Dah lebih 1 tahun kerajaan Pakatan memerintah era Malaysia Baru, berapakah markah penilaian yang yang boleh rakyat berikan?
Kajian Merdeka Centre menunjukkan tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan merudum begitu teruk iaitu hanya 39%...
Siapakah yang patut dipersalahkan?
Kerajaan Pakatan Patut Jadikan Bangau Sebagai Ikon
Mengikut skrip wajib pemimpin Pakatan, semua kelemahan pentadbiran yang berlaku sekarang berpunca daripada kerajaan lama, Barisan Nasional dan juga Najib Razak!!!
Senangkan jadi pemimpin Pakatan nie...
Manusia yang berwatak bangau...
Hanya reti menyalahkan pihak lain, bukannya bermuhasabah atas kesilapan diri sendiri...
Suka atau tidak, kemenangan Pakatan yang terukir pada tanggal 9 Mei 2018 dulu, adalah atas hasil kejayaan mesin propaganda fitnah dan persepsi...
Kini, apabila mereka sudah berkuasa barulah rakyat nampak dengan sendiri sejauh mana kebenaran terhadap segala isu yang didendangkan Pakatan selama ini...
Lihat sahaja isu fitnah PAS dapat RM90 juta yang sampai sekarang, masih di jaja dalam ceramah...
Tak seorang pun pemimpin Pakatan dapat mendedahkan apa-apa bukti...
Tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang diheret ke mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah...
Dulu Lain, Sekarang Dah Lain
Dulu, Pakatan kata projek ECRL merugikan...
Kini, ianya projek yang menguntungkan...
Dulu Pakatan kata projek Bandar Malaysia menjual kedaulatan negara...
Kini, ianya tidak lagi menjadi projek yang menjual kedaulatan Malaysia kepada China...
Dulu, Pakatan kata kamera AES ini menindas rakyat...
Kini, kamera dijenama sebagai AWAS dan mahu ditambah banyak lagi...
Dulu, Pakatan kata harga minyak petrol boleh diturunkan dalam masa 24 jam...
Kini, mereka mahu apungkan sepenuhnya harga minyak, harga yang disubsidi hanya kepada golongan B40 sahaja...
Dulu, Pakatan kata kebebasan akademik itu perlu diperjuangkan...
Kini, Pakatan menggelarkan 4 ahli akademik sebagai Profesor Kangkung kerana berpendirian yang tidak seiring dengan mereka dalam hal ratifikasi Statut Rom...
Dulu, Pakatan kata insititusi Raja perlu dihormati...
Kini, Pakatan sewenangnya bersengketa dengan istana...
Dulu, Pakatan kata identiti tempatan perlu diutamakan...
Kini, Pakatan berbangga mahu mengimport kumpulan K Pop BTS buat konsert di sini bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020...
Dulu, Pakatan kata Rule of Law perlu dijunjung tinggi...
Kini, pendakwaan terpilih sakan dilaksanakan oleh Peguam Negara lantikan Pakatan...
Pembangkang dicari sehingga ke lubang cacing, manakala pemimpin Pakatan, kroni dan keluarga mereka dibebaskan daripada pertuduhan...
Dulu, Pakatan kata mahu membela nasib orang Melayu Bumiputera...
Kini, DAP secara khususnya mendesak kuota dan keistimewaan Bumiputera dihapuskan...
Dulu, Pakatan kata mereka mahu menegakkan Islam yang sebenar...
Kini, Pakatan atas jenama Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid boleh pula mengiktiraf kumpulan liberal seperti SIS...
LGBT pula kian lantang bersuara menuntut hak ketika Pakatan berkuasa...
Dulu, Pakatan kata harga barang dan kos sara hidup akan diturunkan...
Kini, rakyat kian terbeban dan hidup susah pula akibat kelemahan Pakatan mentadbir...
Dulu, Pakatan kata hutang negara menimbun tinggi...
Kini, Pakatan pula menambah lagi hutang negara...
Dulu, Pakatan kata ekonomi negara akan diselamatkan...
Kini, ketika Pakatan berkuasa saban hari pasaran saham merudum teruk, pelabur asing semakin ramai yang lari keluar...
Ke mana sebenarnya halatuju Malaysia yang Pakatan mahu bawa?
Kian kelam dan suram nampaknya...
Itu tak termasuk dengan skandal-skandal seks yang memualkan...
Cabul, rogol, onani dalam pejabat, rakam seluar dalam amoi pembantu kedai dan seks luar tabiee...
Benar-benar meloyakan...
Pakatan sememangnya layak menjadi Kerajaan Sepenggal sahaja...
Cukup-cukup sudah, sampai di sini sahaja...
Rakyat sudah muak dengan semuak-muaknya...
Kredit :
Syed Ahmad Fadhli
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.