Tuesday, January 8, 2019

'Malaysia Baru' YANG TERCELA, YDP Agong Letak Jawatan


Penubuhan 'Malaysia Baru' di mulakan dengan fitnah yang keji, cacian dan makian terhadap Seri Paduka Baginda kononnya berkomplot dengan parti pemerintah lama bagi menghalang Mahathir mengangkat sumpah Perdana Menteri sedangkan Baginda sedang menunaikan solat Isyak berjemaah...

Penubuhan 'Tabung Harapan' konon bagi membayar hutang negara, di hiasi dengan kebiadaban Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan mengapi2kan tentang perbelanjaan yang telah di luluskan kerajaan terdahulu terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku...


Baginda memotong 10% dari emolumen perbelanjaan bagi di salurkan ke Tabung Harapan...

Seri Paduka Baginda membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Diraja kerana Baginda berpendapat duit itu lebih di perlukan oleh rakyat baginda, sedangkan Perdana Menteri dan juga Timbalannya mengadakan Majlis Rumah Terbuka Mega secara bermegah2...

Seri Paduka Baginda tidak berkenaan menganugerahkan sebarang pingat kebesaran di Hari Keputeraan Baginda...

Majis Istiadat Hari Keputeraan Rasmi Baginda di batalkan oleh titah Baginda sendiri dan peruntukan dana tersebut di salurkan ke Tabung Harapan...

Seri Paduka Baginda tidak berkenan mencemar duli ke majlis rasmi yang di susun oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir dengan membatalkan Jamuan Teh Di Raja sempena Hari Keputeraan Baginda...


Penasihat khas kepada Perdana Menteri sekali lagi mengapi2kan dengan bercerita bahawa Raja-Raja Melayu menghalang pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri susulan pendedahan bongkak Timbalan Perdana Menteri bahawa dia di tawarkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri...

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sekali lagi di keji, di hina dan di kutuk, hanya kerana tersebar gambar Baginda melangsungkan perkahwinan dengan suri pilihan hati Baginda...


Pertama kali berlaku dalam sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong MELETAK JAWATAN...

Segalanya ini tak termasuk lagi dengan pengakuan oleh Perdana Menteri sendiri bahawa kerajaan tidak akan mengembalikan kuasa perkenan sesuatu Akta bagi di luluskan kepada Yang Di Pertuan Agong sedangkan sebelum PRU 14, Perdana Menteri sendiri kononnya akui bahawa kesal kerana memansuhkan peruntukan Perlembagaan berkenaan sehingga menyebabkan kerajaan terlalu berkuasa...

Anwar Ibrahim sendiri pernah mencabar di mahkamah sewaktu di tahan di penjara bahawa peruntukan sesuatu Akta akan di luluskan secara automatik dalam tempoh 30 hari di persembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong adalah bertentangan dengan Perlembagaan bagi menghalang Akta Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang di luluskan kerajaan terdahulu...


Bagaimana biadapnya kabinet kerajaan menggantung pelaksanaan Akta Hasutan yang menjamin keharmonian dalam negara sehingga Raja-Raja Melayu di hina secara terbuka oleh bangsa2 lain...

Sedangkan separuh dari peruntukan dalam Akta Hasutan adalah bagi memelihara Raja-Raja Melayu...

Kerajaan secara biadapnya melalui Menteri Undang Undang mewar2kan bahawa akan memansuhkan segala hukuman mati yang ada dan perkara ini termasuklah bagi kesalahan mengisytiharkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong...

Segala komen dari yang namanya bangsa Melayu yang pernah mencela, mewujudkan ketidakpuasan hati terhadap Baginda Raja, termasuk dalam kalangan keluarga, sahabat, guru2 dan sebagainya akan di kenang sebagai pengkhianat bangsa Melayu!!!

Celupar terhadap ulamak kerana taksub berpihak masih ada yang sudi berhujah dengan matang dan sejahtera...

Celupar terhadap Raja, selamanya akan di ingat sebagai pengkhianat bangsa Melayu...

SEDARLAH SEMUA...

KERANA FITNAH, SEORANG PEMIMPIN YANG SENTIASA MEMBELA NASIB RAKYAT JELATA TELAH DI JATUHKAN TANPA SEDIKIT PUN RASA BERSALAH DI HATI...

KERANA FITNAH JUGA, MALAYSIA TELAH KEHILANGAN SEORANG RAJA YANG WARAK DAN KASIHKAN RAKYATNYA...

APAKAH KITA AKAN TERUS MEMBIARKAN FITNAH YANG DI TABUR MEREKA MERENGGUT APA YANG MASIH TERSISA PADA KITA!!!

Ampun Tuanku Paduka Baginda,
Pacal yang hina tiada upaya,
SI KITOL durjana di bangkit semula,
Menyembah derhaka Duli Yang Maha Mulia...

Sembah ampun patik pohonkan,
Bangsa menumpang kian bangsat,
Biadap tercela bangsa bertuan,
Agama di ketepi fitnah di jangkat...

Keberangkatan pulang Duli Tuanku,
Meruntun jiwa hamba rakyat,
Di serambi Mekah bersemayamlah Rajaku,
Persekutuan itu mengemis daulat...

Titah Tuanku sekalian hamba rakyat junjung,
Taat setia patik hanya kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negara,
Semoga Allah sentiasa pelihara Sultan kami,
Patik sentiasa bersama Tuan patik...

DIRGAHAYU RAJAKU... 
DAULAT TUANKU...
😢😢😢😢😢

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.