Saturday, December 8, 2018

Himpunan Tolak ICERD Perkara Sia-Sia, Hanya Agenda Politik PAS Dan UMNO?

Melayu Pemalas Di Larang Baca


Biarlah kalau orang muda kita sendiri pun kata himpunan Daulat 812 hanya kerja sia2 sahaja...

Tambahan pula di katanya modal politik UMNO dan PAS sahaja...


Lagi pun peluang dalam isu ICERD inilah titik penyatuan terbaik untuk dua parti Melayu terbesar berkerjasama...

Kepada anak muda dan mereka yang menolak Perhimpunan Daulat 812, pandanglah isu ICERD ini dengan mata hati kamu, di situ kamu akan ketemu jawapan bahawa ICERD adalah anugerah Allah swt kepada bangsa Melayu Islam di Malaysia...

Kerana isu ICERDlah, 2 kumpulan terbesar Melayu Islam di Malaysia yang selama ini terpisah dan berbalah kerana politik, telah bersatu kembali...

Apakah kamu semua tidak suka melihat kelompok yang sebangsa dan seagama dengan kamu bersatu semula!!!

Bukan Parti Politik Yang Memulakan Gelombang Penolakan ICERD


Isu ICERD ini bukanlah di mulakan oleh orang UMNO dan PAS...

Ianya di mulakan oleh NGO dalam COMANGO iaitu KOMAS, Aliran, Tenaganita, Muslimin Renaissance Front, PROHAM, SUARAM dan Projek Dialog...


Akhirnya pernyataan tentang ICERD ini di bacakan oleh Kastthuri Patto (MP Batu Kawan) di Dewan Rakyat...

Walaupun pada hakikatnya isu berkaitan ICERD adalah di bawah portfolio P. Waythamoorthy selaku Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Kaum...


Kumpulan peguam yang di pimpin oleh Lukman Sheriff dan Yusfarizal Yusoff membuat perkongsian berkenaan bahana sekiranya ICERD di ratifikasikan...

Akhirnya satu petisyen menolak ICERD di lancarkan oleh kumpulan peguam ini, dalam masa yang sama penerangan demi penerangan di lakukan mereka untuk membuka mata dan minda rakyat Malaysia...


Rentetan itulah kita melihat satu persatu parti politik Melayu dari sayap pemuda mereka menyatakan penolakan terhadap usaha meratifikasi ICERD...

Ini bermakna setiap penerangan oleh kumpulan peguam berjaya membuka minda mereka, seraya itu barulah kita melihat isu membantah ICERD di gerakkan oleh orang politik khususnya UMNO dan PAS...

Perkara ini tidak sesekali akan berjaya jika semuanya di lakukan oleh kumpulan perancang, pastinya kumpulan pelaksana perlu di sekalikan agar di lihat lengkap...

Samalah juga dengan situasi bantahan ICERD...

Masih ada segelintir kaum Melayu yang beragama Islam melihat himpunan  Daulat 812 ini adalah sia2 kerana kerajaan sudah menyatakan penolakannya...


Namun jika mengikut keluhuran perlembagaan, perkara sebegini perlu di usulkan dan di bahaskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat, sebelum di tolak sebulat suara oleh gabungan politikus Melayu...

Selepas di catatkan HANSARD barulah boleh di war2 penolakan ICERD oleh Perdana Menteri...

Himpunan yang tetap di adakan bukanlah berkenaan dengan ICERD sahaja...


Ianya juga untuk kerajaan tidak mempedulikan desakan COMANGO untuk meratifikasi
International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR)...

Jika di imbas kembali, Nurul Izzah sendiri antara yang menyokong ICCPR di ratifikasi di United Nation...

Sebenarnya ICCPR adalah kunci kepada agenda PLURALISME atau kebebasan dalam beragama seperti mana di Indonesia...




Pihak istana juga telah bersuara menyatakan pendirian mereka...





Secara tegas dan tuntas pihak istana mahu 4 perkara asas dalam perlembagaan jangan di sentuh lagi...


Kalau pun tak mahu atau takut untuk membela ugama dan bangsa sendiri, tak perlulah jadi pengkhianat ugama dan bangsa...

Lebih baik diam sudahlah jika tidak bersetuju...

JANGAN SAMPAI BATU NISAN KITA DISIRAM AIR KENCING CUCU DAN CICIT...

Wallahualam...



Kredit :

Hafni Zuhairi bin Mat Husin

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.