Monday, October 29, 2018

Datuk Seri Najib Dedahkan Kenapa Dia Tamatkan Wawancara Dengan Mary Ann


Tular di laman media, dalam satu wawancara antara Al Jazeera yang di wakili Mary Ann dengan Datuk Seri Najib Razak timbulkan ketegangan...

Datuk Seri Najib yang di kenali dengan watak 'cool dan gentleman' akhirnya di katakan meninggalkan majlis tu sebab tak tahan dengan asakan2 soalan 'panas' dari Mary Ann...

Penjelasan Dari Datuk Seri Najib

Al-Jazeera telah menyiarkan temuramah yang di rakam serentak ketika isteri, anak dan anak tiri saya di soalsiasat oleh pihak polis...

Biar pun wawancara ini melangkaui masa yang di persetujui serta menyeberang skop yang di persetujui, saya tetap menjawab soalan2 tambahan yang di ajukan...

Walau pun saya telah memberi pelbagai penjelasan serta memaklumkan bahawa kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telah pun membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya...

Tetapi individu yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya bertegas mahu menyoal soalan mengenainya...

Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang di persetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara...

Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab...

Serta berulang kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia di permulaan wawancara ini...

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang telah di persetujui dan ianya tidak adil kepada saya...

Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai kedua2 isu itu terhadap saya...

Yang sudah berkali2  di jawab dan terlalu banyak kali di beri penjelasan...

Saya di beritahu bahawa pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengan saya supaya matlamat asal kedua2 pihak akan dapat di capai...

Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Wawancara sepatutnya lebih fokus pada isu2 ekonomi semasa dan pencapaian ekonomi yang dah di capai semasa pemerintahan kerajaan BN bawah pimpinan Datuk Seri Najib...

Tapi dalam wawancara yang sempat berlangsung selama lebih kurang 22 minit, tak ada satu soalan pun yang Mary Ann tanya berkaitan tajuk asal...

Datuk Seri Najib terus di provok dengan soalan2 mengenai 1MDB dan kes pembunuhan mendiang Altantuya...

Soalan2 Berkaitan 1MDB

Antara petikan soalan2 dari Mary Ann :


Sebagai menghormati tetamu, Datuk Seri Najib berikan juga jawapan dan penerangan pada Mary Ann...


Menarik apa yang di katakan Mary Ann, memang dia pasti yang duit gaji dia datangnya dari Al Jazeera tapi dia pasti ker semua duit tu tak ada unsur2 meragukan dan boleh ker dia persoalkan dari sumber mana Al Jazeera dapat untuk bayar gaji dia!!!


Rasanya satu dunia kenal siapa Al Marhum Raja Abdullah tu...

Tak tahulah kalau Mary Ann gak kenal siapa Raja Abdullah tu...

Kalau tak kenal, nie nak beritahu nie, Raja Abdullah ialah bekas raja Arab Saudi yang dah mangkat dan baginda bukannya taukey kilang roti The Loaf yang haprak tuu...

Maksudnya seorang raja dari negara yang kaya raya macam Arab Saudi tu, apa lagi bila dah dapat jaminan dari baginda dan dapat surat dari Arab Saudi, salah ker kalau Datuk Seri Najib beranggapan yang duit derma tu tak ada apa2 masaalah...


Agak2nya masa Datuk Seri Najib dapat duit tu, lapuran DOJ yang Mary Ann kata tu, dah ada ker belum...🤔🤔🤔

Soalan2 Provokasi Kes Pembunuhan Altantuya


Kan dah kena setepek dengan Datuk Seri Najib...😂😂😂


Dan khas untuk Mary Ann serta macai2 yang masih lagi katakan Datuk Seri Najib @ Datin Seri Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya, hadamkan baik2 petikan akhbar kat atas tu...

Persoalannya kenapa Datuk Seri Najib tak nak jawab soalan2 tu :

》Perbicaraan kes berkaitan 1MDB akan berlangsung di mahkamah...

Menjawab soalan2 berkaitan 1MDB tanpa kehadiran peguambela akan memberikan ruang terbuka pada pendakwaraya yang tengah pening kepala...

Wawancara itu di rakam dan sekiranya Datuk Seri Najib tersilap cakap maka ianya akan di jadikan asas yang kukuh pada pendakwaan...

》Kes pembunuhan Altantuya, jelas soalan Mary Ann bersifat peribadi sebab tak puas hati kerana pernah di halau keluar dari Malaysia masa tengah buat liputan tentang pembunuhan Altantuya dan beranggapan arahan tu datangnya dari Datuk Seri Najib sendiri...


Sumber :

FB Datuk Seri Najib
Mantan Perdana Menteri
dan Menteri KewanganMalaysia

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.