Friday, March 8, 2019

Peja Hilang Kuasa MB, Mahu Bubar DUN Perak?


Mungkinkah kita akan melihat berulangnya krisis politik Perak 2009? 

Bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu tumbang dan di gantikan dengan Barisan Nasional (BN)...




UMNO dan PAS yang sudah bersetuju membentuk kerjasama politik secara rasmi, dah tentu memberi tekanan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak...

Kalau di ambil kira pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, Gabungan UMNO dan PAS mempunyai 28 kerusi, manakala PH pula 30 kerusi dan satu lagi kerusi adalah Bebas...


Di khabarkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Datuk Nolee Ashilin Radzi yang sebelum ini keluar UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar, berkemungkinan besar akan beralih kepada gabungan UMNO-PAS, situasinya bakal berubah kepada 30-29 antara PH dan pembangkang...


Ini situasi yang tidak stabil bagi sebuah kerajaan negeri...


Gabungan UMNO-PAS hampir2 membentuk kerajaan negeri di Perak selepas PRU-14 yang lalu, dengan UMNO ketika itu mempunyai 27 kerusi DUN, PAS 3 manakala PH 29...


2 ADUN UMNO ketika itu iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin memilih menyatakan sokongan kepada Ahmad Faizal yang merupakan satu2nya ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menjadi Menteri Besar...


Ketika Nolee Ashilin memilih untuk keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, Zainol Fadzi pula menyertai Bersatu...


Mungkin sebagai sokongan kepada Ahmad Faizal...


Dengan termeterainya kerjasama politik antara UMNO dan PAS, sudah tentu memberi ancaman kepada PH... 


Seperti di buktikan ketika mahu membentuk kerajaan negeri itu pasca PRU-14, sokongan ADUN boleh berubah...


Kali Kedua Peja Hadapi Kemungkinan Di Jatuhkan Dari Jawatan Menteri Besar


Baru reda cerita konspirasi yang di gerakkan oleh Exco negeri Perak, Aziz Bari, ADUN Bukit Tinggi dari DAP, sekali lagi Peja berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan Menteri Besar...

Tapi kali nie, bukan saja Peja yang berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan, malah PH sendiri berhadapan risiko tumbang sebagai kerajaan negeri Perak...


Dengan penyatuan antara UMNO dan PAS, kedudukan PH sebagai kerajaan negeri Perak menjadi sangat genting...


Dengan kelebihan hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri, negeri Perak akan mengalami krisis politik yang serius...

Apa lagi pilihan yang ada pada Menteri Besar dan PH di Perak selain mengadakan Pilihanraya Negeri untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat Perak...

Penindasan Dan Kezaliman Menyebabkan Kerajaan Negeri Perak Berterusan Di Landa Masaalah



Rakyat negeri Perak memberikan mandat pada PH supaya mereka dapat mentadbir dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu seperti yang PH laungkan semasa kempen PRU 14...

Tapi sebaliknya, selepas mendapat mandat dari rakyat, dasar2 PH jelas jauh dari melaksanakan apa yang mereka ucapkan...


Tiada suara pemimpin2 kerajaan negeri Perak bila bangsa Melayu dan ugama Islam di tindas...


Rakyat yang merasa teraniaya dan tertipu, pasti akan mengadu kepada Yang Maha Berkuasa di atas segala2nya...



Ibarat si kaduk naik junjung, pemimpin PH lupa, kuasa yang Allah swt bagi melalui mandat rakyat, adalah satu amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka untuk menjaga ugama Allah swt di samping memakmurkan negeri untuk di nikmati oleh rakyat semua...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.