Ada berita baik dan ada berita buruk untuk rakyat Malaysia bila Menteri Kewangan, Lkm Guan Eng habis bentangkan belanjawan 2019...
Tapi macam biasalah, bila datangnya dari kerajaan Pakatan, banyak yang buruk dari yang baiknya...
Antara berita buruk ialah bayaran balik PTPTN, gaji RM1,000 kena PAKSA bayar balik sedangkan gaji minimum yang Pakatan tetapkan RM1,000 sebulan...
Kalau yang tak der sijil pun dah dapat RM1,100 sebulan, mana ada orang yang ada Diploma @ Ijazah dapat gaji kurang dari RM1,000 sebulan...
Maksudnya kena PAKSA bayarlah...
Budak2 yg baru grad tu kalau tinggal dengan mak bapak, ok lah tapi kalau korang kerja kat KL, dengan gaji RM1,100 sebulan, pandai2lah kau nak hidup, naaakkk!!!
Camtu juga dengan tol...
Macam lagu Aisyah, Janji Manis Mu...
Sekarang tukar, Hancing Kencing Mu...
Tol mansuh tapi untuk motor!!!
Minyak pulak, kereta 1500 cc ke bawah dengan motorsikal 125 cc ke bawah jer boleh dapat subsidi...
Camner nak sasarkan subsidi tu, aku tak tahu cuma terfikir gak aku, kalau aku suruh member yang pakai Kancil @ Iswara bawa tong minyak, Ah Beng tak tahu kut...😂😂😂
Nelayan dengan petani, Ah Beng lupa nak bagi dalam bajet tu...😢😢😢
Berita baik pulak Bantuan Sara Hidup...
Kira ok lah daripada tak ada langsung tapi aku konpius, hasil kerajaan cuma RM261.82 bilion tapi nak belanja sampai RM314.55 bilion...
Maksudnya kalau nak tunaikan janji dalam bajet tu sama ada berhutang atau lagi sekali kencing rakyatlah...
Nasib kau ler nak!!!
Respon Datuk Seri Zahid Tentang Bajet 2019
Bajet 2019 tidak ada garis panduan untuk wujudkan lebih banyak peluang kerja :
》Bajet hanya sebut rancangan latihan dan bimbingan...
》Ia mengambil masa sedangkan rakyat mahu penyelesaian segera...
Bagaimanapun ada yang boleh di anggap baik, khasnya penerima BR1M dan bantuan lain tapi ianya tidak menyeluruh...
Tidak ada yang istimewa untuk rakyat terutama bagi mengatasi isu kos sara hidup mereka yang semakin hari swmakin menekan kehidupan marhaen...
Banyak berkisar pada skim kesihatan dan dividen yang longgar...
Ada berita baik mengenai pengguna pengangkutan awam tetapi ia lebih kepada pengguna di tempat2 yang ada LRT dan MRT...
RM314.5 bilion akan di perolehi dari mana jika kerajaan berkata hutang negara berjumlah RM1 trilion?
Mana perkiraan fiskalnya?
Walaupun ada kebaikan seperti RM1.2 bilion untuk kemajuan Islam, tetapi tiada pengkhususan langsung bagi menarik dan meningkatkan semula pelaburan asing...
Dari mana kita akan dapat hasil?
Secara umum, ia adalah bajet yang di ubahsuai daripada kerajaan terdahulu...
Asasnya sudah tersedia...
Tetapi tidak ada yang menarik untuk rakyat secara keseluruhan...
Ini bajet untuk mempopularkan kerajaan, untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat...
Perbandingan Antara Bajet Kerajaan PH Dengan Bajet Mantan Kerajaan BN
Ekonomi BN : Pertumbuhan lebih 5%...
Ekonomi PH : Pertumbuhan bawah 5%...
Defisit fiskal BN : 2.8%...
Defisit fiskal PH : 3.7%...
Dividen Petronas : BN hanya perlu RM16-19 bilion...
Dividen Petronas : PH perlu RM 30 bilion...
PTPTN BN : Diskaun dan di beri penangguhan bayaran...
PTPTN PH : Tiada diskaun, gaji RM1000 ke atas potong gaji terus, gaji minima di tetapkan RM1,100 (maksudnya dapat jer kerja, kena bayarlah yer)...
Cukai BN : Hanya GST dan cukai pendapatan di turunkan...
Cukai PH : SST dan banyak cukai baru...
Tol BN : Mansuh beberapa tol untuk semua kelas kenderaan...
Tol PH : Mansuh 2 tol terpilih untuk motosikal sahaja...
BR1M BN : RM1,200 (2017), RM2,000 (jika BN memimpin)...
BR1M PH : RM1,000 (2019)...
Penjawat awam BN : Bonus RM1500, kenaikan gaji khas...
Penjawat awam PH : RM500...
Oh...
Jangan sekali di lupakan, harga minyak akan naik...
Ini bukan belanjawan rakyat sejahtera...
Ini belanjawan rakyat sengsara...
Rujukan :
FB Datuk Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.