Friday, January 11, 2019

DAP dan India Luar Hina Calun Orang Asli Tempatan


Tuan Ramli Mohd. Noor, bekas pegawai kanan PDRM di pilih sebagai calon BN untuk PRK Cameron Highland...


Pemilihan Tuan Ramli adalah tepat kerana ianya ternyata jauh lebih baik jika di bandingkan PH yang mempertaruhkan calon 're-cycle' dari DAP, Manogaran, yang dah tewas sebanyak dua kali dalam dua PRU...

Tuan Ramli Mohd. Noor Anak Tempatan Berketurunan Orang Asli


Tuan Ramli berasal dari Pos Mensoon, Cameron Highland dan berketurunan suku kaum Semai...

Tuan Ramli juga bekas pegawai kanan PDRM dan memegang jawatan terakhir sebagai Assisten Komisioner (ACP), menjadi lambang kejayaan dan kebanggaan bagi masyarakat orang asli terutamanya di Cemeron Highland...

Tuan Ramli juga aktif dalam penglibatan sukarelawan terutamanya dalam membantu masyarakat orang asli, terutamanya di sekitar Cameron Highland...

Sekiranya terpilih sebagai ahli parlimen Cameron Highland, sudah pasti sebagai anak tempatan, Tuan Ramli akan lebih mudah di dekati oleh masyarakat tempatan dan lebih memahami kehendak dan masaalah masyarakat di Cameron Highland...

Tiada Janji, Lihat Bukti


Sebagai seorang bekas pegawai kanan PDRM, Tuan Ramli bukanlah seorang yang suka menabur janji2 bulan bintang seperti yang di lakukan oleh calon 're-cycle' PH dari DAP...

Ini bersesuaian dengan 'tag line' BN dalam menghadapi PRK Cameron Highland iaitu, TIADA JANJI, LIHAT BUKTI...

Manogaran dan Lim Kit Siang dalam lawatan (mungkin kali pertama dalam hidup Lim Kit Siang) ke Cameron Highland bahawa selama lebih 60 tahun memerintah, BN mengabaikan masyarakat orang asli, maka Tuan Ramli adalah bukti hidup bagaimana BN selama ini 'mengabaikan' masyarakat orang asli...

Di sebabkan BN 'mengabaikan' masyarakat orang asli, maka Tuan Ramli yang berketurunan orang asli suku Semai telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana (Master) Pentadbiran Awam malah kini sedang menyiapkan thesis Ijazah Kedoktoran (PhD) beliau...

Kerana sikap BN 'mengabaikan' masyarakat orang asli, maka Tuan Ramli yang juga berasal dari masyarakat orang asli telah berjaya dalam kerjaya beliau sehingga jawatan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) sewaktu bertugas dengan PDRM...

Bukan Saja Calon DAP Menghina Orang Asli Tapi Penyokong DAP Juga Sama


Dalam satu kenyataan yang di keluarkan, jelas calon pilihan Pakatan Harapan dari DAP, langsung tidak mempunyai perasaan hormat  malah menghina masyarakat orang asli...

Dari kenyataan Manogaran, jelas menunjukkan sikap bongkak dan biadab beliau...

Apakah masyarakat orang asli terlalu hina dan selekeh pada pandangan mata Manogaran atau beliau cuba melaga2kan masyarakat Melayu, Cina dan orang asli!!!



Senada dengan sikap pemimpin DAP, begitulah juga sikap penyokong tegar mereka...

Suka memandang hina pada orang lain...

Suka membuat tuduhan melulu kepada pihak lain...



Lebih menjijikkan lagi, parti yang di asaskan dengan sifat perkauman, dah pasti akan melahirkan pemimpin dan pendokong yang tebal sufat rasisnya...

Apa yang di hantar ke media sosial oleh salah seorang pendukung kuat DAP, jelas menunjukkan bukan sahaja tebalnya sikap perkauman mereka malah jelas menghina masyarakat orang asli...

Tanpa di sedari, di sebalik penghinaan, jelas menunjukkan kebodohan mereka sendiri...

Begitulah sikapnya bila si kaduk dapat naik ke junjung!!!

Semuga pengundi PRK Cameron Highland tidak terperangkap dengan sikap buruk DAP...

Pemilihan Manogaran sebagai calon 're-cycle' Pakatan Harapan pun belum lagi dapat di muktamadkan sepenuhnya kerana ada sumber mengatakan, ada usaha berterusan dari pihak komponen Pakatan Harapan sendiri sedang giat melobi untuk menggantikan Manogaran dengan calon dari parti mereka...


Berbeza dengan suasana pemilihan Ramli sebagai calon dari BN, di mana ianya di buat dengan kesepakatan antara MIC, PAS dan UMNO...

Kepada pengundi PRK Cameron Highland, buatlah pilihan yang bijak supaya dapat di bezakan antara kaca dengan permata...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.