Wednesday, February 27, 2019

Mahathir Tiada Modal Untuk 'Fitnah' PAS

Bukti Campurtangan Mahathir Dalam SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB di salurkan ke akaun bank rasmi PAS...

Perkara itu di sahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu...

"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang di katakan duit 1MDB di masukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai isu tersebut...

Tapi walau pun Shukri dah keluarkan kenyataan, tapi nampaknya Mahathir tak puas hati sebab kenyataan yang di buat SPRM tak memenuhi kehendak Mahathir (BACA DI SINI)...


Lalu Mahathir keluarkan 'arahan' pada SPRM supaya di buka balik kertas siasatan sampai keluar kenyataan yang mengesahkan adanya aliran duit RM90 juta dari 1MDB ke dalam akaun PAS, tak kiralah walau dengan apa cara sekali pun (BACA DI SINI)...


Jelas pada kita campurtangan Mahathir dalam SPRM...

Apa saja keputusan yang memenuhi kehendak hati Mahathir, maka Mahathir akan merestuinya...

Tapi kalau keputusan siasatan bertentangan dengan apa yang Mahathir kehendaki, maka tanpa teragak2, Mahathir akan berikan 'arahan' supaya siasatan di buat semula sehingga keputusan siasatan mengikut skrip yang dah Mahathir tetapkan, tak kiralah dengan apa cara sekali pun...

Walau pun Mahathir tahu, campurtangan beliau dalam SPRM adalah jelas bertentangan dengan 5 Janji Pilihanraya PH yang dia sendiri lafazkan pada rakyat Malaysia...

Timbul persoalan pada kita, masih bebas dan teluskah lagi SPRM?

Fitnah RM90 Juta Yang Mahathir Cipta Adalah Talian Hayat Bersatu Dalam PRK Semenyih Dan Juga Talian Hayat Untuk Kekal Sebagai PM


Siasatan RM90 juta dah di buat 3 tahun dahulu dan sememangnya dah lama di sahkan tak der kes...

Mahathir terus mahu politik kan sebagai serangan terhadap PAS...

Kemarahan Mahathir pada PAS kali ini adalah kerana keengganan PAS menghentikan kerjasama dengan BN dalam PRK Semenyih...

Mahathir gunakan kesempatan permintaan PAS untuk berjumpa Mahathir bagi membincangkan bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu untuk memerangkap PAS (BACA DI SINI)...

Dari kenyataan kedua2 pihak, dapat kita simpulkan, Mahathir meminta jaminan dari PAS untuk menyokong beliau SEKIRANYA ADA UNDI TAK PERCAYA KE ATAS BELIAU DI PARLIMEN...


Berpegang atas prinsip mendaulatkan ugama Islam di Malaysia, kepimpinan PAS bersetuju dengan permintaan Mahathir...

Tapi Mahathir ialah Mahathir, sebaliknya, sebaik saja selepas pertemuan antara beliau dengan PAS, Mahathir terus mengumumkan bahawa PAS berjanji tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih...


Terkejut dengan kenyataan Mahathir, kepimpinan PAS telah melakukan mesyuarat tergempar dan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Setiausaha Agong PAS, Takiyudin Hassan untuk menjelaskan perkara yang sebenar (BACA DI SINI)...

Mahathir sememangnya mengharapkan agar PAS bertindakbalas dan menyatakan sokongan secara terbuka PAS terhadap Mahathir sekiranya gerakan untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap beliau di parlimen menjadi kenyataan...


Dengan cara itu, Mahathir menghantar isyarat yang cukup jelas kepada DAP dan kelompok tertentu dalam PKR, bahawa usul undi tidak percaya ke atas beliau, pasti akan gagal mendapatkan undi 2/3 dari ahli parlimen...


Tujuan lain Mahathir menabur fitnah ke atas PAS ialah kerana bimbang dengan kerjasama antara UMNO dan PAS yang di lihat semakin mantap dari hari ke hari...

Pukulan pertama yang di terima ialah kekalahan calon PH di Cameron Highland...

Lepas BN menang di Cameron Highland hasil dari kerjasama yang mantap antara UMNO dan PAS, PRK Semenyih menyaksikan hubungan kerjasama yang lebih jitu antara BN dan PAS...

Inilah yang merisaukan Mahathir...

Mahathir tahu, kalau keadaan ini di biarkan, PH PASTI TUMBANG dalam PRU 15 nanti...

Bagi Mahathir, kerjasama ini tak boleh di biarkan...

Penyatuan yang terjalin MESTI di musnahkan...

Cara yang terbaik bagi Mahathir ialah dengan menimbulkan rasa syak wasangka dan kemarahan  antara UMNO dan PAS...

Dengan menebarkan fitnah, Mahathir harap dapat membuat orang UMNO merasakan PAS adalah parti politik yang tak boleh di percayai dan menikam kawan di saat akhir...

Dengan menabur fitnah, Mahathir harap, penyokong PAS pula akan bertindakbalas terhadap respon penyokong UMNO...

Dengan cara itu, UMNO dan PAS tak akan berkerjasama lagi di dalam PRK yang akan datang dan yang paling penting, kerjasama itu mesti di musnahkan sebelum PRU 15...

Bagi Mahathir, fitnah RM90 juta, adalah senjata yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan saja memecahkan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS, malah juga sebagai amaran kepada DAP dan PKR...

Tapi Mahathir lupa, pepatah ada menyatakan :

"Fitnah adalah senjata yang tajam tapi tidak setia, akan tiba masanya, senjata itu akan memakan tuannya sendiri"

Dan sekarang, senjata tersebut mula memakan tuannya sendiri!!!

Bila Si Munafik Menuduh Parti Orang Melayu Islam Sebagai Parti Kafir


Mahathir lupa, walau pun dia berada di puncak kuasa atas bumi Malaysia nie, tapi kuasa mutlak tetap pada Allah swt...

Ada masanya, Allah swt mengizinkan kebatjilan mengatasi yang hak, untuk memberi peluang pada hambaNya bertaubat, tapi bila tiba masanya, maka yang hak PASTI akan mengatasi yang batil...

Segala perancangan Mahathir menemui jalan buntu...

Mahathir mengharapkan agar kerjasama antara UMNO dan PAS musnah selepas memperalat dan menabur fitnah ke atas PAS, tapi Allah swt mengkehendaki yang sebaliknya berlaku...

Firman Allah :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Mafhumnya :

Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH sebaik2 perancang (membalas tipu daya)...

Surah Ali Imran : Ayat 54

Pemimpin dan penyokong UMNO tidak melatah manakala pemimpin dan penyokong PAS berjaya menangani isu tersebut dengan baik...


Malah, kerjasama antara UMNO dan PAS di lihat semakin mantap (BACA DI SINI), ini semuanya adalah atas izin Allah swt...


Marah dengan kegagalan memecahbelahkan antara UMNO dan PAS, akhirnya Mahathir menyuarakan apa yang terbuku di hatinya dengan mengatakan kerjasama antara PAS dan UMNO adalah kerjasama antara parti Islam dan parti kafir (BACA DI SINI)...


Satu persoalan menarik, kenapa Mahathir tidak menuduh PAS sebagai parti kafir, sedangkan sejak dahulu, Mahathir secara konsisten menyerang PAS dan menuduh Haji Hadi dan PAS kafir?

Ini adalah kerana, Mahathir masih bimbang pada undi tak percaya ke atas dirinya dan waktu itu, Mahathir amat2 memerlukan sokongan PAS untuk menyelamatkannya dan membuat PAS marah adalah ibarat menggali lubang untuk diri sendiri...

Jadi, UMNOlah yang menjadi sasaran kemarahan Mahathir!!!

Menuduh orang yang beriman sebagai kafir merupakan tuduhan yang berat...

Daripada Abu Zar ra, di katakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda :

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

Mafhumnya :

Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu... 

Riwayat Al-Bukhari : 6045..

Memang benar seperti apa yang telah di sabdakan oleh Rasulullah saw, malah ciri2 musuh Islam yang paling bahaya iaitu munafik, ada terdapat pada orang yang menuduh UMNO sebagai parti kafir...

Perhatikan sabda baginda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Mafhumnya :

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, baginda bersabda : 

"Tanda munafik ada tiga :

》Jika berbicara dia dusta...
》Jika berjanji ia mengingkari...
》Dan jika di beri amanah dia khianat"...

Riwayat Al-Bukhari : 32...

Jika Abdullah bin Ubai laknatullah ialah bapa orang munafik yang cuba memecahbelahkan penyatuan ummah antara Muhajirin dan Ansar di zaman baginda Rasulullah saw, apakah Mahathir boleh di katakan sebaris dengan Abdullah bin Umar laknatullah kerana membawa perwatakan yang sama dengan matlamat yang sama!!!

Pada penyokong UMNO dan PAS, jangan termakan hasutan yang membawa perpecahan yang cuba di lakukan oleh Mahathir, teruskan kerjasama dalam menyatukan ummah demi Islam dan Melayu di bumi Malaysia ini...

Pada penduduk Semenyih, pilihlah panji perpaduan yang di julang oleh UMNO dan PAS pada 2hb Mac ini...

Tolaklah panji perpecahan yang di bawa oleh Pakatan Harapan...

Selamat mengundi pada PRK Semenyih, muga undi penduduk Semenyih akan jadi pemangkin pada penyatuan ummah di Malaysia...

Amin...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.