Monday, March 18, 2019

Benarkah Polisi Rosot Nilai Menyebabkan Tiada Hibah Untuk 2018?


Wakil rakyat Pas (Kuala Terengganu), Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim meminta butiran daripada Perdana Menteri mengenai setiap nilai aset (ekuiti dan hartanah) yang telah di pindahkan oleh Tabung Haji kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. bagi tempoh berakhir 31 Disember 2018...












Dalam jawapannya, Jabatan Perdana Menteri berkata, secara keseluruhan, aset2 yang telah di pindahkan terdiri daripada 29 harta tanah, satu syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik yang telah di pindahkan kepada SPV milik penuh kerajaan pada nilai perpindahan RM19.9 bilion...

Nilai perpindahan ini adalah lebih tinggi berbanding nilai semasa/ nilai buku yang berjumlah sekitar RM10 bilion... 

Ini di tetapkan bertujuan membolehkan kerajaan membantu Tabung Haji menutup jurang defisit di antara aset dan liabiliti serta mengimbangi rosot nilai yang perlu di rekodkan bagi 2018...

Berdasarkan nilai keseluruhan pada RM19.9 bilion, nilai perpindahan bagi setiap aset di tentukan berdasarkan jenis aset iaitu :

Bagi harta tanah dan syarikat tidak tersenarai, premium ke atas nilai buku asal...

Bagi sekuriti ekuiti domestik, nilai buku asal atau kos asal pelaburan Tabung Haji di gunapakai...

Antara aset itu ialah :

Tanah di Tun Razak Exchange di pindahkan pada nilai RM400 juta dengan premium sebanyak RM204 juta ke atas nilai buku asal Tabung Haji iaitu RM196 juta...

Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di pindahkan pada nilai RM4.62 sesaham, iaitu harga kos asal pelaburan Tabung Haji... 

Ini adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa pada hujung 2018 iaitu 72 sen sesaham... 

Berdasarkan pegangan sebanyak 283.7 juta saham, Tabung Haji sepatutnya mengalami kerugian menjangkau RM1.1 bilion pada hujung 2018 (iatu kerugian sebanyak 84 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan asal RM1.3 bilion)...

Saham seperti Malakoff Corporation Berhad, walaupun syarikat ini untung, kos asal pelaburan Tabung Haji adalah tinggi pada RM1.80 sesaham... 

Berdasarkan harga semasa pada hujung 2018 iaitu 80 sen dan jumlah pegangan 500 juta saham, jumlah kerugian setengah bilion ringgit (atau kerugian 55 peratus daripada jumlah pelaburan asal) perlu di tanggung Tabung Haji...

Mengenai dividen yang di berikan Malakoff sekitar RM30 juta setahun, peratusan sebenar dividen yang di nikmati Tabung Haji hanyalah sekitar 3.3 peratus, bukan 7.5 peratus, kerana kos asal keseluruhan pelaburan Tabung Haji adalah berjumlah RM900 juta (peratusan dividen yang tinggi pada 7.5 peratus hanya betul jika di kira berdasarkan harga pasaran semasa yang rendah)... 

Sebagai gambaran mudah, Tabung Haji perlu menunggu selama 17 tahun untuk menutup semula kerugian setengah bilion yang di alami jika ingin bergantung kepada dividen RM30 juta setahun...

Jika kadar rosot nilai yang berhemat telah di amalkan sebelum ini oleh pengurusan lama, bukan pada tahap 90 peratus, dan peruntukan rosot nilai di buat pada penyata untung rugi pada tahun2 yang lepas, sudah tentu Tabung Haji dapat terus memegang kesemua saham ini...

Kesemua kerugian saham ini telah di letakkan di bawah 'rizab2 lain' dalam Penyata Kewangan supaya keuntungan tahun semasa kekal tinggi untuk tujuan pembayaran hibah pada tahun2 terdahulu, menyebabkan jurang di antara aset dan liabiliti bertambah... 

Berdasarkan Penyata Kewangan yang telah di audit bagi 2017, 'rizab2 lain' ini menunjukkan nilai negatif sebanyak RM4.6 bilion...

Hasrat Kerajaan adalah untuk membantu memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji dengan mengambil alih kerugian yang di alami agar defisit yang semakin meningkat dapat di tutup...

Timbul Beberapa Persoalan Dari Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri



Benarkah pengurusan kanan Tabung Haji berdepan masalah untuk menyakinkan Lembaga Pengarah badan itu sendiri, firma PwC dan Ketua Audit Negara berkaitan urusan pemindahan pelaburan dan aset kepada Urusharta Jemaah Sdn. Bhd?

Berkaitan pemindahan aset 'tidak berprestasi' dan 'bermasalah' serta pelaburan sebanyak RM19.9 bilion kepada SPV Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2018, seterusnya, sukuk dan i-RCPS akan di terbitkan oleh SPV kepda Tabung Haji... 

Sudahkah sukuk dan i-RCPS di terbitkan? 

Sudahkan firma PwC meluluskan perakaunan bagi penerbitan sukuk dan i-RCPS?

Benarkah bahawa Urusharta Jemaah yang di bawah kawalan mutlak Kementerian Kewangan, tidak menerima jaminan kerajaan dalam penerbitan Sukuk dan i-RCPS itu?

Benarkah Suruhanjaya Sekuriti tidak meluluskan proses tersebut?

Apa masalah sebenar Tabung Haji hilang aset dan pelaburan? 

Adakah atas nilai pasaran semasa atau aset yang membelakangi pelaburan/ syarikat tersebut sebenarnya tidak produktif dan tiada nilai?

Bagi 2017, kerajaan menyifatkannya sebagai 'Hibah yang melanggari Akta Tabung Haji 1995' iaitu klasifikasi dan penilaian aset kewangan ; perakaunan bagi perubahan di dalam risiko kredit liabiliti kewangan ; rosot nilai, perakaunan lindung nilai... 

Apakah prosedur perakaunan dan prinsip ini turut di amalkan terhadap KWSP, PNB, KWAP, LTAT dan sebagainya?

Kerajaan mengumumkan tidak akan melakukan langkah menyelamat (No Bail Out)...

Sudahkan Tabung Haji di bayar bagi proses pemindahan aset berkenaan?

Mengapakah wujud penangguhan terhadap pengumuman dan pembayaran Hibah kepada pendeposit Tabung Haji bagi tahun berakhir 2018?

Sudahkah Kementerian Kewangan meluluskan penilaian terhadap aset dan pelaburan aset yang 'tidak berprestasi' dan 'bermasalah' serta penerbitan sukuk dan i-RCPS? 

Sudahkah Kabinet berbuat sama?

Persoalan Yang Terbesar :



Sudahkah Ketua Audit Negara meluluskan akaun Tabung Haji bagi tahun berakhir 31 Disember 2018? 

Jika belum, benarkah ia di sebabkan Ketua Audit Negara tidak bersetuju? 

Jika benar, apakah motif sebenar aset Tabung Haji di pindahkan?

Kepada Tun Mahathir dan Mujahid Yusof Rawa, ingatlah, Tabung Haji tujuan asal di tubuhkan adalah untuk membantu umat2 Islam di Malaysia menunaikan fardu haji (BACA DI SINI)...

Menunaikan fardu haji adalah Rukun Islam yang Kelima...

Janganlah di salahgunakan @ di ambil kesempatan duit yang di kumpul oleh marhein untuk menunaikan ibadah demi untuk kepentingan pihak2 tertentu (BACA DI SINI)!!!

Kelak kesannya tidak akan tertanggung di dunia dan di akhirat!!!





Sumber :


1) http://m.utusan.com.my/rencana/utama/10-soalan-kepada-tabung-haji-1.862943
2) https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/03/inadvertently-mujahid-admitted-no-hibah.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.