Wednesday, October 31, 2018

Persoalan2 Dari Dakwaan2 Terhadap Zahid


Mungkin kes rasuah Zahid Hamidi ini adalah kes MEMBALAS DENDAM KERANA MEMBATALKAN KONTRAK SYARIKAT KRONI MAHATHIR, IRIS CORPORATION...


Malaysia mula gunakan pasport biometrik yang di perkenalkan oleh Iris Corporation pada tahun 1988 iaitu semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4...

Pada tahun 2013, Menteri Dalam Negeri yang baru di lantik Zahid Hamidi telah memberi kontrak kepada Kumpulan Datasonic Berhad kerana ayarikat tersebut mampu membekal passport biometrik yang lebih tinggi...

Tindakan Zahid ini mungkin telah membunuh ANGSA EMAS Mahathir yang selama ini membekalkan TELUR EMAS kepada Mahathir...

Yayasan Akalbudi


Zahid di tuduh atas 10 pertuduhan pecah amanah sebagai pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang melibatkan dana yayasan sebanyak RM20.8 juta mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan...

Yang membawa hukuman penjara antara tempoh dua hingga 20 tahun serta rotan dan denda...

Zahid di soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM berkaitan penggunaan dana Yayasan itu untuk membayar bil kad kredit nya dan juga bil kad kredit isterinya...

Zahid telah menjelaskan bahawa bayaran itu adalah satu kesilapan yang tidak di sengajakan oleh pihak Yayasan itu dan bahawa dia telah pun membayar balik jumlah tersebut...

Yayasan itu di miliki oleh keluarganya dengan dana yang berasal dari dia dan beberapa rakan2 lain yang mahu menderma kepada kebajikan dan kerja2 agama seperti pembinaan masjid dan sekolah tahfiz...

MyEG


MyEG tidak di dakwa atas tuduhan memberikan rasuah kepada Zahid tetapi ia hanya di sebut di dalam beberapa caj saja...

Kenyataan MyEG :

》Dalam pengumuman Bursa semalam, Lembaga Pengarah MyEG berkata bahawa pada hari yang sama, mereka telah menerima surat daripada SPRM yang mengesahkan serta menjelaskan bahawa Syarikat dan Lembaga Pengarahnya tidak di siasat dan tidak terlibat dalam siasatan yang melibatkan pertuduhan ke atas DS Zahid...

MyEG sebelum ini berkata dalam pengumuman Bursa yang berasingan bahawa ia tidak pernah membuat apa2 pembayaran kepada mana2 pihak dalam proses untuk mendapatkan apa2 kontrak konsesi yang di berikan oleh kerajaan...

Persoalannya :

Kalau MyEG dan atau Ahli Lembaga Pengarahnya tidak di siasat dalam kes yang melibatkan Zahid, bagaimana SPRM boleh menuduh bahawa Zahid telah menerima rasuah dari MyEG!!!

Tak kan SPRM telah menilik dalam mangkok air untuk dapatkan buktinya...🤔🤔🤔

Mastoro Kenny


Mengikut rekod SSM ia adalah sebuah syarikat kepunyaan rakyat Malaysia bernama Kumaraguru Muthusamy...

Ia bertindak sebagai perunding dan menawarkan perkhidmatan di dalam bekalan dan perkhidmatan, perisian IT, program portal web dan aksesori komputer...

Syarikat ini memulakan perniagaan pada 19hb Ogos 2016 dan menamatkan perniagaannya pada 18hb Ogos 2017...

Di antara 15 Julai 2016 dan 8 Februari 2017, syarikat ini telah di dakwa membayar kepada Zahid rasuah berjumlah RM13.25 juta melalui 24 cek sebagai balasan Zahid akan membantunya mendapatkan projek MyEG yang di uruskan oleh Kementerian Dalam Negeri...

Penjelasan dari MyEG :

Dalam pengumuman syarikat itu kepada Bursa, mereka berkata bahawa kedua2nya iaitu MyEG dan Lembaga Pengarah tidak mempunyai pengetahuan tentang Mastoro atau Lembaga Pengarahnya dan tidak pernah ada dalam berhubungan dengan Lembaga Pengarahnya atau wakil mereka...

Persoalannya :

》Bagaimana Mastoro Kenny boleh beri rasuah kepada Zahid mulai 15hb Julai 2016 sedangkan ia hanya mula wujud (di daftakan) pada 19hb Ogos 2016!!!

Inilah kehebatan Nujum Pak Belalang!!!

SPRM boleh tahu syarikat itu telah memberi rasuah kepada Zahid SEBELUM syarikat itu WUJUD!!!

Jogabonito Jewellery & Diamonds

Mastoro di dakwa telah membayar RM250,000 (sebahagian daripada jumlah RM13.25 juta) kepada Zahid melalui seorang lelaki bernama Junaith Asharab Md Shariff dengan menggunakan cek Public Bank yang di keluarkan oleh syarikat barang kemas ini...

Berani & Jujur Trading

Mastoro di dakwa membayar RM5 juta (sebahagian daripada jumlah RM13.25 juta) melalui 10 cek RHB Bank Islamic Berhad yang di keluarkan oleh firma pengurusan pertanian ini...

Kumpulan Datasonic Berhad


Zahid di dakwa atas tuduhan menerima rasuah daripada pengarah Datasonic, Chew Ben Ben berjumlah RM6 juta melalui dua keping cek pada 26 April 2017...

Sebagai balasan, Zahid di dakwa menyebabkan unit kumpulan Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) di lantik melalui 'rundingan terus' dengan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan bekalan 12.5 juta cip di halaman biodata pasport polikarbonat Malaysia untuk tempoh 5 tahun...

Kenyataan Kumpulan Datasonic :

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan Datasonic menegaskan bahawa kedua2nya iaitu syarikat atau mana2 pengarah tidak membuat pembayaran berhubung dengan bekalan 12.5 juta chip pasport sepertimana yang di laporkan...

Sarana Kencana Sdn. Bhd.


Datasonic Group telah memberi rasuah RM6 juta yang di dakwa di bayar melalui dua cek Malayan Banking Berhad yang di miliki oleh Sarana Kencana Sdn. Bhd...

Profound Radiance Sdn. Bhd.


Nama syarikat ini telah di sebut di dalam lapuran mengenai kontroversi penyumberan luar tugas (outsourcing) Jabatan Imigresen Kerajaan Malaysia kepada syarikat swasta dan merupakan salah satu syarikat yang di dakwa menerima pembayaran tambahan yang membebankan pekerja asing Nepal miskin yang mahu datang ke Malaysia...

Bukan ke selama ini Pakatan Harapan berkempen untuk hapus kemasukkan pekerja asing ke Malaysia...

Jadi kenapa ia di jadikan isu...😉😉😉

Azlan Shah Jaffril

Pengarah syarikat Azlan Shah di dakwa telah memberi rasuah RM2 juta kepada Zahid melalui tiga keping cek yang di keluarkan oleh syarikat itu...

Sebagai balasan, kononnya menyebabkan pelantikannya sebagai pengendali Pusat Setempat (OSC) di Pakistan dan Nepal...

Kesalahan tersebut di dakwa berlaku pada 3hb Ogos 2017 hingga 15hb Mac 2018...

Isu Berbangkit

Bagaimana SPRM nak kaitkan Zahid dengan MyEG sedangkan SPRM telah mengesahkan pada MyEG bahawa Syarikat MyEG dan pengarahnya tidak terlibat dalam siasatan...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kalau MyEG dan pengarahnya tak terlibat dalam siasatan maka dari mana SPRM mendapat bukti2 untuk kaitkan Zahid dengan MyEG...🙆‍♂️🙆‍♂️🙆‍♂️

Adakah SPRM telah menggunakan khidmat SI NUJUM PAK BELALANG MODEN untuk menilik...🕵️‍♀️🕵️‍♀️🕵️‍♀️

Begitu juga dengan Kumpulan Datasonic Berhad...

Kalau Kumpulan Datasonic Berhad telah membuat laporan kepada Bursa Malaysia bahawa mereka tidak pernah membuat bayaran kepada Zahid, adakah SPRM telah gunakan SI NUJUM PAK BELALANG MODEN untuk mendapatkan bukti2nya...

Berdasar kepada kes Zahid Hamidi ini maka kita boleh buat KESIMPULAN bahawa :

Tidak ada satu pun SYARIKAT YANG TERLIBAT DIDALAM MEMBERI RASUAH KEPADA ZAHID HAMIDI TURUT DIDAKWA ATAS KESALAHAN TERSEBUT!!!

Maka kita boleh rumuskan bahawa di bawah pentadbiran kerajaan PH :

》Memberi rasuah adalah TIDAK SALAH di sisi undang2 mereka...

》Rasuah cuma HARAM pada pemimpin Umno atau pun mana2 pemimpin yang menjadi musuh politik kerajaan PH...

》Untuk pemimpin yang berada dalam kerajaan PH, hukum memberi rasuah TIDAK HARAM malah bila2 masa boleh di sucikan dengan sesuci2nya...

Dalilnya :

SPRM 'merestui' kes Mahathir terima dana RM2 bilion dari Iran dan sebagai balasannya Mahathir menerima malah menyeru rakyat Malaysia supaya menerima fahaman Syiah, segala bukti sama ada di dapam negara atau di luar negara sudah nyata...

🎶🎶🎵Dengarlah tuan satu cerita🎵🎶🎶
🎶🎶🎵Cerita dongeng orang tua-tua🎵🎶🎶
🎶🎶🎵Kisah tuk nujum yang tua bangka🎵🎶🎶
🎶🎶🎵Bukannya betul semuanya auta🎵🎶🎶

🎶🎶🎵Kisah konon di Bringin Rendang🎵🎶🎶
🎶🎶🎵Dari hal tok nujum yang dah tua🎵🎶🎶
🎶🎶🎵Telek menelek semua temberang🎵🎶🎶
🎶🎶🎵Sebab pengikutnya bangang2🎵🎶🎶



Rujukan tulisan :

Ariff Ahmad

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.