Friday, December 28, 2018

Surat Dari Cardoba Cuma Satu Helah Alihkan Isu Tabung Haji


Tiba2 tular di laman media surat yang di tulis oleh Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid bin Yusoff kepada janda terhangat di pasaran, Nurul Izzah binti Anwar...

Mula2 admin pun sama2 teruja, seronok dan hampir termuntah bila baca surat tu...


Lenggok bahasa ala 60'an dengan menggunakan pengganti diri kekanda dan adinda (walau pun hakikatnya lebih sesuai di gunakan ayahanda dan anakanda) menggambarkan bagaimana 'menggelitis' (bahasa orang Melaka yang bermaksud menggatal) seorang tua cuba nak ayat seorang janda muda...

Tapi bila respon yang di berikan oleh Mujahid, penulis surat, mengatakan beliau 'terhibur'  dengan respon dari netizen terhadap surat beliau, admin rasakan seperti ada sesuatu yang tak kena...


Di tambah lagi dengan sikap membisu si janda muda yang menguatkan lagi perasaan admin...

Reaksi dari Mujahid, si penulis surat dan Nurul Izzah, si janda muda, menguatkan lagi pendapat admin bahawa cerita Surat Dari Cardoba memang sengaja di ujudkan sebagai satu lagi helah mengalih perhatian masyarakat Melayu Islam terhadap sesuatu yang lebih besar yang sedang berlaku sekarang!!!

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat


Baru2 ini, kita di kejutkan dengan berita, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjual aset2 TH yang di klasifikasikan sebagai tidak produktif...

Tidak hanya setakat itu, kerajaan juga di katakan telah mengambil keputusan untuk meletakkan TH di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia bermula dari 2019...

Keputusan kerajaan telah menimbulkan  keresahan dan kemarahan masyarakat Melayu Islam di Malaysia kerana TH adalah antara syarikat yang begitu dekat di hati masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Kemunculan PAN Hanyalah Sebagai Baruah DAP Untuk Mengalihkan Perhatian Terhadap Isu Sebenar


Memang tak dapat kita nafikan, keujudan Parti Amanah Negara (PAN) hanyalah sebagai macai DAP dalam melaksanakan agenda tersembunyi mereka...

Mungkin ramai yang masih ingat, ketika JAKIM dan IKSIM di serang, maka Mujahid muncul sebagai macai DAP dengan isu LGBT untuk mengalihkan perhatian masyarakat Melayu Islam di Malaysia terhadap serangan terhadap JAKIM dan IKSIM...

Akhirnya di sebabkan kita terlalu leka membicarakan tentang LGBT, maka tanpa kita sedar, JAKIM telah berjaya mereka lemahkan dengan memotong sebahagian besar dari dana yang di peruntukkan kepada mereka manakala IKSIM telah berjaya mereka lumpuhkan dengan menarik balik semua dana yang di salurkan kepada mereka melalui Pusat Zakat...

Sekarang sekali lagi institusi yang rapat di hati masyarakat Melayu Islam di serang...

Untuk mengalihkan perhatian masyarakat Melayu Islam, Mujahid di arahkan muncul sebagai pelawak untuk mengalihkan perhatian...

Yang perlu kita tumpukan perhatian ialah mempertahankan TH supaya tak di timpa nasib yang sama seperti JAKIM dan IKSIM...

Biarkanlah Mujahid dengan kebodohannya dan membiarkan dirinya di peralatkan...

Tapi apa yang sangat2 memalukan bila seorang Menteri Agama Islam boleh di pergunakan...

Sungguh, seperti yang di tulis dalam halaman The Patriots, seperti yang di tulis dalam website The Patriot, sebagai seorang Menteri Agama Islam, bukanlah isu seorang janda yang harus di tuliskan oleh Mujahid tetapi sepatutnya Mujahid menghayati sejarah peninggalan para ilmuan2 Islam yang banyak terdapat di bumi Cardoba...

Namun sikap Mujahid hanyalah mencemarkan keagungan Islam bila menampilkan seorang Menteri Agama Islam, zuriat dari seorang ulamak tersohor, Allahyarham Haji Yusoff Rawa, hanya menceritakan tentang kebimbangannya kepada seorang janda dan bukannya kebimbangan terhadap survivor masyarakat Islam di Malaysia sebagaimana yang pernah berlaku di bumi Cardoba...

Muga Allah swt akan melindungi masyarakat Melayu Islam di Malaysia dari mengalami nasib yang sama seperti yang pernah di lalui oleh umat Islam di Cardoba...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.