"Cucu saya tahu balancing (account)"...
"Tok Menteri Kewangan"...
"I am sorrylah Malaysia have that sort of minister!!!"(Maaflah, Malaysia ada menteri seperti itu!", sindiran Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam...
Pada Jumaat, Guan Eng ketika satu majlis politik anjuran Pakatan Harapan di bandar raya ini di petik berkata bahawa Sarawak akan bankrap dalam tempoh tiga tahun...
Ini kerana negeri itu memiliki simpanan berjumlah RM30 bilion tetapi belanja pembangunannya RM11 bilion pada tahun ini...
Guan Eng berkata, dalam tempoh tiga tahun, Sarawak akan berhadapan masalah kewangan seperti Kelantan dan terpaksa meminjam kepada Kerajaan Persekutuan...
Abang Johari ketika Majlis Pelancaran Jerawayawara GPS Zon 10 di Rumah Kalang, Ulu Bayan, Mukah menjelaskan, Sarawak tidak boros, malah memiliki perancangan yang strategik dan teliti...
"Nya (Lim) fikir saya belanja kedak ya ajak"...
"Mesti ada income revenue"...
"Sik kita madah RM11 bilion abis"...
"Kita ada income"...
"Kita ada dividen"...
"Kita ada premium dan kita ada hasil cukai"...
"Tahun tok saya laksanakan cukai atas eksport minyak sales tax 5 percent", tegasnya lagi...
Kejayaan Kerajaan Sarawak memiliki simpanan sehingga RM30 bilion katanya, adalah kerana ia kerajaan yang bertanggungjawab dan sangat berhemah dalam menguruskan perbelanjaan...
"Saya belanja RM11 bilion berteraskan kepada pertama, mana hasilnya dolok"...
"Income kita mana?"
"Rizab RM30 bilion adalah hasil perusahaan parti orang Sarawak (GPS)", tegasnya...
Abang Johari menjelas lanjut, RM11 bilion merupakan perbelanjaan sahaja dan seharusnya Guan Eng mengira sekali pendapatan yang di perolehi negeri ini...
"Untuk 2019, Sarawak mempunyai hasil keuntungan atas eksport minyak dan gas sebanyak RM3 bilion"...
"Itu belum mengambil kira adanya satu lagi hak ke atas minyak dan gas yang bakal di umum pada hujung tahun ini nanti" katanya...
Kredit :
SarawakVoice
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.