Friday, February 8, 2019

Geng Mukhriz Dedah Marzuki Takde Cambridge Degree


Tiba2 panas tentang isu tentang kelulusan sebenar Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator Datuk Marzuki Yahya...

Kenyataan demi kenyataan keluar sama ada dari pihak Marzuki sendiri mahu pun dari pihak netizen...


Permulaannya Marzuki mempertahankan kenyataan bahawa beliau sememangnya graduan dari University Cambridge, England dan sanggup mengemukakan bukti bahawa kenyataan beliau adalah benar...


Tapi bila bukti demi bukti di kemukakan, Marzuki terpaksa beritahu yang kononnya bukan University Cambridge, England yang dia maksudkan tapi Cambridge International University, Amerika yang dia maksudkan (BACA DI SINI) dan juga (DI SINI - graduan Cambridgekan, mestilah nak kena letak link OMPUTEH 😛😛😛)  melalui program Pendidikan Jarak Jauh...🤭🤭🤭

Mula2 Bersatu seakan2 membisu dalam isu nie, lebih kurang Bersatu ambil pendekatan 'lantak komē lēr yop'...

Tapi akhirnya, Bersatu keluarkan kenyataan untuk 'back up' Marzuki (BACA DI SINI)...

Kononnya, ijazah cuma sekeping kertas dan yang penting ialah usaha dan kerja keras Marzuki selama nie...

Ayat yang paling 'win' ialah, 'sekurang2nya Marzuki tak merogol dan mencuri'...

Lantak komē lēr, tapi teman nak tanya sikit :

》Marzuki nie MANDO estate atau pun Timbalan Menteri Luar Negeri?

》IdoklÄ“r orang ramei nak pertikeikan kelulusan Marzuki tu, tapi manÄ“r komÄ“ campakkan integriti komÄ“ tu, kalau kelulusan pun menipu? (BACA DI SINI)...

Siapa Dalang Di Sebalik Isu Kelulusan Akademik Marzuki


Admin rasa peliklah juga bila tiba2 isu kelulusan akademik Marzuki timbul...

Mestilah ada konspirasi pihak2 tertentu yang buatkan isu nie meletup!!!

Kalau tak, dalam ramai2 menteri dengan timbalan menteri dalam kabinet tu, kenapa tetiba Marzuki yang jadi sasaran?


Sebelum Marzuki di lantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu pada 27 September 2018, khabarnya, Marzuki adalah antara tulang belakang dalam kem Mukhriz Mahathir...

Tapi di katakan, lepas Marzuki di lantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki seolah2 bersikap kacang lupakan kulit...

Marzuki di katakan terus meminggirkan team Mukhriz dan hanya fokus kepada Dr. Mahathir...

Memang admin tahu Mukhriz tu anak kesayangan Dr. Mahathir dan berkhidmat pada Dr. Mahathir, samalah juga berkhidmat pada Mukhriz...

Apa yang admin nak sampaikan ialah, sikap Marzuki telah membuatkan team Mukhriz merasakan yang Marzuki dah pinggirkan mereka sejak di lantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu...

Siapakah yang lebih tahu kelulusan sebenar Marzuki selain dari kalangan yang benar2 rapat dengan dia, iaitu team Mukhriz!!!


Jadi bila Malaysiakini melapurkan Mukhriz keluarkan kenyataan untuk 'back up' Marzuki (BACA DI SINI), admin cuma tersenyum sebab tahu inilah persembahan permainan politik dari team Mukhriz...

Lepas menghangatkan isu kelulusan akedemik Marzuki dan membiarkan dia terkapai2, maka Mukhriz sendiri muncul untuk menyelamatkan Marzuki...

Mesej yang nak di sampaikan ialah, YOU STILL NEED US, BRO!!!

Bersatu Parti Carca Marba!!!


Sebenarnya bukan setakat konflik antara Marzuki vs Team Mukhriz jer yang ada dalam Bersatu...

Tak seperti namanya, Bersatu ibarat retak menanti belah...

Banyak lagi konflik yang dah membarah dalam Bersatu sebenarnya...

Ingat lagi tak isu Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abd. Rashid yang secara terang2 minta dedak dari Dr. Mahathir masa PAT Kedua Bersatu?

Dan ingat lagi tak macam mana Syed Saddiq, budak setahun jagung dengan biadabnya menempelak Naib Presiden Bersatu tu!!!

Ucapan Syed Saddiq mendapat respon panas dari Ketua2 Bahagian Bersatu sampai ke tahap wujudnya konspirasi untuk jatuhkan Syed Saddiq (BACA DI SINI)...


Bercakap tentang Syed Saddiq nie, kita musykil jugak, camner budak setahun jagung yang tak berapa nak matang nie boleh bercakap kat BBC Hard Talk tentang polisi Malaysia terhadap Zionis?

Kenapa tak panggil, Saifuddin Abdullah, Menteri Luar atau pun Abam Marzuki Scambridge kita untuk bercakap tentang polisi luar negara Malaysia...

Kan Abam Marzuki kita tu Timbalan Menteri Luar, lagi pun graduan Cambridge tu...😂😂😂

Ada dedak yang di hulur dari pihak sini ke pihak sinun ker?

Atau Syed Saddiq dah di rekrut agen M16?

Apakah nie satu lagi mesej YOU STILL NEED US dari team Mukhriz pada Marzuki!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.