Tuesday, May 14, 2019

PRK Sandakan : Warisan Beli Undi Projek IC, Cuma 1/3 Cina Keluar Mengundi


11 May 2019, 'pengundi' Sandakan menunaikan tanggungjawab memilih Ahli Parlimen Sandakan yang baru...


Kira2 pukul 9.00 pm, SPR mengeluarkan keputusan rasmi PRK Sandakan melalui ciapan Twitter SPR...

Calun DAP, Vivian Wong Shir Yee, menewaskan 3 pencabar dari parti PBS, Linda Tsen Thau Lin dan 2 orang lagi dari calun Bebas, Hj. Hamzah Hj. Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung...

Vivian menang dengan majoriti 11,521 undi dengan peratusan yang mengeluar undi sebanyak 54.44%...

Rumah Dah Siap Tapi Pahat Masih Berbunyi!!!


Bila di lakukan analisa PRK Sandakan, ada beberapa perkara yang menimbulkan kemusykilan, kerana ianya berlaku dalam keadaan luar dari kebiasaan...

Projek MyKad Warisan Faktor Utama Kemenangan DAP Di PRK Sandakan


Sehingga pukul 1.00 pm, peratus pengundi yang keluar mengundi cuma 37%...

Dan sehingga kesemua pusat pengundian di tutup, peratus yang keluar mengundi meningkat hingga ke 54.44%...

Dari sumber di katakan, selepas pukul 1.00 pm, waktu inilah kelihatan beberapa orang yang di kenali sebagai bukan warga tempatan berada di pusat2 pengundian...


Di syaki, mereka inilah pengundi2 PATI yang mendapat MyKad melalui projek IC kerajaan negeri Sabah, parti Warisan (BACA DI SINI)...


Apakah rasuah pilihanraya berlaku secara berleluasa di PRK Sandakan? (BACA DI SINI)...

Perkara ini tidak dapat di nafikan kerana pihak polis Sabah sendiri mengesahkan menerima 12 aduan dan membuka 6 kertas siasatan mengenai kegiatan rasuah pilihanraya dan salah laku di PRK Sandakan dan telah pun membuka kertas siasatan, namun bila di kemukakan kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya, respon yang di terima ialah TIADA TINDAKAN LANJUT @ NFA!!! (BACA DI SINI)...

Dari perangkaan yang di terima, peratus pengundi Cina yang keluar mengundi cuma 17% dan kebanyakan mereka telah keluar mengundi sebelum jam 1.00 pm...

Pengundi Cina merupakan pengundi majoriti di PRK Sandakan sebanyak 51%, pengundi Bumiputera Islam sebanyak 45% dan lain2 bangsa sebanyak 4%...

Bila jumlah peratusan yang keluar mengundi cuma 54.44%, maka ianya akan memberikan ruang yang cukup luas kepada pengundi2 projek IC pergi mengundi!!!

Jadi bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bila majoriti DAP bertambah dalam PRK Sandakan bila undi itu datang dengan sogokan wang dan dari 'pengundi yang hitam tetapi di putihkan dengan cara yang hitam'...

PBS Meletakkan Calun Yang Salah


Faktor lain yang mempengaruhi kekalahan PBS ialah faktor calun itu sendiri...

Benar Linda pernah memenangi pilihanraya di Batu Sapi selama 2 penggal tetapi selepas itu beliau lebih banyak menghabiskan masa di Australia...

1 penggal adalah waktu cukup lama...

Lebih dari cukup untuk penduduk tempatan melupai siapakah calun yang bernama Linda Tsen Thau Lin yang menjadi calun PBS dalam PRK Sandakan...

Seperti kata Tok Mat Hassan, kriteria calun sangat penting untuk mempengaruhi pengundi...

Calun PH di PRK Cameron Highland, M. Manogaran, tewas kerana beliau lebih banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur berbanding di Cameron Highland, calun PH di PRK Semenyih, Aiman, tewas di kubu kuat PKR kerana Aiman tidak mesra dengan penduduk tempatan, calun PKR di PRK Rantau, Dr. Streram, tewas kerana beliau bukanlah penduduk tempatan dan penduduk tempatan tidak begitu mengenali beliau dan kini calun PBS tewas di PRK Sandakan kerana beliau berhijrah ke Australia dan cuma balik waktu PRK...

Admin percaya, andainya BN bertanding di PRK Sandakan, Linda pasti tidak akan di calunkan tapi BN TIDAK bertanding di PRK Sandakan, cuma membantu atas sisa semangat setia kawan dalam BN, walau pun PBS telah keluar dari BN...

Jadi di manakah rasionalnya kata2 Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal, kemenangan DAP di PRK Sandakan adalah kemenangan rakyat dan melenyapkan momentum kemenangan BN di 3 PRK?


Lebih tersasar dakwaan Lim Kit Siang, bila mengatakan, kemenangan DAP adalah tamparan besar pada populariti DS Najib @ Bossku, kerana BN TIDAK bertanding, jauh sekali DS Najib di PRK Sandakan...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.