Monday, December 31, 2018

SAH! Guan Eng Rampas Aset TH! PPBM Bela Melayu?


Sebelum ini, kerajaan PH tiba2 mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN terlalu kejam kerana terlebih membayar dividen untuk 4 tahun berturut2...


Dengan menggunakan alasan defisit RM4 bilion, mereka juga mengumumkan bahawa aset TH bernilai RM19.9 bilion akan di jual kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang kita sekarang tahu telah mengutip cukai petrol dengan senyap2 sejak awal bulan lepas sehingga di bongkarkan oleh DS Najib dan pihak2 lain...

Syarikat SPV ini akan meminjam RM19.9 bilion dari TH dengan kadar faedah 2.5% setahun untuk membeli aset2 bernilai RM19.9 bilion dari TH yang mereka dakwa ialah aset yang tidak baik atau pun aset yang rugi...


Walaupun ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap langkah ini, kerajaan PH telah mula menjual aset Tabung Haji bernilai berbilion2 kepada syarikat SPV semalam...

Antara yang sudah di jual semalam termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham di pindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham)...

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) dan TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham)...

Syarikat Yang Di Pindahkan Ke SPV Adalah Syarikat Berpotensi Membuat Keuntungan

Banyak antara syarikat2 yang telah di pindah semalam merupakan syarikat yang mempunyai prestasi keuntungan yang baik dan bukan syarikat yang rugi seperti kriteria di umumkan oleh kerajaan PH...


Satu contoh ialah syarikat IJM Corporation Berhad...


Harga saham IJM agak stabil untuk tahun2 kebelakangan sehingga akhir tahun 2017...

Syarikat itu juga tetap membayar dividen setiap tahun...

IJM bukan sebuah syarikat yang rugi tetapi mempunyai prestasi keuntungan yang baik...

Semalam, 227.31 juta saham dalam IJM telah di jual oleh TH kepada SPV di mana harga saham di Bursa semalam hanya RM1.63 berbanding harga RM3.05 pada akhir tahun 2017...


Satu lagi syarikat yang juga di jual ialah syarikat Malakoff...

TH menjual 500 juta saham dalam syarikat ini kepada SPV semalam...

Bulan lepas, Malakoff baru mencatatkan  keuntungan bersih untuk suku ke-3 telah naik 30% berbanding tahun lepas...

Kementerian Kewangan patut memberi senarai penuh aset2 Tabung Haji yang akan di pindah dan memberi penjelasan yang telus bagaimana dan mengapa aset2 ini telah di pilih untuk di jual kepada syarikat SPV mereka...

Semua syarikat tersebut adalah syarikat yang berpotensi besar memberikan keuntungan kepada TH dan syarikat yang di kekalkan bawah TH adalah syarikat yang di lihat kurang berpotensi...

Bolehkah TH terus berkembang sekiranya semua syarikat yang berpotensi memberikan keuntungan di rampas dan syarikat yang kurang berpotensi di kekalkan...

Akhirnya keuntungan TH akan menguncup dari tahun ke tahun dan seterusnya melemahkan TH dari sudut kewangan...

Ini Yang Dr. Mahathir Katakan PPBM Akan 'Jaga' Orang Melayu


Usai Dr. Mahathir keluarkan kenyataan PPBM akan jaga kepentingan Melayu, Lim Guan Eng pun menjarah harta TH bila menjual saham pegangan TH pada beberapa syarikat yang berpotensi tinggi kepada SPV (UrusHarta Jamaah Sdn Bhd) milik kerajaan PH...

Untuk pengetahuan umum, SPV milik kerajaan PH membeli saham2 pegangan TH dengan harga yang murah DAN MENGGUNAKAN PINJAMAN DARI DUIT TH DAN PINJAMAN ITU TIDAK DI JAMIN OLEH KERAJAAN...

Dalam ertikata lain, sekiranya SPV gagal melunaskan pinjaman tersebut maka TH bukan saja akan kehilangan pegangan terhadap aset tersebut malah akan kehilangan duit yang di pinjamkan kepada SPV milik kerajaan PH!!!


Inilah rompakan harta umat Islam bila TH di kawal selia oleh kafir harbi!!!

Okay jom kita tengok performance asset2 tersebut :

1) Naim Holdings Bhd

YOY Profit Growth, QOQ Profit Growth , Profit Growth Continously for 3 Quarter, Last Quarter profit highest in 2 year...

2) Malakoff Corp Bhd

Divident yield 7% p/a, paid divident almost 40 sen per unit since listing date 2015 (TH bought Malakoff at RM1.80 sen)..

3) Integrated Logistic Bhd

Underperform...

4) Dayang Enterprise Bhd

YOY Profit Growth, QOQ Profit Growth, Profit Growth Continously for 3 Quarter, Last Quarter profit highest in 2 year...

5) Pintaras Jaya Bhd

Divident yield 9% p/a...

6) Eastern and Oriental Bhd

Divident yield 3% p/a...

7) Hapseng Plantation Bhd

Divident yield 5% p/a...

8) UEM Sunrise Bhd

YOY profit growth, Divident yield 2%...

9) IJM Corp Bhd

Divident yield 3% p/a...

10) Pelikan International Bhd

YOY profit growth, profit making company...

11) Icon Offshore Bhd

Order book this year RM 300million...

Ada 6-7 company yang constantly bayar divident setiap tahun...

Harus di ingat RCPS yang TH pegang tidak beri divident...

Divident untuk 6-7 company ni pergi ke SPV tanpa perlu SPV membayarnya kembali kepada TH...

TH melopong je lah tengok divident tu...

Ada 2-3 company yang improving every year...

Kita boleh tengok ada company profit growth YOY , QOQ , mencatatkan keuntungan tertinggi untuk quarter result...

Kalau ke depan mula bayar divident samalah macam kes di atas...

SPV tidak perlu membayar kembali kepada TH dan TH melopong je lah tengok...

Ada 1 company order book (dapat kontrak) bernilai RM300 juta untuk 2018 dan di jangkakan akan memberi kesan positif terhadap company tersebut...

YOY - Year on Year
QOQ - Quarter on Quarter
PA - Per annum ( setahun )
Dividen Yield - Pulangan dividen

Celah Mana Yang Di Katakan PPBM Akan Melindungi Kepentingan Melayu


Harta institusi TH, satu institusi yang sangat dekat dengan hati orang Melayu Islam di jarah dengan lahapnya oleh puak2 kafir harbi...

Apakah tindakan PPBM yang telah mendapat kuasa memerintah dari orang Melayu Islam?

Apakah pemimpin2 mereka bersekongkol sama dengan aktiviti tak bermaruah menjarah aset TH?

Siapakah yang berada di belakang SPV atau UrusHarta Jamaah Sdn Bhd yang di cipta oleh kerajaaan PH untuk menjarah aset TH?


Apakah KUASA MELAYU yang ada pada PPBM hanya sekadar melihat puak kafir harbi menjarah kepentingan masyarakat Melayu Islam di Malaysia!!!


Kalau benar apa yang Muhyiddin katakan, Melayu tidak hilang kuasa, maka kembalikan aset TH yang telah di jarah kafir harbi seperti berikut :

1) Naim Holdings Bhd : 24 juta Unit 3%
2) Malakoff Corp Bhd : 500 juta Unit 10%
3) Integrated Logistic Bhd : 20 juta Unit 9%
4) Dayang Enterprise Bhd : 76 juta Unit 8%
5) Pintaras Jaya Bhd : 11 juta unit 7%
6) Eastern and Oriental Bhd : 94 juta unit 7%
7) Hapseng Plantation Bhd : 66 juta unit 8%
8) UEM Sunrise Bhd : 348 juta unit 8%
9) IJM Corp Bhd : 227 juta unit 6%
10) Pelikan International Bhd : 157 juta unit 30%
11) Icon Offshore Bhd : 103 juta unit 9%
12) TH Heavy Engineering Bhd : 334 juta unit 30%
13) Parkson Berhad : 105 juta unit 10%
14) Lion Industry : 44 juta unit 6%
15) MCT Berhad : 133 juta unit 9%
16) KSL Berh 71 juta unit 7%
17) MMHE Berhad : 105 juta unit 7%
18) Mahsing Berhad 139 juta unit 6%
19) Adventa Berhad : 14 juta unit 9%
20) CSC Steel Berhad : 27 juta unit 7%

TH di tubuhkan hasil dari kertas cadangan yang di kemukakan oleh Al marhum Profesor Di Raja Ungku Aziz...

Selain dari aktiviti pelaburan yang di jalankan, TH di tubuhkan khas untuk membantu masyarakat Islam di Malaysia menunaikan ibadah fardhu haji iaitu rukun Islam yang kelima...

Kenapa TH Perlu Di Serahkan Ke Tangan Kafir Harbi!!!


Sekiranya benar, ada penyelewengan yang berlaku di TH, siasat dan dakwa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan kerana mengkhianati masyarakat Islam di Malaysia...

Tetapi menyerahkan penguasaan TH ke tangan kafir harbi bukanlah langkah yang wajar...

Bukankah Allah swt telah memberikan kita amaran melalui firmanNya :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ 

مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ 

أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ 

مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu - Al Baqarah : 120

Menyerahkan TH di bawah penguasaan kafir harbi adalah sama seperti memberikan kuasa kepada mereka untuk menentukan ibadah apa yang boleh dan tidak boleh di lakukan oleh umat Islam...

Sekiranya keadaan ini berterusan, dalam masa 10 tahun yang akan datang, akan ujud lagikah TH untuk menguruskan ibadah haji bagi jemaah haji dari Malaysia...

Atau anak cucu kita semua perlu melalui syarikat2 swasta untuk menunaikan ibadah haji kerana TH sudah lumpuh sepenuhnya sebagaimana mereka telah berjaya melumpuhkan JAKIM dan membunuh IKSIM... 😢😢😢


Sumber :

Fb
Datuk Seri Najib Razak dan
Najib Saahari

Sunday, December 30, 2018

Apakah Dr. Mahathir Dan Tommy Thomas Melindungi Pembunuh Adib


Pertubuhan Pemantau Malaysia (Pemantau) amat kecewa dengan kegagalan pihak Peguam Negara, Tommy Thomas mengambil tindakan mendakwa semula keempat2 tertuduh yang sebelum ini di dakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas pertuduhan cubaan membunuh...

Pemantau mengesyaki, Peguam Negara sengaja melengahkan atau cuba melindungi keempat2 tertuduh yang sepatutnya sudah di dakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Allahyarham Adib semasa rusuhan di Kuil Maha Mariaman di USJ, Subang Jaya...

Sekiranya pendakwaan di ubah seperti mana di minta oleh pihak Polis Di Raja Malaysia, keempat2 tertuduh secara automatik hilang kelayakan untuk di ikat jamin sehingga kes selesai...


Rusuhan di Kuil Maha Mariaman bukan isu perkauman...

Ianya tercetus atas pertikaian pihak pemaju dengan pengurusan kuil yang sudah pun menerima tanah gantian dan pampasan sebanyak RM1.5 juta...


Sehubungan dengan itu, adalah tidak masuk akal untuk kerajaan Pakatan Harapan merahsiakan laporan bedah siasat ke atas Allahyarham Adib dan memutuskan untuk mendedahkannya di dalam Mahkamah sepertimana di umum oleh Menteri Dalam Negeri semalam...

Pemantau khuatir, ianya mempunyai kaitan dengan maklumat yang kami terima daripada pihak PPBM bahawa beberapa menteri berketurunan India telah meminta agar laporan sebenar punca kematian Adib tidak di dedahkan demi menjaga keharmonian kaum...


Atas dasar itu, Pemantau menjemput seberapa ramai NGO dan Individu yang cintakan keadilan, agar dapat bersama2 pada tarikh, masa dan tempat sepertimana berikut untuk membuat satu laporan polis ke atas Dr Mahathir kerana di syaki melindungi Wayta Moorthy, Kulasegaran dan Ghanabathirau yang telah mengeluarkan ucapan2 menghasut dan menuduh umat Islam sebagai penceroboh sehingga rusuhan di sertai oleh lebih ramai individu di hari kedua...


Dan kami juga akan membuat satu laporan ke atas Peguam Negara kerana di syaki melengahkan penukaran pendakwaan ke atas 4 individu yang di syaki membunuh Allahyarham Adib sehingga memungkinkan 4 individu ini melarikan diri ke negara yang mengharamkan hukuman mati :

Tarikh : 4hb Januari, 2019 (Jumaat)
Masa. : 9.00 Malam
Tempat Berkumpul : Depan Bangunan SOGO, Jalan Tengku Abdul Rahman, KL
Repart Di : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Sebelah Kompleks Campbell, KL


Pemantau juga ingin melahirkan rasa bimbang terhadap kehancuran yang di bawa oleh Tommy Thomas sepanjang beliau menjawat jawatan Peguam Negara...

Selain tindakan memalukan Jabatan Peguam Negara yang melakukan pendakwaan sebelum siasatan di lakukan, pengguguran kes2 yang melibatkan pimpinan Pakatan Harapan dan kegagalan Jabatan Peguam Negara mendakwa insividu seperti Kadir Jasin serta Hishammuddin Rais yang telah memfitnah DYMM Yang Di Pertuan Agong...

Dalam kes Pembunuhan Anggota Bomba Adib yang merupakan kes kepentingan rakyat, jelas terbukti Peguam Negara juga gagal memberikan kelulusan segera  kepada pihak PDRM untuk meminda pertuduhan yang telah di daftarkan dalam mahkamah keatas 4 tertuduh mengakibatkan pihak PDRM tidak boleh membuat tangkapan semula secara sah...


Saya juga ingin menyeru kepada semua pihak agar menyedari bahawa kita sepatutnya memberi tekanan kepada Perdana Menteri dan Peguam Negara yang melindungi penjenayah2 dan penghasut sebenar...

Tekanan dan ugutan tidak sepatutnya di lemparkan kepada pihak Polis Di Raja Malaysia yang saya yakin ramai di kalangan mereka juga sudah lama menyampah dengan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan...



Dari tulisan asal :

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Presiden
Pertubuhan Pemantau Malaysia
0123320000

Saturday, December 29, 2018

Azwanuddin Di Dakwa Kerana Membela Adib, AG Tolak Bukti Siasatan Di Bunuh?

Adakah Salah Di Sisi Undang2 Malaysia Bila Kita Menuntut Keadilan Terhadap Penjawat Awam Yang Telah Di Pukul Hingga Mati Ketika Menjalankan Tugas?


Di manakah Kedaulatan Undang-Undang atau Rule Of Law yang sering di laung2kan oleh pihak kerajaan Pakatan bila rakyat yang menuntut keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib bin Mohd. Kassim, seorang anggota bomba yang menjalankan tugas, jelas telah di pukul beramai2 dalam kejadian rusuhan di Kuil Seri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari, di tangkap dan di dakwa di mahkamah!!!

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Haji Azwanddin bin Hamzah di tangkap oleh pihak PDRM pada 26hb Disember 2018 dan di dakwa di Mahlamah Klang pada keesokan harinya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (kerana mengugut) dan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (kerana menghina seseorang)...

Apa Asasnya Azwanddin Di Tangkap


Dalam ucapannya, Dato’ Azwanddin Hamzah telah membuat kenyataan berikut :

i) Mendakwa Senator P. Waythamoorthy sebagai 'Paria Waythamoorthy'...

Berikutan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Dato’ Azwanddin di bawah seksyen 504 KK kerana menghina seseorang...

Dato’ Azwanddin telah di tahan reman empat (4) hari bermula 27/12/2018...

Klasifikasi Kes

Seksyen 504 Kanun Keseksaan

Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan...

Hukuman : Penjara tidak lebih dari dua (2) tahun atau denda atau kedua2nya...

Elemen kesalahan :

i) Maksud paria menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka ialah golongan orang atau kasta yang paling rendah martabatnya dalam masyarakat Hindu...

ii) Maksud ucapan tersebut bukan bermaksud penghinaan dengan kata2 jijik, kesat atau jelik kerana ia hanyalah salah satu golongan/ suku/ kasta dalam masyarakat Hindu sahaja...

Sekiranya perkataan paria membawa maksud hina/ jelik, sudah tentulah dari zaman dahulu lagi golongan2 yang berkasta paria ini yang sepatutnya terkesan dan menukar nama kasta (paria) mereka kepada nama yang lain...

iii) Adakah pengadu dalam kes ini ialah Senator P. Waythamoorthy?

Ini kerana ucapan Dato’ Azwanddin secara jelas menyebut nama beliau sebagai Paria Waythamoorthy...

Oleh itu, beliaulah yang patut berasa sakit hati dan berasa aib dengan ucapan tersebut, bukannya orang lain yang tidak sepatutnya terkesan dengan perkara tersebut...

iv) Ucapan Dato’ Azwanddin yang mengatakan Paria Waythamoorthy bukanlah untuk memecahkan keamanan kerana hanya ucapan Paria Waythamoorthy tidak akan menjejaskan keamanan di negara ini...

Tiada juga apa2 insiden yang berlaku selepas dari ucapan tersebut...

Berbanding tindakan P. Waythamoorthy yang telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dalam wawancara beliau dengan stesen televisyen di Belanda 10 tahun yang telah memecahkan keamanan...

v) Oleh itu, ucapan Paria Waythamoorthy hanyalah manifestasi kemarahan ke atas segala perbuatan P. Waythamoorthy dalam wawancaranya di Belanda, tindakan Menteri itu ingin meratifikasi ICERD dan membuat kenyataan mengkritik polis susulan respon lambat dan tidak tidak efektif polis Subang Jaya dalam mengendalikan isu serangan kuil di Subang Jaya....


Dalam ucapannya pada hari dan waktu yang sama, Dato’ Azwanddin Hamzah juga telah membuat kenyataan berikut :

i) Akan serang balai polis jika polis tidak menangkap pemaju & peguam dalam kes kuil;

Berikutan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Dato’ Azwanddin di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah...

Dato’ Azwanddin telah ditahan reman empat (4) hari bermula 27/12/2018.

Klasifikasi Kes

Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dan jika ugutannya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah atau hendak menyebabkan kebinasaan apa2 harta dengan api...

Hukuman : Penjara tidak lebih dari dua (2) tahun atau denda atau kedua2nya....

Elemen kesalahan :

i) samada ucapan kita serang balai polis yang di ucapkan Dato’ Azwanddin bermaksud serang balai polis dengan kekerasan, senjata, kebakaran, kebinasaan?

ii) menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, serang mempunyai pelbagai maksud iaitu :

a) langgar, serbuan, menyerang dengan niat mendatangi untuk melawan (mengalahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, menyerbu...

b) menentang (sepeeti mengkritik dll), mencela, mencerca...

c) kecaman keras secara lisan atau bertulis...

iii) Oleh yang demikian, konteks ucapan Dato’ Azwanddin perlu di lihat secara keseluruhan dan subject matter ucapan tersebut hanyalah bertujuan supaya mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian yang menyebabkan kematian arwah Muhammad Adib di bawa ke muka pengadilan dengan segera termasuk terhadap pemaju & peguam...

iv) Perhimpunan tersebut berlaku dalam keadaan aman dan tiada mana2 individu/ pihak yang terkesan dengan ucapan Dato’ Azwanddin lalu membuat serangan ke atas balai polis...

v) Adalah tidak rasional untuk mana2 pihak terkesan dengan ucapan tersebut seterusnya melakukan serangan secara kekerasan terhadap balai polis yang di lengkapi dengan senjata dan kawalan keselamatan...

vi) Oleh itu, maksud kita serang dalam ucapan Dato’ Azwanddin bukan bersifat ugutan jenayah tetapi hanya besifat kecaman/ kritikan secara lisan sahaja lebih2 lagi Dato’ Azwanddin merupakan pemimpin masyarakat yang sering memberi ucapan/ pidato kepada orang ramai...

vii) Walau pun kenyataan kita serang balai polis dalam ucapan Dato’ Azwanddin di nyatakan dengan spesifik balai polis mana yang hendak di serang namu. ucapan tersebut tiada kecenderungan untuk melakukan kekerasan/ jenayah kerana sekiranya beliau berniat untuk mengajak serangan tersebut secara kekerasan, sudah tentulah beliau akan menyatakan bila dan bagaimana kaedah serangan akan di lakukan...

Rumusan/ Kesimpulan

Berdasarkan kepada elemen kesalahan di bawah seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan, mendapati keterangan adalah lemah & longgar untuk membentuk suatu kes pendakwaan terhadap Dato’ Azwanddin Hamzah...

Sehubungan itu, di cadangkan agar pihak siasatan polis tidak meneruskan kes ini dan tiada tindakan lanjut (NFA)...

Perkara yang perlu di sentuh di sini ialah mengapa sehingga hari ini tiada sebarang tindakan tegas di ambil terhadap Waythoorthy yang jelas memfitnah dan berbohong mengenai keadaan Malaysia semasa membuat kenyataan di negara luar!!!

Malah tidak keterlaluan jika di katakan tindakan biadap Waythamoorthy adalah satu penderhakaan kepada Malaysia...

Bukan sahaja tiada sebarang tindakan di ambil, malah beliau di lantik menjadi menteri penuh kerajaan PH untuk menjaga perpaduan negara!!!

Punca Sebenar Kepada Keresahan Dan Ketegangan Masyarakat Di Abaikan


Punca sebenar yang menjadi keresahan dan kemarahan masyarakat ialah mengapakah pihak Peguam Negara masih lagi ENGGAN MELULUSKAN permohonan pindaan pertuduhan dari Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) kepada Seksyen 303 Kanun Keseksaan (membunuh) terhadap 4 orang lelaki India yang menjadi suspek utama!!!

Dalam satu kenyataan dari Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu siasatan (inkues) akan di adakan untuk menyiasat punca kematian Allahyarham Mohd. Adib...


KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI

Saya telah di maklumkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia mengenai perkembangan siasatan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib bin Kassim yang kini di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan...

Siasatan pihak polis melalui rakaman percakapan saksi-saksi, lakonan semula (re-enactment) dan juga hasil bedah siasat yang telah di lakukan oleh pihak forensik patalogi telah menemukan dapatan tertentu mengenai sebab kematian Allahyarham yang hanya boleh di dedahkan di mahkamah kelak...

Saya telah berbincang dengan Peguam Negara mengenai perkembangan kes ini... 

Peguam Negara telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau selaku Pendakwa Raya, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah akan mengarahkan Majistret untuk membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham...

Pihak Pendakwa Raya akan memohon kepada Mahkamah supaya di tetapkan tarikh pendengaran dengan segera dan akan membantu Majistret berkenaan dalam menjalankan inkues tersebut...

Di dalam prosiding inkues ini, Majistret akan mempunyai kuasa yang luas di bawah seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian termasuk mempertimbangkan bagaimana Allahyarham menemui ajalnya dan sama ada kematiannya di sebabkan, atau di percepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang yang di lakukan oleh orang lain...

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri

27 Disember 2018

Persoalannya, mengapakah perlu di adakan inkues terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib?

Inkues di adakan hanya bila siasatan polis tidak menemui bukti2 yangg cukup untuk menentukan bagaimana si mati itu mati dan siapakah yangg bertanggung jawab...

Maknanya AG tak menerima bukti2 yg di kemukakan polis itu mencukupi untuk menuduh sesiapa telah membunuh Adib...

Yang peliknya AG boleh menerima pula hakikatnya bahawa 4 orang di tuduh mencederakan Adib melalui pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan...

Malah pihak Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPPM) juga bersetuju, TIADA KEPERLUAN  melakukan inkues kerana kes ini hanyalah pindaan seksyen terhadap kes yang telah di buat pertuduhan di mahkamah akibat dari kematian mangsa...

Tak perlulah lagi mana2 pihak berdolak dalih atau cuba melengah2kan pindaan pertuduhan ke atas empat orang lelaki India yang telah memukul Allahyarham Mohd. Adib sehingga menyebabkan kematian beliau...

Semakin di tangguh, semakin membara kemarahan rakyat...

Kita bukannya bercakap tentang perkauman, tetapi kita bercakap tentang keadilan...

Insan2 tersayang telah pun kering airmata mereka kerana meratapi pemergian Allahyarham Mohd. Adib yang tidak berdosa...

Kepada kerajaan Pakatan, buktikanlah prinsip Rule Of Law yang di laung2kan selama ini memang benar2 menjadi pegangan dalam pentadbiran negara dan bukan sekadar retorik politik semata2...

Justice For Adib

Friday, December 28, 2018

Surat Dari Cardoba Cuma Satu Helah Alihkan Isu Tabung Haji


Tiba2 tular di laman media surat yang di tulis oleh Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid bin Yusoff kepada janda terhangat di pasaran, Nurul Izzah binti Anwar...

Mula2 admin pun sama2 teruja, seronok dan hampir termuntah bila baca surat tu...


Lenggok bahasa ala 60'an dengan menggunakan pengganti diri kekanda dan adinda (walau pun hakikatnya lebih sesuai di gunakan ayahanda dan anakanda) menggambarkan bagaimana 'menggelitis' (bahasa orang Melaka yang bermaksud menggatal) seorang tua cuba nak ayat seorang janda muda...

Tapi bila respon yang di berikan oleh Mujahid, penulis surat, mengatakan beliau 'terhibur'  dengan respon dari netizen terhadap surat beliau, admin rasakan seperti ada sesuatu yang tak kena...


Di tambah lagi dengan sikap membisu si janda muda yang menguatkan lagi perasaan admin...

Reaksi dari Mujahid, si penulis surat dan Nurul Izzah, si janda muda, menguatkan lagi pendapat admin bahawa cerita Surat Dari Cardoba memang sengaja di ujudkan sebagai satu lagi helah mengalih perhatian masyarakat Melayu Islam terhadap sesuatu yang lebih besar yang sedang berlaku sekarang!!!

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat


Baru2 ini, kita di kejutkan dengan berita, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjual aset2 TH yang di klasifikasikan sebagai tidak produktif...

Tidak hanya setakat itu, kerajaan juga di katakan telah mengambil keputusan untuk meletakkan TH di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia bermula dari 2019...

Keputusan kerajaan telah menimbulkan  keresahan dan kemarahan masyarakat Melayu Islam di Malaysia kerana TH adalah antara syarikat yang begitu dekat di hati masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Kemunculan PAN Hanyalah Sebagai Baruah DAP Untuk Mengalihkan Perhatian Terhadap Isu Sebenar


Memang tak dapat kita nafikan, keujudan Parti Amanah Negara (PAN) hanyalah sebagai macai DAP dalam melaksanakan agenda tersembunyi mereka...

Mungkin ramai yang masih ingat, ketika JAKIM dan IKSIM di serang, maka Mujahid muncul sebagai macai DAP dengan isu LGBT untuk mengalihkan perhatian masyarakat Melayu Islam di Malaysia terhadap serangan terhadap JAKIM dan IKSIM...

Akhirnya di sebabkan kita terlalu leka membicarakan tentang LGBT, maka tanpa kita sedar, JAKIM telah berjaya mereka lemahkan dengan memotong sebahagian besar dari dana yang di peruntukkan kepada mereka manakala IKSIM telah berjaya mereka lumpuhkan dengan menarik balik semua dana yang di salurkan kepada mereka melalui Pusat Zakat...

Sekarang sekali lagi institusi yang rapat di hati masyarakat Melayu Islam di serang...

Untuk mengalihkan perhatian masyarakat Melayu Islam, Mujahid di arahkan muncul sebagai pelawak untuk mengalihkan perhatian...

Yang perlu kita tumpukan perhatian ialah mempertahankan TH supaya tak di timpa nasib yang sama seperti JAKIM dan IKSIM...

Biarkanlah Mujahid dengan kebodohannya dan membiarkan dirinya di peralatkan...

Tapi apa yang sangat2 memalukan bila seorang Menteri Agama Islam boleh di pergunakan...

Sungguh, seperti yang di tulis dalam halaman The Patriots, seperti yang di tulis dalam website The Patriot, sebagai seorang Menteri Agama Islam, bukanlah isu seorang janda yang harus di tuliskan oleh Mujahid tetapi sepatutnya Mujahid menghayati sejarah peninggalan para ilmuan2 Islam yang banyak terdapat di bumi Cardoba...

Namun sikap Mujahid hanyalah mencemarkan keagungan Islam bila menampilkan seorang Menteri Agama Islam, zuriat dari seorang ulamak tersohor, Allahyarham Haji Yusoff Rawa, hanya menceritakan tentang kebimbangannya kepada seorang janda dan bukannya kebimbangan terhadap survivor masyarakat Islam di Malaysia sebagaimana yang pernah berlaku di bumi Cardoba...

Muga Allah swt akan melindungi masyarakat Melayu Islam di Malaysia dari mengalami nasib yang sama seperti yang pernah di lalui oleh umat Islam di Cardoba...

Thursday, December 27, 2018

Pandai Kanda Jahid Alih Pandang Konspirasi Bank Terhadap TH


Mujahid umumkan Tabung Haji akan di letakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia...

Artikel Edge Weekly mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan menanggung keseluruhan jumlah tabungan pendeposit Tabung Haji sebagaimana jumlah maksima yang di tanggung oleh PIDM hanya RM250,000 jumlah simpanan pendeposit di dalam bank...


Perkara yang sama telah di kemukakan oleh Zeti pada tahun 2015 dalam cadangan beliau untuk meletakkan LTH di bawah penyeliaan BNM...

Cadangan Zeti ketika itu adalah kerana beberapa bank yang menjalankan sistem perbankan Islam seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Berhad, Al Rajhi dan lain2 mengadu kepada BNM bahawa mereka sukar untuk mendapatkan simpanan dari orang Islam di Malaysia...

Skim di dalam LTH adalah di jamin sepenuhnya oleh dan ianya adalah di dalam bentuk pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan biasa...

Satu skim yang tidak mampu di tandingi oleh bank2 yang menggunakan sistem perbankan Islam dalam usaha menarik lebih ramai penyimpan...

Namun, adakah bank2 yang menggunakan sistem perbankan Islam sedar bahawa LTH telah ujud sejak pertengahan tahun 60'an lagi di mana ketika itu tiada satu pun bank2 komersial menawarkan sistem perbankan Islam!!!

Namun di sebabkan kepentingan perniagaan mereka, bank2 yang menggunakan sistem perbankan Islam secara terus menerus telah melakukan serangan melakukan serangan terhadap LTH yang selama ini telah banyak membantu orang2 Islam yang berpendapatan rendah bersesuaian dengan matlamat asal LTH di ujudkan...


Apakah LTH yang telah di cadangkan oleh Prof. Ungku Aziz (ayah Zeti) akan di musnahkan oleh anaknya sendiri?

Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, Zeti dengan segera bersetuju untuk meletakkan LTH di bawah penyeliaan BNM sebagaimana yang dia sendiri mahukan sebelum ini...

Untuk menyokong apa yang di rancang oleh Zeti (Empress Dowager), Prof. Dr. Asyraf (ahli lembaga pengarah LTH yang baru) telah menjelaskan maksud 'kawal setia' dalam surat kepada Malaysiakini...

Antara kandungan surat tersebut, Asyraf merayu supaya orang ramai melihat usaha Zeti tu sebagai usaha yang 'suci dan murni' dan dengan berlagak 'alim dan prihatin', Asyraf cuba meyakinkan kita bahawa niat kerajaan adalah 'suci dan murni serta boleh di gunakan tanpa was2'...


Dan ada lagi seorang Tok Lebai bernama Ustaz Zaharudin cuba melakukan perkara yang sama namun telah 'di telanjangkan' oleh Najib Shaari di dalam akaun Facebook beliau...

LTH di tubuhkan di bawah akta khas dan tidak sama dengan akta perbankan komersial yang lain...

Jadi kita minta Tok Lebai yang bernama Ustaz Zaharudin jelaskan di bawah peruntukan undang2 atau akta mana yang membolehkan BNM mengawal LTH!!!

Untuk pengetahuan Tok Lebai yang bernama Ustaz Zaharuddin, LTH tidak sama dengan bank2 komersial yang lain...

Dan aktiviti utama LTH bukanlah untuk membuat keuntungan melalui pinjaman yang di berikan sebagaimana bank2 komersial yang lain dan untuk menjalankan aktiviti memberikan pinjaman, sudah tentulah bank2 tersebut memerlukan modal yang besar...


Perkara ini telah di jelaskan dengan sejelas2nya oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Jamil Khir Baharom...

Pindaan pada tahun 1995, telah membolehkan LTH mengembangkan perniagaan mereka yang selama ini tertakluk di bawah Akta Saham Amanah...

Agak memusykilkan juga bila BNM kelihatan tidak jelas mengenai perkara ini dan beberapa orang pegawai kanan BNM kelihatan hilang punca untuk berikan penjelasan...

Namun, menurut sumber yang di percayai, mereka di katakan telah di berikan amaran supaya tidak mengeluarkan apa2 kenyataan mengenai had2 kawalan BNM ke atas LTH!!!

Menyedari kuasa yang ada pada BNM untuk meneruskan niat meletakkan LTH di bawah penyeliaan mereka, BNM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka cuma memberikan cadangan dan nasihat kepada Lembaga Pengarah LTH dan terpulang kepada Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan...

Mujahid Sedang MemperBODOHkan Orang Melayu Islam Dengan LAWAK BANGANG Surat Dari Cardoba!!!


Surat terbuka dari Cordoba kekanda Mujahid kepada Adinda Nurul Izzah menjadi buah mulut media sosial hingga pelbagai response di terima termasuk dari Dato Najib...


Facebook Seademon TV melihat ia usaha Mujahid alihkan pandangan dari isu ICERD dan kematian Allahyarham Adib yang mana surat autopsi makan masa sebulan...

Mujahid telah membela pihak kuil yang bohong mengenai kematian Adib di sebab di langgar kenderaan bomba...

Sekarang Mujahid cuba menutup konspirasi Bank2 Islam yg mahu meLEMAHkan kekuatan Institusi Kewangan Islam, Tabung Haji...

LTH adalah milik orang Melayu Islam di Malaysia...

Janganlah kita terlalu bergelak ketawa dengan LAWAK BODOH Mujahid dengan cerita SURAT DARI CARDOBA...


Apakah muslihat sebenar Mujahid, mesti kita selami dengan mata hati kita supaya kita tidak tertipu lagi kerana apakah TERLALU BODOH atau TERLALU RENDAH MARUAH seorang menteri kabinet menyiarkan surat peribadi kepada seorang janda dengan secara terbuka begitu!!!

Ketika kematian Allahyarham Mohd. Adib belum lagi di bela, ketika Gobind Singh mengeluarkan arahan supaya semua pembaca berita wanita di larang bertudung mulai tahun hadapan dan ketika LTH sedang di serang dan asetnya sedang DI JARAH, apakah ini satu lagi plot yang di rancang untuk mengalihkan perhatian bangsa Melayu Islam!!!

Jelas sekali lagi, Mujahid telah membuktikan kesetiaan sebagai BARUAH DAP yang sanggup melakukan apa saja, walau pun dengan menggadai maruahnya demi matlamat MENJARAH aset orang Melayu Islam di Malaysia tercapai...

Tahniah Mujahid, In Sya Allah, kita akan jumpa di Padang Mahsyar!!!




Petikan dari blog :
Another Brick in The Wall's bertajuk,
Tabung Haji : Empress Dowager or Special "Perompak" Vehicle?

Wednesday, December 26, 2018

Dengan Sokongan Dr. Mahathir, Apakah Azmin Mampu Merampas PM Ke 8 Dari Anwar Ibrahim?

Walaupun Dengan Sokongan Dr. Mahathir, Laluan Azmin Mahu Merampas PM Ke 8 Dari Anwar Ibrahim Tidak Semudah Yang Di Sangka


Secara kebetulan atau memang di rancang, bersekali dengan khabar angin mengenai konon rapuhnya kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8...

Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut di canangkan sebagai pengganti pilihan...


Di khabarkan Dr. Mahathir sendiri lebih senang dengan Azmin dan memang mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menggantikan tempatnya...

Dalam erti yang lain, walaupun sudah ada perjanjian dan di persetujui dalam Pakatan Harapan bahawa Anwar adalah penggantinya, seolah2 Dr. Mahathir ketika ini tidak lagi ada perasaan terhadap Presiden PKR itu dan tidak mahu menunaikan janji peralihan kuasa yang telah di persetujui sebelum ini...

Beberapa pemimpin Bersatu dan pemain media sosial yang akrab dengan parti itu juga nampaknya tidak malu2 menyebut Azmin adalah bakal Perdana Menteri ke-8 dan terang2 telah mengenepikan Anwar...

Tidak di pastikan siapakah yang memula dan merangsang sebutan nama Azmin sebagai Perdana Menteri ke-8 itu, tapi yang nyata ia terus berlaku hingga kini...

Apakah Diam Dr. Mahathir Tanda Restu


Keadaan itu di tambah dengan tiada penafian khusus lagi tegas daripada Tun Mahathir sendiri...

Maka sebutan nama Azmin itu terus di perkatakan di merata2, malah makin di perbesar dari hari ke hari.

Keadaan ini jugalah yang kini di lihat meretakkan hubungan antara Dr. Mahathir dan Anwar sejak akhir2 ini...

Meskipun sebelum pilihanraya lalu, Dr. Mahathir terlihat begitu mengharapkan sokongan bekas timbalannya, itu sanggup merendahkan dirinya menemui Anwar di mahkamah beberapa kali serta menghantar Daim Zainuddin yang terpaksa menghidupkan lesen guamannya, bagi membolehkan pergi ke penjara untuk melakukan rundingan seterusnya...

Mengapakah setelah berjaya memperolehi kuasa, semuanya nampak berbeza?

Benarkah Azmin jadi pilihan Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar?

Dalam hal ini, sesuatu yang harus di ingat ialah proses memilih Perdana Menteri atau penggantinya adalah berbeza antara BN dengan Pakatan Harapan...

Di dalam BN, sesiapa saja yang jadi Presiden UMNO, dia adalah Perdana Menteri dan sesiapa juga yang menduduki Timbalan Presiden UMNO, dia jugalah Timbalan Perdana Menteri...

Walaupun banyak yang kecundang, tetapi daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri jugalah seseorang itu akhirnya akan menjadi Perdana Menteri...

Dalam konteks itu, Perdana Menteri boleh menggunakan kuasanya terhadap sesiapa yang di sukainya untuk di jadikan Timbalan Perdana Menteri atau bakal penggantinya dengan cara memberi kedudukan yang baik2 dalam kerajaan dan menunjukkan keakraban atau sokongan supaya orang berkenaan menang dalam pertandingan dan boleh menjadi Timbalan Presiden UMNO...

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO antara Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan antara Tun Ghafar Baba dengan Musa Hitam, perkara itu jelas telah berlaku di mana Dr. Mahathir yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu telah berjaya membuatkan calon kesukaannya menang dalam kedua2 pertandingan tersebut...

Musa Hitam dua kali berjaya mengalahkan Tengku Razaleigh kerana sokongan terbuka yang di tunjukkan oleh Tun Mahathir...

Begitu juga Tun Ghafar berjaya menewaskan Musa Hitam berikutan kenyataan Dr. Mahathir yang menyebut kedudukan Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri akan terus kekal, meski pun kiranya tidak berjaya mengalahkan Musa Hitam...

Kemudian, ketika Anwar mahu mencabar Ghafar Baba pada 1993, di sebabkan Dr. Mahathir memberikan Anwar jawatan sebagai Menteri Kewangan serta dalam masa yang sama menampakkan kecondongannya lebih menyayangi Anwar sebagai bakal penggantinya, maka dengan mudah Tun Ghafar pula dapat di ketepikan...

Begitulah  dalam UMNO...

Berjayakah Dr. Mahathir Singkirkan Anwar Ibrahim Sebagai PM Ke 8 Sebagaimana Yang Di Lakukan Untuk PM Ke 7


Tetapi keadaannya berbeza dengan Pakatan Harapan...

Pemilihan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pengganti Perdana Menteri mesti di rundingkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang di anggotai para pemimpin kanan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu...

Berdasarkan keputusan sebelum PRU 14, keputusan yang di persetujui ialah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke 8 setelah dua tahun Dr. Mahathir menduduki kerusi Perdana Menteri ke 7...

Sehingga ini, kedudukan ini adalah kekal dan tidak berubah...

Bermakna, Anwar masih merupakan calon yang di persetujui untuk menggantikan Dr. Mahathir...

Dalam hal ini, katalah jika Dr. Mahathir benar2 berhasrat mahu menjadikan Azmin sebagai penggantinya dan menolak Anwar, beliau mesti membawa perkara itu dalam Majlis Presiden untuk di persetujui terlebih dahulu...

Dr. Mahathir tidak boleh sesuka hati meletakkan nama Azmin sebagaimana ketika beliau ada banyak kebebasan sewaktu menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN dahulu...

Dalam Majlis Presiden pula, selain ada Dr. Mahathir, Anwar dan Dr. Wan Azizah, ia juga di anggotai oleh Lim Kit Siang, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan termasuk Azmin sendiri sebagai Timbalan Presiden PKR...

Dengan kapasiti keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sedemikian itu, mampukah Azmin mendapat sokongan dan kepercayaan majoriti untuk melangkaui Anwar bagi merampas takhta sebagai Perdana Menteri ke-8?




Kredit :

Shahbudin Husin

Tuesday, December 25, 2018

Sekali Tun M Kenakan DAP?

DAP Keluar Dari Kerajaan : Cabaran Terbuka Buat Lim Kit Siang


Ugutan Lim Kit Siang untuk menarik DAP keluar dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baru tak tercapai di lihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH...

Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua, suara mereka di dengari, hak mereka di penuhi dan tuntutan mereka di ikuti...

Namun mungkin juga ia di lihat DAP sudah mula di sanggah, di ketepikan dan mungkin di buang dari politik massa era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri...


Lebih lagi dalam keadaan berbondong2 pemimpin UMNO keluar parti dan mengisytiharkan diri menyokong PM serta PPBM...

Kelicikan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang mahu mengimbangi kekuatan DAP dengan membawa masuk ahli2 parlimen dan ADUN UMNO di lihat sebagai ancaman terhadap survival DAP...


Justeru, sebagai pemimpin veteran Lim Kit Siang mengeluarkan nada seperti kecewa dan marah dengan apa yang berlaku dan mengugut untuk menarik DAP dari daripada kerajaan Pakatan...

Sebenarnya nada sebegini bukan sesuatu yang janggal di ucapkan oleh pemimpin DAP...

Mereka sering bersuara lantang dengan memberi kata dua kepada mana2 pemimpin yang di lihat tidak mahu terikat dengan mereka...


Lihatlah kepada parti2 komponen PH dan umum boleh mengagak di mana ngauman Mohd Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohd Azmin Ali, bahkan pemimpin besar lain mereka ketika ini...

Dalam satu2 isu, jika DAP mengeluarkan pandangan dan dasar mereka, jarang benar ada pemimpin lain berani berusara menyanggah pendapat DAP...

Sebaliknya jika ada pemimpin lain dalam PH bercakap dan bersuara, mereka berani menentang dan menyanggah secara terbuka...

Kenyataan Lim Kit Siang membuka lebih banyak pekung mereka di dada masyarakat...

Rakyat semakin mengenali politik sepak terajang parti tersebut...

Jika mereka berjaya mengikat kaki dan mulut pemimpin lain dalam PH, hari ini mereka cuba mengikat Dr  Mahathir...

Soalnya, apa lagi yang Lim Kita Siang mahukan?


Menteri kanan banyak di sapu oleh pemimpin partinya...

Malah, Tabung Haji juga di anggap selamat di bawah kaki Lim Guang Eng sebagai Menteri Kewangan...

Apakah mereka juga mahukan FELDA, FELCRA, MARA, dan lain2 institusi milik bumiputera di bawah kelolaan mereka?


Itu belum lagi senarai penceramah yang bersiaran di kaca TV, boleh di tauliahkan atau di benarkan bila2 masa oleh pemimpin partinya...

Siapa yang berani menyatakan sikap secara terang2an, akan ada surat menghadkan penampilan para ulamak tersebut...

Langkah Dr. Mahathur juga bukan calang2...

Meskipun di mamah usia, otak politik Dr. Mahathur ligat berputar...

DAP boleh menarik diri dari kerajaan PH, tetapi Dr. Mahathir telah menyediakan pelan B untuk politik negara...


Yang keluar UMNO dan memohon masuk Parti Bersatu juga bukan sebarangan orang...

Ada bekas menteri, exco kerajaan negeri, pemimpin tinggi dalam organsiasi setiap peringkat...

Politik pasca PRU ke 14 menarik untuk di teliti...

Sejauh mana keberanian Lim Kit Siang mengarahkan anak2 buahnya keluar dari kerajaan PH jika objektif Malaysia Baru gagal di penuhi seperti yang di katanya...

Sampai masa juga rakyat Malaysia perlu  mendesak beliau dan DAP keluar dari kerajaan atas sikap politik suka memonopoli, mengongkong dan mengugut itu...

Elok juga rakyat mencabar DAP mengotakan janjinya itu jika beliau benar2 ahli politik tulen dan berpegang pada kata2nya...

Namun, mampu atau beranikah beliau?



Kredit :

Dr Riduan Mohamad Nor

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan
Pengerusi LESTARI

Monday, December 24, 2018

Mahathir Akan Tubuh BN 2.0, Anwar Ibrahim Kekal BAKAL PM, Dulu Kini Dan Selamanya


Iklim politik Malaysia semakin susah nak di ramalkan...

Walau pun cuba di nafikan oleh Dr. Mahathir, tapi umum tahu, Dr. Mahathir di kawal sepenuhnya oleh DAP dalam menjalankan pentadbiran negara...

Satu keadaan yang langsung tak boleh di terima oleh Dr. Mahathir sendiri...


Tapi Dr. Mahathir terpaksa juga akur sebab menyedari, walau pun dia di angkat sebagai Perdana Menteri, namun PPBM cuma ada 13 kerusi dalam Pakatan Harapan...

Sedangkan DAP dan sekutu kuatnya PAN ada 53 kerusi dalam Pakatan Harapan...

Risiko di gulingkan sentiasa menghantui Dr. Mahathir...

MP UMNO Menjadi Talian Hayat Dr. Mahathir


Dr. Mahathir memulakan usaha untuk menarik MP UMNO ke PPBM seawal bulan Jun 2018...

Dr. Mahathir memanggil Datuk Seri Zahid Hamidi yang ketika itu memangku jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN...


Mesej Dr. Mahathir pada Zahid mudah, bubarkan UMNO dan masuk PPBM...


Gagal kali pertama, Dr. Mahathir cuba kali kedua dengan pendekatan yang lebih keras...

Kalau kali pertama, Zahid rakam perbualan beliau dengan Dr. Mahathir, kali kedua, beliau membawa sekali Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden UMNO sebagai saksi sekiranya Dr. Mahathir memutarbelitkan fakta pertemuan tersebut...

Akibatnya, serangan ke atas Zahid pun bermula dan beberapa hari selepas pertemuan kedua antara Zahid dan Dr. Mahathir, Zahid di dakwa dengan 45 pertuduhan di bawah AMLA...

Serangan dan tekanan ke atas Zahid di lakukan secara berterusan sama ada dari luar atau dari dalam UMNO sendiri...

Melihat Zahid sukar di tundukkan dari luar, maka Dr. Mahathir menggunakan tekanan dari dalam UMNO sendiri untuk menjatuhkan Zahid dengan harapan, apabila Zahid terpaksa bercuti atau melepaskan jawatan Presiden UMNO, maka UMNO akan lebih mudah di tawan...


Maka suara2 mendesak Zahid supaya berundur atau bercuti dengan alasan sedang menghadapi 45 pertuduhan bawah AMLA mula kedengaran dari dalam UMNO sendiri...

Bila di lihat tekanan 45 pertuduhan bawah AMLA gagal menundukkan Zahid, serangan siri kedua dari dalam UMNO di mulakan...

Bermula dari lawatan Dr. Mahathir ke Sabah sebab kononnya untuk merasmikan PPBM Sabah, sebenarnya lawatan tersebut adalah lawatan serampang 2 mata...


Beberapa hari selepas lawatan Dr. Mahathir ke Sabah, politik tanah air di kejutkan dengan berita MP dan ADUN UMNO Sabah secara berjemaah mengumumkan keluar parti dengan alasan skema, UMNO sudah hilang halatuju...


Belum pun reda dengan kejutan berita MP dan ADUN UMNO Sabah keluar parti, UMNO Semenanjung pula di kejutkan dengan pengakuan Hamzah yang beliau menjadi broker untuk membawa 36 orang MP UMNO dari Semenanjung untuk keluar parti...

Azmin Dan Kartel Dari PKR Menjadi 'Fixed Deposit' Mahathir


Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya, Dr. Mahathir mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam parti PKR...

Sebaik saja kabinet di tubuhkan, Dr. Mahathir pantas melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi (sampai sekarang masih menjadi tandatanya apa fungsinya) walau pun ketika itu Azmin sudah pun selesa sebagai Menteri Besar Selangor...

Dr. Mahathir sedar, Azmin Ali, anak didik dan juga anak angkatnya mempunyai pengaruh yang hampir sama besarnya dengan Anwar Ibrahim, seteru tradisi politik Dr. Mahathir dalam PKR...


Cubaan pertama Mahathir untuk 'hijacked' PKR di lakukan ketika Pemilihan PKR dengan menyuruh Azmin bertanding jawatan Presiden PKR dengan menentang Anwar, di lihat gagal bila Azmin sendiri mengambil jalan selamat dan merasakan masih belum bersedia untuk menumbangkan Anwar dan seterusnya cuma mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR...

Namun geng kartel Azmin, yang di katakan mempunyai sekurang2nya 20 orang MP PKR akan kekal sebagai 'fixed deposit' Dr. Mahathir bila sampai waktunya!!!


Maka Anwar Ibrahim akan mencipta sejarah dunia sebagai manusia yang akan kekal menjadi BAKAL PERDANA MENTERI dulu, kini dan selamanya...

MP India Dalam DAP Akan Menjadi MIC 2.0 Dalam Gabungan BN 2.0


Perasaan kurang senang beberapa pemimpin politik India DAP bermula sejak pemilihan calon PRU 14 lagi...

Ini berikutan kepimpinan tertinggi DAP bercadang untuk mengurangkan calon India dari DAP pada PRU 14...


Keadaan ini menjadi semakin membarah bila di dalam isu ICERD dan rusuhan di kuil Seri Maha Mariamman, kepimpinan tertinggi DAP bukan saja di lihat tak memberi sokongan malah mengeluarkan kenyataan2 yang lebih menekan mereka...


Dari sumber yang di percayai, di jangkakan sekurang2nya 7 orang MP dari DAP dan PKR, tidak termasuk seorang dari Hindraf akan menyertai BN 2.0 yang sedang di usahakan oleh Dr. Mahathir...

Gambaran BN 2.0 Dr. Mahathir


Infografik di atas menunjukkan kedudukan terkini Ahli Parlimen mengikut parti di dalam Dewan Rakyat...

Jelas menunjukkan setakat ini, PPBM cuma mempunyai 16 Ahli Parlimen...

Keadaan akan berubah bila projek BN 2.0 Dr. Mahathir berjalan sepenuhnya :

PPBM : 76 Ahli Parlimen
(PPBM 16 + UMNO=36 + PKR=20 + Dari Sabah=4)

Warisan : 9 Ahli Parlimen

Gabungan Ahli Parlimen India DAP : 7 Ahli Parlimen

Gabungan Parti Sarawak : 19 Ahli Parlimen

Bebas Yang Akan Menyertai BN 2.O : 13 Ahli Parlimen

Jumlah Ahli Parlimen BN 2.0 = 124 Ahli Parlimen

PPBM akan menjadi parti dominan dalam BN 2.O...

Manakala gabungan barisan pembangkang cuma ada 98 Ahli Parlimen...

Satu2nya cara yang boleh menggagalkan usaha Dr. Mahathir untuk merealitikan projek BN 2.0 ialah KESETIAAN ahli parlimen UMNO kepada parti UMNO...

Sebab itulah, Dr. Mahathir di lihat giat menjalankan usaha menyerang dan memecahbelahkan parti UMNO....

Pernahkah kita terfikir, mengapa Dr. Mahathir tidak menyerang PAS sebagaimana beliau menyerang UMNO?

Mengapakah serangan Dr. Mahathir terhadap UMNO masih berterusan walau pun beliau telah berjaya menjatuhkan DS Najib dan 'merehatkan' DS Zahid Hamidi?

Tidak lain dan tidak bukan kerana Dr. Mahathir tahu, UMNOlah yang akan menentukan sama ada projek (mungkin projek terakhir dalam hidup beliau) BN 2.0 beliau akan berjaya atau sebaliknya...

Kepada ahli parlimen UMNO, ingatlah, yang menjulang kamu ialah ahli2 UMNO, yang mengangkat dan berjuang serta berkorban siang dan malam untuk memastikan dan menjamin kedudukan kamu sekarang ialah ahli UMNO...

Lihatlah dalam2 wajah mereka, keringat mereka masih belum kering, lelah mereka mereka masih banyak tersisa, sekiranya kamu semua kecewa kerana kehilangan kuasa, apatah lagi kami yang berada di akar umbi ini, lagi terasa bebannya...

Kepada ahli2 UMNO, janganlah mudah terpedaya dengan janji2 manis ajen2 Dr. Mahathir, sedangkan janji Manifesto PRU 14 pun secara terang2 di mungkiri, apa lagi janji yang cuma di ucap tetapi tidak di bukukan...

Bersama2lah kita perkukuhkan kembali parti keramat orang Melayu yang selama ini telah banyak membantu kita...

Kepada semua yang masih mengalir keringat UMNO di tubuhnya, yang masih mengalir darah UMNO di setiap urat tubuhnya, janganlah kita tinggalkan bahtera UMNO kerana di dalamnya sarat dengan sejarah pengorbanan nenek moyang kita...