Monday, April 8, 2019

Ustaz Zaharuddin Jurucakap TH Pakar Palsu, Ahli PAN!!!

Updated : 10.54 am


Dalam satu artikel yang di terbitkan Malaysiakini, Ustaz Zaharuddin antara lain membuka tulisan beliau dengan kata2 'adalah di ingatkan tulisan ini bukan dari orang politik, saya sekadar usaha berkongsi ulasan untuk bacaan orang ramai yang bertanya' (BACA DI SINI)...


Persoalannya, apakah benar, tulisan Zaharuddin dalam artikel yang di terbitkan oleh Malaysiakini itu tidak bertujuan politik?


Jawapannya, biar gambar berbicara...

Siapa Sebenarnya Zaharuddin Abdul Rahman

 


Tercatat dalam biodata Zaharuddin yang di terbitkan oleh Wikipedia, kemahiran Zaharuddin sebenarnya lebih kepada syariah Islam...

Ijazah Pertama beliau ialah Sastera dan Usuluddin....

Bukan nak pertikaikan, tapi mudanya dah dapat tokoh perbankan...

Dan sarjana beliau adalah MA, bukan MBA...

Maksudnya minimum knowledge mengenai economics and finance...

Tapi mulut buka luas isu yang bukan dalam bidangnya...

Ramai yang ada MBA Finance dan specialize dalam Corporate Governance pun tahu malu dan tak berani nak buka mulut mengenai TH sebab ia melibatkan pertindihan berlapik2 dari sudut undang-undang, accounting standards dan auditors yang dipilihkasih serta wujud political grand masters  behind the scene...

Admin tak nak pertikaikan bila Zaharuddin mengaku sebagai Tokoh Perbankan Islam...

Tapi ilmu Zaharuddin sebenarnya lebih kepada penentuan syariah dalam aktiviti perbankan...

Maksudnya, untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti perbankan tu patuh syariah atau pun tidak, maka Zaharuddinlah yang akan di rujuk...

Ini bermakna, Zaharuddin tak ada kemahiran untuk membuat analisa terhadap sesuatu aktiviti kewangan yang di lakukan, kerana ianya menyimpang jauh dari skop ilmu dan kemahiran Zaharuddin...

Dan bukannya dalam operasi kewangan...

Untuk kita senang nak faham, dalam sesebuah bank, pasti ada berbagai jabatan, contohnya, Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Keselamatan dll...

Kemahiran yang di perlukan di Jabatan Sumber Manusia ialah kemahiran pengurusan sumber manusia dan ianya tak ada kaitan langsung dengan operasi perniagaan perbankan...

Bila seorang Pengarah Jabatan Sumber Manusia di minta buat analisa dan cadangan mengenai aktiviti perniagaan perbankan, dah tentulah analisa yang di buat tu akan ke laut, sebab itu bukan kemahiran dia...

Mengejutkan Bila Zaharuddin Yang Di Katakan Sebagai Pakar Syariah Kewangan, Pernah Terlibat Dengan Syarikat Scammer!!!


Paling mengejutkan bila Zaharuddin pernah terlibat dalam syarikat scammer yang pernah menipu puluhan ribu ringgit malah tak mustahil ianya mencecah ratusan ribu atau pun jutaan ringgit!!!

Zaharuddin bagai panel syariah syarikat scammer tersebut, admin nak tanya pada Zaharuddin, adakah menipu pelanggan tu adalah kegiatan kewangan yang patuh syariah?

Bertemu Buku Dengan Ruas


Tak perlulah menegakkan benang yang basah lagi...

Dalam satu respon Datuk Seri Najib terhadap 'analisa' ke laut yang Zaharuddin siarkan, Datuk Seri Najib memberikan penjelasan berserta hujah yang cukup padat (BACA DI SINI)...

Sebab itu kali nie, admin lebih fokus pada kredibiliti Zaharuddin dalam membuat apa yang beliau panggil sebagai 'analisa' kenapa kadar hibah TH pada kadar yang paling rendah dalam sejarah iaitu 1.25%...

Nasihat ikhlas admin pada Zaharuddin, kalau dah bukan bidang kita, tak payahlah nak tunjuk pandai semata2 sebab nak tegakkan benang yang basah...

Perbuatan menipu tu boleh di kategorikan sebagai syariah compliance ke ostad?

Betullah kata orang tua2, berkopiah tu belum tentu lagi baik orangnya!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.