Saturday, February 23, 2019

PRK Semenyih : Aiman Kantoi Lagi

Edited 12.07 pm


Muhammad Aiman Zanali, calon Bersatu/ PH dalam PRK Semenyih, berjanji untuk bina hospital di Semenyih kalau menang dalam PRK nanti (BACA DI SINI)...😂😂😂

Nak bina hospital apa tu Man...ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ

Boleh admin bagi cadangan untuk nama hospital tu, Aiman...

PH Kencing Specialist Center...ðŸĪ­ðŸĪ­ðŸĪ­

Hospital tu khas untuk totok2 PH yang masih setia dan dah lencun kena kencing dengan kerajaan PH...😂😂😂

Kelentong Aiman Kantoi


Tak berapa hari lepas Aiman berjanji nak bina hospital kat Semenyih, Kementerian Kesihatan, melalui menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkifly Ahmad membidas janji yang Aiman buat (BACA DI SINI)...

Dalam ertikata yang mudah, Dr. Dzulkidly sound, agak2lah bro, jangan cakap ikut sedap mulut jer...ðŸĪ­ðŸĪ­ðŸĪ­

Ada Story Ke Antara Bersatu Dengan PKR Dalam PRK Semenyih


Agak mengejutkan dalam nak hadapi PRK Semenyih,  parti komponen PH nampak tak sehaluan...

Bukti yang paling sahih ialah bila Menteri Kesihatan, Dzulkifly membidas janji Aiman untuk bina hospital di Semenyih kalau menang PRK Semenyih...

Dan lagi menimbulkan tandatanya, bila kenyataan tu di buat secara umum, seolah2 nak beritahu pada pengundi DUN Semenyih, kau orang jangan undi 'budak nie', dia nie kuat menipu...😂😂😂

Menteri Kesihatan adalah dari parti PKR dan calon PRK Semenyih untuk PH ialah dari Bersatu...


Dari sumber2 yang di perolehi, macam yang pernah di siarkan dalam laman blog nie, ada usaha boikot yang sedans di lakukan oleh pihak2 dari PH sendiri dalam kempen PRK Semenyih (BACA DI SINI)...

Nampaknya PH, terutamanya Bersatu makin terdesak...

PRK Semenyih bukanlah satu usaha untuk merampas kerusi dari BN, tapi PRK Semenyih adalah usaha mempertahankan kerusi Bersatu dari di rampas BN...

Bersatu ialah parti yang di terajui oleh Perdana Menteri...

Kalau gagal pertahankan, bukan jer maruah Bersatu akan tercalar teruk, malah usaha pada khabar untuk adakan undi tak percaya pada Dr. Mahathir akan menjadi semakin nyata (BACA DI SINI)...

Sayang, admin bukan pengundi PRK Semenyih...

Kalau admin pengundi PRK Semenyih, dah tentu admin akan minta jalanraya emas, dan simpang penghubungnya perak...

Tu tak termasuk 7 dulang hati nyamuk dan hati kuman...

Admin percaya, Aiman pasti berjanji untuk tunaikannya...🧚‍♂️🧚‍♂️🧚‍♂️

Untung Orang Semenyih, Dapat Tenguk Aiman Buat Lawak


2hb kalau PH menang, 3hb selesailah masaalah rakyat Semenyih...

Macam blogger The Antic Of Husin Lempoyang : Undi Cucu Atoq, Jalan Sesak Selesai 24 Jam (BACA DI SINI)...


Yeeaahh, bravo, bravo, lakapuntoooo...

Apa pun pada pengundi PRK Semenyih, janganlah tergoda dengan janji2 manis Aiman dalam kempen PRK Semenyih nie...

Pandang Aiman, ingat balik janji2 PTPTN Pakatan Harapan...

Pandang Aiman, ingat balik janji2 hapuskan tol Pakatan Harapan...

Pandang Aiman, ingat balik janji2 harga petrol RM1.50 Pakatan Harapan...

Pandang Aiman, ingat balik janji2 harga barang PASTI turun lepas pemansuhan GST...

Pandang Aiman, ingat tagline BN yang lebih meyakinkan, LIHAT BUKTI, BUKAN JANJI...


Untuk Aiman, admin payung keratan lagu nie, dengan ucapan, sudah2lah menipu sebab rakyat dah meluat dengan janji2 Pakatan Harapan...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.