Sunday, July 7, 2019

Dah Naik Licin Harta Melayu Kena Tarah, Atok Ajak Melayu Masuk Bersatu Pulak!!!


Angin tak ada, ribut tak ada, tetiba kecoh tentera bawang bincang pasal Atok ajak Melayu masuk Bersatu...


Admin termenung jugak memikirkan, apa muslihat Atok kali nie...

Kita semua faham dan teramat faham, sasaran Atok ialah UMNO...

Kalau tak UMNO, parti mana lagi yang Atok nak harapkan?

PAN?


Mat Sabu and the gang dah terlalu mesra DAP, admin tenguk, macam kerbau kena cucuk hidung pun ada...

PKR?


Team Bang Non, mati hidup balik pun tak nak join Bersatu, titik...


Team Azmin, mungkin dulu minat jugak, tapi lepas kes Semburit, tapi bila Atok keluarkan statement, Azmin berkebolehan tapi tak ada dalam senarai, faham-faham jer lah apa pendirian dia orang...

PAS?


PAS keluar UMNO dulu pun sebab adanya pemimpin macam Atok, PAS berpatah arang dan berkerat rotan dengan UMNO pun zaman Atok dan PAS dengan UMNO setuju buat kerjasama adalah sebab Atok dah tak ada dalam UMNO...

Jadi, satu-satunya yang Atok harapkan ialah UMNO dan semuga PAS juga sudi kerjasama dengan Atok, bila UMNO sudi!!!

Admin tak nak bincangkan apa muslihat sebenar Atok tapi pada masyarakat Melayu Islam, sama ada peringkat akar umbi atau pemimpin tertinggi, biar admin dedahkan apa yang Atok dah buat pada masyarakat Melayu Islam di Malaysia!!!

Penghapusan Aset Bumiputera Secara Terancang


Amanah Saham Bumiputera


Aset terbesar Melayu dalam proses untuk DI JUAL secara terancang!!!

IHH


(Asset Penting Khazanah) dah telongkop haop, TELAH DI JUAL...

Petronas


Dalam proses untuk di tender kepada syarikat asing...

SIME DARBY, FELDA dan FELCRA


Sedang di jatuhkan saham ke paras terendah untuk di jual pada kroni-kroni dan syarikat asing...


Siapa Tony Pua pegawai khas yang di lantik dalam Kementerian Kewangan?

Beliau adalah Intelligent/ Masterplanner MALAYSIAN MALAYSIA yang di rekrut khas oleh PAP Singapore...

Dalam MOF beliau ada KUASA KHAS dapat mengumumkan perkara-perkara yang besar!!!

Kerana jawatannya dalam DAP lagi besar...

Dan tugas DAP adalah melemah dan melenyapkan KUASA dan EKONOMI orang-orang Melayu...


Cuba kita fikirkan dan renungkan dengan mata hati kita, dalam banyak-banyak aset strategik untuk di jual, kenapa aset yang di miliki orang Melayu/Bumiputera yang kerajaan (DAP) pilih untuk di jual?

Kenapa Lim Guan Eng pernah mengumumkan beri mereka hanya TEMPOH 3 TAHUN pertama sahaja untuk perbaiki EKONOMI NEGARA?

PNB adalah badan yang menguruskan ASB dan pelbagai Saham Amanah lain...

Spin Isu NEGARA BERHUTANG melebihi 1 trilion adalah PLATFORM YANG DI CIPTAKAN khusus untuk menghalalkan agenda tersebut kononnya DEMI MEMBAYAR HUTANG NEGARA...

Wujudkan Tabung Harapan untuk tunjukkan kononnya kerajaan tersangat-sangat serius untuk selesaikan hutang negara ciptaan mereka!!!

Berapa juta duit dari kutipan Tabung Harapan negara yang dah di gunakan untuk bayar hutang negara?

Jawabnya, tak ada, sebabnya, angka hutang RM1 trilion hanya rekaan DAP!!!

Bayar hutang cuma wayang...

Sebab hutang negara bukan turun tapi bertambah!!!

Ke manakah atau pada siapakah duit hasil penjualan aset masyarakat Melayu Islam sekarang nie?

Jelas, matlamatnya adalah untuk membunuh ekonomi masyarakat Melayu Islam!!!

Tahun 2009, aset Khazanah ada RM279B, dalam tempoh 10 bulan MALAYSIA BARU ambil alih pemerintahan, aset Khazanah susut meruncing sehingga  RM115.7 bilion!!!

Aset PNB semasa PM ke 6 adalah RM279.2 bilion, sampai ke tangan PM ke 7, aset PNB menyusut pada RM120 bilion!!!


Jadi apakah selepas licin harta masyarakat Melayu Islam kena tarah, masih layak lagi manusia macam Atok bercakap tentang perpaduan masyarakat Melayu Islam?

Hinanya besi kerana karat dan akan terhina sesuatu bangsa kerana hilangnya kuasa politik dan harta...

Kita telah hampir kehilangan kedua-duanya...

Muslihat dan angkara siapa?

Masih terpesona lagikah dengan muslihat licik Atok?


Kalau masih tergoda dengan rayuan Atok, bila nasi dah jadi bubur, bila kayu dah jadi arang, jangan salahkan sesiapa...

Tidurlah bangsaku...

Politik tak penting pada kamu...

Bangsaku sibuk cari makan dan uruskan anak-anak...


Urusan negara berilah kepercayaan sepenuhnya pada manusia licik seperti Atok yang berkerjasama dengan orang-orang kafir melakukan segala helah terancang, agar Umat Islam/ Bangsa Melayu lebih SEGERA MEREMPAT DI BUMI SENDIRI!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.