Sunday, September 9, 2018

Undi Kerana Marah Yang Runtuhkan Tiang Ugama Dan Bangsa

Malaysia Sedang Bergerak Menyelusuri 'Road Map' Yang Sekian Lama Di Rancang DAP


Ketika Presiden PAS, DS TG Hj. Hadi memberikan ingatan tentang bahayanya jika Ahli Parlimen yang bukan Islam lebih ramai daripada Ahli Parlimen Islam, ramai yang pandang sebelah mata peringatan itu...


Kita tak peduli, bahkan memperlekeh, mempersenda dan merendah2kan pandangan beliau...

Adakah Kita Masih Seronok Bersorak Dan Terus Biarkan Ugama, Tanah Air Dan Bangsa Kita Tergadai!!!

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. 
Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". 
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu...

Al - Baqarah : 120



Sekarang ambil sedikit masa, renung dan pandanglah dan lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kita...

Renunglah dengan fikiran yang rasional tanpa di pengaruhi apa2 sentimen kepartian dan dendam yang tak membawa apa2 faedah...

Lihatlah dengan mata hati yang berpaksikan keikhlasan...


Saksikanlah satu persatu kehancuran yang telah, sedang dan akan di lakukan terhadap ugama, negara dan bangsa kita...

Apakah ini yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti?

Hj. Hadi Memang Bukan Seorang Rasul Tetapi Membawa Amaran Allah s.w.t. Yang Di Sampaikan Melalui RasulNya



Sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Islam, Hj. Hadi memberikan pandangan dan peringatan bersumberkan peringatan Allah s.w.t. dalam Al - Quran...

Tapi apa yang di katakan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu?

"Apa Hj. Hadi tahu pasal politik"!!!

"Dia hanya layak mengajar di masjid dan surau2 jer"...

Benar, Hj. Hadi bukan Nabi mahupun Rasul...

Tapi beliau membacakan peringatan Allah S.W.T. dari Al-Quran yang di bacakan oleh Rasul kepada kaum baginda s.a.w...

Hancurnya kaum yang terdahulu kerana membelakangkan peringatan para Rasul yang di datangkan dari Allah S.W.T...

Rasul di remehkan oleh mereka dan di perolok2kan...

Apakah kita tidak sedar bahawa kita sedang melalui ulangan fasa2 tersebut...

Sejarah Umat Dahulu WAJIB Di Jadikan Pengajaran

كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَأَصْحَابُ الرَّسِّ وَثَمُودُ (١٢) 
وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ وَإِخْوَانُ لُوطٍ (١٣) 
وَأَصْحَابُ الأيْكَةِ وَقَوْمُ تُبَّعٍ كُلٌّ كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ وَعِيدِ (١٤) 
أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الأوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ (١٥)

Sebelumnya mereka telah mendustakan kaum Nuh dan penduduk Rass dan Tsamud...
Dan kaum Ad, kaum Firaun dan kaum Lut...
Dan penduduk Aikah serta kaum Tubba' kesemuanya telah mendustakan Rasul mereka maka semestinyalah mereka mendapat hukuman yang telah mereka di ancamkan...
Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? 
Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu2 tentang penciptaan yang baru...

Al - Qaf : 12 ~ 15


Bukankah para cendikiawan ada mengingatkan kita, 'kehidupan umat manusia sekarang hanyalah ulangan pada sejarah manusia yang dahulu tetapi di atas pentas yang berbeza maka janganlah di ulangi kesilapan unat manusia yang dahulu kalau tidak PASTI PENGHUJUNG SEJARAH UMAT SEKARANG IALAH KEHANCURAN SEBAGAIMANA YANG TELAH BERLAKU PADA UMAT TERDAHULU!!!'

Waspadalah Wahai Kaum Ku


Jangan kerana keghairahan kamu berpolitik dan berpesta kemenangan, menyebabkan kamu lupa peringatan Allah S.W.T...

Kalimah2 kufur di nobat dan di muliakan...

Sedangkan kalimah2 Allah S.W.T. di belakangkan...

Aliran pemikiran manusia di agung2kan dan di anggap paling sesuai...

Sedangkan kalimat Aqidah di anggap kolot dan terbelakang...

Hasilnya orang2 yg jahil Agama di muliakan dan orang2 soleh yg berpegang teguh kepada Agama di permainkan...

Usah terkejut dengan fenomena itu...

Kerana semuanya telah di lakarkan Allah s.w.t. dan RasulNya dalam Al-Quran dan Al-Hadith...

Kami hanya ingin berkongsi peringatan ini dengan kamu wahai bangsa Melayu yang SEBANGSA DAN BERSAUDARA DENGANGKU ATAS IKATAN KEIMANAN PADA ALLAH S.W.T. DAN RASULNYA...

Benar, kubur kita memang asing2...

Namun Al - Mahsyar dan As - Sirat kita nanti adalah sama..



Suntingan Petikan Asal :

Ibnu Sabil

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.