Wednesday, March 6, 2019

Majoriti 2/3, Mahathir Nak Tunai Janji Atau Bersatu Tak Cukup Kerusi?


Masa berkempen di Semenyih, 28 Februari lalu, Mahathir tegaskan, PH perlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji2nya pada rakyat...

Katanya, bila majoriti dua pertiga dah dapat, ia memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara...

"Tapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja"...

"Yang itu akan kekal"... kata Mahathir...


Menurut Mahathir, antara pindaan perlembagaan yang di cadang untuk di lakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama 2 penggal saja, selain mengurangkan kuasanya (BACA DI SINI)...

Bukan Untuk Tunai Janji Tapi Untuk Kukuhkan Parti


Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu...

Malah, tak keterlaluan kalau di katakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu...

Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya pada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan kedudukannya...

Rakyat Tuntut Janji PH Meringankan Beban Hidup


Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan di kehendaki rakyat...

Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya...

Kegagalan menunaikan janji2 itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu...

Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka...

Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?

Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini...

Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah di persetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun...

Bermakna, selain Mahathir telah di persetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal...

Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?


Jika Mahathir benar2 jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji2 pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu...

Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji2 lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara...

Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak di rasai apa2 oleh mereka...


Sumber :

Dari laman blog tempatan

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.