Ada lagi ker malapetaka yang akan menimpa kita di negara tercinta nie lepas sambutan Hari Raya Aidilfitri?
Atau kita akan di hidangkan lagi dengan pelawak2 dalam kabinet Atok?
Jom kita imbas balik 'pencapaian cemerlang' lawak2 bodoh dari badut2 yang datangnya dari kabinet Mahathir :
Ada PM yang berpengalaman tapi dah terlalu 'KERTU' sampai bercakap pun selalu terlupa...
Ada TPM, berucap pulak tak berbutir dan sukar nak di fahami...
Yang di sibukkan ialah pasai perempuan berkhatan aka 'b--i_k-l--t-t'!!!
Ada Menteri KDN, tak sihat pulak...
Satu hari kejer, enam hari cuti...
Ada Menteri Kewayangan, langsung tak cerdik strategi ekonomi sampai pelabur semua lari...
Silap titik perpuluhan dah jadi darah daging...
Punyalah coghodek, habih di kabor ke seluruh dunia tentang kelemahan aset pertahanan Malaysia!!!
Lantak komē ler yeob...
Ada Menteri Pertanian, sibuk duk kira ikan kembong dan suruh nelayan tanam nenas dan rambutan jer...
Berlakun atas pentas pulak, tersilap skrip, petani yang dok ada kat atas pentas masa tu pun, 'kagum' dengan kebodohan Pak Menteri!!!
Ada Menteri Pelajaran, sibuk dengan kasut hitam!!!
Timbalannya pulak lagi power, hampir tiap2 bulan umum bantuan pada sekolah vernikular!!!
Ada Menteri Hal Ehwal Pengguna, sibuk menyalahkan Najib harga barang makin mahal...
Ada Menteri Pelaburan dan Perdagangan, sibuk nak buat kereta terbang!!!
Kalau jadi tak apalah juga, nie ampai Atok sendiri pun tunjuk muka tak puas hati bila tenguk prototaip kereta terbang...
Ada Menteri Agama, sibuk nak jaga agama lain dan terlalu liberal...
Dek terlalu liberal, dah ghopa lembu kena cucuk hidung gamaknyer...
Ada Menteri Belia, sibuk nak berdebat dan manja lak tu cepat koyak tisu...
Ada Menteri jaga Komoditi, duk sibuk nak minum minyak sawit...
Paling 'win' bila Atok membabi buta sokong, suruh rakyat Malaysia minum minyak sawit, satu hari, satu sudu...
Lagi bersimpul tali perut kita, bila nenek menteri nie suruh penoreh pergi menoreh getah dalam musim tengkujuh...
Ada Menteri Ekonomi, sibuk nak jadi PM lah pulak...
Ada Menteri Luar, syok cakap dengan media dari cakap dengan diplomat asing dan utamakan konvensyen ICERD dan Statut Rome yang tak ada faedah...
Bila rakyat marah, baru nak menggelabah, mula jadi kelam kabut ayam...
Ada Menteri Pengangkutan, sibuk dgn AES dan cermin gelap jer...
Ada AG duk sibuk gugur kes kroni dan kes sensitif seperti kes Adib pun tak leh nak selesai...
Yang paling syahdu, ada bakal PM, bekas Banduan Liwat pulak...
Dan mungkin dah tercatit dalam sejarah manusia atas muka bumi nie sebagai bakal PM yang paling lama
Buat kata Allahyarham SM Salim, 'Apa Nak Jadi'
Atau nie ghopanyer kabinet Atok lepas ghayer nie???
Atau nie kabinet idaman Atok???
Betul atau tak, tanya sama itu hud hud...
Macai2 hingusan kat luar sana dengan menteri2 badut yang ada sekarang, mana tahu 'kehebatan' Atok!!!
Kalau Atok boleh lantik Latifah Koya jadi bos SPRM tanpa maklumkan pada kabinet dan dengan muka tak bersalah 'halau' Shukri Abdull keluar, cuba fikirkan, pada siapa sebenarnya yang Atok hantar mesej tu...🤯🤯🤯
Bai, lu fikirlah sendiri!!!
Kredit :
Blogger The Antics Of Husin Lempoyang
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.