Tuesday, December 4, 2018

Kenapa Kita Perlu Teruskan Himpunan Ummah 812

Kenapa Bangsa Melayu Islam Perlu Teruskan Himpunan Ummah 812


Ayuh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik untuk kita turun beramai2 dan berhimpun secara aman pada 8 Disember ini dengan BERPAKAIAN PUTIH dan mengibarkan jalur gemilang  bagi tujuan berikut :


MENSYUKURI kejayaan membantah ICERD yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mampu meruntuhkan 61 tahun keharmonian kaum di Malaysia...

MENOLAK sebarang usaha kerajaan Pakatan untuk meratifikasi Konvensyen2 Antarabangsa lain berkenaan Hak Asasi Manusia yang tidak secocok dengan acuan Malaysia yang berpaksikan Islam, martabat Bumiputera dengan keunikan pelbagai agama dan bangsa...

MEMBANTAH segala dasar kerajaan Pakatan yang membelakangi prinsip Islam, kedaulatan Raja2 Melayu dan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang di jamin dalam Perlembagaan Persekutuan...

MENYANGGAH pendirian Pakatan Harapan yang lebih mengutamakan janji2 manifesto berkaitan ratifikasi ICERD dan Konvensyen Hak Asasi Manusia yang lain berbanding janji2 yang menyentuh kepentingan rakyat...

MELUAHKAN rasa terkilan dan dukacita terhadap kegagalan kerajaan Pakatan menunaikan janji2 Manifesto PRU 14 lalu berkaitan kehidupan rakyat termasuklah janji berkaitan PTPTN, pemansuhan tol, penurunan harga minyak dan meringankan kos sara hidup rakyat...

MEMPAMERKAN semangat patriotik dan kecintaan kita sebagai rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa yang mengutamakan keamanan dan kehormonian...

MENENTANG keras sebarang bentuk ancaman dan cubaan memainkan sentimen perkauman dan agama di kalangan rakyat sekaligus menjunjung kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kekuatan negara selama ini...

MENZAHIRKAN semangat solidariti rakyat Malaysia yang mendambakan penyatuan ummah dan pemerkasaan integrasi kaum bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan negara sejak merdeka lagi...


Kita bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang ganas...

Kita bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang suka merampas hak orang lain...

Kita bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang suka mungkir janji...

Tapi jangan di cabar dan di hidupkan qursani Melayu!!!

Jasad Tuah dan Jebat telah lama hancur di mamah bumi...

Tapi semangat Tuah dan Jebat takkan pernah hilang dari anak cucunya...


Yang bangkit menentang ICERD ialah semangat Tuah yang telah di bangkitkan dalam jiwa orang2 Melayu sekarang...

Tuah terkenal dengan sikap berhemah dan beradab tinggi namun jangan lupa, dalam hemah dan toleransi Tuah, sekali kaki melangkah, prinsip biar putih tulang, jangan putih mata akan di gigit erat dengan geraham...


Janganlah pula ada yang cuba membangkitkan semangat Jebat dalam jiwa orang Melayu sekarang ini...

Kerana Jebat, tidak pernah kenal erti diplomasi, tidak pernah ada dalam kamus hidupnya perkataan bertolak ansur...

Biarlah semangat Jebat terus bersemadi dengan jasadnya di bumi Melaka...

Kerana kami lebih selesa, berjuang dengan semangat Tuah...

Oleh itu, marilah kita taburkan raksa qursani Tuah supaya melingkari setiap urat dan tulang temulang jasad bangsa Melayu!!!


AYUH TANPA GENTAR, KITA BERHIMPUN SECARA AMAN DALAM HIMPUNAN UMMAH 812!!!

INI BUKAN PERHIMPUNAN UMNO ATAU PUN PAS...

TAPI INI PERHIMPUNAN BANGSA MELAYU ISLAM MALAYSIA...

SEMATKAN KEMAS2 KATA2 AZIMAT DARI HANG TUAH...

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!

ALLAH HU AKBAR !!!
ALLAH HU AKBAR !!!
ALLAH HU AKBAR !!!


Olahan dari tulisan asal :

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.