Saturday, May 4, 2019

Mufti Mahu Mat Sabu Berikan Penjelasan


Melalui satu laman web berbahasa Parsi, Mat Sabu di lihat sedang bersolat di satu masjid di Tehran berimamkan dengan Imam Ayatollah Emami Kashani...

Pada awalnya gambar Mat sabu bersolat itu tidaklah berapa mengejutkan kerana mungkin sebahagian orang menyangka tidak ada salahnya seorang yang berfahaman Sunni bersolat di belakang seorang Syiah...


Namun setelah meneliti gambar tersebut, Mat Sabu sebenarnya bersolat dan bersamanya ada seketul batu yang di namakan sebagai 'Turbah' atau 'Batu Karbala'...

Menurut beberapa carian, Batu Karbala ini di gunakan oleh penganut ajaran Syiah sebagai tempat sujud mereka (BACA DI SINI)...

Batu Karbala itu di buat dari tanah Karbala yang mereka anggap suci kerana Karbala merupakan tempat terbunuhnya cucu Nabi SAW, Hussain RA yang menjadi Imam kepada kelompok Syiah ini...

Ada pepatah Syiah yang berkata :

"Kemuliaan suatu tempat terletak pada siapa yang menempatinya"

Di sebabkan itulah mereka memilih tanah Karbala itu untuk di jadikan batu lalu menjadi tempat sujud ketika solat...

Sehingga di katakan solat seorang Syiah itu tidak sah jika tidak bersujud di atas tanah...


Dalam Fiqh Al-Imam Ja’far di riwayatkan seseorang bertanya kepada Imam Ja’far tentang tempat yang boleh di jadikan tempat sujud...

Lalu di jawab :

"Tidak boleh sujud kecuali di atas ardh (tanah, bumi) atau yang tumbuh di bumi, kecuali yang di makan atau di pakai"...


Ulama telah bersepakat bahawa ajaran Syiah adalah menyimpang dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah...

Seluruh majlis dan jabatan agama di setiap negeri dan persekutuan juga telah mengeluarkan fatwa akan penyelewengan ajaran Syiah...


Mat Sabu yang selama ini menafikan dan tidak memberi sebarang komen apabila di tanya samada berfahaman Syiah, hari ini terbukti dengan tularnya gambar tersebut...


Sebelum ini Mat Sabu pernah di dedahkan melakukan ibadah korban di Masjid Syiah di negara jiran juga tidak memberi sebarang komen apabila di ajukan soalan yang sama...

Adakah Mat Sabu akan menafikan lagi yang beliau seorang penganut ajaran Syiah?

KDN Pernah Kemukakan Bukti Bahawa Mat Sabu Bermazhabkan Syiah


Sebenarnya, seawal 2008, Kementerian Dalam Negeri telah mengemukakan 10 bukti bahawa Mat Sabu bermazhabkan Syiah...

Kenyataan2 beliau yang menyanjungi imam2 'fatwa2' Imam Syiah serta komitmen beliau terhadap negara2 yang mendukung fahaman Syiah adalah sangat jelas...


Penafian Mat Sabu bila di tanya wartawan apakah benar beliau berfahaman Syiah adalah sekadar untuk mengelakkan diri dari mengata 'BENAR' atau 'TIDAK'...

Apakah Mat Sabu mahu berpolemek dan berpolitik dalam soal akidah?


Kira2 1500 tahun yang lalu, Rasulullah SAW telah mengingatkan kita akan kemunculan kelompok Rafidhah (kelompok yang berlebihan mencintai ahli keluarga Rasulullah SAW seperti akidah Syiah)...

Rasulullah SAW memerintahkan kita untuk MEMERANGI kelompok ini kerana baginda SAW dengan jelas memberitahu bahawa kelompok ini adalah golongan musyrik!!!

Kalau dah Rasulullah SAW memerintahkan supaya MEMERANGI golongan Syiah, apakah HARUS bagi umat Islam yang cintakan Rasulullah SAW membuat amal bakti (BACA DI SINI) di markas Syiah?

Mat Sabu mesti ingat, beliau bukan lagi pembangkang tetapi apabila beliau berada di luar negara, beliau akan di lihat sebagai Menteri Pertahanan yang merupakan anggota pentadbiran tertinggi kerajaan Malaysia...

Bila seorang Menteri Pertahanan di lihat dunia berimamkan seorang imam Syiah, ia akan memberi masej yang cukup jelas kepada penganut Syiah bahawa Malaysia telah membuka pintu yang seluas2nya untuk fahaman Syiah tumbuh subur...

Serangan puak liberal belum lagi dapat kita tangani sepenuhnya, kini Mat Sabu datang membawa serangan baru pada akidah masyarakat Islam di Malaysia...

Rakyat sedang berada dalam keresahan...

Rakyat bimbangkan akidah generasi masyarakat Islam akan datang...


Mat Sabu mesti berikan jawapan 'BENAR' atau 'TIDAK' beliau berfahaman Syiah seperti yang di tuntut oleh mufti (BACA DI SINI)...

Jangan pula kata batu itu di letakkan orang di sebelahnya dan dia hanya menurut sahaja!!!









Kredit :

Laman blog Abu Leman

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.