, maka beliaulah yang layak untuk biasiswa atau pinjamanan kerajaan bukannya anak Melayu...
Begitu juga sistem kuota untuk penempatan di pusat-pusat pendidikan, tidak kiralah menengah atau IPT akan dihapuskan kerana ia menyekat peluang semua kaum...
Maka masing-masing perlu bersaing secara adil, siapa yang tangkas dan pintar maka dialah yang betuah dan berjaya...
Tidakkah ini juga nanti satu ancaman?
Dalam tempuh satu tahun sahaja kehadiran DAP dalam kerajaan kita telah lihat betapa nekad mereka memperjuangkan kepercayaan mereka...
Tidak menjadi rahsia lagi bahawa tuntutan ICERD dan Statut Rom yang ditolak sebelumnya didokong kuat oleh mereka, begitu juga usaha mengiktiraf sijil UEC...
Mereka berusaha memperkenalkan tanda-tanda jalan dalam Bahasa Cina di kawasan-kawasan PBT yang mereka berpengaruh, walaupun ditentang beberapa pihak termasuk istana...
Mereka sudah berani masuk ke masjid dan surau untuk mengagihkan bantuan zakat, sesuatu yang MCA dan MIC pun tidak berani sentuh semasa pemerintahan BN dahulu...
Mereka juga berjuang untuk amalan budaya dan seks songsang LGBT selain mempertahankan hak orang Melayu untuk murtad tanpa dihukum...
Pada waktu ini di Putrajaya, mereka menduduki portfolio dan jawatan kritikal dan penting dalam kerajaan termasuk Menteri dan Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan, Pertahanan, Komunikasi selain Perdagangan Antarabangsa...
Hampir semua portfolio EXCO PBT dikuasai oleh wakil-wakil DAP di negeri-negeri yang dikuasi PH...
Demikianlah kedudukannya dan tindak-tanduk Kit Siang, tidak menampakkan yang DAP akan menjadi pemain yang pasif dalam kerajaan, sebaliknya sedang dan akan memainkan peranan aktif mencorakkan dasar dan masa depan negara, semuanya nanti dengan menjuarai ideologi dan fahaman mereka yang asing itu...
Kerana itu orang-orang Melayu tidak bersalah untuk merasakan diri mereka terancam...
Tada cara lain buat mereka selain mengalih sokongan dan bersungguh mendukung usaha memartabatkan muafakat dan penyatuan ummah yang dipelopori PAS dan Umno...
Biar kuat dan bertenaga kembali kuasa politik Melayu dalam negara yang majoriti Melayu Islam ini...
Tiada pilihan lain selain bersatu bawah panji-panji penyatuan ummah, bersama PAS dan Umno untuk menamatkan dominasi dan penguasaan DAP dan PH...
Kembalikan maruah agama, bangsa dan negara pada tempatnya...
Jangan ulangi kesilapan kita yang lampau...
Kredit :
Roslan SMS
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.